Vous êtes sur la page 1sur 6

1

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

KIMIA
TINGKATAN 4

PEPERIKSAAN AMALI KIMIA 2017

Kertas 3
[4541/3A]

ARAHAN PERSEDIAAN PEPERIKSAAN AMALI

(Untuk kegunaan Penyelia Mata Pelajaran sahaja)

Arahan Persediaan Ujian Amali ini mengandungi dua bahagian, iaitu Arahan Persediaan dan Laporan
Ujian Amali. Perhatian sepenuhnya hendaklah diambil supaya maklumat dalam Arahan Persediaan
Ujian Amali ini tidak sampai kepada calon sama ada secara langsung atau sebaliknya. Sebarang
maklumat dalam Arahan Persediaan Ujian Amali ini tidak boleh disalin dalam apa jua bentuk penulisan
atau percetakan.

Kertas Arahan Persediaan Ujian Amali ini mengandungi 6 halaman bercetak

2

ARAHAN PERSEDIAAN

A. SENARAI BAHAN/ RADAS

Bil Radas/Bahan Kuantiti

1. Wayar penyambung (panjang 30 cm) yang dipasang 2 set per calon per sidang
dengan klip buaya di kedua-dua hujung

2. Bikar 50 cm3 1 per calon per sidang

3. Voltmeter, 0-3/ 0-5 V 1 per calon per sidang
4. Kertas pasir 4 kepingan kecil per calon per sidang
5. Pita magnesium berlabel A1 1 jalur (5 cm) per calon per sidang
6. Jalur zink berlabel A2 1 jalur (5 cm) per calon per sidang
7. Jalur stanum berlabel A3 1 jalur (5 cm) per calon per sidang
8. Paku besi berlabel A4 1 (5cm)
9. Jalur kuprum berlabel A5 2 jalur (5 cm) per calon per sidang
10. Larutan natrium klorida 1.0 mol dm3 berlabel R1 40 cm3per calon
11. Kain lap meja 1 helai per calon per sidang
12. Tabung uji 4 per calon
13. Rak tabung uji 1 per calon per sidang
14. Rod kaca, 15 1 cm 1 per calon per sidang
3
15. Silinder penyukat 50 cm 1 per calon per sidang
3
16. Bikar 100 cm 1 per calon per sidang
17. Air suling dalam botol pencuci 1 botol per calon
*18. Pepejal berlabel R5 5g 1 bungkus per calon
19. Penitis 20 per sidang
20. Asid hidroklorik cair, HCl 1.0 mol dm-3 berlabel Asid 100 cm3 per sidang
hidroklorik Cair (boleh dikongsi)

21. Larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm-3 berlabel 100 cm3 per sidang
Larutan natrium hidroksida (boleh dikongsi)

22. Larutan ammonia, NH3, 1.0 mol dm-3 berlabel 100 cm3 per sidang
Larutan Ammonia (boleh dikongsi)

*23. Larutan barium klorida 1.0 mol dm-3 berlabel 100 cm3 per sidang
Larutan barium klorida (boleh dikongsi)

* Sila rujuk bahagian B bagi cara persediaannya

3

B. CARA PERSEDIAAN

1. Bahan 10 (Larutan natrium klorida berlabel R1)

Andaikan, bagi menyediakan 1000 cm3 natrium bidroksida 1.0 mol dm-3,

Jisim formula relatif NaCl = 58.5

Jisim diperlukan = 58.5 g

Timbang 58.5 g natrium klorida. Larutkan dalam 100 cm3 air suling dan tuangkan larutan ke dalam
kelalang volumetrik berisipadu 1000 cm3.
Tambahkan air suling supaya isipadu larutan menjadi 1000 cm3.
Kepekatan larutan ini mestilah homogen bagi semua sidang.
Larutan ini hendaklah dilabel Larutan R1

2. Bahan 18 (Pepejal R5)

Timbang 5g serbuk zink sulfat dan masukkan ke dalam beg plastik (7 cm x 9 cm) dan dilabel Pepejal
R5

3. Bahan 23 (Larutan barium klorida)

Larutkan lebih kurang 208 g barium klorida, BaCl2, dalam 100 cm3 air suling dan tuang larutan itu ke
dalam kelalang volumetrik berisipadu 1000 cm3.
Tambahkan air suling supaya isipadu larutan menjadi 1000 cm3.

C. ARAHAN KHAS

1 Bagi Sidang Kedua dan seterusnya, Penyelia Mata Pelajaran hendaklah memastikan
supaya semua radas bersih dan disusun semula seperti pada permulaan Sidang Pertama.

2 Tujuan Amali Kimia ini untuk mengetahui sama ada calon boleh menjalankan sendiri
kerja amali yang senang.
Guru Pengawas sedar adakalanya seseorang calon mungkin tidak dapat menunjukkan
kebolehan amalinya kerana dia tidak dapat memahami sebahagian daripada butir-butir
dalam teori bagi eksperimen itu. Untuk mengatasi kesukaran ini, Penyelia Mata Pelajaran
diminta memberi bayangan kepada calon yang tidak boleh meneruskan kerjanya dan
kemudian membuat laporan tentang segala bantuan yang telah diberi.
Satu catatan hendaklah dibuat pada Borang Laporan tentang sebarang bantuan yang
diberi kepada calon dengan menyatakan nombor kad pengenalan dan angka giliran calon
berkenaan.
Penyelia Mata Pelajaran hendaklah memberitahu Guru Pengawas supaya membuat
pengumuman berikut sebelum sidang bermula.
"Guru Mata Pelajaran tidak mahu anda membuang masa kerana tidak dapat
meneruskan eksperimen. Oleh itu sesiapa yang tidak boleh meneruskan eksperimen
selepas cuba membuatnya selama 15 minit, bolehlah berjumpa Guru Pengawas dan
4

meminta pertolongan. Saya akan melaporkan kepada Guru Mata Pelajaran tentang
sebarang bantuan yang diberi dan sedikit markah mungkin dipotong."

3 Penyelia Mata Pelajaran dikehendaki menjalankan eksperimen dalam Soalan 1 bagi tiap-
tiap sidang dan merekodkan semua bacaan dalam ruang yang disediakan di halaman
Halaman bagi merekodkan keputusan eksperimen dalam Soalan 1 bagi tiap-tiap
sidang oleh guru mata pelajaran

4 Kepekatan larutan yang dinyatakan dalam Arahan Persediaan Ujian Amali tidak
semestinya sama dengan kertas soalan.

5 Penyelia Mata Pelajaran dinasihatkan menggunakan kaedah yang betul dan

mengutamakan langkah keselamatan semasa menjalankan persediaan.

ARAHAN PERSEDIAAN TAMAT

5

Halaman bagi merekodkan keputusan eksperimen dalam Soalan 1

bagi tiap-tiap sidang oleh guru mata pelajaran
6

Borang ini mesti dilengkapkan dan diberi kepada Penyemak Kertas Soalan ini bersama kertas jawapan.

LAPORAN PEPERIKSAAN AMALI KIMIA

KIMIA 4541/3A

Guru mata pelajaran diminta memberi butir-butir berikut.

1. Kesukaran am yang dihadapi semasa membuat persediaan.

..................................................................................................................................................

2. Kesukaran yang dialami oleh pelajar seperti berikut.

(a) Kesukaran disebabkan oleh radas dan bahan

.........................................................................................................................................

(b) Kesukaran lain, misalnya sakit atau kecacatan anggota

.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................

3. Bantuan yang diberikan kepada calon tertentu

..................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................

Vous aimerez peut-être aussi