Vous êtes sur la page 1sur 13

KURSUS/KOD: AKIDAH DAN AKHLAK (UIU 1012)

PENSYARAH: USTAZ WAN KHAIRUL AIMAN BIN WAN MOKHTAR

TAJUK: AJARAN SESAT

NAMA: MUHAMMAD IKHMAL BIN SAARI

NO.MATRIK: 045712

DIPLOMA: TEKNOLOGI PEMBUATAN


ISI KANDUNGAN

1.PENGHARGAAN
1

2.PENGERTIAN AJARAN SESAT


2

3.CIRI-CIRI AJARAN SESAT


2
4.KESAN BURUK AJARAN SESAT

i)KESAN TERHADAP INDIVIDU

ii)KESAN TERHADAP MASYARAKAT 3

iii)KESAN TERHADAP NEGARA

5.CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT


4-6

6.FAKTOR-FAKTOR SESEORANG MENGIKUTI AJARAN SESAT


7-10

7.LANGKAH MENGATASI AJARAN SESAT 11


PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi di limpah
kurniakan kepada hamba yang lemah tidak berdaya menolak mudharat atau berbuat
manfaat dan tidak mampu menghidupkan atau mematikan mahupun membangkitkan
dipadang Masyar kelak ya Allah.Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W. dan para sahabat serta para tabiin.

Awal kata saya mengungkapkan ucapan Alhamdulillah kepada Allah atas nikmat
kurnia yang diberikan kepada kami.Tanpa keredhaanMu tugasan ini tidak mungkin
dapat kami siapkan dengan sempurna.Terima kasih ya Allah.

Penghargaan ini turut ditujukan kepada kedua ibu bapa saya yang berada nun
jauh di sana kerana mereka tidak putus memberi kata semangat kepada saya dan
sentiasa mendoakan untuk keberkatan dan kesejahteraan saya disini.Mereka
banyak memberi sokongan kepada saya sama ada dari segi rohani atau jasmani
untuk saya menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada pensyarah saya Ustaz Wan Khairul Aiman bin Wan
Mokhtar yang tidak kenal erti penat lelah dalam memberi tunjuk ajar kepada
saya.Beliau juga sentiasa meluangkan masanya untuk saya bertanya tentang
sesuatu yang saya tidak paham dan beliau sering memperbetulkan kesalahan yang
saya buat tanpa saya sedari.Moga Allah S.W.T. membalas jasa baik beliau dengan
ganjaran pahala.

Turut ditujukan penghargaan ini kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi


ilmu,mencurahkan apa sahaja ilmu yang mereka tahu dan sanggup meluangkan
masa bersama saya demi menjayakan tugasan ini.

1
AJARAN SESAT

PENGERTIAN AJARAN SESAT:


Ajaran sesat ialah kepercayaan atau perbuatan yang dikatakan sebagai ajaran
Islam tetapi sebenarnya berlawanan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT:

Ajaran sesat adalah ajaran yang mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti
memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng
terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai yang beriktikad bahawa
kitab suci mereka Al-Bayan memansuhkan semua kitab samawi.
Selain itu, ajaran sesat mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah dalam Islam
seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru
serta mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.
Seterusnya,ia mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat
maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan
sebagaimana ajaran Oadiani. Ajaran sesat juga menolak perkara yang qat'ie dalam
Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
Ia juga mengubah cara-cara ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa dari 30 hari
kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.
Disamping itu,ajaran sesat mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi
kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.
Ajaran sesat mengaku bahawa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang berkait
rapat dengan perkara-perkara ghaib seperti memuja roh orang mati termasuk roh
para nabi, wali, dan malaikat serta memuja-muja sesuatu selain Allah S.W.T. seperti
menyeru nama-nama orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampian
sebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu
syirik.Ajaran sesat juga menolak al-quran dan hadis secara umum seperti golongan
anti hadis.
2
KESAN BURUK MENGAMALKAN AJARAN SESAT:

Ajaran sesat mendatangkan pelbagai kesan buruk.Antaranya:

Kesan buruk kepada individu:


Pengamalan ajaran sesat boleh mengakibatkan akidah seseorang itu menjadi
rosak.Seseorang yang mengamalkan ajaran sesat boleh merosakkan akidah serta
segalan amalan kebaikan yang mereka buat selama ini menjadi sia-sia.Oleh itu,
mereka wajib bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam semula.Selain
itu,pengamalan ajaran sesat ini akan mengakibatkan banyak masa terbuang. Masa
mereka banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak bermoral dan bertentangan
dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik dan
khurafat.Seterusnya,minda seseorang yang mengamalkan ajaran sesat akan
tertutup dan tidak mampu berfikir secara rasional. Pemikiran mereka sering
dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa diri mereka adalah tuhan. Tindakan dan
kelakuan mereka dikatakan tidak rasional kerana merosakkan akal fikiran mereka.
Kehidupan pengamal ajaran ini juga menjadi tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran
sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri,
ibu, atau bapa.

Kesan buruk terhadap masyarakat:


Ajaran sesat boleh menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan. Keruntuhan
ini berlaku terutamanyan di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat
disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga antara satu sama
lain.Seterusnya,perpaduan kaum akan tergugat. Sikap keyakinan penganut ajaran
sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak
menghormati masyarakat sekeliling.Hal ini boleh menjejaskan perpaduan dan
keharmonian hidup dalam masyarakat.Disamping itu,berlaku keganasan dan
kerosakan akibat terlalu patuh dan taat kepada pemimpin ajaran sesat.Hal ini
mengakibatkan pengikutnya mudah dipergunakan untuk melakukan sebarang
keganasan dan keganasan.

Kesan buruk terhadap negara:


Antara kesan buruk terhadap negara ialah negara akan menjadi mundur.
Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak berdaya saing dan
membuang masa. Perkara tersebut akan menjejaskan prestasi ekonomi negara
yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu.Selain itu, ekonomi
negara menjadi tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan menjejaskan
perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan
ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan perbelanjaan untuk
mengekalkan kembali kestabilan negara.

3
CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT

*Qadiani

Pengasasnya ajaran sesat Qadiani ialah Mirza Ghulam Ahmad. Nama Qadiani

adalah bersempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di

Daerah Gusdapur, India. Ajaran ini muncul sekitar tahun 1889 Masihi. Ajaran ini

mula dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada

tahun 1949 Masihi.

5. Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:

Antara ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah beriktikad bahawa Mirza Ghulam

Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut

kepercayaan Hindu). Selain itu,mereka percaya bahawa Allah S.W.T. telah

menurunkan sebuah kitab suci Al-Tazkirah kepada Mirza Ghulam Ahmad. Penganut

ini juga percaya bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat dan

dapat menghapuskan jihad serta mengubah ayat-ayat di dalam Al-Quran seperti

ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr.

Seterusnya, mereka mendakwa bahawa malaikat adalah sebagai pancaindera Allah

S.W.T.

4
*Bahai

Ajaran Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani .Ajaran ini dinamakan

Ajaran Bahai adalah bersempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.

Ajaran Bahai merupakan lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang telah diasaskan

oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.

Ajaran Bahai ini muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi dan ajaran ini mula tersebar

di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.

6. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:

Antara ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai adalah mengatakan bahawa pengasasnya

ialah jelmaan Allah S.W.T.Mereka juga beriktikad bahawa semua agama adalah

sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai.Mereka mengaku bahawa alam ini

bersifat baqa'(kekal) dan menyatakan bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan

memansuhkan semua kitab samawi.Selain itu,mereka mengatakan bahawa Nabi Isa

mati disalib.Mereka juga mengagungkan kod 19 hingga dikatakan Al-Quran

dipengaruhi oleh kod tersebut.Di samping itu, penganut ajaran ini menolak

kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka. Mereka memansuhkan agama

Islam dan mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa hanya 19 hari, solat

sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar

atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali.

5
*Taslim

Ajaran Taslim ini telah diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali

sebagai Haji Muhammad Matahari. Ajaran ini wujud sekitar pada tahun 1870-an di

Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran Taslim adalah ajaran

sesat yang paling tua dan lama di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan

dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:

Antara cir-ciri kesesatan ajaran Taslim adalah seperti beriktikad bahawa diri batin

manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad.Selain itu,

menyatakan bahawa alam ini bersifat qadim dan mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran

mengikut hawa nafsu.Mereka juga mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah

batin sertabmenolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka. Ibadah solat bagi

mereka hanyalah solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli

(perbuatan).Penganut ajaran ini juga menganggap Haji Muhammad Matahari

sebagai pemimpin yang maksum.

6
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESEORANG ITU TERJEBAK
DENGAN AJARAN SESAT:

Kebanyakan ajaran sesat berasal daripada sumber-sumber ajaran Syiah dan


amalan-amalan mereka bercanggah daripada sumber Al-Quran dan As-Sunnah .

Antara sebab-sebab yang membawa kepada kesesatan dan penyelewengan aqidah


yang dapat dipastikan daripada Al Quran adalah sebagai berikut :

i) Taqlid buta, Sebagaimana maksud firman Allah : Dan (orang-orang yang tidak
beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka
berkata: Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya dan Allah perintahkan kami
mengerjakannya. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah tidak sekali-
kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan
terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya? (Surah AL-Araf : ayat 28)

(ii)Selain itu, mereka tidak mempunyai pandangan yang betul tentang sifat-sifat
Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud: Dan kepada kaum Thamud, Kami
utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah
kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah
yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu
memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik,
kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku
sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya. Mereka
menjawab dengan berkata: Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah
orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau
melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami?
Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang
merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya.
(Surah Hud ; ayat 61 & 62)

7
(iii) Seterusnya,mereka lupa akan ayat-ayat Allah s.w.t. Firman Allah bermaksud
: Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu,
lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari
ini dilupakan serta ditinggalkan. (Surah Thaha : ayat 126)

(iv)Mereka lebih memilih pimpinan syaitan dan meninggalkan suruhan Tuhan.


Firman Allah bermaksud : Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayat petunjuk
oleh Allah (dengan diberi taufik untuk beriman dan beramal soleh) dan sebahagian
lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka
sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu
pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka,
bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayat. (Surah Al Araf : ayat 30)

(v)Tidak mampu meletakkan diri mereka dengan aqidah yang betul .


Firman Allah bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri
kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat
tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah
mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan
laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia
akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.(Surah Al
Maidah :ayat 105)

(vi) Mereka tidak sedar bahawa kesesatan itu akan merugikan diri mereka
sendiri . Firman Allah bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian
manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh
itu sesiapa yang mendapat hidayat petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah
hidayat petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat
(mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan
aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran)
kamu.(Surah Yunus : ayat 108)

8
(vii) Membuat andaian sendiri tanpa berpandukan ilmu yang sebenar.
Firman Allah bermaksud : Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan
sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat
memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan
(Surah Yunus : ayat 36)

(viii) Tidak menggunakan pancaindera yang diberikan oleh Allah s.w.t untuk
mencari kebenaran. Firman Allah bermaksud : Maka Nabi Soleh pun
meninggalkan mereka sambil berkata: Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan
kepada kamu perutusan Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepada kamu,
tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat.
Surah Al-A'raf: ayat 79, Surah Bani Israel: ayat 72)

(ix) Tidak percaya dan menolak kebenaran. Firman Allah : Kemudian Kami
utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun, kepada Firaun dan
kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu mereka (Firaun dan kaumnya)
berlaku sombong takbur (enggan menerimanya) dan mereka adalah kaum yang
biasa melakukan dosa. Oleh sebab itu ketika datang kepada mereka kebenaran dari
sisi Kami, berkatalah mereka: Sesungguhnya ini ialah sihir yang nyata.
(Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata
demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah
bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya.
(Surah Yunus: 75 - 77)

(x) Terlalu mengikut hawa nafsu. Maksud firman Allah : Kemudian, kalau mereka
tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah,
sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang
lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan
hidayat petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada
kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).(Surah Al Qasas : ayat 50)
9
(xi) Tidak mengikut petunjuk daripada Tuhan. Allah berfirman: Turunlah kamu
berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi
musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk
dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya dia tidak akan sesat
dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara(Surah Thaha : ayat 123)

(xiii) Terpedaya oleh hasutan syaitan. Allah berfirman :Dan sesungguhnya


Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu
mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan
insaf?(Surah Yaasin : ayat 62)

(xii)Mengikut orang-orang yang sesat dan menjadikan mereka sebagai


penolong dan pembantu. Allah berfirman : Aku tidak memanggil mereka menyaksi
atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga meminta bantuan
setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain dan tidak sepatutnya Aku
mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu. (Surah Al
Kahfi : ayat 51)

10
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT:

Antara langkah-langkah untuk menangani ajaran sesat ini adalah dengan


melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat
akan dapat diatasi melalui kefahaman Islam yang sebenar melalui proses
pembelajaran secara lebih mendalam .Selain itu,kita perlulah menyebarkan ajaran
Islam dengan meluas. Ajaran Islam hendaklah didedahkan kepada masyarakat
secara meluas menerusi pelbagai kaedah seperti media massa,forum perdana
,ceramah,seminar dan lain-lain.
Disamping itu, kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang perlu
dilakukan.Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak
dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus berleluasa dalam
masyarakat.Seterusnya,ajaran sesat dapat diatasi melalui program pemulihan
akidah. Golongan yang terlibat dengan ajaran sesat memerlukan program
pemulihan akidah ini untuk memulihkan akidah mereka yang telah terpesong. Di
Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan
Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor .

11

Vous aimerez peut-être aussi