Vous êtes sur la page 1sur 8

Kepentingan Menyertai Lawatan Sambil Belajar

Persatuan di sekolah sering menganjurkan lawatan sambil belajar. Lawatan ini biasanya dianjurkan ke tempat-
tempat bersejarah, tempat-tempat menarik dan ke pusat-pusat pameran. Kebiasaannya murid-murid dibawa ke
tempat-tempat lawatan dengan menaiki bas yang disewa khas dengan diiringi oleh guru-guru pengiring.

Antara kepentingan menyertai lawatan sambil belajar ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Sebagai contoh, jika kita melawat ke Muzium Negara, kita akan memperoleh banyak pengetahuan tentang
sejarah Negara. Kita dapat menggunakan pengetahuan tersebut dalam mata pelajaran Kajiaan Tempatan dan
Sejarah.

Selain itu, kita dapat memanfaatkan masa lapang dengan menyertai lawatan. Sebagai contoh, jika kita tidak
mengikuti lawatan, kita kita mungkin akan membuang masa dengan menonton televisyen atau bermain sahaja.
Hal ini sudah pasti akan menyebabkan masa kita terbuang begitu sahaja.

Seterusnya, kita akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan guru dan rakan-rakan. Contohnya,
ketika mengikuti lawatan, kita akan berkomunikasi dan bekerjasama dengan peserta lawatan yang lain. Hal ini
sudah pasti akan mewujudkan hubungan yang lebih mesra dalam kalangan rakan yang berlainan kelas.

Mengikuti lawatan sambil belajar juga dapat menenagkan fikiran kita. Contohnya, jika kita melawat ke tempat-
tempat menarik seperti Cameron Highlands. Suasana yang mendamaikan di sana akan dapat merehatkan minda
kita setelah penat belajar.

Kesimpulannya, mengikuti lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang amat berfaedah. Oleh itu, jika ada
kesempatan janganlah melepaskan peluang untuk mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak
sekolah.

Kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. Contoh aktiviti kokurikulum ialah perkhemahan, bersukan, berpesatuan
dan sebagainya. Aktiviti kokurikulum mengajar kita untuk berdikari.

Kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Kita akan belajar tentang latar belakang
sukan atau persatuan, matlamat ia ditubuhkan, dan sebagainya. Aktiviti yang disertai seperti pekhemahan, dan
lawatan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman hidup.

Kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita tidak membuang masa dengan melakukan
perkara sia-sia. Aktiviti kokurikulum yang diadakan diluar waktu sekolah menghindakan murid dari terdedah
kepada unsur negatif yang terdapat di persekitaran.

Selain itu, aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan dengan melalui aktiviti sukan. Bersukan akan
membuatkan badan kita sihat dan otak kita cerdas. Bersukan juga boleh meningkatkan pretasi diri.

Akhir sekali, kokurikulum mampu mendisiplinkan serta membentuk peribadi diri yang mulia untuk diri kita. Ia
mengajar murid menepati masa, bantu membantu antara satu sama lain, bertanggungjawab dan amanah dalam
melakukan tugas.

Setiap murid harus menyertai aktiviti kokurikulum kerana ia membentuk murid berakhlak mulia dan memupuk
jati diri. Aktiviti kokurikulum juga harus diperluas bagi memberikan lebih banyak faedah kepada murid-murid.

Kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. Contoh aktiviti kokurikulum ialah perkhemahan, bersukan, berpesatuan
dan sebagainya. Aktiviti kokurikulum mengajar kita untuk berdikari.

Kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Kita akan belajar tentang latar belakang
sukan atau persatuan, matlamat ia ditubuhkan, dan sebagainya. Aktiviti yang disertai seperti pekhemahan, dan
lawatan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman hidup.

Kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita tidak membuang masa dengan melakukan
perkara sia-sia. Aktiviti kokurikulum yang diadakan diluar waktu sekolah menghindakan murid dari terdedah
kepada unsur negatif yang terdapat di persekitaran.

1
Selain itu, aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan dengan melalui aktiviti sukan. Bersukan akan
membuatkan badan kita sihat dan otak kita cerdas. Bersukan juga boleh meningkatkan pretasi diri.

Akhir sekali, kokurikulum mampu mendisiplinkan serta membentuk peribadi diri yang mulia untuk diri kita. Ia
mengajar murid menepati masa, bantu membantu antara satu sama lain, bertanggungjawab dan amanah dalam
melakukan tugas.

Setiap murid harus menyertai aktiviti kokurikulum kerana ia membentuk murid berakhlak mulia dan memupuk
jati diri. Aktiviti kokurikulum juga harus diperluas bagi memberikan lebih banyak faedah kepada murid-murid.

Contoh Karangan FaktaDisediakan oleh: Cikgu zainor Din Abu HasanCara-cara Mengisi Masa LapangSetiap orang
ada masa lapang atau masa senggang masing-masing. Masalapang yang diisi dengan baik pasti mendatangkan
faedah kepada kita. Oleh itu , kitaperlu merancang aktiviti dengan bijak.Antara cara mengisi masa lapang adalah
dengan membaca buku. Membacabuku akan menambahkan ilmu pengetahuan dan kita pastnya tidak
dianggapseperti katak di bawah tempurung. Selain itu dengan membaca bahan-bahanilmiah , kita
dapat menambahkan perbendaharaan kita.Selain itu , kita juga boleh menggunakan masa lapang dengan
beriadah.Beriadah dapat menyihatkan badan. Apabila badan kita sihat , otak kita akanmenjadi
cerdas.Berkebun sayur juga merupakan aktiviti yang amat berfaedah. Selain dapatmengeluarkan peluh , kita
juga mendapat kebaikan daripada tanaman yang ditanam. kita dapat menjimatkan perbelanjaan kerana tidak
perlu membeli sayur-sayaran dipasar.Mengumpul setem juga merupakan aktiviti yang berfaedah dilakukan
padamasa lapang. Kita akan mengetahui adat budaya masyarakat di negara lain sertamenambahkan kenalan
daripada pelbagai bangsa.Oleh itu , kita haruslah menghargai masa lapang kerana masa yang berlalutidak akan
kembali lagi

Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang dalam Pelajaran

Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun demikian, kecemerlangan
tersebut tidak dating dengan sendirinya, sebaliknya, perlu disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang murid perlulah tekun belajar.
Contohnya ketika di dalam kelas, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan
oleh. Dengan ini, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila di rumah, kita perlu membaca nota
pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh itu, sesuatu topic itu akan kekal dalam ingatan dan minda kita.

Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui
kelas tambahan, guru-guru akan member penekanan pada topic-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman
terhadap sesuatu pelajaran itu akan meningkat.

Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan. Contohnya, latihan-latihan berbentuk soalan
peperiksaan perlu kita lakukan berulang kali. Ini akan memudahkan kita menjawab soalan-soalan peperiksaan
kerana sudah biasa dengan pola-pola soalan tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran.
Kejayaan kita pasti akan menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa kesihatan sangat penting kepada kita. Badan kita adalah aset yang sanagt
ternilai. Oleh itu, kita mestilah menjaga kesihatan diri kita pada setiap masa. Terdapat pelbagai cara untuk
menjaga kesihatan diri kita seperti bersenam, makan makanan berkhasiat dan menjaga kebersihan diri.

Pemilihan makanan mengikut piramid makanan juga cara menjaga kesihatan diri. Kita perlulah memilih
makanan yang berkhasiat dan memberi tenaga seperti nasi, ikan dan susu. Sayur-sayuran dan buah-buahan
banyak mengandungi vitamin yang dapt menyihatkan badan. Contohya, kita makan pisang untuk melawaskan
siatem perkhumuhan. Makanan yang manis perlu dikurangkan bagi mengelakkan penyakit kencing manis.

2
Kita juga akan sihat jika sentiasa menjaga kebersihan diri. Kita mestilah mencuci rambut kita tiga hari
seminggu. Kita hendaklah menyikat rambut dengan rapi supaya mengelakkan jangkitan kutu. Selain daripada
itu, kita juga memakai pakaian yang bersih untuk menjaga kesihatan diri. Pastikan kuku sentiasa pendek dan
mencuci tangan sebelum makan dapat mencegah jangkitan kuman. Memberus gigi dapat mengelakkan
kerosakkan gigi. Mandi pula dapat mengeluarkan segala daki daripada mendap yang melekat pada anggota
badan kita.

Bersenam adalah salah satu cara untuk menjaga kesihatan diri. Kita boleh melakukan aktiviti di mana-
mana sahaja kita berada seperti di taman permainan, di padang dan banyak lagi. Lakukan aktiviti senaman tiga
kali seminggu dan empat puluh minit setiap sesi. Bersenam dapat menyihatkan badan, mencerdaskan otak dan
mengelakkan kegemukkan.

Di samping itu, kesihatan kita juga akan terpelihara jika kita menjaga kebersihan persekitaran tempat
tinggal. Persekitaran yang bersih dapat menjauhi kita daripada penyakit berbahaya seperti demam denggi. Kita
hendaklah membuang sampah di tempat yang disediakan. Kebersihan tempat tinggal membolehkan kita hidup
dengan selesa.

Kesimpulannya, kita perlu menjaga kesihatan diri untuk hidup dengan sihat seperti peribahasa Melayu
berbunyi "sediakan payung sebelum hujan" , kerana pencegahan lebih baik daripada mengubati.

Berjimat-cermat Amalan Mulia

Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang
kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran.

Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung
wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah
seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi.

Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli
sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu
sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.

Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja
dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini
menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.

Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh,
mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita
daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu
akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.

Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka sentiasa
mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali
barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan
mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup
kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.

KEBAIKAN SAINS DALAM KEHIDUPAN MODEN

Kemajuan sains dan teknologi telah banyak membawa perubahan positif kepada kita danberkait rapat dengan
kemajuan sesebuah negara. Kemajuan sains telah membawa kebahagiaankepada manusia. Sesungguhnya
banyak faedah yang telah kita nikmati hasil daripada kemajuansains dan teknologi. Justeru itu tidak hairanlah
jika sesebuah negara menyumbangkan belanjayang besar untuk memajukan sains dan teknologi bagi

3
mewujudkan sebuah negara yangdisegani. Fenomena ini membuktikan bahawa kemajuan sains lebih banyak
mendatangkankesan positif daripada kesan negatif. Walaupun tidak dinafikan bahawa kemajuan sains
danteknologi masih tidak dapat memenuhi kekurangan dari segi kerohanian, namun sebenarnya iamampu
memenuhi kekurangan dari segi kebendaan.Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa bidang
penyelidikan danpembangunan akan hanya mencapai tahap yang tinggi melalui penerokaan dalam sains
danteknologi.Kepakaran yang tinggi akan membolehkan lebih banyak kajian dan penyelidikansainstifik
dijalankan serta dapat membantu menghasilkan produk-produk prototaip dalampelbagai bidang sosial dan
ekonomi.Khususnya dalam sektor pertanian,negara akan mengalamikemajuan yang besar sekiranya mengarap
sains dan teknologi yang canggih.Melalui kepakarandalam bioteknologi,teknik dan teknologi pertanian akan
mengalami transformasi.Teknik-teknikmoden yang efektif dalam bidang penanaman,penternakan dan penuaian
akan membantumeningkatkan produktiviti.Bioteknologi juga akan membantu dalam penghasilan
baka,benihdan racun bagi memajukan sektor pertanian.Pertanian yang berorientasi intensif teknologibukan
sahaja meningkatkan kualiti makanan tetapi juga menjamin kelangsunganmakanan.Lantarannya,usaha
berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan dapatmembantu memelihara ekologi tanaman yang akan
meningkatkan kualiti hidup masyarakat.Umum mengetahui bahawa perkembangan sains dan teknologi dengan
pesatnya telahmendatangkan pelbagai kebaikan terhadap peningkatan taraf hidup manusia sepertipenciptaan
teknologi laser.Penciptaan teknologi laser telah memainkan peranan yang pentingdalam bidang komunikasi dan
perindustrian.Kini,teknologi laser digunakan secara meluas dalambidang telekomunikasi mengganti peranan
kabel dengan obtik fiber.Jalur laser yang lebih luasmembenarkan maklumat seperti bunyi dan suara dihantar
dengan lebih cepat dan tepat sertameminimumkan risiko kehilangan data.Selain itu,bidang prindustrian turut
berkembang majudengan kemunculan penggunaan laser.Laser merupakan alat pemecah dan pemotong
yangtermoden.Laser dapat memotong batu permata,intan,kaca,malah kepingan logam tanpamengeluarkan
haba,bunyi dan sisa kotoran.Oleh demikian,dapatlah kita memutuskan bahawateknologi laser mampu
meningkatkan taraf hidup manusia dengan meningkatkan produktivitidan kualiti hasil industri serta
mencetuskan perkembangan dalam bidang komunikasi danperindustrian

dewasa ini, komputer semakin popular di seluruh dunia. Komputer merupakan alat elektronik yang canggih dan
berguna. Manusia pada zaman sekarang menggunakan komputer untuk mengurus dokumen-dokumen dan
melayari internet. Dengan komputer, beban manusia diringankan kerana kerja-kerja yang dilakukan dengan
komputer dapat disempurnakan dengan tepat dan berefisien.

Oleh sebab kemodenan teknologi, sekolah-sekolah di Malaysia mulai menggunakan komputer untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu, sekolah-sekolah juga mengadakan sesi khas seperti waktu
komputer supaya murid-murid boleh mempelajari cara-cara menggunakan komputer.

Komputer memang berguna kepada murid-murid sekolah. Aktiviti pengajaran yang dilakukan melalui komputer
lebih menarik berbanding dengan cara-cara tradisional. Dengan ini, murid-murid bukan sahaja dapat belajar
dengan gembira, malahan ilmu-ilmu yang diperolehi akan terpahat dalam ingatan mereka.

Selain itu, murid-murid boleh melayari internet melalui komputer untuk mencari maklumat-maklumat yang
dikehendaki. Dengan ini, murid-murid boleh memperolehi maklumat-maklumat yang terkini dengan mudah dan
cepat. Di samping itu, dengan adanya komputer, murid-murid dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu lagi
mencari maklumat di perpustakaan yang memakan masa yang panjang. Dengan ini, kita dapat memperolehi
maklumat yang diperlukan dalam masa yang singkat.

Komputer juga boleh digunakan untuk berkomunikasi. Murid-murid boleh menggunakan e-mel melalui
komputer untuk berbincang tentang kerja sekolah atau topik-topik yang tidak difahami semasa guru mengajar.
Dengan ini, murid-murid tidak perlu lagi berkunjung ke rumah kawan-kawan sekiranya perlu berbincang tentang
sesuatu. Secara tidak langsung, hubungan antara murid-murid dapat dipereratkan.

Sebenarnya, komputer boleh digunakan untuk menghilangkan tekanan dan menghiburkan murid-murid. Ini
adalah kerana murid-murid boleh mendengar lagu-lagu kegemaran atau bermain permainan-permainan yang
terdapat dalam internet mahupun dalam cakera komputer. Jika tidak terjerumus dalam dunia permainan,
hiburan-hiburan ini dapat menghilangkan tekanan murid-murid.

4
Kesimpulannya, komputer amat berguna kepada murid-murid sekolah. Murid-murid sekolah harus belajar
teknik-teknik menggunakan komputer supaya dapat memanfaatkan diri.

FAEDAH-FAEDAH BELAJAR SECARA BERKUMPULAN

Sejak dua alaf dahulu, tamadun Yunani telah mentakrifkan insan yangcemerlang sebagai manusia yang seimbang
dalam aspek rohani dan jasmani.Falsafah pendidikan Malaysia kini juga bermatlamat untuk melahirkan insan
yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha iniadalah

untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berakhlak mulia, bertanggungjawab,


berketrampilan dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadapkeharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.Pendidikan menjadi bertambah
penting dalam era globalisasi dan zamanletupan pengetahuan ini. Lantaran itu, setiap insan hari ini
perlumelengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang terkini untuk memperkukuh daya saingnya dalam dunia
yang penuh dengan dugaan danpancaroba ini. Untuk mencapai cita-cita ini, pelajar mesti mengamalkankaedah
pembelajaran yang berkesan. Antara kaedahnya ialah belajarsecara berkumpulan.

Belajar secara berkumpulan sesungguhnya mempunyai pelbagai kemaslahatan.Antara kemaslahatannya ialah


suasana pembelajaran yang menyeronokkan dapatdiwujudkan.

Semasa belajar secara berkumpulan, sambil membincangkantajuk yang telah ditetapkan, pelajar-pelajar sesekali
boleh menyelitkanunsur gurau senda untuk mengelakkan kebosanan. Keadaan sedemikianmemang tidak dapat
dilakukan jika pelajar belajar bersendirian. Semasaperbincangan dijalankan, setiap pelajar dalam kumpulan itu
bukan belajarsecara pasif dengan mencatatkan isi yang disampaikan oleh rakan-rakan,tetapi sendiri juga perlu
menyumbangkan idea atau hujah untuk dibahaskan atau dibincangkan oleh rakan-rakan sekumpulan.
Denganberbuat demikian, pelajar-pelajar dapat memahami sesuatu tajuk denganlebih mendalam dan segala isi
perbincangan tidak mudah luput daripadaingatan mereka.

Selain itu, belajar secara berkumpulan juga memainkan peranan untukmenggalakkan pelajar-pelajar berkongsi
ilmu pengetahuan. Seperti yang kita sediamaklum, ilmu pengetahuan membawa kemajuan dalam kehidupan
kita, seperti katapepatah ilmu pelita hidup. Dengan belajar secara berkumpulan, pelajar-pelajardapat
bertukar-tukar pendapat dan secara langsung dapat menimba ilmu danmaklumat yang baharu. Memang tidak
dapat disangkal bahawa antara begitubanyak subjek yang kita pelajari di sekolah, terdapat subjek tertentu yang
sukarkita kuasai. Tamsilnya, pelajar yang baik dalam subjek Sains dan Matematikmungkin lemah dalam Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris. Dalam keadaanbegini, belajar secara berkumpulan dapat mengatasi masalah yang
dihadapi. Halini dikatakan demikian kerana pelajar yang baik boleh menolong pelajar yang lemahdalam
kumpulan perbincangan itu, iaitu bertepatan dengan peribahasa yangberbunyi muafakat membawa berkat.Di
samping itu, belajar secara berkumpulan dapat memupuk semangatkerjasama dan memperkukuh silaturahim
antara pelajar. Dengan belajar secaraberkumpulan, pelajar-pelajar dapat mempelajari nilai saling membantu
danbekerjasama bagai aur dengan tebing. Kesedaran tentang peri mustahaknyapersaudaraan dan kerjasama
dapat disemaikan ke dalam sanubari mereka,tambahan pula sikap individualistik bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucu

k masing-masing dapat dielakkan. Dengan kata lain, melalui aktiviti belajarsecara berkumpulan, pelajar-pelajar
dapat menghayati kebenaranperibahasa yang berbunyi bulat air kerana pembetung, bulat manusiakerana
muafakat. Hal ini menjadi bertambah penting jika anggota

Faedah-faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah
berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.

5
Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui
tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas
dan kita akan menjadi lebih bijak.

Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri
dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai
peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak
di bawah tempurung".

Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan
dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat
penilaian terhadap sesuatu perkara itu.

Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat
bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan
harian.

Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat
membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti
Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan
menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak
faedah yang kita peroleh. Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila
kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan
berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa
lesu ketika belajar di dalam kelas. Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan
menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama.
Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di
kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Selain itu,
bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah
biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat
menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial. Di samping itu, dengan bersukan kita dapat
mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan
sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka
kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.
Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan
kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.

Kepentingan Kegiatan Kokurikulum di Sekolah

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing oleh guru-guru. Pelbagai aktiviti kokurikulum
yang dijalankan di sekolah, misalnya aktiviti kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta pasukan
beruniform. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum perlu disertai oleh murid-murid kerana ada banyak
kepentingannya.

Kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk
melepak dan bergaul dengan budak-budak nakal. Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita
daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, masa lapang kita akan diisi
dengan latihan yang diselia oleh guru-guru.

Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat membentuk disiplin diri. Contohnya, semasa menyertai aktiviti persatuan,
sukan atau unit beruniform, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan.
Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya.

6
Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam
persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang
sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Oleh hal yang
demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Seterusnya, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap unit kokurikulum mempunyai
ramai ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang
dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama
dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama ahli.

Kesimpulannya, banyak kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid-murid di sekolah. Oleh itu, pihak
sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula
hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Ramai beranggapan bahawa radio dan televisyen merupakan perkara yang menghiburkan. Ramai juga yang
berpendapat bahawa radio dan televisyen banyak membawa keburukan daripada kebaikan.

Sebenarnya ia bergantung pada individu itu sendiri untuk menilai sejauh mana keburukan yang dapat dia jauhi
dan kebaikan yang dapat dia ambil. Cuba berfikiran positif untuk mencari sebanyak mungkin kelebihan dan
kebaikan yang disiarkna melalui media-media ini.

Kadang-kadang, menonton televisyen dengan kerap dan mendengar radio 24 jam dapat menarik seribu satu
kejahatan dan keburukan. Ini kerana cara penggunaannya tidak kena dan tidak betul.

Ya, benarlah bahawa ia bergantung pada individu itu sendiri, bagaimana ia menguruskannya!

Cuba kawan2 melazimi waktu pagi kawan2 dengan menonton rancangan ini di kaca televisyen.. Rancangan yang
membawa informasi berhikmah pada setiap hari, Isnin hingga Ahad pada pukul 7 pagi hingga 8 pagi di TV9.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini menyababkan kemudahan internet
digunakan secara meluas.Internet ialan rangkaian komunikasi komputer yang terbesar di dunia.Internet lebih
tertumpu kepada komunikasi antara indivindu dengan dunia sejagat .Internet juga membawa banyak kebaikan
kepada manusia.Pengguna Internet mendapat pelbagai informasi dalam bidang tertentu dengan mudah,cepat
dan terkini.Contohnya,seorang murid yang ingin mengetahui fakta tentang hidupan laut yang diancam
keputusan serta cara mengatasinya hanya perlu menaip kata kunci pada carian.

Internet membolehkan pengguna di seluruh pelosok dunia berhubung dengan mudah.Bagi pelajar
Malaysia yang berada di seberang laut,kemudahan internet memudahkan mereka untuk berhubung dengan
mudah.Bagi pelajar-pelajar Malaysia yang berada di seberang laut,kemudahan internet memudahkan untuk
mereka berhubung dengan keluarga.

Kepentingan mempunyai hobi

Pada masa ini terdapat banyak hobi yang popular.ContohnyaAntara hobiyang popular ialah seperti ,membaca
buku,bermain bola sepak,melayariinternet dan sebagainya.Hobi membawa mpunyaibanyak kebaikan gunaan
kepada manusia.Hobi ialahsesuatu kerjaaktivitiyang dilakukan oleh manusia pada masasenggang. nya.Kita boleh
mengisi masa lapang kita dengan melibatkan diridalam lakukanhobi kitakerana membawa dengan
berfaedah.Mempunyai hobi juga boleh menyihatkan badan dan otot kita.Oleh itu,kita perlulah mempunyaihobi
yang bermanfaat.Seorang yang mempunyai hobi melayari internet boleh menambah ilmupengetahuan kerana
dia boleh mendapatkan maklumat berguna encari tentang sejarah dan pelajaran.Perkara ini boleh melnuaskan
ilmu pengetahuankita.Ilmu pengetahuan ini membantu kita menulis karangan.Pepetah melayuada menyatakan

ilmu pelita hidup

7
Tambahan pula, kita tidak akan melakukan kerja yang tidak faedah jikamempunyai hobi kerana kita akan
memberi tumpuan kepada hobi kita.Olehyang demikian,pPara pelajar perlulahpandai denganmempunyai hobi
yangmembawa pelbagai berfaedah.Akhir sekali, kita mengetahui bahawa hobibanyak membawa kebaikan
kepada kita.Ingatlah bahawa

masa itu emas.

Jadi kita haruslah menggunakan masa yang ada dengan melibatkan diri secaraaktif dalam hobi kita.

Faedah Menyertai Lawatan Sambil Belajar

Persatuan di sekolah sering menganjurkan lawatan sambil belajar. Lawatan ini biasanya dianjurkan ke tempat-
tempat bersejarah, tempat-tempat menarik dan ke pusat-pusat pameran. Kebiasaannya murid-murid dibawa ke
tempat-tempat lawatan dengan menaiki bas yang disewa khas dengan diiringi oleh guru-guru pengiring. Antara
faedah menyertai lawatan sambil belajar ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, jika
kita melawat ke Muzium Negara, kita akan memperoleh banyak pengetahuan tentang sejarah Negara. Kita dapat
menggunakan pengetahuan tersebut dalam mata pelajaran Kajiaan Tempatan dan Sejarah. Selain itu, kita dapat
memanfaatkan masa lapang dengan menyertai lawatan. Sebagai contoh, jika kita tidak mengikuti lawatan, kita
kita mungkin akan membuang masa dengan menonton televisyen atau bermain sahaja. Hal ini sudah pasti akan
menyebabkan masa kita terbuang begitu sahaja. Seterusnya, kita akan dapat mengeratkan hubungan
silaturahim dengan guru dan rakan-rakan. Contohnya, ketika mengikuti lawatan, kita akan berkomunikasi dan
bekerjasama dengan peserta lawatan yang lain. Hal ini sudah pasti akan mewujudkan hubungan yang lebih
mesra dalam kalangan rakan yang berlainan kelas. Mengikuti lawatan sambil belajar juga dapat menenangkan
fikiran kita. Contohnya, jika kita melawat ke tempat-tempat menarik seperti Cameron Highlands. Suasana yang
mendamaikan di sana akan dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Kesimpulannya, mengikuti
lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang amat berfaedah. Oleh itu, jika ada kesempatan janganlah
melepaskan peluang untuk mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Vous aimerez peut-être aussi