Vous êtes sur la page 1sur 3

ARNAB YANG PEMALAS

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor


arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan
masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada
arnab, Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan.
Apabila hujan, kita ada tempat berteduh. Ya, betul kata awak.
Tapi biarlah saya berehat dulu, jawab arnab.

Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab
berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.Jika
kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,kata tupai.
Ya, betul kata awak, jawab arnab. Pagi esok kita akan buat
sarang, kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab


menbuat sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk
membuat sarang, kata tupai. Tapi bukan sekarang, jawab
arnab. Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari
makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggeleng-geleng
melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi.

Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh.


Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai. Esok kita
mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini
sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan
rungutan sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab
ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Terima kasih saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis.


Selamat sejahtera kepada para hakim yang adil lagi bijaksana,
guru-guru, murid-murid dan para hadirin sekalian. Tajuk cerita
saya pada hari ini ialah Anak Ikan Yang Suka Menipu.

Jangan pergi mandi di lombong


Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal.


Dia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakannya kerana
dia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-
ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, Jerung! Jerung!
Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan
bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan
mereka. Mereka amat takut dengan jerung. Jerung yang
garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony


menjerit, Jerung! Jerung! Namun Tony sungguh nakal. Dia
berasa seronok dapat berbuat begitu. Ikan-ikan kecil itu
percaya akan Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan
helah Tony.
Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakannya itu.
Dia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba
muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak
menyedari kehadiran jerung itu. Jerung! Jerung!
Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu
bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan
jeritan rakan-rakannya. Dia menyangka mereka cuba
mempermain-mainkannya. Baiklah, kamu semua menang! Di sini
mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-
mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri
Tony. Tony tidak sempat melarikan diri lalu dimakan oleh
jerung itu.

Kawan-kawan, ingatlah ya. Janganlah kita selalu bercakap


bohong, kerana balasan yang buruk akan menimpa kita. Sekian,
terima kasih.

Vous aimerez peut-être aussi