Vous êtes sur la page 1sur 12

SOALAN PEMAHAMAN Kepimpinan Melalui Teladan cikguphong(1)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi
itu. Maka Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi
bertanyakan anaknya yang bemama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu,
sudahkah datang dari Daha atau belumkah. Maka orang Patih Gajah Mada pun
pergilah kepada bininya Petala Bumi. Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari
Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas dan perak dan pakaian dan
pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah sudah Kertala Sari
datang ke mmahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, Hai ibuku, ke mana
pergi bapaku maka tiada aku lihat ini? Setelah sudah ibunya mendengar kata
anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, seraya berkata, Hai anakku,
yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana
Hulubalang Ratu Melaka. Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya
demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah, katanya, Siapa menyumh
membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan? Maka
oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahnya diceritakannya
pada anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu,
maka Kertala Sari pun terlalu sangat amarahnya, Ceh, Ratu Melaka dan
Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa kedep tembung laku. Syahadan negeri
Melaka pun habis kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat demikian, bukanlah aku
anak penjurit yang berani dan kepetangan.

i. Berikan maksud bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan. [2
markah]
... bermaksud aku bukanlah anak pahlawan yang gagah dan cerdik

ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah yang diperoleh Kertala Sari setelah dia
pulang dari Daha? [3 markah]
...emas ... perak ... pakaian... berpuluh-puluh juta pitis ... dicuri orang yang
banyak

iii. Kertala Sari begitu marah apabila mendengar ibunya menyatakan bahawa
ayahnya telah dibunuh oleh Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.Pada pendapat
anda, mengapakah Kertala Sari begitu marah?
... sangat sayang akan ayahnya
... belum puas menumpang kasih sayang ayahnya
... tidak sanggup melihatnya ibunya menjadi balu
... ayah Kertala Sari merupakan seorang yang bertanggungjawab
SOALAN PEMAHAMAN Kepimpinan Melalui Teladan cikguphong(2)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah Seri Betara mendengar sembah Patih Gajah Mada demikian itu, maka
titah Seri Betara, Hai Kertala Sari, dapatkah engkau kutitahkan membunuh Ratu
Melaka dan hulubalang yang bernama Laksamana itu?
Maka sembah Kertala Sari, Daulat tuanku andika Betara, endah apatah
pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu, sedang negeri Daha
patik alahkan? Setelah Seri Betara mendengar cakap Kertala Sari itu, maka titah
Seri Betara, Segeralah engkau pergi ke Melaka itu. Kerajaan seperti cakapmu
itu supaya engkau kujadikan penggawa agung. Maka sembah Kertala Sari,
Jikalau tuanku hendak menitahkan patik aji, baiklah segera patik suruh
hantarkan ke Melaka dengan sebuah perahu supaya patik segera kerjakan
seperti titah paduka Betara itu. Maka titah Seri Betara, Hai Patih Gajah Mada,
segeralah suruh hantar ke Melaka. Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap
sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi. Setelah sudah
lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah. Berapa lamanya maka Kertala Sari
pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung
segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa
yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk
bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.

i. Berikan maksud endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan


Laksamana itu, sedang negeri Daha patik alahkan.
..tugas membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu sangat mudah kerana
Kertala Sari pernah mengalahkan negeri Daha

ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah perkara-perkara yang dilakukan oleh


Kertala Sari apabila tiba di Melaka?
..singgah di luar kota pada kampung segala Jawa
..Kertala Sari menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu
..Kertala Sari berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung dengan
orang kaya-kaya dan saudagar

iii. Pada pandangan anda, sekiranya Kertala Sari tiada, bagaimanakah Seri
Betara dapat menyelesaikan masalah baginda dengan Ratu Melaka dan
Laksamana?
..baginda berunding dengan cara terbaik
baginda boleh meminta bantuan angkatan tenteranya untuk menyerang Ratu
Melaka dan Laksamana
baginda boleh meminta bantuan dari negara jiran
SOALAN PEMAHAMAN Kepimpinan Melalui Teladan cikguphong(3)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah.
Maka kata Patih Gajah Mada, Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh
memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, Jangan tiada dikasihi
anakku ini, kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan
sekarang anakku hdk dijadikan penggawa agung. Setelah Kertala mendengar
kata Patih Gajah Mada itu. maka Kertala Sari terlalu sukacita hatinya, seraya
menyembah kaki Patih Gajah Mada. Maka sembah Kertala Sari, Endah apatah
pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika
negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula[] juga, syahadan
segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil.Adapun jika belum
manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira
jadi penggawa.
Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu
sukacita, seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya
persalin . Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk
menghadap Seri Betara. Maka sembah Patih Gajah Mada, Adapun penjurit
tujuh orang dititahkan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah
mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya. Sebermula negeri Melaka pun sedikit
alah olehnya. Akan sekarang baharulah patik beroleh penjurit terlalu kepetangan;
inilah penjuritnya. Kertala Sari namanya, anak Petala Bumi yang dipesan oleh
bapanya kepada patik.

i. Apakah tujuan Patih Gajah Mada memanggil Kertala Sari? [2 markah]


... ingin menyampaikan pesan bapa Kertala Sari supaya mengasihi dan menjaga
anaknya itu
... ingin menjadikan Kertala Sari Penggawa Agung

ii. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan sebab-sebab Kertala Sari tidak mahu
menjadi penggawa agung.[3 markah]
... mahu mengalahkan Ratu Melaka
... mahu mengalahkan Laksamana
... mahu mengambil anak dan isteri orang Melaka

iii.Pada pandangan anda, mengapakah kerajaan pada zaman dahulu sering


melancarkan perang terhadap negeri di sekitarnya? [3 markah]
... untuk meluaskan pengaruh pemerintahan
... untuk meluaskan tanah jajahan masing-masing
... untuk menunjukkan kehebatan kerajaan tersebut..

i.Berikan maksud diperjamunya makan minum. [2 markah]


... dihidangkan dengan jamuan.
ii. Nyatakan perkara-perkara yang disampaikan oleh Patih Gajah Mada kepada
Kertala Sari. [3 markah]
Perkara-perkara yang disampaikan oleh Patih Gajah Mada kepada Kertala Sari
ialah ayahnya telah mati dibunuh oleh Laksamana dan Ratu Melaka. Selain itu,
Patih Gajah Mada memberitahu Kertala Sari bahawa dia akan dilantik sebagai
penggawa agung.

iii. Patih Gajah Mada telah menyampaikan pesanan ayah Kertala Sari kepada
Kertala Sari.Pada pendapat anda, mengapakah Patih Gajah Mada ingin
menyempurnakan pesanan tersebut? [3 markah]
Pada pendapat saya, Patih Gajah Mada ingin menyempurnakan pesanan
tersebut kerana Patih Gajah Mada seorang yang amanah. Selain itu,Patih Gajah
Mada ingin membela nasib Kertala Sari yang kematian ayahnya. Patih Gajah
Mada mahu Kertala Sari menuntut bela atas kematian ayahnya.
SOALAN PEMAHAMAN Kepimpinan Melalui Teladan cikguphong(4)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Berapa lamanya hatta hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun bersikap dirinya;
maka lalu berjalan masuk ke dalam kota. Maka ia masuk ke rumah seorang saudagar
yang kaya. Maka dilihai Kertala Sari saudagar itu lagi makan nasi laki isteri. Maka
Kertala Sari pun masuk makan bersama-sama dengan saudagar itu. Hatta setelah jauh
malam, maka saudagar itu pun masuk tidur. Maka oleh Kertala Sari dicurinya segala
harta saudagar itu sekuasa-kuasa ia membawa bini saudagar itu pun dicabulinya. Maka
ia pun kembali pada tempatnya. Maka hari pun sianglah. Maka saudagar itu pun
gemparlah mengatakan dirinya kecurian. Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala
Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah
banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada tempatnya pula. Dengan
demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala
saudagar dan orang-orang kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah, Ya
tuanku, patik mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai
sepinggang.
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya
menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, Wah, datanglah pula bala atas
negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang,
binasalah negeri ini. Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, Hai
Temenggung, suruh orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!
Maka Temenggung pun menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan
saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun
menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala
saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.
Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari
orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca
pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah
seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan
bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.
Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja
mengadukan halnya kecurian semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada
Temenggung, Hai Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?
Maka sembah Temenggung, Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang
berkawal semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan
penjurit itu.
Maka titah baginda, Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?
Maka baginda pun murka sedikit akan Temenggung. Maka baginda pun menyuruh
memanggil Laksamana; Laksamana pun segera datang lalu duduk menyembah.
i. Berikan maksud patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.
[2 markah]
...bermaksud kami telah dirompak sehingga tiada apa-apa yang tinggal untuk
kami lagi

i. Berikan maksud terlalu banyak dengan lembing perisai. [2 markah]


... senjata yang sangat banyak.

ii.Apakah yang dilakukan oleh Kertala Sari apabila dia masuk ke dalam rumah
saudagar kaya?[3 markah]
...... makan bersama dengan saudagar
... mencuri segala harta saudagar
... melarikan dan mencabuli isteri saudagar

ii.Orang kaya-kaya telah mengadu kepada raja bahawa rumah mereka kecurian
semalam.Nyatakan reaksi raja apabila mendengar aduan tersebut. [3 markah]
...Raja berasa hairan dan bertanya kepada Temenggung sama ada mereka
berkawal atau tidak pada malam itu. Baginda murka akan Temenggung lalu
menyuruh agar Laksamana dipanggil.

iii.Sekiranya anda Temenggung, apakah tindakan-tindakan yang akan anda


lakukan untuk meredakan kemarahan raja?
...Menerangkan perkara yang sebenarnya kepada raja
...Membawa beberapa orang saksi yang mengetahui bahawa saya sudah
membuat kawalan
...Berjanji kepada raja untuk berusaha menyelesaikan masalah kecurian
tersebut.

iii. Pada pandangan anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang


itu tergamak mencuri?
... desakan hidup akibat kemiskinan
... mempunyai kemahuan yang tinggi walaupun tidak mampu dari segi kewangan
... rasa puas hati apabila berjaya melakukan perkara itu
SOALAN PEMAHAMAN Kepimpinan Melalui Teladan cikguphong(5)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Maka sembah Bendahara, Daulat tuanku Syah Alam, adapun pekerjaan
berkawal itu pekerjaan Temenggung; apabila Temenggung tiada bercakap,
Laksamana pula mengerjakan dia.
Maka titah raja, Pada malam ini Temenggung sendiri keluar berkawal.
Maka sembah Temenggung, Daulat tuanku, patik sendiri masuk berkawal.
Maka Temenggung pun bermohon kembali ke rumahnya berkerah segala
hambanya lima ratus orang dengan alat senjatanya.
Setelah hari malam maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka
didengarnya bunyi orang berkawal dan bunyi lembing perisai gemeretak. Maka
Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu ia berjalan pada tengah orang
banyak itu lalu masuk ke rumah Bendahara. Maka dicurinya harta yang kemas-
kemas lalu dibawanya kembali.
Setelah hari siang maka Bendahara pun gemparlah mengatakan kecurian.
Maka Bendahara pun berdatang sembah, Ya tuanku, patik mohonkan
ampun, pada malam ini patik habis kecurian, habislah harta yang kemas-kemas.
Maka titah raja, Hai Temenggung, tidakkah kita titahkan Temenggung sendiri
pada malam berkawal? Mengapakah pada malam ini mamak Bendahara
kecurian ini?

i. Apakah perkara yang diadukan oleh Bendahara kepada Tuanku Syah Alam?
[2 markah]
.. tugas berkawal itu merupakan tugas Temenggung
..Temenggung tidak melaksanakan tugas, sebaliknya Laksamana pula
mengambil alih tugas tersebut

ii. Bagaimanakah reaksi Temenggung selepas mendapat perintah Tuanku Syah


Alam? [3 markah]
.. Temenggung mematuhi arahan itu
..Temenggung bermohon kembali ke rumahnya
..Temenggung mengerah semua hambanya seramai 500 orang dengan
senjatanya untuk berkawal.

iii.Sekiranya anda raja, apakah tindakan yang akan anda kenakan kepada
Temenggung yang gagal menjalankan tugasnya dengan baik? [3 markah]
..saya akan memberikan amaran kepada Temenggung supaya melaksanakan
tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh
...saya akan menggantikan Temenggung dengan orang lain
...saya akan mengenakan hukuman yang setimpal kepada Temenggung
SOALAN PEMAHAMAN Kepimpinan Melalui Teladan cikguphong(6)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Maka sembah Temenggung, Ya tuanku, patik mohonkan ampun dan kurnia;
adapun pada malam ini patik sendirinyalah berkawal. Pada segenap pintu dan
rumah saudagar dan orang kaya-kaya patik sudah tunggui; maka seorang pun
tiada bertemu dengan patik-patik itu. Maka titah duli yang maha mulia patik
junjung.
Maka Laksamana pun berdatang sembah, Ya tuanku, adapun penjurit yang
datang ini bukan barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada
derma kurnia, patik hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain
dengan penjurit itu.
Maka titah raja, Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita.
Jikalau Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita
harap hanyalah Laksamana. Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar
titah raja demikian itu.

i. Mengapakah Laksamana ingin berlawan dengan penjurit yang melakukan


kecurian di tempat mereka?[2 markah]
... penjurit yang datang bukan penjurit yang sembarangan
... penjurit itu lebih bijak daripada Laksamana
... bukan calang-calang

iii. Sekiranya anda raja, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk
menghapuskan penjurit itu?
..mengarahkan pembesar saya untuk menangkap penjurit itu
..menjatuhkan hukuman mandatori
..bunuh terhadap penjurit itu
..meminta bantuan negara lain untuk menangkap penjurit itu
SOALAN PEMAHAMAN Kepimpinan Melalui Teladan cikguphong(7)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun
habis kecurian; syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun
tiada terkata-kata lagi.
Maka sembah Laksamana, Pada firasat patik, pada malam itu datang pula
penjurit itu ke istana kita ini.
Maka titah raja, Apa bicara kita supaya penjurit itu tiada beroleh masuk ke
istana ini?
Maka sembah Laksamana, Daulat tuanku, ada suatu perbuatan: hikmat itu
daripada penjurit yang tahu patik peroleh.
Maka titah baginda, Segeralah perbuat, kekasihku Laksamana. hikmat itu.
Maka sembah Laksamana. "Ya tuanku, pada malam ini lepaskanlah patik
pergi berkawal, tiada jauh. Maka baginda bertitah, Baiklah."
Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-
banyak itu, lembing dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana
berkeliling istana itu. Maka dibubuhnya suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-
menetak sama sendirinya dan kayu itu pun palu-memalu, terlalu gemuruh
bunyinya.
Maka hari pun malamlah. Maka Laksamana pun memakai serba hitam lalu
berjalan. Maka Kertala Sari pun masuklah. Maka dilihat oleh Laksamana seorang
penjurit; maka Laksamana pun berselindung pada suatu tempat. Maka Kertala
Sari pun menyimpang pada tempat yang lain masuk mencuri.
Maka Kertala Sari pun fikir dalam hatinya hendak mencuri harta raja; apabila
habislah harta raja itu maka ia pun hendak membakar serta mengamuk. Adapun
bini raja muda-muda itu kuambil akan biniku.
Maka ia pun sampailah ke istana. Didengar bunyi gemuruh, maka
dihampirinya: maka dilihatnya senjata dan kayu palu-memalu, tikam-menikam
dan radak-meradak.
i. Berikan maksud Maka raja pun tiada terkata-kata lagi. [2 markah]
... raja pun tidak dapat berkata apa-apa

i. Berikan maksud Adapun bini raja muda-muda itu kuambil akan biniku.[2
markah]
Maksudnya ialah Kertala Sari mahu mengambil isteri raja yang muda untuk
dijadikan isterinya.

ii. Apakah reaksi raja setelah mendengar aduan orang kaya-kaya dan saudagar
yang kecurian? [3 markah]
...raja tidak berkata apa-apa
...raja meminta pendapat orang-orang bawahannya tentang cara untuk
mengelakkan penjurit itu datang ke istananya lagi

ii. Apakah yang dilakukan oleh Laksamana dengan semua senjata yang
dibawanya itu? [3 markah]
...diatur di sekeliling istana
...ditabur suatu hikmat

ii. Apakah keistimewaan-keistimewaan hikmat yang dimiliki oleh Laksamana? [3


markah]
Keistimewaan-keistimewaan hikmat yang dimiliki oleh Laksamana ialah
Laksamana boleh menjadikan senjata tersebut radak-meradak dan tetak-
menetak sesama sendiri. Selain itu,kayu-kayu pula palu-memalu sehingga
mengeluarkan bunyi yang amat kuat.

iii. Sekiranya anda raja, apakah yang akan anda lakukan untuk memastikan
Laksamana terus berkhidmat dengan kerajaan anda? [3 markah]
... Mengahwinkan Laksamana dengan puteri saya.
... Menawarkan Laksamana jawatan yang lebih tinggi.
... Memberikan pingat kebesaran kepada Laksamana
... Mengadakan keraian untuk menghargai dan mengingati jasa Laksamana.

iii. Sekiranya anda raja di sesebuah negara, apakah tindakan-tindakan yang


akan anda ambil jika rakyat anda ditimpa musibah?
... membantu rakyat dari segi kewangan yang untuk mereka memulakan
kehidupan yang baharu
... melawat ke kawasan yang ditimpa musibah tersebut untuk memberi kata-kata
semangat kepada rakyat
... mengisytiharkan darurat jika perlu supaya segala bantuan boleh diberikan
kepada mangsa ditimpa musibah
... mengarahkan pihak yang bertanggungjawab untuk memberi bantuan dengan
kadar segera
SOALAN PEMAHAMAN Kepimpinan Melalui Teladan cikguphong(8)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, Hai
segala kamu sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan
Laksamana, sebahagi akan orang yang empunya harta, kerana harta ini
sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.
Maka sembah orang itu, Daulat tuanku, mana titah patik junjung.
Maka sembah Laksamana, Ya tuanku, jika demikian sahaja aniayalah duli
yang maha mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu
akan patik. Dalam pada itu pun, mana kasih hatinya hendak memberi akan
patik.
Maka titah baginda, Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?
Maka sembah mereka itu, Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana.
Demi Allah dan rasul- Nya, dengan tulus ikhlas patik sekalian. Masing-masing
pun memberikan segala hartanya akan Laksamana.
Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu
sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang
sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi
diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi lagi
diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu tiada
diambil oleh Laksamana.

i. Berikan maksud yang sebahagi itu akan patik. [2 markah]


bermaksud saya akan mengambil sebahagian

ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah yang dilakukan oleh Laksamana


terhadap harta yang diberikan kepadanya?
... harta itu telah dibahagi tiga
... satu bahagian didermakan kepada segala fakir miskin
... satu bahagian diberikan kepada segala pegawai yang , tiada penguasaan
... satu bahagian diberikan kepada semua orangnya

iii. Pada pendapat anda, selain pemberian harta, bagaimanakah cara lain untuk
menghargai jasa seseorang?
... memberikan pangkat/gelaran/anugerah
... membantu mereka jika berada dalam kesusahan
... mendoakan kesejahteraan mereka
... menziarahi mereka untuk bertanyakan khabar

i. Nyatakan perkara-perkara yang dititahkan oleh raja kepada semua pemilik


harta tersebut. [2 markah]
Perkara-perkara yang dititahkan oleh raja kepada semua pemilik harta tersebut
ialah mereka diminta membahagikan harta itu kepada tiga bahagian. Seterusnya,
dua bahagian diserahkan kepada Laksamana dan sebahagian lagi ialah
kepunyaan pemilik harta.
ii. Apakah yang telah dilakukan oleh Laksamana terhadap satu bahagian harta
yang diberikan kepadanya? [3 markah]
Perkara-perkara yang dilakukan oleh Laksamana terhadap harta yang diberikan
kepadanya ialah dia membahagikan harta itu kepada tiga bahagian. Selain itu,
Laksamana mendermakan satu bahagian kepada fakir miskin, satu bahagian
diberikan kepada semua pegawai yang tiada penguasaan,manakala satu
bahagian lagi diberikan kepada orang-orangnya.

iii. Sekiranya anda raja, bagaimanakah cara anda membalas jasa Laksamana
yang mendapatkan harta yang telah dicuri semula? [3 markah]
Sekiranya saya raja, cara saya membalas jasa Laksamana yang mendapatkan
harta yang telah dicuri semula adalah dengan memberikan hadiah seperti
persalinan ataupun barangan berharga. Seterusnya, menganugerahkan pangkat
yang tinggi kepada Laksamana. Selain itu, memberikan pingat kebesaran
kepada Laksamana. Akhirnya, mengadakan keraian untuk menghargai dan
mengingati jasa Laksamana.

i. Apakah maksud patik cuba main penjurit itu, dengan berkat arwah guru ?
... Laksamana akan bertarung dengan Kertala Sari dengan berbekalkan ilmu
yang dipelajari daripada gurunya.

ii. Mengapakah pada malam itu Kertala Sari masuk ke kota memakai pakaian
yang indah dan bau-bauan?
Dia berhasrat untuk membakar dan mengamuk dalam kota Melaka kerana dia
sudah tidak boleh mencuri oleh sebab sudah habis harta orang Melaka dicurinya.

iii. Pada pendapat anda, adakah wajar cara yang digunakan oleh Laksamana
untuk menyerang Kertala Sari?
Wajar.. menunjukkan bahawa Laksamana seorang yang bijak apabila
berhadapan dengan musuh - Laksamana lebih dahulu mengetahui bahawa
Kertala Sari bukanlah sembarangan penjurit yang mudah ditewaskan dan amat
ganas. Oleh itu, untuk mengalahkan Kertala Sari memerlukan keberanian dan
juga strategi untuk menewaskannya.

Vous aimerez peut-être aussi