Vous êtes sur la page 1sur 10

1.

0 PENDAHULUAN

Model ADDIE secara amnya merupakan model pertama yang dibina dan cuba untuk
diaplikasikan dalam kaedah pengajaran. Model ADDIE sebenarnya didasari oleh nama model itu
sendiri yang wujud dalam bentuk akronim bahasa inggeris seperti yang diterangkan dalam
rajah 3.0 dibawah :

Rajah 1.0 : Model Addie

(sumber : Seth Sulaiman & Noor Izyan Salleh, 2005)

Pada dasarnya model ini merupakan sebuah model reka bentuk pengajaran yang
bersifat umum dan terbuka. Perkara ini dibuktikan apabila model ADDIE memainkan peranan
penting dalam menyediakan rangka kerja dalam sebarang pengajaran yang melibatkan elemen-
elemen seperti perancangan, pembinaan dan mengadaptasikan arahan berdasarkan kepada
keperluan pelajar dan isi kandungan pengajaran [ CITATION Dic90 \l 1086 ].

Jadual 1.0 : Ringkasan Model ADDIE

ADDIE
Menilai pencapaian
Menyatakan matlamat P&P
Analisis pelajar
ANALYZE/ANALISI Mengaudit sumber sedia ada
S Menentukan sistem penyampaian (termasuk kos)
Membentuk rancangan pengurusan projek

1
Menjalankan pemeriksaan bahan media.
DESIGN/ Menyusun objektif pembelajaran
REKABENTUK Menjana strategi penilaian
Menghitung respon terhadap pelaburan (usaha)

Menjana strategi pengajaran.


Memilih atau membina media
Membangunkan panduan untuk pelajar
DEVELOPMENT/ Membina panduan untuk guru
PERKEMBANGAN Menjalankan semakan formatif
Menjalankan penilaian spontan

IMPLEMENT/ Menyediakan guru


IMPLIMENTASI Menyediakan pelajar

Menentukan kriteria penilaian


EVALUATE/ Memilih alat penilaian
PENILAIAN Menjalankan penilaian sumatif

2.0 ANALISIS MODEL ADDIE DALAM PEMBINAAN LAMAN SESAWANG

2.1 A Analisis (Analyze)

Peringkat analisis merupakan peringkat pertama atau asas kepada aspek


pembinaan laman sesawang dalam proses pengajaran berdasarkan kepada
model ADDIE. Peringkat analisis melibatkan tiga jenis analisis yang utama iaitu
(1) analisis keperluan, (2) analisis tugasan dan (3) analisis pengajaran. Analisis
keperluan merupakan proses mengenal pasti keperluan dan matlamat
pengajaran sekaligus menentukan jenis objektif pengajaran dan pembelajaran
dalam sesuatu topik, ringkasnya analisis ini adalah bertujuan untuk mewujudkan
rangka hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu proses pengajaran.
Analisis tugasan pula merangkumi langkah untuk mengenalpasti isi pelajaran
yang akan diajarkan, apabila isi pelajaran telah dikenal pasti maka ianya akan
diperhalusi dalam memilih media pengajaran yang sesuai untuk diterapkan

2
dalam laman sesawang. Analisis pengajaran pula adalah untuk mengenal pasti
apakah perkara yang harus dipelajari oleh pelajar, dalam hal ini guru akan
bertindak untuk menganalisis skop isi kandungan pelajaran agar selaras dengan
keperluan pengajaran [ CITATION See98 \l 1086 ].

Dalam pembinaan laman sesawang kami menganalisis beberapa perkara


seperti berikut iaitu (1) menganalisis pelajar (2) menganalisis iklim kelas (3)
menganalisis keperluan (4) menganalisis tugasan bagi menentukan isi
kandungan (5) menganalisis pengajaran bagi mengenal pasti apa yang perlu
dipelajari. Dalam peringkat menganalisis pelajar, kami perlu mengetahui tahap
kognitif pelajar bagi menyesuaikan akitiviti dalam laman web. Dari segi analisis
iklim kelas, kami perlu memastikan iklim bilik darjah berada dalam persekitaran
kondusif atau pun tidak dan yang paling penting peralatan seperti paparan LCD
yang ada di kelas dalam keadaan baik agar pengajaran tidak akan terganggu.
Pada peringkat menganalisis keperluan, kami telah mengenalpasti keperluan
iaitu bahan pengajaran dari tajuk yang ada dalam buku teks geografi tingkatan 4
berserta rujukan daripada Huraian Sukatan Pelajaran geografi bagi menentukan
objektif. Dalam objektif yang tercatat dalam HSP kami telah mengenal pasti apa
yang perlu dipelajari oleh pelajar dan kemudiannya dapat beralih kepada
peringkat mereka bentuk laman sesawang.

2.2 D Rekabentuk (Design).

Peringkat rekabentuk secara ringkasnya melibatkan penggunaan output daripada


fasa analisis untuk merancang strategi pembangunan pengajaran. Fasa
rekabentuk dilihat amat menitikberatkan analisis subjek, rancangan pengajaran
dan pemilihan media pengajaran secara langsung. Semasa fasa ini berlangsung,
seorang guru haruslah menggariskan bagaimana caranya untuk mencapai
objektif pengajaran yang telah dirangka dalam fasa analisis. Antara elemen-
elemen lain yang dititikberatkan dalam fasa rekabentuk ialah seperti menulis
deskripsi ciri-ciri pelajar, menjalankan analisis pembelajaran, menulis objektif dan

3
item penilaian, memilih kaedah pengajaran dan menyusun pengajaran dalam
bilik darjah. Dalam fasa ini juga, guru haruslah menentukan bagaimana cara
pengajaran akan berlaku selaras dengan objektif pengajaran-pembelajaran yang
secara tidak langsung akan menentukan pemilihan aktiviti yang turut melibatkan
penggunaan bahan media pengajaran dalam laman sesawang yang dibangunkan
[ CITATION Haf10 \l 1086 ].

Dalam mereka bentuk laman sesawang ini, terdapat ciri-ciri yang telah kami
ikuti iaitu:

1. guru boleh menentukan apakah hasilan pelajar yang dicita-citakan. Matlamat


dan objektif. merupakan panduan untuk memilih aktiviti yang sesuai bagi
menggabungkannya di dalam laman web.

2. Kategorikan objektif mengikut tahap pembelajaran bagi domain kognitif,


afektif dan psikomotor.

Oleh itu, dalam laman web ini kami telah menyusun aktiviti mengikut objektif
yang mana jenis-jenis aktiviti dibentuk berdasarkan kepada teori-teori
pembelajaran behaviorisme, kognitif dan konstruktivisme. Pada peringkat
behaviorisme kami telah mereka bentuk soalan objektif aneka pilihan sebanyak 5
soalan. Kemudiannya untuk kognitif pula, soalan akan ditanya semasa guru
memberi penerangan bagi membentuk kognitif pelajar dari peringkat tahu
sehingga aplikasi. Pada teori konstruktivisme, kami telah mereka aktiviti teka
terumbu dengan menggunakan perisian pembinaan teka silang kata dari internet
(Hot Potato) yang mana ianya melibatkan penglibatan aktif pelajar dalam
kumpulan untuk menyelesaikan masalah silang kata yang disediakan oleh guru
berdasarkan kepada semua isi pembelajaran yang telah diajar.

4
2.3 D Pembangunan (Development).

Fasa seterusnya yang terdapat dalam model ADDIE adalah fasa pembangunan,
fasa ini merupakan fasa yang dibina daripada hasil fasa analisis dan rekabentuk.
Dalam erti kata lain fasa pembangunan merupakan fasa penting yang berkait
secara langsung terhadap pemilihan bahan media untuk disesuaikan dengan
pembangunan laman sesawang. Menurut Hafiza Arzuman (2010) tujuan utama
fasa pembangunan dalam model ADDIE dibentuk adalah untuk menjana
rancangan pengajaran dan bahan pengajaran atau media pengajaran dengan
berkesan. Semasa fasa ini berlangsung, guru akan memainkan lima peranan
utama iaitu (1) menjana strategi pengajaran, (2) memilih dan membangunkan
laman sesawang, (3) membangunkan panduan untuk pelajar, (4)
membangunkan langkah untuk guru dan (5) menjalankan penilaian formatif
[ CITATION See98 \l 1086 ].

Selain daripada itu juga, beberapa persoalan penting yang perlu diititik
beratkan oleh guru dalam fasa ini termasuklah seperti membangunkan alat
pengukuran prestasi pelajar. Hal ini disebabkan oleh wujudnya keperluan bagi
seorang guru untuk mengetahui prestasi pelajarnya, pengetahuan tersebut pula
akan membolehkan guru tersebut menentukan bahan media pengajaran yang
sepatutnya digunakan dalam proses pengajarannya. Secara ringkasnya
pembangunan alat pengukuran tersebut boleh berpandukan kepada tiga isi
kandungan yang utama iaitu (1) objektif P & P, (2) isi kandungan pengajaran
dan (3) penilaian berdasarkan ujian yang telah dilakukan [ CITATION Haf10 \l
1086 ].

Pada peringkat fasa pembangunan, bahan dikarang, diimbas kembali, dihasilkan,


dan dinilai. Pereka menentukan bahawa prinsip-prinsip pembelajaran
dimasukkan dalam pembangunan laman sesawang. Pembangunan ini juga
melibatkan proses penilaian formatif. Penilaian formatif menjawab persoalan
seperti, Adakah bahan itu berpadanan dengan aktiviti yang ada pada laman

5
web? dan Bagaimanakah kita boleh menambahbaikannya? Contohnya dalam
subtajuk pembentukan terumbu karang aktiviti permainan dibangunkan untuk
menguji kognitif pelajar dalam memahami perbezaan teori Daly dan Darwin.
Dalam hal ini, pembangunan laman sesawang yang dilakukan adalah
berdasarkan analisis pencapaian pelajar dan reka bentuk objektif yang ingin
dicapai, sekiranya pelajar tersebut mempunyai tahap pencapaian yang rendah,
kepelbagaian aktiviti dalam laman sesawang haruslah berunsurkan aktiviti-aktiviti
yang lebih kepada grafik, video dan audio kerana rangsangan deria mempunyai
kredibiliti untuk meningkatkan pemahaman dan minat pelajar. walau
bagaimanapun pembangunan laman ini juga turut melihat kepada aspek
pengayaan kepada pelajar pintar dimana aktiviti pengayaan telah dimasukkan
dalam latihan agar pelajar-pelajar pintar dapat melakukan aktiviti pengayaan
bagi menguatkan lagi kefahaman mereka terhadap isi kandungan pelajaran.

Instrumen pengukuran prestasi dalam peringkat ini turut dibangunkan,


keadaan ini diperlihatkan melalui pembinaan soalan objektif dan subjektif respon
terhad untuk mengukur hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dalam fasa
sebelumnya. Selain daripada itu juga penilaian-penilaian formatif dalam bentuk
soalan objektif aneka pilihan turut disediakan sebagai medium untuk meninjau
keberkesanan proses P&P yang dilaksanakan oleh guru. Sekiranya terdapat
sebarang permasalahan kepada pelajar untuk memahami isi kandungan
pelajaran maka adalah menjadi tanggungjawab guru untuk meninjau semula
fasa pembangunan laman sesawang agar dapat disesuaikan dengan tahap
penerimaan pelajar yang terdiri dari pelbagai peringkat.

2.4 I Perlaksanaan (Implementation).

menurut Edmond, Branch, & Mukherjee (1994) fasa implementasi merupakan


fasa yang merujuk kepada pengajaran sebenar oleh guru sama ada dalam
bentuk pengajaran dalam bilik darjah ataupun pengajaran luar bilik darjah.
Tujuan utama fasa ini dijalankan adalah untuk menyampaikan pengajaran secara

6
efektif dan efisyen, fasa ini harus mendedahkan pelajar kepada pemahaman
mengenai laman sesawang yang digunakan bagi memastikan objektif pengajaran
yang dirancang tercapai serta berlakunya pemindahan pengetahuan daripada
pengajaran guru kepada pelajar.

Fasa perlaksanaan juga akan menentukan kejayaan sesuatu proses


pengajaran, keadaan ini sebenarnya adalah didorong oleh masalah-masalah
yang timbul dalam fasa ini. Antara masalah yang biasanya berlaku dalam fasa ini
ialah bahan media pengajaran yang digunakan dalam laman sesawang adalah
terlalu kompleks dan sukar difahami, keadaan ini akan menyebabkan pelajar
masa yang lama diambil untuk memahami isi kandungan pelajaran yang cuba
disampaikan oleh seorang guru. Oleh itu, kemahiran guru terhadap bahan media
pengajaran yang digunakannya akan menjadi taruhan terhadap kefahaman
pelajarnya, semakin tinggi kemahiran guru mengajar menggunakan media
pengajaran yang digunakannya dalam laman sesawang maka semakin tinggi
kadar kejayaan fasa proses pengajarannya [ CITATION Haf10 \l 1086 ].

Dalam hal ini, fasa pelaksanaan akan berperanan sebagai penentu sama
ada laman sesawang yang dibina dapat dijadikan bahan pengajaran yang baik di
mana adakah ia membantu sesi P & P menjadi lebih menarik dan mampu
mencapai objektifnya. Untuk kejayaan pelaksanaan, kami telah memastikan agar
media pengajaran yang diterapkan di dalam laman sesawang yang dibina adalah
mudah difahami serta mudah dikendalikan. Sebarang komplikasi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran akan diambil kira bagi membolehkan pengajaran
masa hadapan dijalankan dengan lebih berkesan lagi. Selain itu, fasa ini juga
memperlihatkan bagaimana faktor persediaan sampingan sepert memastikan
semua peralatan seperti LCD, komputer dan pembesar suara berfungsi dengan
baik.

7
2.5 E Penilaian (Evaluation).

Fasa penilaian merupakan fasa terakhir dalam model ADDIE sekaligus menjadi
fasa terakhir dalam melihat kepada kriteria pembangunan laman sesawang
dalam suatu proses pengajaran. Fasa ini secara tepatnya merujuk kepada suatu
pendekatan sistematik yang akan menentukan kualiti keberkesanan proses dan
juga hasil pembelajaran dalam bilik darjah. Selain daripada itu, fasa ini juga akan
menilai tahap keberkesanan dan keefisyenan suatu kaedah pengajaran. walau
bagaimanapun fasa penilaian sebenarnya adalah satu fasa yang berlangsung dari
awal proses pengajaran dijalankan dan secara keseluruhannya fasa ini akan
melibatkan dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif
[ CITATION See98 \l 1086 ].

Fasa penilaian formatif digunakan untuk mengenal pasti kekurangan


dalam laman sesawang iaitu sewaktu ianya dibangunkan dan setelah ianya
digunakan, tujuannya adalah untuk memperbaiki kekurangan dalam laman
tersebut melibatkan media dan bahan pengajaran yang diterap dan digunakan.
Fasa penilaian sumatif pula adalah berdasarkan soalan seperti Adakah anda
telah menyelesaikan masalah? Apakah impaknya? Apakah yang perlu
diubah?. Ringkasnya fasa penilaian sumatif adalah berlainan dengan penilaian
formatif. Setelah kedua-dua penilaian dijalankan maka fasa selanjutnya akan
bermula daripada peringkat pertama dan berulang-ulang sehinggalah seorang
guru dapat memahami pelajarnya sekaligus membolehkannya membina dan
menggunakan laman sesawang yang sesuai dengan keperluan pelajar serta hasil
pembelajaran yang diinginkan dalam satu-satu proses pengajaran [ CITATION
Haf10 \l 1086 ].

Dalam hal ini, pemerhatian terhadap soalan-soalan dalam fasa penilaian


memperlihatkan bagaimana hanya beberapa perubahan kecil perlu dilaksanakan
dalam sama ada kepada laman sesawang yang telah dibina mahupun laman
sesawang yang akan dibina. Secara keseluruhannya laman sesawang yang

8
dibangunkan telah dapat mengatasi masalah pembelajaran, selain itu laman
yang dibina juga telah membolehkan pelajar mempelajari topik yang diajar
dengan berkesan. Hal ini dapat dilihat apabila pelajar dapat menjawab setiap
aras penilaian yang dikemukakan oleh guru. Perubahan yang perlu dilakukan
pada laman sesawang tidak melibatkan perubahan yang besar, dalam hal ini saiz
font serta penyesuaian masa untuk menjalankan aktiviti yang diterapkan dalam
laman ini perlu diubah bagi membolehkan penggunaan laman ini lebih efektif
pada masa hadapan.

3.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, penggunaan model ADDIE sebagai model utama dalam pembinaan
laman sesawang sememangnya memberikan impak positif terhadap keberkesanan laman yang
dibangunkan untuk digunakan dalam proses P&P. Setiap fasa yang terdapat di dalam model ini
mempunyai fungsi khusus yang tersendiri dimana setiap fungsi tersebut akan dapat membantu
dalam menghasilkan laman sesawang yang berkualiti sekaligus bertujuan untuk mewujudkan
pembelajaran berkesan melalui penggunaannya. Fasa penting seperti fasa penilaian pula
membolehkan pembina laman sesawang mengenalpasti masalah-masalah yang wujud selepas
laman tersebut dibina dan digunakan dalam proses P&P, hal ini secara tidak langsung
mebolehkan sebarang penambahbaikan dilakukan sekaligus dapat membantu pembina
membangunkan laman yang lebih baik pada masa hadapan.

9
Bibliografi

Dick, W., & Carey, L. (1990). The systematic design of instruction (3rd ed.). Glenview Il: Scott,
Foresman, and Company.

Edmond, G. S., Branch, R. C., & Mukherjee, P. (1994). A Conceptual Framework for Comparing
Instructional Design Models. Educational Technology for Research and Development
Journal, 55-72.

Hafiza Arzuman. (2010). A Reflective Study Guide of Instructional Design Process. Kota Bahru:
Universiti Sains Malaysia.

Seels, B., & Glasgow, Z. (1998). Making Instructional Design Decisions 2nd Edition. New Jersey:
Prentice Hall.

Seth Sulaiman, & Noor Izyan Salleh. (2005). Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan
Moodle Bertajuk Gas Laws Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi
Malaysia.

10