Vous êtes sur la page 1sur 9

NAMA:.................................................... KELAS:.......................................

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAYAN LEPAS


11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016

TINGKATAN 4

PRINSIP AKAUN

KERTAS 2

2 JAM 30 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B


2. Jawab SEMUA soalan daripada Bahagian A dan dua soalan sahaja di Bahagian B
3. Jawab hendaklah ditulis dalam kertas jawapan anda sendiri
4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam
kurungan
5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan
6. Gunakan kertas jurnal, buku tunai, buku tunai runcit dan lejar yang disediakan.

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Nama Pemeriksa:
Soalan Markah Penuh Markah Diperolehi
1 10 markah
Bahagian A 2 10 markah
(Jawab semua soalan)
3 10 markah

Bahagian B 4 20 markah
(Jawab dua soalan 5 20 markah
sahaja) 6 20 markah
JUMLAH 100 markah

Disediakan oleh : Disemak oleh: Disahkan oleh:

....................................... ............................................. ...........................................


(HASMA BINTI NORDDIN ) (MOHAMMAD NAJMUDDIN B.ABD RAHMAN) (HJH ROSNAH BT OTHMAN)
Guru matapelajaran GKMP Bidang Teknik Vokasional Penolong Kanan
Pentadbiran

1
KERTAS 2 Masa : Dua jam tiga puluh minit
Arahan: Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua
soalan daripada Bahagian A dan dua soalan di Bahagian B.

Bahagian A
[60 markah ]
Jawab semua soalan.

1. (a) Catatkan urus niaga yang berikut ke dalam Jurnal Am

Membeli sebuah komputer bernilai RM3400 daripada Syarikat Advance Berhad

( 2 markah)

(b) Nyatakan konsep perakaunan yang terlibat bagi setiap situasi di bawah ini

Situasi Konsep Perakaunan


i) Pemilik merekodkan ambilan barang niaga untuk
kegunaan sendiri ke dalam akaun ambilan
ii) Semua urus niaga Syarikat Maju Jaya
direkodkan dari 1 Jun 20X5 sehingga 31 Mei 20X6
iii) Perniagaan Razali akan terus beroperasi untuk
satu tempoh masa yang berterusan
( 3 markah)

(c) Nyatakan dokumen perniagaan yang berkaitan dengan urus niaga yang berikut

Urus niaga Dokumen Perniagaan


i) Penyata yang menunjukkan rekod bayaran satu
caj yang dikenakan oleh sektor perhotelan
ii) Pemilik membayar insurans peribadi dengan
tunai perniagaan
( 2 markah)

(d) Berikan satu contoh akaun bagi setiap jenis akaun yang berikut

Akaun Contoh Akaun


i) Nominal

ii) Nyata

iii) Perorangan

( 3 markah)

2
2. Encik Jafney mengendalikan Jafney Trading yang menjual alatan pejabat di Ipoh. Dokumen yang
berikut diperoleh daripada perniagaan beliau sepanjang bulan Mei 20X5.

3
Anda dikehendaki menyediakan catatan dalam jurnal yang berikut:

a) Jurnal Am ( 2 markah)
b) Jurnal Belian ( 2 markah)
c) Jurnal Jualan ( 2 markah)
d) Jurnal Pulangan Belian ( 2 markah)
e) Jurnal Pulangan Jualan ( 2 markah)

(Sila gunakan kertas jurnal yang dibekalkan untuk perekodan urus niaga tersebut)

4
3. Maklumat yang berikut diperoleh daripada rekod perakaunan Encik Kamarul

Baki pada 1 Mac 20X6: RM

Penghutang 124 900


Pemiutang 66 200
Baki pada 31 Mac 20X6:
Penghutang ?
Pemiutang ?
Belian kredit 29 200
Belian tunai 720
Jualan kredit 68 400
Jualan tunai 1 120
Bayaran kepada pembekal dengan cek 36 600
Terima cek daripada pelanggan 48 500
Diskaun diberi 420
Diskaun diterima 710
Cek pelanggan tidak dilayan 560
Diskaun diberi ditarik balik 50
Pindahan baki dari lejar jualan ke lejar belian 580
Bayaran tunai kepada pembekal 870
Terima tunai daripada pelanggan 620
Pulangan masuk 450
Pulangan keluar 390
Hutang lapuk 740
Faedah dikenakan atas hutang pelanggan tertunggak 80
Peruntukan hutang ragu 690

(a) Anda dikehendaki menyediakan akaun-akaun berikut bagi bulan Mac 20X6:
i) Akaun Kawalan Penghutang ( 12 markah)
ii) Akaun Kawalan Pemiutang ( 8 markah)
(b) Nyatakan tiga kepentingan Akaun Kawalan ( 3 markah)
(c) Nyatakan dua sebab Encik Kamarul memberi diskaun tunai kepada
pelanggannya ( 2 markah)

5
Bahagian B
[40 markah]
Jawab dua soalan sahaja

4. Ilyas menyediakan Buku Tunai Runcit dengan lajur analisis belanja am, belanja pos, belanja
perjalanan dan alat tulis pada 31 Mei 20X5. Sistem panjar diamalkan dengan diperuntukkan
RM250 sebagai dana runcit. Bayaran berikut dilakukan di sepanjang bulan Mei 20X5.

Mei 1 Terima cek daripada ketua juruwang RM 250


4 Beli kertas A4 10
5 Beli perabot 480
7 Bayaran tambang teksi 15
8 Beli sampul surat 5
9 Bayar upah cuci pejabat 25
10 Bayar tempat letak kereta 8
13 Membaiki komputer 40
15 Mengirim bungkusan 20
17 Derma jogathan 10
19 Beli sampul surat pos laju 12
20 Bayar petrol motosikal 30
26 Bayar gaji kerani 600

Anda dikehendaki :
(a) menyediakan Buku Tunai Runcit pada 31 Mei 20X5 (Tunjukkan bayaran balik tunai pada 1 Jun
20X5)
(14 markah)
(b) mengepos catatan ke lejar pada 31 Mei 20X5 ( 4 markah)
(c) menerangkan maksud Sistem Panjar ( 2 markah)

6
5. (a) Rekodkan urusniaga yang berkaitan sahaja ke dalam Buku Tunai

20X4
Mac 3 Terima komisen dengan cek RM 440
4 Bayar angkutan dengan cek RM 940
6 Beli barang secara tunai daripada Kedai Banjit RM 490
7 Beli perabot pejabat secara kredit daripada Kedai Ajla RM 890
14 Seorang penghutang Marzuka menjelaskan hutangnya dengan cek bernilai RM 8 800.
Diskaun diberi RM 60 (No.Resit: R22)
21 Menjelaskan hutang kepada Syarikat Zuraini dengan cek bernilai RM 7 440.
Diskaun diterima RM 60 (No Cek 5218)
22 Jualan tunai RM 480
24 Jualan tunai dibankkan RM 430
25 Beli barang dengan cek RM 550
26 Terima invois daripada Kedai Hong untuk barang bernilai RM 910
27 Penghutang Renuga Bhd menjelaskan hutangnya dengan cek bernilai RM 6 600
Diskaun diberi RM 70 ( No.Resit:R23)
28 Menjelaskan hutang kepada Shantha Trading dengan cek bernilai RM 7 100.
Diskaun diterima RM 40 (No.Cek 5219)
29 Bayar bil telefon dengan cek RM 580
30 Terima dividen dengan cek RM 620

(12 markah)

(b) Urus niaga yang berikut berkaitan dengan Kedai Alatan Pejabat Heidi. Lengkapkan jadual
yang berikut dengan menyatakan akaun yang didebitkan dan akaun yang dikreditkan.

Urus Niaga Akaun


Debit Kredit
i) Keluarkan komputer dari stok untuk kegunaan
peribadi
ii) Jual pencetak secara tunai dan wang
dibankkan

iii) Keluarkan mesin faks dari stok untuk


kegunaan pejabat
iv) Beli perabot secara kredit daripada Pembekal
Goodwood
( 8 markah)

7
6. Pada 1 Jun 20X4, baki-baki Zi Wei Enterprise adalah seperti berikut:

Alatan pejabat RM 14 000


Modal 16 620
Overdraf bank 1 120
Pemiutang 5 000
Sewa terakru 940
Penghutang 4 800
Stok 4 200
Tunai di tangan 760

Urus niaga yang berikut berlaku pada bulan Jun 20X4


i) Pemilik memasukkan komputer peribadi sebanyak RM3 400 ke dalam perniagaan
ii) Stok berkos RM2 800 dijual secara kredit kepada Rahanim dengan harga RM4 500
iii) Membeli perabot bernilai RM6 800 dengan bayaran pendahuluan 10% dengan cek dan
bakinya menerusi pinjaman bank
iv) Pemilik membayar sewa peribadi menggunakan tunai pejabar RM400
v) Belian kredit daripada Pembekal Nadia berjumlah RM400
vi) Bayar sewa terakru dengan cek

Anda dikehendaki:
a) Merekodkan urus niaga di atas dengan format persamaan perakaunan seperti dalam jadual

Aset Liabiliti Ekuti


pemilik
Penghutang

Pemiutang

Pinjaman
Urus
Perabot

terakru
pejabat
Alatan

Modal
Tunai

Bank
Sewa
Stok

niaga

RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM
Baki
i
ii
iii
iv
v
vi
Jumlah

( 10 markah)

b) Mendrafkan Kunci Kira-kira Zi Wei Enterprise pada 30 Jun 20X4 ( 10 markah)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~KERTAS SOALAN TAMAT~~~~~~~~~~~~~~~~~~

8
SULIT 3755/2