Vous êtes sur la page 1sur 16

TUGASAN 1:

Amali
Mengkaji Awan dan Cuaca
TUGASAN 2:
Mengkaji Fasa-fasa Bulan
dan Waktu Terbit dan
Terbenam Bulan
TUGASAN 3:
Penulisan Esei :
Latar Belakang

Tokoh Astronomi

(Edwin Hubble)

Dan

Sumbangan Beliau Terhadap


Astronomi
TUGASAN 4:
Pembentangan
Struktur Matahari dan
Fenomena Suria
LAMPIRAN
Tajuk : Mengkaji fasa-fasa bulan dan waktu terbit dan terbenam bulan

Tujuan : Memerhatikan fasa-fasa bulan serta waktu terbit dan terbenam bulan

Hipotesis : Fasa bulan menentukan masa terbit dan masa terbenam

Pengenalan:

Bulan berputar di sekeliling bumi kerana bulan mengorbit Matahari. Bahagian yang
sama atau sisi yang sama bulan sentiasa menghadap Bumi. Bulan mempunyai bahagian gelap
yang disebut maria dan dataran yang terang disebut terrae. Bulan juga mempunyai kerak, mantel
dan teras. Namun begitu, ia tidak mempunyai air atau atmosfera. Bulan adalah satelit semulajadi
bumi. Bulan mengorbit bumi sama seperti bumi mengorbit matahari. Hal ini terjadi kerana adanya
graviti. Bulan memiliki diameter 3.476 km bersamaan seperempat ukuran Bumi. Graviti bulan
haya satu per enam daripada kekuatan graviti bumi. Seterusnya, bulan mengorbit lengkap sekitar
bumi setiap 29 setengah hari. Bulan tidak mempunyai cahaya sendiri tetapi ia memantulkan
cahaya daripada matahari. Bulan juga tidak mempunyai atmosfera. Suhu permukaan bulan pada
siang hari adalah 225 F namun akan turun mendadak menjadi -243 F pada malam hari. (Kurtus,
2017).

Ciri-ciri permukaan bulan terbahagi kepada lima kelompok iaitu lautan bulan, gunung
bulan, kawah bulan, sinar bulan dan lembah bulan. Lautan di bulan adalah dataran luas yang
nampak sebagai daerah gelap di permukaan bulan. Laut di bulan tidak sama seperti laut di bumi.
Permukaan licin dan bukan pemantul cahaya matahari yang baik. Dataran yang lebih tinggi di
sekitarnya adalah lebih terang kerana memantulkan cahaya dengan baik. Gunung di bulan pula
mempunyai puncak gunung dengan yang berketinggian sekitar 30 000 kaki di atas permukaan
bulan. Gambar bulan yang diambil dengan teleskop membantu menentukan lokasi dan ketinggian
beberapa gunung di bulan. (Freundenrich, 2017).

Seterusnya, permukaan bulan dipenuhi dengan ribuan kawah dengan pelbagai


ukuran. Kawah-kawah tersebut berdiamater antara beberapa ratus meter sehingga 500 mil. Sinar
bulan pula merupakan sinar yang memancar ke segala arah dan berasal daripada beberapa
kawah bulan. Sinaran terbentuk daripada gumpalan bahan yang keluar daripada kawah. Bahan
tersebut memantulkan cahaya lebih baik berbanding di tempat sekelilingnya. Lembah bulan pula
kelihatan seperti dasar sungai yang sudah tua atau jurang.
Berikutnya, fasa-fasa bulan adalah perubahan bentuk bulan yang dilihat dari bumi.
Bulan dapat dilihat oleh mata kerana memantulkan cahaya matahari. Bentuk bulan yang dilihat
dari bumi adalah berubah setiap hari. (Goldsmith, 2009).

Rajah 1: Fasa-fasa bulan yang berlaku.

Radas: Teleskop

Rajah 2: Teleskop yang digunakan.


Prosedur:

1) Memastikan cuaca baik semasa eksperimen dijalankan dengan memastikan hari tidak
hujan dan awan tidak tebal.
2) Memerhatikan bulan menggunakan teleskop.

Rajah 3: Mencerap bulan dalam kubah

3) Merekodkan pemerhatian di dalam jadual.

Keputusan :

(Tiada keputusan yang diperolehi kerana hari hujan dan bulan tidak kelihatan)
Perbincangan :

Pencerapan bulan di Balai Cerap Port Dickson tidak dapat dijalankan pada hari
kejadian kerana hari hujan. Hujan yang lebat dan awal yang tebal telah menutup bulan. Namun
begitu, kami telah memasuki bangunan balai cerap. Bangunan balai dilengkapi oleh struktur
berbentuk kubah di bahagian bumbungnya. Kubah ini berfungsi meningkatkan kualiti imej yang
diperoleh oleh teleskop di balaicerap berkenaan. (Utusan, 2000).

Rajah 4: Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson.

Kubah balaicerap boleh berputar 360 darjah pada satah mendatar bagi
membolehkan teleskop dihalakan ke semua arah. Kubah ini juga mempunyai tingkap atau bukaan
yang turut bergerak apabila kubah diputarkan. Bukaan ini boleh dikawal keluasannya bagi
meminimumkan gangguan cahaya yang boleh merendahkan kualiti imej pencerapan. Bukaan ini
merupakan arah teleskop dihalakan.

Dalam pencerapan astronomi, cahaya buatan manusia seperti cahaya lampu jalan,
bangunan dan kenderaan merupakan suatu bentuk pencemaran yang dikenali sebagai
pencemaran cahaya yang boleh merendahkan kualiti imej pencerapan. Kubah berfungsi untuk
meminimumkan pencemaran cahaya dengan menghalang cahaya daripada memasuki ke dalam
teleskop. Oleh itu teleskop hanya menerima cahaya dari objek cerapan seperti komet, planet,
bintang atau galaksi.
Menerangkan putaran dan peredaran bulan mengelilingi bumi

Bulan memiliki dua pergerakan iaitu putaran dan peredaran bulan mengelilingi bumi.
Putaran bulan pada paksinya mengambil masa selama sebulan atau 29 setengah hari. Bulan
berputar dari barat ke timur. Putaran bulan pada paksinya tidak memberikan kesan kepada
kehidupan di bumi. Revolusi ataupun peredaran bulan ialah bulan bergerak mengelilingi bumi.
Sambil mengelilingi Bumi, Bulan berputar atas paksinya dengan kelajuan yang sama iaitu 360
darjah. Hal ini menyebabkan permukaan bulan yang sama menghadap Bumi. (Siti, 2013).

Bulan ialah satelit bumi. Bulan beredar mengelilingi bumi mengikut arah lawan jam.
Waktu yang diperlukan bulan untuk satu kali revolusi adalah sebulan atau 29 setengah hari.
Ketika bulan beredar mengelilingi bumi, bumi dan bulan beredar mengelilingi matahari dalam orbit
elip mengikut arah lawan jam. Bumi mengambil masa selama 365 hari untuk mengorbit matahari
iaitu selama setahun. Semasa bulan berevolusi, luas permukaan bulan yang terkena matahari
akan berubah-ubah. Hal ini menyebabkan bentuk bulan yang dilihat daripada bumi berubah-ubah.
Perubahan bentuk-bentuk bulan disebut sebagai fasa-fasa bulan.

Persamaan masa putaran bulan atas paksinya dan masa yang diambilnya
mengelilingi Bumi adalah disebabkan oleh bentuk bulan yang tidak begitu bulat dan juga agak
memanjang. Tarikan graviti bumi mempengaruhi putaran bulan atas paksinya dan memaksa
paksi bulan menyusun selari mengikut arahan bumi-bulan. Dapat diperhatikan bahawa
sebenarnya kita dapat mencerap lebih dari separuh permukaan bulan. Putaran orbit bulan
mengelilingi bumi adalah tidak begitu bulat dan paksinya pula tidak begitu menegak berbanding
dataran orbit putarannya. Oleh yang demikian, bulan berayun sedikit. Fenomena ini dipanggil
libration. Hal ini menyebabkan dari bumi kita dapat mencerap sebanyak 59 peratus permukaan
bulan. (Esslinger, 2014).

Menjelaskan keadaan perigi, apogi, fenomena supermoon, sinar bumi dan halo

Jarak yang dekat dengan bumi dipanggil perigee dan jarak yang jauh dengan bumi
dipanggil apogee. Apabila bulan berada dekat dengan kedudukan perigee, bulan akan berada
dekat dengan bumi dan kesannya bulan akan nampak lebih besar dan lebih bercahaya. Namun
begitu, saiz bulan adalah masih sama. Kesan ilusi juga dikenali sebagai ilusi bulan yang akan
menyebabkan bulan kelihatan lebih besar ketika menghampiri ufuk.
Fenomena Supermoon atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Lunar
Perigee adalah suatu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih terang dan besar. Bulan akan
kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada biasa. Kedudukan ini
menjadikan bulan menjadi lebih dekat dengan bumi berbanding biasa. Bulan yang berputar dalam
paksinya yang berbentuk bujur menyebabkan ada masanya bulan akan berada dekat dengan
bumi. (Bruce McClure & Deborah Byrd, 2017).

Rajah 5: Fenomena Supermoon.

Tambahan lagi, fenomena cincin di sekitar bulan atau disebut halo. Halo bulan
biasanya nampak pada malam hari dan berwarna putih. Halo ini disebabkan oleh pembiasan
cahaya bulan yang merupakan cermin sinar matahari dari kristal ais daripada atmosfera. Kristal
ais ini berasal daripada pembekuan super titisan air dingin dan terdapat awan cirrus yang terletak
ketinggian 20 000 kaki atau lebih. Kristal ini berperanan sebagai permata pembiasan dan
mencerminkan ke arah yang berbeza. Cincin yang muncul di sekitar bulan berasal daripada sinar
yang melalui enam kristal ais yang melalui atmosfera tinggi. Kristal ais ini membiaskan cahaya.
Cincin ini memiliki diameter 22 darjah. Bentuk kristal ais menghasilkan fokus cahaya ke dalam
sebuah cincin. Kristal ais memiliki bentuk yang sama iaitu bentuk heksagonal maka cincin bulan
hampir berukuran sama. (Wigington, 2016).
Rajah 6: Anatomi Halo Bulan

Menjelaskan fenomena fasa-fasa bulan

Di bumi kita hanya dapat melihat bahagian permukaan bulan yang disinari matahari.
Bahagian permukaan bulan yang dapat dilhat disebut fasa bulan. Ketika bulan beredar
mengelilingi bumi, luas permukaan bulan yang berlainan dapat dilihat dari bumi. Oleh itu, kita
akan melihat fasa bulan yang berlainan. Fasa bulan telah dinamakan mengikut urutan iaitu Anak
Bulan, Bulan Sabit Baru, Bulan Separa Pertama, Bulan Purnama Baru, Bulan Purnama, Bulan
Purnama Lama, Bulan Separa Akhir dan Bulan Sabit Lama. (Guillain, 2016).

Anak Bulan atau Bulan Baru merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan yang
yang bergerak dalam orbit mengelilingi bumi berada di antara bumi dan matahari. Ia berada
sebaris atau bersilangan dengan matahari jika dilihat dari bumi. Pada masa ini bahagian
permukaan yang gelap iaitu bahagian yang tidak disinari cahaya akan menghadap bumi. Oleh itu,
bulan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Anak Bulan akan kelihatan pada malam 1 haribulan
selepas matahari terbenam. (Koontz, 2011).

Namun begitu, di balai cerap Port Dickson, Anak Bulan tidak dapat dilihat pada waktu
senja kerana hujan yang lebat dan awan telah menutup bulan. Pada malam harinya, kita tidak
dapat lagi melihat Anak Bulan atau Bulan Baru kerana Bulan Baru terbit dan terbenam bersama
dengan matahari. Kemungkinan jika hari tidak hujan, kita hanya mampu melihat Bulan Sabit Baru
selepas Matahari terbenam. Selepas matahari terbenam dan silau matahari pudar dalam senja,
sabit yang sangat nipis akan kelihatan dan tidak lama selepas itu bulan akan tidak kelihatan
sepanjang malam. Jika silau matahari tidak begitu terang pada siang hari, kita kemungkinan akan
melihat Bulan Sabit sedikit sepanjang hari.
Bulan Sabit Lama atau Bulan Sabit Baru ialah apabila sebahagian kecil (1% - 49%)
permukaan bulan yang disinari cahaya matahari yang menghadap bumi. Bulan Separa Pertama
dan Bulan Separa Akhir pula adalah separuh bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya
matahari. Seterusnya, Bulan Purnama Baru dan Bulan Purnama Lama adalah apabila lebih
separuh (55% - 99%) daripada bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya matahari. Bulan
Purnama atau Bulan Penuh merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan berada di sebelah
bertentangan dengan bumi dan matahari. Pada kedudukan ini, seluruh permukaan bulan yang
disinari cahaya matahari akan menghadap bumi dan kelihatan bulat. (Kaldera, 2011).

Rajah 7: Fasa-fasa bulan


Menerangkan perubahan waktu terbit dan terbenam bulan

Waktu terbit dan terbenam bulan bergantung pada fasa-fasanya. Hal ini bersamaan
apabila bulan bergantung pada kedudukan relatif matahari, bulan dan bumi. Sebagai contohnya,
apabila Bulan Penuh, ia adalah bertentangan dengan bumi daripada matahari. Maka apabila
matahari terbenam, bulan akan terbit dan saling bertentangan. (Masters, 2015).

Jadual 1: Jadual menunjukkan waktu terbit dan terbenam Bulan

Fasa bulan Bulan Terbit Bulan Terbenam


Baru Matahari terbit Matahari terbenam
Separa Pertama Waktu tengahari tempatan Waktu tengah malam
tempatan
Penuh Matahari terbenam Matahari terbit
Separa Akhir Waktu tengah malam Waktu tengahari tempatan
tempatan

Menjelaskan kaedah penentuan Awal Ramadhan dan Syawal di Malaysia

Salah satu daripada bidang penyelidikan Makmal Fizik Angkasa ialah Kajian
Kebolehnampakan Hilal. Kajian ini dibuat di Baitul-Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan. Kajian
dilakukan pada akhir bulan Islam iaitu pada 29hb dengan menggunakan teleskop Meade LX200
12. Kajian ini penting kerana hilal adalah asas dalam penetapan awal bulan dalam Kalendar Islam.
Di Malaysia, penentuan awal bulan Islam (Qamariah) bagi tahun Hijriah berdasarkan kepada
kaedah Rukyah dan Hisab. Kaedah ini digunakan terutama bagi menentukan 3 bulan utama Islam
iaitu awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah.

Rukhyah ialah melihat anak bulan (hilal) pada 29hb di tempat-tempat rasmi seluruh
Malaysia dengan mata kasar atau dengan bantuan-bantuan peralatan optik yang canggih seperti
teleskop, teodolit, Total Station dan binokular yang dikendalikan oleh mereka yang pakar dan
terlatih. Pada petang 29hb Syaaban, 29hb Ramadhan dan 29hb Zulkaedah pada setiap tahun,
Jawatankuasa melihat anak bulan peringkat negeri akan melaksanakan rukyah di 28 buah tempat
cerapan rasmi di seluruh Negara. (Azhari, 2012).
Sekiranya hilal iaitu anak bulan kelihatan, maka keesokan harinya ditentukan sebagai
awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah, tetapi sekiranya anak bulan tidak kelihatan,
hisab kedudukan bulan yang berpandukan kepada kriteria Imkanur-Rukyah iaitu keboleh
nampakan hilal akan diguna-pakai bagi penentuan awal Ramadhan, awal Syawal dan awal
Zulhijjah. Hisab ialah menentukan kedudukan anak bulan (hilal) pada petang 29hb Qamariah
berpandukan stesen rujukan rasmi di Kg Ateamu, Sandakan, Sabah iaitu tempat paling timur di
Malaysia dan stesen rujukan rasmi di Tanjung Chincin, Langkawi, Kedah iaitu tempat paling barat
di Malaysia. (Abi Sufian, 2007).

Menjelaskan keadaan pasang surut air laut

Air laut pasang bermaksud kenaikan permukaan air laut di atas paras normal.
Manakala, air laut surut pula adalah penurunan permukaan air laut di bawah keadaan normal.
Setiap hari, permukaan air laut berubah. Kadang kala air laut naik dan kadang kala turun.
Permukaan air laut mengalami dua kali pasang dan dua kali surut dalam sehari. Pasang surut air
laut disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan tarikan graviti matahari terhadap bumi. Namun
begitu, pasang surut air laut lebih dipengaruhi oleh daya tarikan graviti bulan. Hal ini demikian
kerana jarak antara bumi dan bulan adalah lebih dekat dibandingkan dengan matahari.

Jenis pasang air laut terbahagi kepada dua iaitu Dua Pasang Purnama (Spring Tides)
dan Dua Pasang Perbani (Neap Tides). Pasang purnama dapat dilihat apabila permukaan air laut
naik dengan tinggi. Pasang purnama ini terjadi semasa Bulan Purnama dan Bulan Baru.
Seterusnya, Pasang perbani dilihat semasa air laut hanya naik sedikit. Pasang perbani berlaku
semasa Bulan seperempat. (Abdullah, 2015).

Kesimpulan :

Secara kesimpulannya, dapat diketahui putaran dan peredaran bulan mengelilingi bumi, keadaan
perigi, apogi, supermoon. Sinar bumi dan halo, fenomena fasa-fasa bulan, perubahan waktu
terbit dan terbenm bulan, penjelasan kaedah penentuan Awal Ramadhan dan Syawal di Malaysia
serta penjelasan kejadian pasang surut air laut.
Senarai Rujukan
Abdullah. (2015). Pasang surut air laut. Retrieved from Prasko17.blogspot:
http://prasko17.blogspot.my/2012/05/pasang-surut-air-laut.html
Azhari. (2012). Penetapan Awal Bulan Hihriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah 1433H/
2012M. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, 2-20.
Bruce McClure, D. B. (2017, Januari 12). What is a supermoon? Retrieved from Earthsky.org:
http://earthsky.org/space/what-is-a-supermoon
Esslinger, O. (2014, November 23). Bulan. Retrieved from Astronomes.com:
https://www.astronomes.com/malay/sistem-suria-dalaman/bulan/
Freundenrich, C. (2017). How the moon works. Retrieved from How Stuff Works.com:
http://science.howstuffworks.com/moon1.htm
Goldsmith, M. (2009). Angkasa Lepas. Selangor: ITBM.
Guillain, C. (2016). Moon phases. United Kingdom: Raintree.
Kaldera, R. (2011). Moon phase Astrology: The Lunar key to your destiny. Inner Traditions /
Bear & Co.
Koontz, R. (2011). Hide and seek moon: The moon phases. Capstone.
Kurtus, R. (2017, Februari 1). Characteristics of our Moon. Retrieved from School for
Champions: http://www.school-for-
champions.com/astronomy/moon.htm#.WOZJ3_mGPIU
Masters, K. (2015, Julai 18). How does the position of Moonrise and Moonset change? .
Retrieved from Cornell Edu: http://curious.astro.cornell.edu/about-us/46-our-solar-
system/the-moon/observing-the-moon/128-how-does-the-position-of-moonrise-and-
moonset-change-intermediate
Siti, A. (2013). Gerakan bulan yang mengelilingi bumi. Retrieved from Diary Apipah.com:
http://www.diaryapipah.com/2013/02/gerakan-bulan-yang-mengelilingi-bumi.html
Sufian, A. (2007, Oktober 11). Cara penetapan Awal Ramadhan, Awal Syawal dan Awal
Zulhijjah. Retrieved from Assufianiassyarif.blogspot:
http://assufianiassyarif.blogspot.my/2007/10/cara-penetapan-awal-ramadhan-awal.html
Utusan. (2000, Oktober 10). Fungsi balaicerap astronomi. Retrieved from Utusan online:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1001&pub=utusan_malaysia&se
c=Rencana&pg=ot_06.htm
Wigington, P. (2016, August 31). What is a Lunar Halo? Retrieved from ThoughtCo.:
https://www.thoughtco.com/what-is-a-lunar-halo-2562402

Vous aimerez peut-être aussi