Vous êtes sur la page 1sur 4

Nama saya Encik Fuad.

Saya
mengalami penyakit diabetes
atau kencing manis. Saya
akan kerap dahaga serta
penglihatan saya menjadi
semakin kabur. Berat badan
juga semakin berkurang.
Tetapi saya akan kerap
membuang air kecil. Selain
itu, pembengkakan berlaku
pada anggota badan saya ,
malah saya juga mengalami
masalah untuk tidur.
Masalah tidur

Apa yang perlu saya lakukan untuk mencegah penyakit ini adalah
dengan mengekalkan berat badan yang unggul. Dari segi pemakanan
pula, saya perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang.
Akhir sekali , saya perlu mengamalkan amalan gaya hidup aktif serta
sihat.
Nama saya Zainab. Saya
mengalami penyakit asma.
Semasa saya bernafas, ia akan
berbunyi dan juga pendek.
Saya mengalami kesukaran
untuk tidur. Batuk yang teruk
adalah perkara biasa bagi
saya. Saya juga akan rasa
kebas pada bahagian tangan
dan kaki. Penyakit ini juga
telah menyebabkan saya
menghadapi kesukaran untuk
Membuang air kecil.

Untuk mencegah penyakit ini, saya perlu menjauhkan diri saya


dari punca-punca serangan asma ini seperti kawasan berdebu. Saya
juga tidak boleh merokok dan perlu menjauhkan diri dari asap rokok.
Akhir sekali , saya perlu sentiasa membawa ubat asma, terutamanya
ubat pelege (inhaler).
Nama saya Furqan. Saya
mengalami penyakit buah
pinggang. Penyakit ini telah
menyebabkan berlakunya
pembengkakan pada anggota
badan saya. Saya juga
mengalami masalah untuk
tidur. Kadangkala, saya akan
merasa kebas pada bahagian
tangan dan kaki. Selain itu,
saya mengalami kesukaran
ketika membuang air kecil.

Untuk mencegah penyakit ini, saya perlu mengamalkan


pemakanan seimbang. Berat badan saya juga perlu saya kekalkan pada
berat badan unggul. Minum air yang mencukupi juga membantu saya
dalam mencegah penyakit ini, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Selain
itu, saya juga harus bersenam secara konsisten malah membuat
pemeriksaan kesihatan secara berkala dan tetap untuk mengetahui
perkembangan kesihatan saya.
Nama saya Shidan. Saya sedang
mengalami sakit jantung.
Degupan jantung saya
berdenyut cepat atau tidak
teratur. Saya juga ada masalah
sukar untuk bernafas.
Kadangkala, dada saya akan
berasa sakit secara tiba-tiba.
Selalunya saya akan mudah
berpeluh.

Untuk mencegah penyakit ini, saya seharusnya bersenam secara teratur,


sekurang-kurangnya 20 minit dan ianya dilakukan sebanyak tiga kali
seminggu. Saya juga haruslah mengambil makanan yang rendah lemak
atau hasil tenusu tanpa lemak. Gejala tidak sihat juga perlu saya hindari
seperti merokok.

Vous aimerez peut-être aussi