Vous êtes sur la page 1sur 12

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

UNIT PERANCANGAN & PELAKSANAAN


5 KURIKULUM BILIK DARJAH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

KPF4023 Siri Pembelajaran Aktif


Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

Semester 2 Sesi 2016/2017


UNIT 5 Perancangan & Pelaksanaan Kurikulum Bilik Darjah

Sinopsis

Di bawah tajuk : Perancangan dan pelaksanaan kurikulum bilik darjah akan


memberikan penekanan terhadap empat perkara.

Perkara pertama : Penerangan tentang proses pengurusan reka bentuk kurikulum


bilik darjah.
Ia melibatkan 3 asas utama :
i. perancangan kurikulum
ii. pelaksanaan
iii. penilaian

Perkara kedua : Penghuraian tentang matlamat dan objektif kurikulum.


Huraian berkenaan perkara ini melibatkan domain objektif kognit, afektif dan psikomotor
berpandukan Taksonomi Bloom.

Perkara ketiga : Objektif atau hasil pembelajaran eksplisit.


Penerangan berkenaan kaedah penulisan hasil pembelajaran yang tepat.

Perkara keempat : Tafsiran tahap penguasaan standard pentaksiran melibatkan


KSSR atau KSSM.

Hasil Pembelajaran
Setelah melengkapkan aktiviti ini, anda dapat:

i. Menerangkan proses mereka bentuk kurikulum di Malaysia.


ii. Menganalisis domain objektif kognitif, afektif dan psikomotor dalam penetapan
matlamat & objektif kurikulum/pengajaran.
iii. Menuliskan pernyataan objektif/hasil pembelajaran yang eksplisit.
iv. Standard prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kpf4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

Kandungan Halaman

5.1 Pemetaan Ringkasan Kandungan 2

5.2 Proses Mereka Bentuk Kurikulum di malaysia 3

5.3 Domain Objektif Kognitif, Afektif & Psikomotor dalam 4


Penetapan Matlamat & Objektif Kurikulum (Taksonomi Bloom)

5.4 Peryataan Objektif/Hasil Pembelajaran Eksplisit 6

5.5 Tafsiran Tahap Penguasaan Standard Pentaksiran (KSSR/KSSM) 7

1
UNIT 5 Perancangan & Pelaksanaan Kurikulum Bilik Darjah

5.1 Pemetaan Ringkasan Kandungan

UNIT 5 : PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM BILIK DARJAH

5.1 Proses pengurusan reka 5.2 Matlamat dan objektif


bentuk kurikulum bilik darjah kurikulum : Domain objektif
kognitif, afektif dan psikomotor (
Perancangan kurikulum
Taksonomi Bloom )
Penentuan objektif, falsafah,
misi, visi dan matlamat. i. Domain objektif kognitif
Organisasi kurikulum. a) aras kognitif ( 6 aras
)
Pelaksanaan kurikulum b ) KBAT ( 4 aras )
Peringkat pusat, negeri, daerah,
sekolah dan bilik darjah. ii. Domain objektif afektif
( 5 aras )
Penilaian
iii. Domain objektif
penilaian formatif dan sumatif psikomotor ( 5 aras )
pentaksiran
refleksi

5.3 Objektif / hasil pembelajaran 5.4 Tafsiran tahap penguasaan


eskplisit standard pentaksiran ( KSSR /
KSSM )
i. Prosedur ( ABCDE )
- 6 tahap
ii. Penulisan objektif
pengajaran yang
eksplisit

Kpf4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

2
UNIT 5 Perancangan & Pelaksanaan Kurikulum Bilik Darjah

5.2 Proses Pengurusan Reka Bentuk Kurikulum Bilik


Darjah
PERANCANGAN PELAKSANAAN PENILAIAN
KURIKULUM KURIKULUM KURIKULUM

Menentukan objektif. i. Peringkat Pusat Penilaian Formatif &


Menetapkan Falsafah, ii. Peringkat Negeri Penilaian Sumatif
Visi dan Misi iii. Peringkat Daerah
Menentukan matlamat iv. Peringkat Sekolah
Mengorganisasikan v. Peringkat Bilik Darjah Pentaksiran
kurikulum

Refleksi

Proses mereka bentuk kurikulum di Malaysia ialah objektif pembelajaran , kandungan, penyusunan
pengalaman dan penilaian. Mengikut prinsip dan model Tyler terdapat 4 langkah berikut: objektif kandungan-
kaedah dan penilaian. Prinsip penyusunan kandungan dalam reka bentuk kurikulum Tyler bertujuan
menghasilkan pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Untuk ini, prinsip berikut dicadangkan iaitu prinsip
kesinambungan kandungan, ketertiban (turutan) kandungan dan kesepaduan kandungan. Kemudian dua
prinsip lagi ditambah iaitu prinsip litupan(skop)kandungan dan imbangan kandungan. Seterusnya penilaian
dibahagi kepada penilaian formatif (berterusan) dan sumatif (peringkat akhir sahaja).

Kelemahan model Tyler adalah terlalu tertakluk kepada objektif, terlalu linear dan terlalu terbuka.
Pengkelasan reka bentuk kurikulum berpusatkan akademik, pelajar dan masalah. Pengaruh perspektif terhadap
ilmu reka bentuk kurikulum terdapat dua jenis iaitu, perspektif objektivis dan konstruktivis.Dua aliran yang kuat Kpf4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
dan berbeza tentang pengajaran dan pembelajaran. Aliran objektivis melihat ilmu sebagai satu produk dan guru
sebagai penyampai manakala aliran konstruktivis pula melihat ilmu sebagai satu proses pembinaan dan guru
adalah pemudahcaranya. Kedua-dua aliran ini menghasilkan output yang berbeza.

3
UNIT 5 Perancangan & Pelaksanaan Kurikulum Bilik Darjah

5.3 Matlamat & Objektif Kurikulum : Domain Objektif


Kognitif, Afektif & Psikomotor (Taksonomi Bloom)

i. Domain objektif kognitif


(a) Aras Kognititf

DOMAIN OBJEKTIF KOGNITIF


Aras Penjelasan Contoh Kata Kerja
1. Pengetahuan Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas Mendefinisi, menyatakan,
istilah, erti, hokum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang melabel, mengenal pasti,
telah dipelajari. mengingat kembali
2. Kefahaman Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami dan Memahami, meramal,
menginterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau menjelas, menterjemah
bahan yang telah dipelajari.
3. Aplikasi Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan Mengguna, menunjuk,
fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah melakukan, kembangkan,
dipelajari untuk menyelesaikan masalah. membina dll.
4. Analisis Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat Pisahkan, tentukan,
perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, asingkan, kategorikan,
kesamaan dan perhubungan. mengesan dll.
5. Sintesis Menguji kebolehan calon menggabungkan dan Gabungkan, ringkaskan,
mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta menyusun, mengelas,
mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui merumus, mengubah dll.
prinsip induksi atau deduksi.
6. Penilaian Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk Nilaikan, cadangkan,
menguji kebolehan calon membuktikan, mengesahkan, kritikan, sokongan,
memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen bangkangan, mencabar, Kpf4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, menentukan dll.
teori dan sebagainya.

4
UNIT 5 Perancangan & Pelaksanaan Kurikulum Bilik Darjah

(b) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Pengertian:

KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.
Aras Penjelasan Contoh
1. Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam Apakah contoh-
situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara. contoh lain yang
ada tentang ini?
2. Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk Bagaimana
memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait mereka sama /
antara bahagian berkenaan. berbeza?
Bagaimana ia
berfungsi..?
Apakah bukti .?
3. Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan Mengapa anda
pengetahuan, pengalaman, berfikir tentang.?
kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi Apakah yang
terbaik .?
4. Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif Bagaimanakah kita
dan inovatif boleh mereka
bentuk.?
Bolehkah kita
menambah .?
Apa yang akan
Kpf4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
berlaku jika .?

5
UNIT 5 Perancangan & Pelaksanaan Kurikulum Bilik Darjah

ii. Domain Objektif Afektif

DOMAIN OBJEKTIF AFEKTIF


Aras Penjelasan Contoh Kata Kerja
1. Menerima Menerima arahan dan tunjuk ajar. Memilih,
mempertanyakan,mengikut,memberi,
mematuhi dan meminati
2. Memberi tindak Memberi respon terhadap sesuatu yang Menjawab, membantu, mengajukan,
balas telah dipelajari menyetujui, melaporkan, menampilkan,
menyatakan dan menolak
3. Menghargai Mengetahui kepentingan atau nilai Meyakini, memperjelaskan,
menggabungkan, mengusulkan,
menekankan, menyumbang, melengkapi,
dll
4. Mengorganisasi Menyelia diri sendiri atau orang lain Mengubah, mengklasifikasikan,
melakukan sesuatu. menombinasikan, mempertahankan,
mengelola, dll
5.Perwatakan Membentuk perwatakan terhadap sesuatu Berakhlak mulia, mendengar,
sikap atau nilai. menunjukkan, membuktikan ,
memecahkan, melayani, mengubah
perilaku dll

Kpf4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

6
UNIT 5 Perancangan & Pelaksanaan Kurikulum Bilik Darjah

iii. Domain Objektif Psikomotor

DOMAIN OBJEKTIF PSIKOMOTOR


Aras Penjelasan Contoh Kata Kerja
1.Meniru Meniru tindakan dari yang ditunjukkan orang lain : Mengaktifkan,
mengamati kemudian meniru tindakan tersebut menyesuaikan,
mengabungkan, meramal,
mengatur, mengumpul,
mengubah, memposisikan,
mengkonstruksi dll
2. Memanipulasi Mengaplikasi apa yang dipelajari Merancang,
mendemokrasikan, melatih,
memperbaiki,
menempatkan, membuat,
mencampur,
memanipulasikan, mengisi,
mengidentifikasikan dll
3.Ketelitian Melakukan sesuatu dengan teliti dan tanpa bantuan orang Mendemonstrasikan,
lain melengkapi,
mempertunjukkan,
menyempurnakan dll
4.Artikulasi Melaksanakan tugas dengan cekap Mengalihkan,
menggantikan,
memutarkan,
memindahkan, mendorong, Kpf4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
memproduksi, mencampur,
mengoperasikan,
mengemas dll
5.Naturalisasi Menyebatikan apa yang telah dipelajari dan meningkatkan Merancang, menspesifikasi,
kebolehan yang telah dimiliki mengelola

7
UNIT 5 Perancangan & Pelaksanaan Kurikulum Bilik Darjah

5.4 Objektif/Hasil Pembelajaran Eksplisit

i. Prosedur (Mager,1984)

Perkara Penjelasan Contoh


Merujuk kepada kumpulan sasaran Di akhir pelajaran ini, pelajar
boleh
Selepas unit ini, pelajar akan
dapat
A - Audience
Selepas menamatkan aktiviti
ini, pelajar akan
Di akhir kursus ini, pelajar
akan dapat
Mendefinisi, menganalisis,
Kriteria kata kerja menyatakan, melukis,
B Behaviour o Boleh diukur (measurable) menyelesaikan masalah,
o Boleh diperhati (observable) menyenaraikan, memberi
o Spesifik kerjasama
Mereka bentuk aktiviti bagi
Menyatakan dalam konteks apa atau mencari hubungan antara
keadaan yang bagaimana tindakan yang kedalaman cecair dan
diinginkan itu perlu dilakukan (frasa yang tekanan dalam cecair jika
C Condition bergaris bawah) diberi satu botol air mineral
yang kosong.
Mengukur panjang meja
dengan menggunakan
pembaris
Mengira halaju troli menuruni
Tahap kualiti yang diinginkan atau yang landasan terpampas geseran
patut dicapai, termasuk julat jawapan menggunakan pita detik
D Degree yang boleh diterima (frasa yang bergaris sehingga dua titik perpuluhan
bawah) Mendefinisi inersia
menggunakan perkataan
Kpf4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
sendiri dengan tepat
Proses membandingkan data kepada Meletakkan skor dengan julat
E - Evaluation satu standard atau kriteria dengan tujuan 80-100% sebagai prestasi
menentukan kualiti atau nilai/harganya cemerlang

8
UNIT 5 Perancangan & Pelaksanaan Kurikulum Bilik Darjah

ii. Penulisan Objektif Pengajaran yang Eksplisit

Contoh
Pada akhir pengajaran murid-murid kelas 2A dapat:-
Menyenaraikan 9 nama planet dalam sistem suria dengan betul

A - Audience B Behaviour C Condition D Degree E - Evaluation


Murid-murid Dapat Nama planet 9 dengan Soal jawab,
kelas 2A menyenaraikan dalam sistem suria betul objektif,
(Aras pengetahuan) struktur.

Merujuk mata pelajaran opsyen, tuliskan contoh penulisan objektif yang eksplisit.
Pada akhir pengajaran, murid-murid kelas 3D dapat:-
i. Menyatakan maksud aset, liabiliti dan ekuiti pemilik secara lisan dengan menggunakan perkataan
sendiri dengan tepat. (DOMAIN KOGNITIF)
ii. Mengelaskan item-item tersebut mengikut kategori aset semasa dan aset bukan semasa, liabiliti
semasa dan liabiliti bukan semasa serta ekuiti pemilik di dalam aktiviti berkumpulan dengan betul.
(DOMAIN PSIKOMOTOR)

iii. Bekerjasama membuat tugasan yang diberi secara aktiviti berkumpulan dengan betul dan tepat.
(DOMAIN AFEKTIF)

A- B Behaviour C Condition D E - Evaluation


Audience Degree
Murid-murid Menyatakan maksud aset, Secara lisan Dengan Soal Jawab
kelas 3D liabiliti dan ekuiti pemilik dengan tepat
menggunakan
perkataan sendiri
Murid-murid Mengelaskan item-item Di dalam aktiviti Dengan Pembentangan
kelas 3D tersebut mengikut kategori berkumpulan betul aktiviti berkumpulan
aset semasa dan aset Soal Jawab
bukan semasa, liabiliti
semasa dan liabiliti bukan
semasa serta ekuiti
pemilik

Murid-murid Bekerjasama membuat Secara aktiviti Dengan Soal Jawab Kpf4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
kelas 3D tugasan yang diberi berkumpulan betul dan Kuiz
tepat

9
UNIT 5 Perancangan & Pelaksanaan Kurikulum Bilik Darjah

5.5 Tafsiran Tahap Penguasaan Standard Pentaksiran


(KSSR/KSSM)

Tahap Penguasaan
Kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan
dan standard pembelajaran yang ditetapkan

Tahap 6 Menguasai pada tahap tinggi

Tahap 5

Tahap 4

Tahap 3

Tahap 2

Tahap Menguasai pada tahap rendah


1

Tahap Keterangan Contoh


Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiranMenyatakan dan menyenaraikan
1 asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. bentuk dan ciri-ciri setiap entiti
perniagaan
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk Menerangkan maksud

KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah


2 komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang perakaunan dan sub bidang
telah dipelajari. perakaunan
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan Melengkapkan Kitaran
3 sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Perakaunan.

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu Menganalisis penyata kewangan
mengikut prosedur atau secara sistematik. dari pelbagai sumber dan
4 membanding beza item-item
yang terdapat di
dalamnya.
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu Menentukan Andaian, Prinsip
dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan Batasan dalam perakaunan
5
dan bersikap positif. yang dapat dikaitkan dengan
sesuatu kes.
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran Menghasilkan jadual
sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara perbandingan ciri-ciri dari segi
6 sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh milikan, sumber modal dan liabiliti
dicontohi. setiap entiti
perniagaan.

10
UNIT 5 Perancangan & Pelaksanaan Kurikulum Bilik Darjah

Latihan Esei

1. Pengurusan kurikulum bilik darjah melibatkan 3 komponen iaitu perancangan,


pelaksanaan dan penilaian kurikulum. Terangkan hubungkait proses-proses yang
berlaku.

2. Taksonomi Bloom digunakan untuk menetapkan tahap pencapaian dalam pengurusan


kurikulum bilik darjah. Merujuk kepada mata pelajaran opsyen anda, analisiskan aras-
aras domain objektif kognitif, afektif dan psikomotor secara yang tersusun mengikut
tajuk-tajuk yang telah ditetapkan.

3. Merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi mata
pelajaran opsyen anda, pilih 3 tajuk yang bersambungan. Berdasarkan tajuk-tajuk
yang dipilih, tuliskan pernyataan objektif/hasil pembelajaran yang eksplisit. Nyatakan
bentuk penilaian dan alat ukur yang akan digunakan untuk memastikan objektif/hasil
pembelajaran tercapai.

4. Tahap penguasaan standard pentaksiran mempunyai 6 tahap. Merujuk kepada 1 unit


pengajaran bagi mata pelajaran opsyen anda, binakan kriteria tahap-tahap
penguasaan standard pentaksiran tersebut. Sokong keterangan anda dengan contoh-
contoh yang sesuai.

KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

11

Vous aimerez peut-être aussi