Vous êtes sur la page 1sur 8

ASAL USUL HARI RAYA

1. PERAYAAN TRADISI: HARI RAYA AIDILFITRI

Nama hari Raya Aidilfitri berasala daripada bahasa Arab iaiatu Ayd al-Fitr. Nama lain
bagi Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran. Ia
juga dinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia),
Shemai Eid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki)

Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh Umat Islam di
seluruh dunia.Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaum
Melayu yang beragama Islam.

Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan.Perayaan ini bermula
selepas berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa.Hari raya bermula melalui dua cara
iaitu melalui rukyah( melihat anak bulan) ataupun secara hisap( kiraan). Sekiranya
melalui rukya, Apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan syawal,
iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan
diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga magrib di beberapa
tempat yang strategik.

Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat
mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu
bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan
minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan
menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana
sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.

Kalimat “FITRI” itu yang bermaksud fitra iaitu dengan kemenangan manusia
balik kepada fitra yang asal.Fitra asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia
yang sememangnya bersih dari noda dan dosa.

2. LATAR BELAKANG

sejarah/asal usul perayaan


SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati
ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada
mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu
adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang
kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari
Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika
ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa
Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan
pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara
dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari
untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.
Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah
asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah
mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya
dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid
sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana
Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.”

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat
sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara
mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam
menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam
menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih
muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat
ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera
bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat
diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju
baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik
dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah
apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli
secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api
amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam
kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat
merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak
melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-
anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika
sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan
pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang
Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang
tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang
disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan
Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya
melupakan tuntutan agama.

PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

SEBELUM
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan
tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan
mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan
diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan.
Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu
sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga
bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan
kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.
BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud "
Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan
pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan
yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya
dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa
iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi
dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di
dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan
bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti
beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

SEMASA

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini
adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya
sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah
kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau
bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.
Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari
untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam
di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya
selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna
hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah
berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah,
iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-
syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala
amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan
untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan
doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah
tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka
yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana
suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa
dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa
lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar
sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." , dan juga riwayat dari Umar ( ‫)رضى هللا عنه‬
menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan
memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal.
Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan
hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.

PAKAIAN

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki
di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket
di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju
kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi
mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket,
dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh
Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

AMALAN SAMPINGAN ATAU SUNAT

Amalan sunat di bulan Syawal :


 
 Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :
 
a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
b) Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
c) Mendi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
d) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan
e)
yang lain
f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal
g)
hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.
   
Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan
Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka
perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."
   
SELEPAS

Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan merayakannya
dengan penuh hikmah dan meriah.umat islam bakal menyambut kedatangan bulan Islam
seterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.

BULAN ZULKAEDAH
Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat
dan fardhu seperti biasa.

BULAN ZULHIJJAH

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah
menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :
 
Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu
sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah
 
Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang
berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak
pernah melakukan maksiat.
 
Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu
sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah
 
Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari
itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.
 
Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada
hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur
 
Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-
nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah
dengan pandangan rahmat
 
Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang
berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu
kesulitannya
 
Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih
anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari
Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa
hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah
 
Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa
mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut
terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut
akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan
sentosa.
  Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :
 
a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan
b)
solat Adha
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan
c)
yang lain
d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
e) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah
hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)
 
Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat
Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal
Muharram.

KESAN PERAYAAN

KELUARGA

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahim


sesama keluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak
bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik.Semasa hari raya biasanya
sanak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan hari
kemenangan ini.Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.

PERPADUAN

Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua


kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-
masing.Di Hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi
menjadi amalan rutin.perayaan disambut bersama.kemeriahan dikongsi bersama, Justeru
itu perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan
tenteram.

PELANCONGAN

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung


kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana
mereka datang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini.secara tidak
langsung menyumbang sumber perlaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan
negara.

KEAGAMAAN

Kesan perayaan terhadap agama.Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapat
menunaikan amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita meraikan Hari
kemenangan iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulan
Ramadhan.

cikgumahfuzah.files.wordpress.com/2010/02/hasil-kajian.doc
Hari Raya Aidilfitri

Ramadhan ialah satu bulan dimana semua umat Islam berpuasa, bermula dari subuh hingga ke maghrib.Selain dari
larangan terhadap makan dan minum, umat Islam juga dilarang memasukkan sesuatu kedalam rongga, merokok, dan
melakukan hubungan seks di waktu siang.Hanya mereka yang benar-benar uzur sahaja diizinkan untuk tidak
berpuasa. Ramadhan juga adalah bulan dimana umat Islam menyucikan diri dengan menambah amal ibadah, seperti
solat terawih di malam hari, berzikir, dan berzakat. Berpuasa juga bermaksud menahan diri dari melakukan
perbuatan mungkar seperti menipu, mengata orang lain, berbohong dan perbuatan dosa lain.

            Ibadah puasa diajar termasuk kepada anak-anak kecil.Terdapat satu malam di bulan Ramadhan yang
dipanggil malam Lailatul Qadar. Ia bermaksud malam yang lebih baik dari seribu bulan. Umat Islam digalakkan
memperbanyakkan ibadah di malam itu.

             Ibadah zakat, iaitu bersedekah sebahagian dari harta kepada pihak-pihak yang tertentu adalah juga
rukun Islam seperti puasa. Zakat fitrah yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan adalah bertujuan menyucikan
harta dan rohani dari kemungkaran. Ia mesti ditunaikan sebelum akhir Ramadhan

              Ketibaan bulan Syawal, iaitu bulan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula dari terbenamnya
matahari pada 30 haribulan Ramadhan. Ia biasanya di sahkan lagi dengan upacara melihat anak bulan.

            Aidilfitri adalah masa untuk kemeriahan dan kemaafan.Kemeriahan Hari Raya ditonjolkan dengan
kembalinya beramai-ramai warga kota ke kampong. Upacara yang digelar ‘ balik kampung’ ini menyebabkan kota-
kota besar menjadi lengang dan jalanraya menjadi sesak. Masing-masing ingin merayakan Aidilfitri bersama ibu
bapa dan keluarga. Seluruh keluarga akan bergotong royong menghias rumah dan memasak juadah.

                 Pagi Aidilfitri biasanya akan dimulakan dengan takbir dari masjid-masjid, yang telahpun berlanjutan
dari malam sebelumnya. Pagi-pagi lagi semua orang telah bangun,dan biasanya akan mengunjungi pusara kaum
keluarga.Kemudian, kaum wanita akan mengemas rumah manakala kaum lelaki akan bersiap ke masjid untuk
menunaikan solat sunat aidilfitri. Masing-masing segak dan cantik dengan pakaian baru.Kanak-kanak adalah yang
paling seronok, dimana segalanya dari songkok, baju melayu, atau baju kurung hinggakan kasut adalah serba baru.

                Selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri, kaum keluarga akan berkumpul untuk bersalaman dan
meminta maaf antara satu sama lain. Anak-anak akan meminta maaf dari ibu bapa, manakala ibu bapa akan meminta
maaf dari datuk dan nenek. Menjelang tengahari, semua sanak saudara dan jiran sekampung akan kunjung-
mengunjung antara satu sama lain untuk ‘beraya’ atau adat berziarah. Ucapan ‘selamat hari raya ‘ bersilih ganti dan
kemaafan dipohon, menandakan kesalahan lalu telah dilupakan.

              Kanak-kanak biasanya akan membuat kumpulan lain untuk berziarah, samada ke rumah jiran, saudara atau
rakan-rakan , dimana tradisi memberi ‘duit raya’ memeriahkan lagi suasana. Juadah wajib bagi hari raya ialah
seperti ketupat, rendang, sambal kacang, lemang, dan serunding. Disamping itu, terdapat banyak jenis kuih
dihidangkan, mengikut tempat.

Sambutan hari raya adalah selama sebulan, dimana stail terkini akan terdapat ramai pihak membuat rumah
terbuka sepanjang Syawal. Disamping itu, kaum yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, orang kurang upaya
dan warga emas juga tidak dilupakan. Orang ramai akan tampil membuat sumbangan supaya kemeriahan Aidilfitri
memberi sinar kepada mereka.

Hari Raya Aidiladha

Selain dari hari raya Aidilfitri, satu lagi hari perayaan bagi umat Islam seluruh dunia ialah hari raya Aidiladha.Ia
disambut pada 10 haribulan Zulhijjah, iaitu dua bulan setelah Syawal.Ia juga dikenali sebagai hari raya Haji atau
hari raya Korban.

           Nama hari raya Haji diambil sempena dengan ibadah haji yang dilakukan semasa bulan Zulkaedah dan
Zulhijjah. Di tanah suci Makkah, kedatangan Aidiladha menandakan sempurnanya ibadah haji. Hari raya Korban
pula diambil dari peristiwa ibadah kurban yang dilakukan oleh nabi Allah Ibrahim dan anaknya Ismail.Walaupun
baginda berat hati untuk menyembelih anaknya , tetapi nabi Ibrahim tetap melaksanakan ibadah korban demi
taatnya baginda kepada Allah Taala.Inilah yang menjadi ikutan oleh umat Islam sampai ke hari ini.

        Setiap kali tibanya Aidiladha, seperti Aidilfitri juga umat Islam bersolat sunat pada pagi hari.Dengan
berpakaian baru, kemudian umat Islam berkumpul bersama keluarga dan menjamah juadah.Hidangan pada
Aidiladha tiada jauh bezanya dengan Adilfitri, ketupat, lemang, rendang, serunding dan kuih muih disediakan.

         Kemudian, umat Islam akan keluar ke masjid-masjid semula untuk melaksanakan ibadah korban. Disini, lembu,
kambing, biri-biri dan kerbau disembelih. Bahkan stail terbaru sekarang terdapat juga unta disembelih di
Malaysia. Ini adalah ibadah sunat yang dituntut sempena Aidiladha, sebagai lambang tulus dan ikhlasnya hamba
terhadap Allah Taala.                                          

        Selepas binatang ternakan itu disembelih, daging akan dibahagi-bahagikan. Satu pertiga diberi kepada tuan
punya, dan selebihnya diberi kepada fakir miskin, jiran-jiran dan semua orang Islam.Hikmah dari cara ini adalah ia
mengeratkan silaturrahim dan membantu orang-orang yang kurang berkemampuan.

       Aidiladha juga disambut dengan tradisi kunjung mengunjung dan rumah terbuka. Aidiladha juga adalah
lambang keabdian hamba kepada Allah, dimana kita harus bersyukur atas nikmatNya dengan menyedekahkan
sebahagian harta dengan mereka yang kurang bernasib baik.

http://sklaloh.kelantan.edu.my/perayaan.htm

Vous aimerez peut-être aussi