Vous êtes sur la page 1sur 3

Abdul Kalam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

A. P. J. Abdul Kalam

A. P. J. Abdul Kalam in 2008.jpg

Abdul Kalam pada tahun 2008

Presiden India ke-11

Tempoh jawatan

25 Julai 2002 25 Juai 2007

Perdana Menteri Atal Bihari Vajpayee

Manmohan Singh

Naib Presiden Bhairon Singh Shekhawat

Didahului oleh Kocheril Raman Narayanan

Diganti oleh Pratibha Devisingh Patil

Lahir 15 Oktober 1931 (umur 85)

Rameswaram, British India (kini Tamil Nadu, India)

Meninggal dunia 27 Julai 2015 (umur 83)

Shillong, Meghalaya, India

Alma mater Kolej St. Joseph, Tiruchirappalli

Institut Teknologi Madras

Profesion Profesor, penulis, saintis, jurutera aeroangkasa

Agama Islam

Laman web abdulkalam.com

Dr Avul Pakir Jainulabdeen Abdul Kalam (lahir 15 Oktober 1931) atau Dr. APJ Abdul Kalam ialah seorang
saintis India yang pernah berkhidmat sebagai Presiden India ke-11. Anak kelahiran Rameswaram, Tamil
Nadu ini belajar fizik di Kolej St. Joseph, Tiruchirappalli serta kejuruteraan aeroangkasa di Institut
Teknologi Madras (MIT), Chennai.

Beliau menjadi jurutera aeroangkasa di bawah Pertubuhan Penyelidikan Pertahanan dan Pembangunan
(DRDO) serta Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO). Abdul Kalam juga dikenali sebagai Missile
Man of India ("Lelaki Peluru Berpandu India") atas jasanya membangunkan peluru berpandu balistik dan
teknologi pelancaran. Beliau memainkan peranan penting dalam organisasi, teknikal dan politik dalam
ujian nuklear Pokhran-II (1998) yang pertama sejak ujian nuklear negara tersebut pada tahun 1974.
Bagaimanapun menyatakan beliau adalah ahli fizik nuklear tanpa kuasa dan hanya menjalankan kerja
bagi pihak Homi J. Bhabha dan Sarabhai Vikram.

Kalam dilantik sebagai Presiden India pada tahun 2002 setelah mengalahkan Lakshmi Sahgal dan
disokong oleh parti Kongres Kebangsaan India dan Parti Bharatiya Janata yang merupakan parti politik
utama India. Beliau menjadi profesor pelawat di Institut Pengurusan Ahmedabad India dan Institut
Pengurusan Indore India, Canselor Institut Sains Angkasa India dan Teknologi Thiruvananthapuram,
profesor Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Anna (Chennai), Universiti JSS (Mysore) dan melakukan
lawatan ke seluruh universiti India.

Kalam amat menyokong rancangan pembangunan India menjadi sebuah negara maju menjelang 2020
dalam bukunya India 2020.

Beliau menerima beberapa anugerah berprestij antaranya termasuk Bharat Ratna iaitu penghormatan
tertinggi awam India. Kalam memberi motivasi dan dan berinteraksi dengan komuniti pelajar di India.
Beliau melancarkan Misi Belia India 2011 sebagai suatu langkah membanteras rasuah di India.

Ketika Abdul Kalam menyampaikan sebuah syarahan di Institut Pengurusan India Shillong, beliau
tersungkur akibat penyakit jantung dan kemudiannya meninggal dunia pada 27 Julai 2015 berusia 83
tahun.[1] Beribu-ribu orang termasuk orang kenamaan dalam negara menghadiri majlis pengebumian
jenazahnya di kampung halamnanya di Rameshwaram; di mana beliau dikebumikan dengan
penghormatan penuh yang diberikan oleh pemerintah India.[2]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Abdul Kalam dilahirkan pada 15 Oktober 1931 .Bapanya Jainulabdeen, pemilik bot dan ibunya
Ashiamma, seorang surirumah, di Rameswaram di Tamil Nadu selatan India. Beliau dari keluarga miskin
dan mula bekerja pada usia muda untuk menambah pendapatan keluarga. Selepas menamatkan
sekolah, Kalam mengedarkan surat akhbar bagi menambah pendapatan keluarga.Semasa di sekolah,
beliau hanya mempunyai purata gred biasa tetapi mempunyai keinginan yang kuat untuk belajar dan
menghabiskan masa berjam-jam untuk belajar terutama matematik

Beliau bersekolah di Rameshwaram Elementary School ;Kolej Saint Josephs,Tiruchirappalli dan bidang
fizik (1954). Di Madras (1955) belajar kejuruteraan aeroangkasa.

Kerjaya sebagai saintis[sunting | sunting sumber]


Antara guru beliau ialah Dr. Vikram Sarabhai, Prof. Satish Dhawan dan Dr. Brahm Prakash. Beliau belajar
di Madras Institute of Technology (MIT - Chennai) (1960). Kalam menyertai Organisasi Pembangunan
Penyelidikan Pertahanan (DRDO) sebagai ketua saintis. Kalam merekabentuk helikopter untuk Tentera
India di bawah Vikram Sarabhai , saintis angkasa terkenal. Tahun 1969, Kalam telah dipindahkan ke
Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) - mnejadi pengarah projek satelit pertama India ( SLV -
III)(Julai 1980). Abdul Kalam memulakan projek roket di DRDO pada tahun 1965. Pada tahun 1969,
Kalam menerima kelulusan kerajaan dan memperluaskan program untuk merangkumi lebih banyak
jurutera.

Pada tahun 1963-64, beliau melawat NASA, Pusat Penyelidikan Langley di Hampton Virginia , Goddard
Space Flight Center di Greenbelt, Maryland dan Kemudahan Penerbangan Wallops dan Pantai Timur
Virginia . Antara 1970-an dan 1990-an, Kalam membangunkan SLV Kutub dan projek SLV-III.

Vous aimerez peut-être aussi