Vous êtes sur la page 1sur 10

1.

0 Pengenalan

Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng
muka. Topeng muka ini di gunakan oleh pelakonpelakon Yunani di atas pentas untuk
berlakon. Mereka memakai topeng yang bersesuaian dengan watak mereka yang hendak
dipersembahkan. Tambahan pula, personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi
seseorang individu secara kesuluruhan. Antara aspek yang merangkumi personaliti adalah,
kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan juga nilai-nilai. Personaliti
seseorang individu dapat dibayangkan melalui cara seseorang individu bertingkah laku. Pada
pandangan Mishel personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang individu yang
dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing. Ini bermaksud segala kerja atau
kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat menggambarkan personaliti mereka yang
sebenar. Manakala, Allport pula mendefinasikan personaliti sebagai satu organisasi dinamik
sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya
yang khusus. Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh berlaku di dalam kualiti
tingkah laku seseorang individu. Organisasi membawa implikasi bahawa semua trait seperti
kerajinan, kesabaran dan daya tuju adalah saling berkait. Sistem psikofizikal pula merujuk
kepada tabiat, sikap, nilai, kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yang terdapat dalam
bentuk psikologi tetapi yang mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf dan tubuh badan

Menurut Eysenck pula personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk
badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap
persekitarannya. Seterusnya, Kagen, dan Segal, mentakrifkan personaliti sebagai corak
kesuluruhan seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir,
berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya. Watson pula
berpendapat bahawa personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang dan behaviorisme.
Jadi, personaliti seseorang akan menjadi lebih berkembang mengikut tahap perkembangan
seseorang individu. Tuntasnya, personaliti juga merupakan gabungan daripada berbagai sifat
dan konsep kendiri seseorang. Individu yang mempunyai konsep kendiri positif akan
menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan keperluan persekitarannya. Gaya
percakapan, cara bertindak, tingkah laku yang ditunjukkan dan cara seseorang itu berinteraksi
dengan persekitaran dapat membantu mengenali personaliti seseorang.

2.0 Teori personaliti Sigmund Freud

Sigmund Freud membahagikan sistem personaliti mengandungi tiga sistem iaitu id


(biologi), ego(psikologi), dan superego (sosial dan nilai moral) yang berinteraksi antara satu
sama lain bagi menghasilkan tingkah laku yang tertentu yang dengannya Freud simpulkan
sebagai personaliti seseorang itu. Beliau sangat mementingkan unsur tidak sedar kerana
bahagian tidak sedar adalah sebahagian besar emosi yang memberikan kawalan ke atas
tingkah laku sedar. Bahagian tidak sedar menjadi penentu kuat tingkah laku manusia atau
asas personaliti. Justeru itu, pandangan tentang tingkah laku yang menekankan proses sedar
di anggap tidak lengkap.

Sigmund Freud merupakan salah satu tokoh dalam disiplin ilmu keperibadian yang
melahirkan teori-teori berdasarkan pengalaman peribadinya semasa kecil. Teori yang
dikembangkannya itu menjadi kontroversi diantara beberapa ahli lainnya. Namun begitu,
pemikiran Freud ini juga banyak menjadi dasar teori keperibadian. Freud dipandang sebagai
teoritis psikologi pertama yang memberi fokus terhadap pemerhatiannya kepada
perkembangan keperibadian. Beliau berpendapat bahawa masa anak (usia 0-5 tahun) atau
usia pregenital mempunyai peranan yang sangat dominan dalam membentuk
keperibadianatau sikap atau watak seseorang. Beliau juga berpendapat bahawa The child is
the father of man. Sejurus dengan perkara tersebut, maka pada masalah kejiwaan pada usia
selanjutnya (khususnya usia dewasa), faktor pemangkin pada usia pregenital lagi. Apabila
diperhatikan maka perkembangan keperibadian seseorang individu menurut teori Freud ini,
memberi fokus dalam pengolahan watak atau keperibadian ketika manusia itu masih kecil.
Hal ini demikian kerana, pada usia yang dimaksudkan oleh Freud, anak memiliki potensi untuk
menyerap sesuatu yang ada di sekitarnya secara lebih cepat dan ianya menyarankan anak
tersebut memberi respon terhadap persekitarannya. Justeru itu, pentingnya membuat
pemerhatian terhadap tingkah laku diberikan kepada seseorang manusia pada usia-usia
tertentu. Hal ini demikian kerana, kehidupan manusia ini memiliki variasi atau perubahan
masa ke semasa. Jadi, persekitaran yang berubah mampu memberi impak terhadap sikap
serta personalii seseorang individu, sama ada baik ataupun yang buruk.

Perkembangan keperibadian berlangsung melalui tahap perkembangan psikoseksual


iaitu tahap perkembangan seksual yang sangat mempengaruhi keperibadian masa dewasa.
Freud berpendapat bahawa perkembangan keperibadian manusia sebahagian besar
ditentukan oleh perkembangan seksualitasnya. Keeratan antara seks dengan keperibadian
ini dikemukakan juga oleh Masters dan Johnson yang mengatakan bahawa seksualitas
adalah dimensi dan pernyataan dari keperibadian. Menurut model perkembangan Freud, di
antara kelahiran dan usia 5 tahun (usia balita), anak mengalami tiga tahap perkembangan
iaitu oral, anal dan phallik. Ketiga tahap ini disebut juga masa pragenital. Setelah usia 5 tahun
tahap laten dan genital (sudah muncul dorongan seksual). Jadi, hal ini memberi makna
terhadap perkembangan keperibadian menurut Freud adalah belajarnya individu dalam setiap
tahap perkembangannya dalam mengatasi kematangan dan ketegangan yang dialaminya.
Perkara ini amat mempengaruhi psikososial seseorang individu dengan perkembangan
personaliti.
2.1 Perkembangan personaliti berdasarkan teori psikoanalisis

Mengikut Frued, tingkahlaku manusia diarah oleh faktor luar kawalan. Ini bermakna
tingkah laku manusia ditentukan oleh faktor baka (blue print atau rangka tindakan yang unik).
Tingkah laku dipengaruhi oleh pengalaman lampau iaitu konflik-konflik yang tidak selesai.
Frued melihat keseragaman atau kesamaan antara tingkah laku individu dan mengutamakan
atau mementingkan kestabilan ciri-ciri personaliti atau interaksi ketiga-tiga sistem personaliti
tersebut.

Kerisauan terhasil seandainya ego gagal mengawal kehendak id atau gagal


menyalurkan kehendak id menurut batasan-batasan realiti dan nilai-nilai moral. Dalam
keadaan inilah ego akan didenda kerana gagal. Dengan kata lain, kerisauan terhasil semasa
interaksi ketiga-tiga sistem tenaga iaitu id, ego, dan superego. Dalam proses menapis,
mengawal dan memenuhi kehendak-kehendak id, ego akan risau jika gagal sebaliknya akan
tenang jika berjaya. Menurut Frued, ada tiga jenis kerisauan yang boleh dialami oleh individu
iaitu kerisauan realiti iaitu ancaman nyata atau ancaman yang dijangka dari persekitaran,
kerisauan moral iaitu daripada hati nurani atau conscience seseorang dan kerisauan neurotic
iaitu rasa bimbang tidak dapat mengawal naluri sehingga melakukan sesuatu yang di luar
kawalan. Freud memperkenalkan helah bela diri digunakan bertujuan untuk mengurangkan
penderitaan ego yang tidak dapat mengawal id dengan baik dan juga mempertahankan ego
dari cemuhan dan kutukan superego.

Teori psikoanalisis berpendapat bahawa perkembangan personaliti manusia


dipengaruhi oleh tenaga psike. Tenaga psike ini adalah penting untuk mengetahui lebih lagi
mengenai konsep psikoanalisis itu sendiri. Ini adalah meliputi kepada beberapa konsep iaitu
konsep penentuan psike dan konsep tahap kesedaran. Penentuan psike ini menerangkan
konsep yang mana sebab-sebab tertentu itu mempengaruhi tingkah laku dan reaksi emosi
manusia. Ini adalah berkait rapat dengan tahap sedar dan tahap tidak sedar, pemikiran yang
rasional dengan tindakan atau kehendak emosi yang serta merta. Ini secara keseluruhannya
merangkumi kepada hubungan antara sesama insan.

Tenaga psike (tenaga kejiwaan) ini adalah lebih kepada konsep LIBIDO,iaitu dorongan
atau desakan yang terarah kepada seksual sebagai tenaga kehidupan. Walau bagaimanapun
ini tidak tertumpu kepada maksud seksual yang sempit tertapi termasuk kepada kehendak
nafsu untuk memenuhi kepuasan sendiri. Selain itu dorongan dan desakan lain dalam tenaga
psike kehendak mati. Daripada dorongan atau desakan itu, semuanya merupakan keinginan
naluri yang sebenarnya sudah wujud secara semulajadi sejak seseorang itu dilahirkan. Oleh
itu, setiap individu akan mengalami kesukaran untuk mengaturnya yang sekaligus akan
mencorakkan haluan hidupnya. Contohnya konflik yang kecil berpanjangan walaupun itu
adalah bermula daripada masalah yang kecil. Inia mat tertumpu kepada jiwa seseorang murid,
di mana mereka mudah mengalami konflik yang mampu mendorong kepada emosi.
Ketidakstabilan emosi ini mampu tertimbul pada diri mereka, walaupun perkara yang remeh
temeh.

2.2 Faktor perkembangan psikoseksual Freud yang mendorong tingkah laku murid

Sigmund Freud mempercayai bahawa personaliti seseorang dipengaruhi oleh


perkembangan psikoseksual seseorang. Teori perkembangan psikoseksual ini adalah bersifat
biologi dan melibatkan perkembangan tenaga seksual (libido) daripada satu peringkat ke satu
peringkat yang lain. Perkembangan murid akan menjadi tidak normal apabila seseorang murid
mengalami pengalaman yang merencatkan aliran tenaga tersebut. Keadaan ini dipanggil
lekatan di mana ia akan membuat seseorang itu kurang berupaya berdepan dengan krisis
dalam peringkat perkembangan seterusnya. Selanjutnya, faktor yang mempengaruhi tahap
perkembangan personaliti ini adalah diri sendiri, keluarga, kebudayaan, rakan sebaya, media
massa, pengalaman awal dan juga masyarakat. Tahap-tahap perkembangan psikoseksual
menurut Freud iaitu oral, anal, phallik, laten dan genital. Setiap tahap perkembangan
psikoseksual Sigmund Freud ini mendorong kepada faktor perkembangan personaliti, sejurus
dengan tingkah laku mereka.

2.2.1 Tahap Oral (Oris = Mulut)

Fasa oral menunjukkan perkembangan yang terjadi pada tahun pertama dari
kehidupan individu. Pada fasa ini daerah erogen yang paling peka adalah mulut, yang
berkaitan dengan kepuasan dari aspek keperluan asas seperti makanan dan minuman.
Rangsangan yang terjadi pada mulut adalah pada saat menghisap makanan atau
minumannya. Fasa oral berakhir saat bayi tidak lagi memperoleh asupan gizi secara langsug
dari ibunya. Hal itu juga dijelaskan oleh Syamsu dan Achmad bahawa tahap oral adalah
periode bayi yang masih mendorong kepada sifat kebergantungan dengan orang lain. Pada
masa ini libido didistribusikan ke daerah oral sehingga perbuatan menghisap dan menelan
menjadi kaedah utama untuk mereduksi ketegangan dan mencapai kepuasan (kenikmatan).
Hal ini demikian kerana, mulut menjadi sumber kenikmatan erotis, maka anak akan menikmati
peristiwa menetek pada ibunya dan juga memasukan segala jenis benda ke dalam mulutnya,
termasuk jempolnya sendiri.

Di samping itu ketidakpuasan ini akan memberi impak terhadap perkembangan


keperibadian murid, seperti merasakan kurang aman, selalu meminta perhatian orang lain
atau egosentris. Murid yang tidak mendapat kepuasan oral memberi kesan negatif terhadap
perkembangan keperibadiannya. Individu itu akan menampilkan sifat peribadi yang kurang
bertanggungjawab, bersikap rakus dan sangat mengharapkan kasih sayang daripada orang
lain. Menurut Freud, fiksasi pada tahap ini dapat membentuk sikap obsesif iaitu sikap merokok
juga boleh terjadi, terutamanya dalam kalangan dewasa dan remaja. Pada tahap ini juga
dorongan agresi sudah mulai berkembang. Bukan hanya itu, zaman kini semakin berubah ke
arah kemodenan. Hal ini juga boleh mengakibatkan murid di sekolah rendah turut terlibat
dalam gejala-gejala negatif seperti merokok, menagih dadah, minum arak dan sebagainya.
Kadar gejala kini semakin berleluasa dan perkara ini juga berlaku dalam kalangan murid
sekolah rendah tanpa kita sedari. Hal ini demikian kerana, naluri ingin mencuba mendorong
kepada mereka untuk membuat perkara yang mampu memberi impak dari aspek fizikal dan
juga mental. Menurut teori psikoanalisis, id merupakan personaliti yang tidak mementingkan
logik, nilai, moral atau etika dan objektif atau tujuan keseluruhannya adalah lebih kepada
kepuasan tanpa mengambil kira akibatnya, undang-undang, dapat sosial atau keperluan
orang lain. Jadi, seseorang murid yang mengalami konflik pada tahap perkembangan oral ini,
perlu diberi peluang untuk berbicara dan perlunya memberi respon serta peneguhan positif
seperti ganjaran, pujian dan juga galakkan agar mereka merasakan diri mereka diterima.

2.2.2 Tahap Anal (Anus = Dubur)

Tahap ini berada pada usia kira-kira 2 sampai 3 tahun. Pada tahap ini libido
terdistribusikan ke daerah anus. Anak akan mengalami ketegangan, ketika duburnya penuh
dengan ampas makanan dan peristiwa buang air besar yang dialami oleh anak merupakan
proses pelepasan ketegangan dan pencapaian kepuasan, rasa senang atau rasa nikmat.
Peristiwa ini disebut erotic anal. Setelah melewati masa penyapihan, anak pada tahap ini
dituntut untuk menyesuaikan diri dengan keadaan seperti hidup bersih, tidak mengompol,
tidak buang air sembarangan. Murid yang kurang memiliki pendedahan toilet train pada tahap
anal ini, akan mengalami konflik terhadap tingkah laku dirinya. Mereka yang menahan najis
dan juga kencing ini akan memliki sifat-sifat agresif, kurang kawalan emosi, kurang
berkeyakinan, suka marah, suka berseorangan dan kurangnya interaksi bersama orang lain.
Bukan itu sahaja, perbuatan menahan ini juga akan mengakibatkan masalah kesihatan pada
diri mereka. Perkara ini akan termaktub pada alam prasedar, kerana mereka tidak akan rasa
perbuatan ini mampu memberi impak negatif pada diri. Oleh itu, pada pandangan Freud,
kanak-kanak pada peringkat ini perlu diberi peluang untuk berdikari, mempunyai automomi
dan tahu mengawal diri sendiri bagi mengelakkan tingkah laku agresif tidak berkekalan pada
diri murid.
Antara cara yang boleh dipraktikan terhadap keperibadian murid terutamanya bagi
menjamin kebersihan diri adalah seperti berikut :

Cara Pelatihan yang boleh Tingkah laku atau sikap murid


dipraktikan
A. Sikap Keras 1. Bersikap berlebihan dalam ketertiban
(Sering menghukum) atau kebersihan
2. Bersikap kikir
3. Stereotif-kurang kreatif
4. Bersikap kejam/keras/sikap memusuhi
5. Penakut
6. Bersikap kaku
B. Selalu Memuji 1. Selalu ingin dipuji
2. Kurang Mandiri (Manja)
C. Sikap Pengertian 1. Mampu beradaptasi atau
menyesuaikan diri
2. Egonya berkembang dengan wajar

2.2.3 Tahap Phallik (Phallus = Dzakar)

Tahap ini berlangsung kira-kira usia ini anak mulai memperhatikan atau senang
memainkan alat kelaminnya sendiri. Dengan kata lain, anak sudah mulai bermansturbasi,
mengusap-usap atau memijit-mijit organ seksualnya sendiri yang menghasilkan kepuasan
atau rasa senang. Pada masa ini terjadi perkembangan berbagai aspek psikologis, terutama
yang terkait dengan iklim kehidupan sosiopsikologis keluarga atau perlakuan orang tua
kepada anak. Pada tahap ini, murid akan bersikap selfish sikap memementingkan diri
sendiri, belum berorientasi keluar, atau memperhatikan orang lain.

Tambahan pula, Freud mempercayai kanak-kanak lelaki akan mengalami Oedipus


kompleks, di mana kanak-kanak lelaki menumpukan kasih sayang pada ibunya. Manakala
bagi kanak-kanak perempuan, mereka akan mengalami Elektra kompleks, di mana
berlakunya persaingan dengan ibu untuk mendapatkan kasih sayang bapa dan bersikap
menentang ibu. Hal ini memberi impak terhadap tingkah laku murid yang progresif dan
memiliki unsur peniruan gaya ibu bapa dalam kehidupannya. Jikalau, tidak memberi
pendedahan tentang keadaan fizikal dan mental kepada murid pada tahap ini, akan
mengakibatkan mereka akan berwatakan jantina yang bertentangan dengan diri mereka.
Buktinya, di sekolah-sekolah rendah masih memiliki murid yang bertingkah laku menyerupai
perempuan walaupun dia adalah seorang lelaki. Bukannya melihat dari aspek penampilan diri,
malah, gaya kelembutan seperti perempuan boleh juga ditemui. Murid yang bersikap demikian
akan bertingkah laku segan, malu, takut berhadapan dengan orang lain dan sebagainya.
Konflik-konflik sebegini akan mengakibatkan kemunduran murid tersebut dalam semua
aspek, sama ada jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial.

2.2.4 Tahap Latensi

Tahap latensi berkisar antara usia 6 sampai 12 tahun (masa sekolah rendah). Tahap
ini merupakan masa tenang seksual, kerana segalanya berkaitan dengan seks dihambat atau
didepres. Dengan kata lain masa ini adalah periode tertahannya dorongan-dorongan seks dan
agresif. Selama masa ini, murid mengembangkan kemampuannya bersublimasi (seperti
mengerjakan tugas-tugas sekolah, bermain olah raga dan kegiatan-kegiatan lainnya dan
mulai menaruh perhatian untuk bersosial. Pada tahap ini, murid akan mengadakan interaksi
bersama orang lain secara bebas.

Tahap ini dipandang sebagai masa perluasan kontak sosial dengan persekitaran,
selain dariapada keluarga. Sejurus dengan perkara ini, proses identifikasi mengalami
perluasan atau pengalihan objek. Sebagai contohnya, murid akan mula melihat akan gerak-
geri dan cara penampilan guru, staf sekolah, jiran tetangga, dan lain-lain lagi. Selanjutnya,
murid akan berbanding beza akan tingkah laku positif dan juga negatif. Namun begitu, jikalau
memiliki pengaruh yang kuat, mereka akan terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat di
alam bawah sedar. Hal ini demikian kerana, peringkat ini merupakan waktu untuk murid
mengembangkan proses pembelajaran. Jadi, segala yang dilihat akan menjadi minat dan
kegemaran dalam diri mereka. Sebagai contohnya, murid yang gemar menonton filem, akan
memiliki keinginan supaya berwatakan seperti yang ditunjukkan oleh watak kegemarannya.
Daya tarikan murid terhadap sesuatu perkara pada lingkungan umur ini, akan menjadi
tumpuan dan akan adanya keinginan untuk memiliki. Antara cara yang boleh diambil oleh
seseorang guru yang ingin mendidik adalah, bercerita dengan visual, mengadakan aktiviti
kumpulan yang menyarankan kerjasama dalam kalangan murid, memberi kebebasan untuk
melukis dan lain-lain lagi. Dengan cara ini, murid tidak akan terasa terpinggir, malah keraguan
yang ada pada diri mereka untuk bersosial juga akan dipenuhi.

2.2.5 Tahap Genital

Tahap ini dimulai sekitar usia 12 atau 13 tahun. Pada masa ini anak sudah masuk usia
remaja. Masa ini ditandai dengan matangnya organ reproduksi murid. Pada tahap ini, instink
seksual dan agresif menjadi. Murid mulai mengembangkan motif untuk mencintai orang lain
atau mulai berkembangnya motif altruis iaitu akan berkeinginan untuk memperhatikan
kepentingan orang lain dalam kehidupan mereka.
Motif-motif ini mendorong murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam berbagai
kegiatan dan persiapan untuk memasuki dunia kerja, pernikahan dan berkeluarga. Masa ini
ditandai dengan proses pengalihan perhatian, dari mencari kepuasan atau kenikmatan sendiri
kepada kehidupan sosial orang dewasa dan berorientasi kepada kenyataan (prinsip realitas)
atau sikap altruis. Murid akan memberi tumpuan terhadap kepentingan dirinya sendiri ke arah
alam kerjaya ataupun matlamat hidup yang berseuaian mengikut personaliti yang dimiliki.
Sebagai contohnya, murid akan sedia untuk menyuarakan pendapat tentang cita-cita dan juga
impian dalam kehidupan mereka. Tingkah laku yang professional dan produktif dapat juga
dilihat pada tahap ini. Bagi murid yang berkompeten dan sedia untuk bertemu akan halangan
dalam kehidupan akan memiliki tahap kepercayaan rasional dalam diri mereka. Mereka akan
bersikap lebih bertanggungjawab dan sedia meneroka kebanyakan perkara. Hal ini
menunjukkan kepekaan murid dana lam sedar murid tentang kehidupan. Soal hala tuju
kehidupan akan timbul dan sekiranya tidak ada bimbingan pada tahap ini akan mengakibatkan
kecelaruan dalam penentuan jalan kehidupan.

Berikut adalah gambaran keseluruhan bagi tahap perkembangan psikoseksual Freud:

Tahap-tahap perkembangan psikoseksual Freud adalah tahap oral, anal, phallik, laten dan
genital.

Tahap Usia Pusat Erotis Tingkah laku atau perilaku


Perkembangan individu yang wajar
Oral 0-1 Tahun Mulut Penyapihan dari menyusu
Anal 1-3 Tahun Anus Toilet Training
Phallik 3-5 Tahun Penis Identifikasi kepada model-
model peranan orang dewasa
dan mengatasi krisis oedipal
Latensi 6-12 Tahun Tidak ada Memperluas kontak sosial
Genital 12 Tahun ke Genital Membina hubungan yang
Atas lebih intim (akrab) dan
memberikan kontribusi
kepada masyarakat melalui
bekerja
3.0 Kesimpulan

Natijahnya, tahap perkembangan psikoseksual akan memberikan impak terhadap


perkembangan personalti atau keperibadian individu pada masa dewasanya. Jikalau
seseorang individu itu memilki kepuasan pada setiap peringkat psikoanalisis, maka kehidupan
mereka akan lebih sihat dan seimbang. Namun, jika berlaku konflik di sebaliknya, murid atau
individu akan mengalami kecenderungan tingkah laku serta boleh mengakibatkan neurotic
(gangguan jiwa). Menurut Freud personaliti dari aspek keperibadian yang sihat adalah
kemampuan untuk memperoleh kenikmatan atau kesenangan atau kematangan dalam
membina hubungan mesra dengan persekitaran. Selanjutnya, teori psikoanalisis ini sangat
mempengaruhi keadaan bilik darjah secara tidak langsung. Daripada keseluruhan
perbincangan mengenai teori psikoanalisis peringkat umur yang lebih diketengahkan adalah
umur dalam lingkungan persekolahan. Oleh itu para pendidik harus memahami teori
psikoanalisis untuk mengatahui perwatakan anak murid. Beberapa cadangan yang harus
dipertimbangkan oleh setiap pendidik berdasarkan hujah dan teori psikoanalisis ini.
Anataranya para pendidik harus mengubah suai keadaan pengajaran dan pembelajaran
supaya ianya dapat mengambil kira sikap, persepsi, dan tingkah laku murid secara
keseluruhannya. Maksudnya pengajaran dan pembelajaran hendaklah mampu mengimbangi
sikap, persepsi dan tingkah laku pelajar.
Rujukan

Andrew Barrows. Carl Jung. Diperoleh September 8, 2008 daripada

http://www.mnsu.edu/emuseum/information/biography/fghij/jung_carl.html

Amir Awang .(1987). Teori dan Amalan Psikoterapi. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains

Malaysia.

Bootzin, R. R., Bower, G. H., (1991). Psychology Today, An Introduction (7th ed.).

New York : McGraw-Hill.

Desmita. 2012. Psikologi Perkembangan. Bandung: Remaja Rosdakarya.

Hambali, Adang dan Ujam Jaenudin. 2013. Psikologi Keperibadian (Studi atas Teori dan

Tokoh Psikologi Keperibadian). Bandung: Pustaka Setia.

Jaenudin, Ujam. 2012. Psikologi Keperibadian. Bandung: Pustaka Setia.

Kagan, J. Lang, C.(1986). Psychology and Education. New York

Mok, S. S., (2001). Psikologi Pendidikan, Untuk Kursus Diploma Perguruan

Semester 1 (2nd ed.). Kuala Lumpur : Percetakan Sentosa.

Purwanto, Ngalim. 2007. Psikologi Pendidikan. Bandung: Remaja Rosdakarya.

Skinner, C. E.(1970). Educational Psychology, Prentice Hall of India, New Delhi.

Suryabrata, Sumardi. 2008. Psikologi Keperibadian. Jakarta: Rajawali Press.

Yusuf, Syamsu dan Achmad Juntika Nurihsan. 2011. Teori Keperibadian. Bandung: Remaja

Rosdakarya.