Vous êtes sur la page 1sur 7

1.

0 Pengenalan

Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat


pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Mata pelajaran ini merupakan satu subjek yang penting di
sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin dan berwawasan. Tambahan
pula, dalam usaha melahirkan insan yang bermoral, peranan Guru Pendidikan Moral
memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan
menjadi contoh dan teladan kepada para pelajar.

Pada 13 Mac yang lalu, saya telah menjalani PBS di SK Jagoi, Bau yang bertempat di
negeri Sarawak. Kami diberi tugasan untuk membuat laporan PBS. Saya mendapat banyak
informasi mengenai pengurusan mata pelajaran Pendidikan Moral dan pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah.

2.0 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Guru Pendidikan Moral memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan
murid-murid mempunyai moral yang tinggi dan sekaligus dapat menyatupadukan rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Guru Pendidikan Moral juga perlu seiring
dengan pembangunan sains dan teknologi serantau dan haruslah menekankan
pembangunan akhlak, moral dan jati diri di kalangan modal insan agar ilmu yang disampaikan
terus mekar dengan keperibadaian mulia bagi menjamin kesejahteraan Negara kita. Guru
Pendidikan Moral haruslah sentiasa mengikut perkembangan terkini dengan ciri-ciri guru yang
cemerlang agar dapat menjayakan matlamat pendidikan negara dengan cemerlang dan
gemilang. Guru haruslah berketrampilan, mempunyai daya tarikan yang dapat mendorong
pelajar untuk bermotivasi mendengar dan melaksana ilmu yang dibina.

Ciri-ciri Guru Pendidikan Moral

Dalam menjalankan tugasan ini, saya telah menemu bual seorang guru bagi mata pelajaran
Pendidikan Moral, iaitu Puan Amieda Saten yang juga merupakan guru pembimbing saya
sepanjang program PBS di sekolah tersebut. Saya melihat bahawa beliau mempunyai ciri-ciri
personaliti yang mampu menarik minat pelajar-pelajar dan saya sendiri untuk mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral yang hendak
disampaikan.
Personaliti dari aspek psikologi bermaksud corak tingkah laku, pemikiran dan emosi
seseorang individu itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara sesama individu lain.
Menurut Abdul Majid (1997), personaliti ialah perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan
dengan perlakuan manusia.

Personaliti menggambarkan sifat keperibadian seseorang. Ia dikaitkan dengan


perwatakan. Personaliti boleh dikaji melalui tingkah laku, percakapan dan cara menyelesaikan
masalah. Personaliti yang baik semestinya diterapkan di dalam diri individu terutamanya
seorang guru Pendidikan Moral. Personaliti yang ada pada seorang guru menjamin
kecermerlangan pencapaian akademik secara menyeluruh kerana personaliti yang baik dapat
meningkatkan motivasi dan pelajar.

Cara pembelajaran guru tersebut juga sentiasa mempengaruhi pelajar yang diajar di
dalam kelas. Sebagai contohnya, saya pernah memerhati sesi pembelajaran beliau dimana
cara pendekatan beliau mengajar amat menarik. Beliau memberikan contoh-contoh aktiviti
yang kurang bermoral dengan tayangan gambar. Aspek psikologi digunakan untuk
mencungkil minda pelajar untuk memberikan jalan penyelesaian untuk menangani masalah
moral dalam kalangan pelajar amat dititikberatkan.

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Pendidikan Moral

Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang
digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di
dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar bukan hanya terhad kepada buku teks, papan tulis,
kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera, merangkumi apa sahaja
yang dapat dialami oleh para pelajar. Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru
sekurang-kurangnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai
jenis, iaitu bahan bantu mengajar bukan elektronik, bahan bantu mengajar elektronik dan
bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.

Berdasarkan temu bual saya bersama orang sumber atau guru Pendidikan Moral di
SK Jagoi, beliau menyatakan bahawa bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam
sesuatu pengajaran mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Bahan bantu mengajar yang
berkualiti dan digunakan dengan baik akan dapat meransangkan para pelajar untuk belajar.
Hal ini kerana para pelajar akan terangsang untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi
mengenai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Di samping itu, bahan bantu mengajar
yang baik juga akan dapat mengekalkan minat para pelajar untuk terus memberikan tumpuan
kepada pengajaran guru. Dalam pengajaran Pendidikan Moral, bahan-bahan seperti cerita-
cerita teladan atau rakaman video sebenar, mampu menarik perhatian kepada proses ingin
tahu dalam hati para pelajar

Seterusnya, beliau juga menyatakan bahawa bahan bantu mengajar seperti


penggunaan bahan sokongan seperti gambar, komputer atau internet atau sebarang bahan
sokongan akan memberikan kesan peneguhan. Sebagai contoh, dengan melayari internet,
banyak maklumat yang akan diperolehi oleh murid, sekaligus internet akan mengurangkan
gerak balas lisan yang tidak perlu di kalangan para pelajar. Hal ini kerana mereka akan
memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau maklumat yang sedang diterokai.

3.0 Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral

Usaha Memartabatkan Pendidikan Moral di Sekolah

Pendidikan Moral lazimnya menjadi mata pelajaran minor yang disisihkan dan tidak diambil
peduli di sekolah kerana ia bukanlah daripada sujek teras. Pembahagian jadual pelaksanaan
sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ini juga sering diambil mudah. Rata-rata
pentadbir di peringkat Sekolah Rendah menganggap mata pelajaran ini sebagai mata
pelajaran pelengkap jadual waktu sahaja. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Moral adalah bukan dalam kalangan guru opsyen. Sering juga guru yang
mengajar subjek ini bertukar ganti sepanjang tahun apabila jadual waktu guru bertukar.

Oleh itu, pelbagai usaha telah diambil oleh guru yang menerajui mata pelajaran ini bagi
mempertahankan dan meningkatkan taraf mata pelajaran Pendidikan Moral di SK Jagoi, Bau.
Di antara usaha yang dijalankan oleh mereka dan ahli panitia Pendidikan Moral di sekolah ini
adalah:

i. Menambah sumber pengajaran dan pembelajaran

Guru-guru Pendidikan Moral di SK Jagoi telah berusaha menyediakan bahan-bahan bantu


mengajar bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru ini
juga mengadakan pelbagai aktiviti pertandingan dalam kalangan pelajar bagi menambah
bahan pembelajaran seperti pertandingan mereka model rumah ibadat, buku skrap dan
persembahan power point bagi topik-topik yang diajar di dalam silibus Pendidikan Moral.
Mereka telah melakukan ini sejak tahun 2011.
ii. Mengadakan latihan dan bengkel berkaitan Pendidikan Moral

Oleh kerana ramai guru yang mengajar subjek Pendidikan Moral adalah daripada guru yang
bukan opsyen, latihan dalam perkidmatan, perbincangan profesional dan bengkel-bengkel
bagi membincangan hal-hal berkaitan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
Pendidikan Moral ini telah diadakan secara berperingkat. Latihan, bengkel dan perjumpaan
profesional ini diadakan bagi memberikan pengisian kepada guru-guru mengenai kaedah,
pendekatan dan teori yang doleh digunakan bagi mengajar subjek ini.

iii. Mengadakan bilik akses bahan Pendidikan Moral

Setelah berusaha menghasilkan kertas kerja bagi penambahbaikan mata pelajaran


Pendidikan Moral, guru-guru Pendidikan Moral di SK Jagoi telah berjaya meyakinkan pihak
pentadbir sekolah untuk mengendalikan sebuah Bilik Akses bagi mata pelajaran Pendidikan
Moral.

iv. Menyediakan suasana pembelajaran yang selesa

Sejak tahun 2011, Guru-guru Pendidikan Moral di SK Jagoitelah mencuba sehabis baik untuk
menyediakan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif seperti menyedikan bahan-
bahan bantu mengajar yang menarik, menyusun dan mempelbagaikan aktiviti yang menarik
minat murid. Selain itu, susun atur di dalam Bilik Pendidikan Moral juga telah diubahsuai
dengan kreatif dan selesa bagi kegunaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

4.0 Kesimpulan

Sebagai rumusan, Menjadi guru Pendidikan Moral dewasa kini tidaklah semudah yang
disangka. Cabaran tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini semakin
lama semakin berat untuk ditanggung dengan adanya pengurusan pentadbiran yang semakin
tinggi terutamanya dalam pengurusan menggunakan online. Tanggungjawab guru
Pendidikan Moral merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar
kearah usaha yang berterusan bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Dengan itu, peranan guru sangat penting dalam membentuk
modal insan cemerlang. Oleh itu, reformasi pendidikan memainkan peranan yang penting
untuk melahirkan Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan
kecemerlangan pendidikan dalam erti kata yang sebenar.
Rujukan

AHMAD ZABIDI ABDUL RAZAK (2006) Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap

Motivasi. Pembelajaran Jurnal Pendidikan 31 3 - 19 3: KPM.

Halpin, A.W. & Croft D.B. 1963. The organizational climate of school. Chicago: Midwest

Administration Center, University of Chicago.

Noraini Idris, Azis Nik Pa (Nik.). 2006.Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Di Malaysia.

Jurnal Pendidikan. UTM.

Prf. Dr. Khatijah Rohani Mohd Yunus. 2006. HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN. Seri

Kembangan: Meteor Doc. Sdn.Bhd.

Rahmad Shukor Abdul Samad. 2006. HBME1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL. Seri

Kembangan: Meteor Doc. Sdn.Bhd.


Lampiran-Transkripsi Temu Bual

Tarikh: 16 Mac 2017 (Khamis)


Tempat: Bilik Guru SK Jagoi, Bau
Masa: 11.00 pagi

Petunjuk:
MAMJ: Saya sendiri
PAS: Puan Amieda Saten, Guru Pendidikan Moral

MAMJ: Selamat pagi, Cikgu Amieda Apa khabar hari ini?


PAS: Selamat pagi, Anne. Syukur Tuhan, hari ini saya sihat seperti selalu.
MAMJ: Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu sudi
meluangkan masa dan membenarkan saya menemu bual cikgu pada hari ini.
Jika tidak keberatan, bolehkah cikgu berkongsikan maklumat dan pengetahuan
mengenai subjek Pendidikan Moral?
PAS: Sudah tentu boleh, lagipun tidak salah untuk kita berkongsi ilmu sesama sendiri.
MAMJ: Baiklah, cikgu. Bolehkah Datu kongsikan apakah sebenarnya subjek
Pendidikan Moral?
PAS: Pendidikan Moral ialah salah sebuah program Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau
berakhlak mulia. Pendidikan moral di sekolah ini memberi tumpuan kepada
usaha memupuk kekuatan kerohanian dan memoralan murid melalui
penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat yang terdapat dalam
pelbagai agama, tradisi dan adat resam kaum.
MAMJ: Wah, menarik sungguh fakta ini! Saya difahamkan bahawa guru Pendidikan
Moral mempunyai keunikan tersendiri. Jika begitu, bagaimana pula dengan ciri-
ciri seorang guru Pendidikan Moral, sebab saya lihat cikgu pun mempunyai ciri-
ciri dan daya tarikan yang tersendiri (hehe)
PAS: Haha, kamu ini ada-ada saja Anne. Sebenarnya begini, setiap guru itu
mempunyai daya tarikan masing-masing. Ini disebabkan ersonaliti
menggambarkan sifat keperibadian seseorang lebih-lebih lagi seorang guru
Pendidikan Moral. Cara pembelajaran guru tersebut di dalam kelas juga
sentiasa mempengaruhi pelajar.
MAMJ: Oh, begitu. Cikgu, mengenai soal P&P, bagaimanakan penggunaan BBM di
dalam kelas?
PAS: Oh, penggunaan BBM sememangnya ditekankan dalam P&P di sekolah ini.
BBM ini sebenarnya berfungsi untuk menarik minat murid. Hal ini kerana para
pelajar akan terangsang untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai
isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Di samping itu, bahan bantu mengajar
yang baik juga akan dapat mengekalkan minat para pelajar untuk terus
memberikan tumpuan kepada pengajaran para guru. Dalam pengajaran
Pendidikan Moral, bahan-bahan seperti cerita-cerita teladan atau rakaman
video sebenar, mampu menarik perhatian kepada proses ingin tahu dalam hati
para pelajar Selain itu penggunaan BBM dengan melayari internet, banyak
maklumat yang akan diperolehi oleh murid, sekaligus internet akan
mengurangkan gerak balas lisan yang tidak perlu di kalangan para pelajar dan
memberikan kesan peneguhan yang positif.
MAMJ: Benar sungguh kata-kata cikgu. Melihat kepada subjek Pendidikan Moral,
benarkah bahawa subjek ini dipandang remeh? Jika begitu, bagaimanakah
sekolah ini mengatasinya?
PAS: Jujur saya akui, dahulunya memang timbul perasaan terkilan kerana
pembahagian jadual pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
subjek ini juga sering diambil mudah. Tetapi sejak tahun 2011, kami telah
melaksanakan pelbagai program seperti menambah sumber pengajaran dan
pembelajaran, mengadakan latihan dan bengkel berkaitan Pendidikan Moral,
mengadakan bilik akses bahan Pendidikan Moral dan kami guru Moral juga
cuba sehabis baik untuk sediakan suasana pembelajaran yang selesa.
MAMJ: Wah, hebat sungguh perjuangan guru Moral disini. Akhir sekali, kesimpulannya,
apakah komen cikgu mengenai tugas sebagai seorang guru Pendidikan Moral?
PAS: Baiklah, pada pandangan saya, bukan mudah untuk menjadi seorang guru
Moral kerana tugas kita adalah untuk membentuk manusia agar menjadi orang
yang berguna. Jadi sememangnya persepsi masyarakat luar yang menganggap
Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran yang mudah haruslah diubah dan
memandang serius terhadap subjek ini, kerana ia merupakan tunjang utama
kepada pembentukan akhlak anak-anak muda.

Demikian tadi temubual Puan Amieda Saten sebagai guru Pengkhususan Pendidikan Moral
di SK Jagoi, Bau. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian beliau dalam
memberi dan berkongsi maklumat serta pengalaman. Sekian.

Vous aimerez peut-être aussi