Vous êtes sur la page 1sur 15

SETINGGI-TINGGI ILMU IALAH KALIMAH LA ILLAHA ILLALLAH.

SETINGGI-TINGGI KALIMAH IALAH KALIMAH ALLAH

Manusia dicipta oleh Allah untuk menjadi khalifah di Planet bumi kerana bumi
perlu ditadbir dengan sempurna atas arahan Allah s.w.t, sebelum Allah
mengamanahkan manusia menjaga bumi maka Allah mencuba kalimah
amanahNya kepada makhluk Jin lantas mereka membuat kerosakan

Manusia kemudiannya di amanahkan Allah untuk pengganti makhluk yang telah


membuat kerosakan, sebelum Allah menurunkan zuriat manusia ke Planet bumi
mereka diambil kesaksian (aku janji) oleh Allah dengan ikrar La Illaha Illallah
sebagai panduan bagi mereka untuk mentadbir bumi

Selepas aku janji itu diambil dan diikrarkan maka barulah Allah mencipta lembaga
manusia awal iaitu Adam, kemudian barulah roh yang diambil kesaksian oleh
Allah di tiupkan kedalam jasad lembaga manusia, ertinya lembaga manusia itulah
sebagai rumah kepada Rohani itu untuk beribadat

Rohani yang mendiami jasad manusia ditetapkan oleh Allah menjadi saksi atas
perbuatan Rohani itu kerana itulah Allah tetapkan bahawa tiada jasad maka Rohani
tiada boleh beribadat kepada TuhanNya, manusia dilengkapkan oleh Allah dengan
akal tempat ilmu itu di simpan dan akal pula dilengkapkan oleh Allah dengan
lembaga akal iaitu

* Manik, iaitu cahaya yang fungsinya memahami sesuatu berita dengan cepat dan
tepat
* Fikit, iaitu Fungsinya menilai sesuatu khabar berita sama ada benar ataupun
palsu serta membuat keputusan
* Sukma, fungsinya melahirkan perasaan timbang rasa dan menanggung sikap
kesedaran
* Budi, Fungsinya bertimbang rasa dan melahirkan keinsafan dan kemurnian
* Rasa, Fungsinya melahirkan sikap bertimbang rasa serta sikap membenarkan dan
tegas

Ingatlah bahawa ilmu La Illaha Illallah itu wajib di fahami dan di pelajari oleh
semua manusia, tanpa memahami ilmu tersebut boleh menyebabkan seseorang itu
menjadi kafir nafi dan kafir asbat

1
Didalam Al Quran ayat 35 dari surah As Soffat Alah berfirman:
Maksudnya : Sebenarnya dahulu apabila dikatakan kepada mereka (ketahuilah)
Tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, (kemudian) Mereka bersikap
takbur mengingkarinya

Ayat yang diatas menunjukkan unjud nas yang mengesahkan adanya terdapat
kalimah syahadah, berbagai-bagai andaian manusia tentang ayat syahadah ini, ada
yang berpandangan yang ada hanya ayat yang menyebut sahaja dan
ada yang sebut sahaja, walau apapun semua itu ada didalam Al Quran, apa
yang penting ialah jangan kita jadi orang jahiliyah yang ketandusan ilmu yang suka
membuat olah kerana ketaksuban kita atau kelemahan kita

Orang jahiliyah tidak menerima kalimah kerana mereka merasakan


bahawa kalimah Tauhid yang dibawa oleh Baginda Rasullullah s.a.w itu berlainan
bunyinya dengan loghat bahasa arab iaitu bahasa Quran selain mereka mempunyai
Tuhan yang datuk nenek mereka sembah lalu mereka menuduh Baginda
Rasullullah s.a.w sebagai seorang penyair yang gila, mereka hina rasul walaupun
rasul yang perkenalkan kalimahTuhan, mereka hina Rasul walaupun Rasul
perkenalkan Al Quran

Saya menganggap ILMU MENGENAL LA ILAHA ILLALLAH ini adalah


sebagai mukaddimah kepada pengertian huruf dan kalimah tauhid yang wajib
difahami oleh semua lapisan dan golongan umat islam kerana kalimah ini adalah
kalimah yang melahirkan asa-asas ilmu yang sangat meluas yang meliputi langit
dan bumi sama ada ilmu asas kepada yang nyata mahupun yang ghaib, tentunya
saya akan menghadapi berbagai-bagai rintangan dan halangan dalan kontek istilah
namun apa yang penting ialah ia akan melahirkan suatu kefahaman ilmu dan
penilaiannya

Saya mungkin akan menggunakan kaedah sifat 20 dalam menganalisa kalimah


Tauhid ini kerana saya tidak nampak cara yang lain untuk memburaikan maksud
kalimah tersebut yang membawa kepada ketamadunan kehidupan manusia dan
istilahnya, tidak ada umat islam yang berani mencari rahsia ilmu kalimah Tauhid
itu melainkan hanya menyalahkannya sahaja seperti kaum Jahiliyah di Makkah dan
Madinah dan disekitarnya yang tidak mahu menerima kalimah tersebut setelah
diterangkan oleh Baginda Rasullullah s.a.w

Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah, Tiada tuhan yang disembah
melainkan Allah, dua ayat yang sama ma'ana akan tetapi berlainan maksudnya,

2
ATAU Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tiada tuhan melainkan Allah, mengapa
boleh jadi begini ? Persoalannya mudah, kerana boleh jadi Tuhan itu bukan tuhan
dan boleh jadi tuhan itu sebenarnya adalah Tuhan oleh sebab itu adalah penting
kita mengenal huruf, ayat dan pengertiannya

Sambungan kalimah Syahadah daripada mengenal diri

Semua orang faham mengucapkan kalimah syahadah diatas namun tidak ramai
yang memahami ilmunya, apabila tidak ramai yang memahami ilmunya maka akan
lahirlah jenerasi manusia yang syirik dan buta dengan tamadun hidup yang
dianjurkan oleh Allah s.w.t

Daripada kalimah maka lahirlah kalimah Nafi dan Asbat, daripada


nafi dan asbat itu maka lahirlah dua jenis kafir iaitu kafir nafi dan juga kafir asbat
SEKIRANYA kita tidak faham ilmu kalimah itu, adapun kafir Nafi
itu ialah :

Sesiapa yang menolak bahawa Allah itu tidak mempunyai sifat yang sempurna
atau nama yang sempurna atau mentakwilkan apa-apa kekurangan bagi ZatNya,
AsmakNya, SifatNya dan juga Af'alNya, sementara kafir Asbat ialah :

Sesiapa yang mengakui ujudnya Tuhan disamping itu mereka juga mengakui
bahawa Zat Yang Maha Agong itu memiliki isteri, anak dan bapa serta meletakkan
sifat mustahil kepada diri Tuhan sebanding dengan sifat makhluk maka
sesungguhnya mereka telah menjadi kafir yang nyata

Adapun kalimah nafi didalam kalimah syahadah itu ialah kalimah dan
kalimah Asbat pula ialah kalimah . Secara jelasnya ialah kedua-dua
kumpulan kalimah itu tidak boleh sama sekali di farakkan (dipisahkan) sesiapa
yang memisahkannya mereka adalah jatuh kafir atau istilahnya ialah sesiapa yang

3
memfarakkan diantara nafi dan Asbat maka jatuh menjadi kafir, mengapa jadi
demikian ?

Nafi yang boleh menjadi kafir ialah kerana kalimah nafi dari jurus ilmu huruf pada
setiap yang terdapat pada kalimah tersebut bukan dari maksud ma'ana huruf,
kerana itu nafi atau menafikan perkara yang ujud adalah salah kerana itu dikatakan
didalam nafi ada Asbat dan didalam Asbat ada Nafi . Adapun nafi didalam Asbat
itu adalah pada kalimah kerana ianya tidak mutlak secara jelas tentang
Qudrat,Iradat,Ilmu dan Hayatnya

Adapun Asbat didalam Nafi ialah pada kalimah huruf kerana huruf kalimah ini
ada kalanya ia menunjukkan ujudnya Tuhan yang disembah seperti ayat pada surah
Al Baqarah 163, An Nisa 171 dan S.Khafi ayat 110 dan ayat yang lainnya, ada
kalanya ia menunjukkan Tuhan yang lain selain dari tuhan yang tidak disembah
seperti maksud huruf yang terdapat pada ( Tiada tuhan yang disembah)

Kedua-dua jenis tauhid yang menuju kepada satu matlamat Tuhan Yang Maha Esa
ini adalah dari segi perjenisan Tauhidnya sahaja iaitu Tauhid Rabb iaitu Tauhid
Tuhan yang menjadikan sesuatu daripada alam ini yang dipunyai oleh seluruh
makhluk tanpa engkar sama ada makhluk yang ghaib ataupun makhluk yang nyata
sementara Tauhid Uluhiyah yang berasal dari pengertian ini hanya dimiliki
oleh makhluk tertentu sahaja iaitu makhluk yang beribadat seperti manusia yang
beriman dan Malaikat yang sentiasa patuh atas suruhanNya seperti semua jenis
ibadat yang difardhukan (wajib) dan sunah yang dibolehkan

Memahami ilmu mengikut kaedah sifat 20, pelajaran yang lepas kita
telah sentuh ilmu Nafi dan Asbat yang berasal dari kalimah
dinyatakan juga tentang orang yang boleh menjadi kafir nafi dan kafir Asbat
kerana kedangkalan mengenal ilmu dan sikap terburu-buru manusia
kerana telah dikuasai oleh syaitan yang menguasai diri mereka

Kita mulai dengan memahami ilmu iaitu ilmu Nafi dan ilmu
menafi, kedua-dua huruf ini dicantumkan supaya mudah dihuraikan dengan
menamakannya hanya dengan istilah menafi dengan maksud TIADA TUHAN
4
YANG DISEMBAH, andainya itulah pengertian yang diberikan mengikut maksud
bahasa arab maka tidaklah ujud istilah kafir nafi, namun apabila ujud sahaja kafir
nafi tentulah ia bersebab bahawa nafi itu mempunyai ilmu kewujudan Yang Maha
Pencipta pada kalimah tersebut, kerana itu dikatakan:

itu adalah sifat Jalal (Sifat Kebesaran) yang mengandungi lima sifat iaitu sifat
Wujud, Qidam, Baqo', Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis dan Qiyamuhu binafsih
sementara kalimah itu adalah sifat Jamal (Sifat Keindahan) yang
mengandungi enam sifat iaitu sifat Sama'a, Bashar, Kalam, Sami'un, Bashirun dan
Mutakallimun, jadi kedua-dua kalimah ini mengandungi 11 sifat, sifat ini juga
dinamakan sifat kaya Allah s.w.t jadi jelaslah sekarang walaupun kita sekarang
membicarakan bab Nafi akan tetapi Nafi yang ada, bukan Nafi yang bermaksud
tidak ada Tuhan, sebab itu kita kena faham ilmu bagaimana hendak menafikan
Tuhan yang wujud didalam ilmu ( Tiada Tuhan Yang Disembah)

Contoh bagaimana ilmu menafi itu ialah:

Menafikan Tuhan tidak bersifat dengan 11 sifat diatas melainkan dia memiliki 11
sifat tersebut yang mana pada 11 sifat itu diri Tuhan yang WUJUD telah ujud juga
disitu, ini menunjkkan bahawa pada kalimah Nafi itu menunjukkan adanya Tuhan
BUKAN tiadanya TUHAN kerana itu konsef menafi itu adalah MENAFIKAN
TUHAN TIDAK BERSIFAT WUJUD MELAINKAN DIANYA WUJUD, demikian
juga dengan sifatnya yang lain seperti Qidam, Baqo', Mukholafatuhu Ta'ala
Lilhawadis .... dan seterusnya kepada 11 sifat kesemuanya

Didalam ilmu ini selain dari yang telah diterangkan diatas maka sifat-sifat yang
terdapat didalamnya termasuk juga dengan istilah Ujud (Nafsiyah) Tuhan pada
kalimah dan istilah Qidam, Baqo, Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis,
Qiyamuhu binafsih (Salbiyah) Dan sifat yang lain yang didalam ilmu ialah
sifat Sama'a, Bashar dan Kalam (Ma'ani) dan sifat Samiun, Bashirun dan
Mutakallimun (Ma'anawiyah) Jadi semuanya mengandungi 11 Sifat Kaya Allah
(Istaghna)

Adalah diingatkan bahawa kesemua 11 sifat tersebut disebut sebagai sifat kerana
ulama ilmu Tauhid tidak benarkan membicarakan soal Zat takut nanti manusia
tidak akan kesampaian kepada memahamkan ilmu Zat tersebut sebab itu kita masih
menyebut ilmu ini sebagai sifat, walau apapun jika kita teliti 11 sifat diatas maka
kedudukannya adalah menjadi begini:

5
Nafsiyah itu adalah diri Tuhan yang bertaraf Zat (Laisa kamislihi syai un)
Salbiyah itu adalah sifat keagungan Tuhan (taraf zat) yang mutlak bagi dirinya
sahaja (Asmaul Adhom)
Ma'ani itu adalah makhluk sebab dia berdiri kepada Zat (Tuhan) atau sifat
berkehendakkan kepada Tuhan
Ma'anawiyah itu adalah sifat kebesaran Tuhan yang tarafnya zat yang ujudnya
disebabkan (Asmaul Husna)

Timbul persoalan tentang wujud sifat Ma'ani diatas, mengapa ujud sifat Ma'ani
didalam kumpulan Nafsiyah, Salbiyah dan Ma'anawiyah yang semuanya bertaraf
Zat ! Disinilah kita perlu faham bahawa sifat Ma'ani diatas mempunyai rahsia yang
sangat besar kerana ujud perhubungan diantara sifat makhluk dan juga sifat Tuhan
yang menyebabkan ujudnya istilah Uluhiyah pada kalimah iaitu tauhid
Uluhiyah yang mana perhubungan ini berdasarkan perhubungan asas yang awal
iaitu sifat Sama'a, Bashar dan Kalam yang kemudiannya lazim melazimi dengan
sifat Sami'un, Bashirun dan Mutakallimun (Ma'anawiyah)

Sifat perhubungan awal diantara Tuhan dan makhlukNya disandarkan kepada


fitrah bahawa Tuhan itu adalah PERBENDAHARAAN YANG TERSEMBUNYI
iaitu segala fitrah ilmu adalah berasaskan kepada sifat Mendengar, Melihat dan
Berkata-katanya Allah yang kemudian dimuatkan didalam Kalamullah iaitu Al
Quran iaitu Tuhan sangat memahami kerenah manusia dan hambaNya yang lain
melalui rintihan sekalian makhlikNya sebelum sekalian makhlukNya dijadikan ini
bererti segala-galanya adalah didalam ilmu Allah bagi sekalian urusan
sebagaimana firmanNya: (Surah Ar Rahman ayat 29)

Maksudnya: Sekalian makhluk yang berada di langit dan bumi sentiasa berhajat
dan bermohon kepadaNya, tiap-tiap masa Dia didalam urusanNya (Mencipta dan
mentadbir makhlukNya)

Ayat diatas memungkinkan bahawa Allah mencipta dan mentadbir makhlukNya


dengan amar KUN dengan ujudnya dua sifat iaitu sifat Jalal dan juga sifat Jamal
yakni apabila bertemu diantara sifat Jalal dan sifat Jamal maka disanalah di
isyaratkan Kun dan Fayakun, ini bererti dengan sifat Nafi dan menafi itulah ujud
Tuhan yang menjadikan sesuatu (Tauhid Rububiyah)

Didalam ilmu ( Nafi dan Nenafi) sehingga ini suasana mungkin keadaannya
seperti disuatu zaman makhluk belum lagi wujud, dan disebut zaman ini sebagai
zaman La Ta'ayun (Suatu zaman yang tiada kenyataan) Iaitu tidak ada khabar

6
berita dan cerita tentang makhluk yang dijadikan oleh Allah kerana makhluk yang
mula-mula ujud belum lagi dicipta oleh Tuhan, zaman ini juga disebut oleh Allah
didalam surah Al Insan ayat 1 FirmanNya:

Maksudnya: Bukankah telah berlalu kepada manusia disatu ketika dari masa
(Yang beredar) sedang ia (masih belum ujud lagi) dan tidak menjadi suatu benda
yang dapat disebut-sebut (mengapa orang mushrikin itu engkar)

Ayat yang diatas Allah s.w.t menerangkan telah ujud disatu zaman masa dahulu
yang mana manusia belum lagi dicipta oleh Allah sama ada manusia batin ataupun
manusia zahir, zaman tersebut tidak ada cerita dan berita sebab makhluk belum
lagi dicipta, zaman itu diceritakan oleh Allah dalam surah ini supaya manusia tahu
bahawa mereka sebelumnya belum ujud dan makhluk yang lainpun demikian juga
sebab itu dikatakan suatu zaman yang tidak dapat disebut-sebut (La Ta'ayun) Yang
ujud hanyalah Zat dan sifat KeagunganNya sahaja

Kemudian kita pergi kepada tahap kedua pada zaman La Ta'ayun ini iaitu zaman
ujudnya sifat Jamal Allah yang mana untuk permulaan zaman
( Yang terpendam dan tertutup) Iaitu 'Ayan Sabitah (sesuatu yang berada
didalam ilmu Allah yang tidak diketahui oleh makhluk) Yang berdasarkan kepada
ujudnya kalimah ( Tauhid Uluhiyah) Yang ada didalam cita-cita Allah supaya
semua makhluk mengabdikan diri kepadaNya serta mengenaliNya

Kemudian kita pergi kepada seterusnya cita-cita Allah ini iaitu


( Aku ingin ditemukan dan dikenali) Seterusnya
( Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenaliKu) Dengan cita-cita supaya
makhluk yang dijadikanNya mengabdikan diri kepadaNya, sebagaimana
FirmanNya didalam surah Az Zariat ayat 56

Maksudnya: Tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan mengabdikan diri
(mereka) kepadaKu

Semua ini didalam 'ayan sabitah sebelum Allah menjadikan makhlukNya yang
pertama iaitu didalam ilmu Allah dan cita-citaNya, kemudian barulah perlaksaan
penciptaaNya dilaksanakan dan makhluk yang awal dijadikan oleh Allah para
ulama bercanggah pandangan ada yang mengatakan Nur Muhammad, ada juga
yang mengatakan Roh,Akal dan juga qalam, jadi didalam N3 ini saya rangkumkan
pandangan ulama tersebut begini:

7
Maksudnya: Yang pertama yang diciptakan oleh Allah ialah RohKu, Dan yang
pertama yang dicipta oleh Allah ialah NurKu, Dan yang pertama yang dicipta oleh
Allah ialah QalamKu, Dan yang pertama yang dicipta oleh Allah ialah
Akal,Roh,Cahaya, Kalam dan Akal pada dasarnya adalah satu iaitu Hakikatul
Muhammadiyah

Siapakah Hakikatul Muhammadiyah itu ?

Hakikatul Muhammadiyah itu ialah Nur Muhammad, Insan juga disebut orang,
Nyawa juga disebut orang, Ruhul Hayat juga disebut orang, Diri Sebenar-benar
diri juga disebut orang, setelah makhluk yang awal dijadikan Tuhan lalu Allah
lengkap awal makhluk ini dengan Roh, Akal dan juga nafsu yang kemudiannya
dikenali sebagai Rohani yang mengikut fitrahnya akan mendiami jasad manusia
untuk tempatnya beribadat iaitu dengan mencipta Adam manusia (jasmani) yang
awal secara menual bukan secara KUN kerana sejarah penciptaan Adam adalah
mengikut peringkat demi peringkat

Setelah makhluk yang awal dicipta oleh Allah maka ia ditetapkan oleh Allah setiap
makhluk dibawah peraturan dalam keadaan tiada daya dan upaya iaitu
( Tiada daya dan upaya) demikianlah fitrah semua makhluk yang dicipta oleh
Allah termasuklah bangsa Jin dan Malaikat yang tidak dapat di lihat. Apabila
makhluk awal tersebut telah dicipta maka Allah menempatkannya disuatu alam
yang dinamakan alam Roh, kemudia Allah jadikan pula empat anasir anasir alam
yang nyata daripada NurNya iaitu tanah nurani, angin nurani, air nurani dan api
nurul adhom, dari empat anasir inilah ujudnya penciptaan alam yang nyata

Adapun bentuk anasir alam yang nyata tersebut bukanlah seperti yang kita
fikirkan, ia mungkin berupa zat-zat yang halus, atom, molikul-molikul atau
elektron, atau ion atau neutron dan sebagainya, dalam istilah agama disebut
sebagai jirim, jisim, jauharul fardhi dan jauharul basit, maka daripada sinilah Allah
membentuk alam yang nyata dengan cara perperinkat-peringkat seperti yang
disebut oleh Allah dalam surah Al Fussilat ayat 9 hingga 12. Maka dengan ujudnya
makhluk maka makhluk adalah dibawah peraturan keilmuan iaitu satu
peraturan tidak mutlak melainkan dikuasai dan ditadbir oleh Allah, kerana itulah
dikatakan bahawa kalimah itu adalah berdarjat sifat Qahar sebagaimana firman
Allah dalam surah Al An'am ayat 61

Maksudnya: Dan Dialah yang berkuasa terhadap sekalian hambaNya dan Dia
mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (dari kalangan malaikat)

8
Ayat yang diatas jelas menyatakan bahawa Allahlah yang berkuasa terhadap
sekalian hambaNya, ini bererti segala makhluk ciptaan Tuhan adalah didalam
kekuasaan Allah dengan maksud Dia mentadbir, mengatur, memerintah, mencipta
dan sebagainya. Adapun sifat Qahar yang terdapat didalam keilmuan sifat 20
letaknya adalah pada kalimah dan ia mengandungi empat sifat ma'ani iaitu sifat
Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat sementara maksud Ma'ani pula ia berkehendakan
kepada Zat (Tuhan) dalam istilah bahasa lama disebut sebagai berdiri sifat kepada
Zat ertinya setiap yang berkehendakan kepada Zat itu adalah makhluk

Dengan hujah diatas dapatlah kita fahami bahawa kalimah pada kalimah
itu adalah maqam makhluk kerana ia tidak mutlak, dalam bahasa biasanya
ia bermaksud MELAINKAN dengan erti jika diambil daripada ilmu tafsir bahawa
mutlak itu bermaksud Muunujukkan sesuatu hal yang tidak tertentu tanpa
dikaitkan dengan sesuatu,

Apa yang menjadi persoalan kepada kita ialah jika sifat Qahar Allah itu
mengandungi empat sifat ma'ani yang bertaraf makhluk maka jenis apakah
makhluk tersebut ? Sebagai contoh jika sifat Qudrat ia terdiri daripada makhluk
apa ? Iradat terdiri daripada makhluk apa ? Ilmu terdiri daripada makhluk apa dan
Hayat terdiri daripada makhluk jenis apa, Adakah makhluk ini merupakan
keperluan penting bagi kehidupan semua makhluk termasuk manusia ? Maka
bergurulah dengan orang yang arif tentangnya, apa yang kita maklum segala
sumber kehidupan wajib ada empat perkara sifat tersebut

Secara rengkasnya kita telah terangkan ilmu yang dapat kita perolehi daripada
kalimah dan sekarang kita akan bawakan pula ilmu yang berkait dengan
kalimah didalam kalimah iaitu ilmu
mengisbatkan ( mengakui Allah) yang terletaknya banyak rahsia ilmu yang
berasal daripadanya kerana ilmu daripada kalimah inilah lahirnya ilmu yang
menyatakan ujud ZatNya, SifatNya,AsmakNya dan juga Af'alNya

Pada perengkat awal dulu saya telah nyatakan bahawa ilmu kalimah
ini adalah berasaskan sifat dua puluh, ertinya sesiapa yang tidak faham
tentang ilmu sifat dua puluh maka adalah sukar baginya untuk mengulas N3 saya
ini kerana itu ramai yang membuat ulasan mengikut cara mereka sendiri yang
kadangkala hujah mereka terkeluar dari fakta ilmu yang disampaikan, pun begitu
sekiranya mereka mengulas ilmu ini berasakan tafsir Al Quran maka mereka akan
berjumpa juga dengan ilmu ini akan tetapi kebanyakan mereka hanya mengambil

9
dari sudut terjemahan Al Quran sahaja kerana itu mereka akan bertemu dengan
jalan yang berliku-liku

Ilmu daripada kalimah ini meliputi ilmu Rububiyah dan Uluhiyah


yang pengertiannya terkumpul kepada kalimah ( Tuhan yang
menjadikan seluruh 'alam) Kerana itulah dikatakan bahawa sekiranya tujuh petala
langit dan bumi diletakkan disatu timbangan sedangkan kalimah itu di
letakkan disatu timbangan yang lain maka kalimah itu lebih berat dari
tujuh petala langit dan bumi, demikianlah luasnya keilmuan tersebut,
ertinya ilmunya meliputi seluruh alam baik alam yang ghaib maupun alam yang
nyata

Kalimah pada kalimah itu adalah kalimah asbat (Terima)


sementara kalimah pada kalimah adalah kalimah mengasbat
(Menerima atau mengakui) Iaitu mengakui ujud Diri Tuhan yang bernama
Nafsiyah, Ujud Kebesaran Tuhan yang dinamakan Salbiyah (Sifat yang menarik
atau sifat keagungan yang hak bagi dirinya sahaja) Sifat Ma'anawiyah iaitu sifat
Kebesaran Tuhan (Asmaul Husna) Sifat Ma'ani iaitu sifat Yang berdiri pada Zat
Allah Ta'ala (Sifat yang berkehendakan kepada Tuhan) ertinya sifat makhluk, ini
bermakna apabila kita sebut perkataan maka sebenarnya ia merangkumi
ZatNya SifatNya, AsmakNya dan juga Af'alNya jadi yang inilah yang wajib kita
faham dan terima ilmuNya

Nafsiyah adalah bertaraf Zat, Salbiyah bertaraf Zat, Ma'anawiyah bertaraf Zat
sementara Ma'ani sahaja yang bertaraf sifat kerana ia adalah makhluk ertinya
dengan ilmu ini maka ujudlah diantara keilmuan Tuhan dan juga hambaNya yang
dijadikan oleh Allah (Tuhan yang mencipta alam atau makhluk) Kerana itu maka
berkumpullah rahsia ujudnya ilmu diri Tuhan keagungan dan kebesaranNya serta
makhlukNya yang kita boleh dapati hanya didalam kalimah jadi jika
kita perhatikan bahawa keilmuan makhluk hanya ada pada kalimah sahaja,
sebab itulah kalimah ( Melainkan) itu adalah tidak mutlak kerana ia adalah
alam ataupun makhluk yang hanya mengharapkan kepada Tuhan yang Esa dalam
semua aktiviti kehidupan semua alam (makhluk)

Telah dimaklumkan bahawa kalimah itu adalah makhluk kerana ia tidak


mutlak dari segala aktiviti pergerakan yang menggunakan qudrat,Iradat, Ilmu
ataupun Hayat segala makhluk ciptaan Tuhan melainkan dengan bantuan Allah
sebab itu dinamakan Tidak Mutlak, ini bererti segala yang ujud yang merupakan
makhluk ciptaan Tuhan adalah mengharapkan kepada bantuan Tuhan jadi

10
kalimah yang terdapat pada kalimah tauhid itu adalah matlamat
pada pengertian mutlak

Kalimah itu adalah kalimah kesempurnaan ammar Tuhan yang mentadbir


segala yang wujud dari ciptaanNya kerana disanalah berkumpulnya maksud
keilmua tentang ZatNya, AsmakNya, SifatNya dan juga Af'alNya dan pada
kalimah inilah lahirnya keilmuan asa-asa Rububiyah dan juga Uluhiyah dan
disinilah juga lahirnya maksud firman "Allah beserta kamu dimana saja kamu
berada"

Jadi kesimpulan kalimah itu ialah :

Pada kalimah itu menunjukkan ilmu yang menceritakan Wujudnya Tuhan yang
bersifat sempurna yang tidak menyamai dengan makhluk ciptaanNya sekalipun
Allah mengujudkan alam yang lain sebagai bukti tanda-tanda wujudNya bagi
memudahkan makhlukNya untuk mengenali akan diriNya dan beriman kepadaNya

Adapun kalimah itu menunjukkan ujudnya aktiviti penyembahan sekalian


makhluk ciptaanNya dengan membekalkan segala keperluan dan kefahaman iaitu
dengan mengutuskan beberapa kitab melalui malaikatnya kepada makhluk
pilihanNya seperti nabi dan juga RasulNya, ini bererti semua perkara yang berkait
dengan pengibadatan dan keilmuan terkumpul pada pengertian tersebut

Adapun kalimah itu menunjukkan ujud makhluk ciptaanNya yang tidak


mempunyai daya dan upaya kerana itulah kalimah itu bermaksud melainkan
dengan erti ia tidak mutlak melainkan dikaitkan dengan sesuatu kuasa iatu
kekuasaan Allah, kalimah ini jugalah yang memperlihatkan ujud ciptaan Tuhan
dari berbagai jenis makhlukNya (Tuhan yang mencipta sekalian alam) baik alam
yang ghaib ataupun alam yang nyata, sama ada yang halus ataupun yang kasar,
sama ada yang dapat dilihat ataupun yang tidak dapat dilihat dengan mata, ini
bererti pada kalimah inilah berkumpulnya keilmuan segala-gala jenis makhluk

Adapun kalimah itu menunjukkan ujud kekuasaan Allah yang mutlak yang
mentadbir, mengurus dan menentukan segala takdir qadha dan kadarNya dan
disinilah manusia perlu mengingati bahawa segala keilmuan dari ZatNya,
AsmakNya, SifatNya dan juga Af'alNya berkumpul pada kalimah ini.
Demikian secara rengkasnya mengikut keilmuan sifat dua puluh jadi tidaklah
hairang mengapa kalimah tauhid ini disebut sebagai gudang segala sesuatu ilmu

11
yang meliputi seluruh planet bumi dan langit, ini bererti juga bahawa segala
keilmuan untuk tamadun manusia mereka perlu mengkaji kalimah

Apabila kita perhatikan bahawa kalimah itu adalah tempat


berkumpulnya asas-asas aeluruh ilmu disana maka manusia wajib memahaminya
betapa luasnya ilmu yang telah disediakan oleh Allah s.w.t kepada manusia cuma
manusia sahaja yang berfikiran sempit untuk memahamkannya sedangkan Allah
menerangkan bahawa tiada yang tidak disentuh oleh Allah didalam al Quran
tersebut, apa yang penting bagi manusia ialah mempelajari ilmu al quran tersebut
dengan yakin tanpa ragu

Tidak ada manusia yang benar-benar faham ilmu al quran tersebut dengan tepat
sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t kerana itulah Allah utuskan nabi
dan rasul untuk memberi kefahaman isi kandungan al quran itu kerana nabi dan
rasul berguru dengan malaikat dan Allah dan cukuplah bagi manusia untuk
menimba ilmunya kerana nabi dan rasul adalah lebih tepat kefahamannya dari kita
sebagai manusia biasa yang serba kekurangan namun jagalah akidah dengan
sebaik-baiknya

Daripada kalimah itu lahirlah ilmu yang disebut sebagai Rububiyah


dan juga Uluhiyah iaitu ilmu yang menerangkan tentang Tuhan dan hambanya,
dari kedua-dua ilmu ini maka para pewaris nabi memberikan dua asas ilmu yang
wajib diketahui oleh semua hamba Tuhan iaitu ilmu (Awal agama mengenal
Allah) dan juga ilmu mengenal diri (Barangsiapa mengenal dirinya maka mereka
mengenal Tuhannya) maka mengenal Tuhan itu bermula dengan mengenal rahsia
kalimah pada kalimah dan mengenal rahsia kalimah pada
kalimah iaitu sifat Jalal dan juga sifat Kamal mengikut ilmu sifat 20

Adapun ilmu mengenal diri kita boleh perolehi daripada kalimah pada
kalimah dan kalimah yang mengaitkan perkataan tuhan dan keilmuan
serta penyembahan kita boleh perolehi daripada keilmuan pada kalimah
mengikut kaedah ilmu sifat 20 dan semua nas yang berkait dengan ilmu ini
mestilah di rujuk kepada al quran dan hadis nabi s.a.w supaya maksud tujuan ilmu
ini tidak lari dari akidah dan kebenarannya dan setiap nas yang berasaskan al quran
dan hadis nabi apabila ditolak setelah jelas kebenarannya adalah menjadi kafir dan
juga sesiapa yang mengatakan ada kepimpinan lebih baik dari kepimpinan
Rasullullah maka mereka juga adalah kafir inilah maksud nas yang terdapat
didalam al quran

12
Didalam ilmu ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya Tuhan yang disembah
dan si penyembah maka berlakulah ikrar dan janji diantara hamba dengan Tuhan,
kerana itulah ayat pada surah al A'araf 172 terdapat perkataan ( Mereka
berkata) ( Betul) ( Kami menjadi saksi) Bolehkah diantara manusia
tafsirkan maksud "Kami menjadi saksi ? Siapa yang menjawab pertanyaan
daripada Allah "Kami menjadi saksi ? Maka daripada jawapan tersebut lahirlah
perkataan ( Naik saksi aku) Saksi apa ? Saksi pada menyatakan dengan
ikrar dengan menyatakan ganti diri yang berikrar dengan
menyebut pada kalimah tauhid tersebut itulah tafsir yang menyebabkan
lahirnya ikrar kita dialam Roh dan inilah TASYAHUD UNTUK
PENGHORMATAN KEPADA TUHAN DAN RASUL

Penghormatan terhadap Rasul dengan menyebut dengan


menyebut ikrar kerana penghormatan kepada Muhammad yang telah
dilantik oleh Allah sebagai PesuruhNya ini bererti kita mengiktiraf ketentuan Allah
kepada Muhammad s.a.w andainya kita tidak berikrar demikian maka tidaklah ada
ertinya perkataan pada ayat Al A'araf 172 tersebut, maka
itulah yang bermaksud ( Naik saksi aku) inilah fitrah ilmu
yang lahir dari alam Roh tersebut terhadap diri kita sebelum Allah menjadikan
jasad manusia yang dimulai dengan penciptaan Adam dan Hawa oleh Allah dan
demikian jugalah maksud ( Fa'alam an nahu) pada menyatakan
tauhid , tahukah kita apa maksud ? Siapa yang mengikrarkannya ?
Kerana itu janganlah kita melonggarkan keyakinan kita terhadap Allah dan
RasulNya dan kepada diri kita juga

Sesungguhnya kita ini adalah lemah yang sentiasa didalam kekurangan dan
kepincangan didalam soal ilmu, tidak guna kita mempertahankan keaiban dan
kelemahan kita dalam berhujah tentang apa yang kita kurang arif tentang ikrar diri
kita kepada Allah dan RasulNya

Kerana itu Allah berfirman didalam al quran surah An Nisa ayat 64 dan 65

Maksudnya : Dan Kami tidak mengutus seorang Rasulpun melainkan supaya ia


di ta'ati dengan izin Allah

Dan FirmanNya lagi:

13
Maksudnya: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidak disifatkan
beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim dalam mana-mana perselisihan
yang timbul diantara kamu

Berhubung dengan kalimah dan ilmu yang terkandung didalamnya.


maka sebenarnya didalam kehidupan manusia di Planet dunia ini manusia belum
lagi cukup untuk memahami ilmu yang Allah sediakan yang tidak terhingga
banyak dan luasnya dan manusia belum lagi sampai ketahap memahaminya dengan
berkesan, ini kerana disebabkan kita jarang mendengar pengkaji ayat-ayat Allah
dan rahsianya maka tamadun umat manusia teraba-raba hendak menyelesaikan
sesuatu masalah ilmu

Kali ini kita focuskan pada kalimah pada kalimah kerana dari
kalimah inilah banyak ilmu yang belum lagi kesampaian dengan sempurna dan
kepada pengkaji ilmiah islam sendiripun belum lagi termampu membongkar istilah
dan mengenalinya, mengikut maksud huruf kepada kalimah ini
ialah melainkan, ertinya sesuatu yang tidak mutlak atau tidak berdaya upaya, jadi
mengikut ilmu sifat dua puluh ini adalah sifat qahar iaitu sifat kekerasan atau
sifat penaklukan (Berkuasa mutlak) Tuhan yang mengandungi sifat ma'ani iaitu
sifat qudrat, Iradat, Ilmu dah hayat, sedangkan sifat ma'ani itu ialah sifat makhluk

Didalam al quran sifat ini disebut sebagai ( Al An'am ayat


61, ini bermaksud bahawa Allah menguasai seluruh hamba ciptaanNya, ia bukan
sahaja mencipta akan tetapi menentukan segala keperluan hambaNya di langit
ataupun di bumi, ertinya Dia sentiada dalam urusanNya sebagaimana firman Allah
didalam surah Ar Rahman ayat 29
( Sekalian makhluk yang ada di langit dan juga bumi sentiasa berhajat
denganNya, setiap masa Dia dalam urusanNya iaitu mentadbir dan menjadikan)

Apa yang penting pada N3 ini ialah mengenal asas makhluk didalam sifat qahar ini
yang berpunca daripada empat sifat iaitu qudrat ataupun kuasa atau tenaga, Iradat
ataupun berkeinginan atau cenderung,atau berkehendak Ilmu atau pengetahuan
atau mengetahui, dan Hayat atau kehidupan atau menghidupkan atau sumber
kehidupan, didalam ilmu sifat dua puluh disebut sebagai kuasa roh kepada sifat
qudrat, kuasa berkehendak kepada sifat Iradat, sifat mengetahui kepada sifat Ilmu
dan sifat menghidupkan kepada sifat Hayat, persoalannya adakah sifat tersebut
berbentuk jirim ataupun Jisim atau jauhar Fardhi atau Jauhar Basit ?

14
Andainya ia bersifat tersebut maka makhluk itu tentunya bukan dari sumber yang
nyata namun ia diujudkan Tuhan untuk menjadi asas makhluk yang ghaib seperti
Roh, Nafsu, Akal dan Nyawa kerana dari sumber inilah yang menjadi
kesempurnaan kehidupan semua makhluk ciptaan Tuhan tidak kira makhluk yang
di bumi ataupun di langit, jadi bolehkah kita membilang berapa billion makhluk
yang Allah telah jadikan hanya dengan asas ilmu makhluk yang ada hanya pada
empat sifat ma'ani pada sifat qahar didalam ilmu sifat dua puluh ?

Pengkaji atau penyelidik sumber makhluk dari empat sifat ini tentunya tidak akan
berjumpa dengan suatu cara untuk mencungkil rahsia asal sumber kejadian alam
(makhluk) selagi mereka tidak mengkaji arah tuju ilmu sifat dua puluh yang telah
lama dibuang oleh orang berfahaman wahabi dan kemudiannya di ikuti pula oleh
manusia di zaman ini, dan ilmu inilah yang sangat dimarahi oleh golongan sekular
barat dan anak didiknya diseluruh bumi ini

Asal semua makhluk pada peringkat awalnya disebut oleh Allah


sebagai KULLUM MIN 'IENDILLAH (setiap sesuatu adalah datangnya daripada
Allah) demikian Al Quran menyatakan pada ayat An Nisa 78 dan daripada Allah
inilah para ulama yang muktabar didalam ilmu akidah ini menyatakan bahawa
setiap sesuatu itu Allah jadikan daripada Nur dan dari nur inilah dijadikan pula
Roh, Akal, Nafsu dan Nyawa dan dari sumber ini pula Allah jadikan ia sebagai
keperluan semua makhlukNya

Apa yang perlu kita kaji tentang sumber ini ?


Sepatutnya kita perlu memahami erti maksud Jirim, Jisim, Jauhar Basit dan Jauhar
Fardhi, mengikut agama bahawa Jirim itu ialah setiap benda yang memenuhi
ruang, sama ada kecil ataupun besar, dan setiap Jirim ada permulaanya, Allah
bukan Jirim, Maksud Jisim pula ialah Jauhar atau benda yang tersusun dari Jauhar
Fardhi, Jisim adalah benda yang dapat dibahagi-bahagikan, Allah bukan Jisim,
Jauhar pula membawa kepada maksud gambaran sesuatu benda yang tidak dapat
dipecah-pecahkan atau dipisah-pisahkan, Jauhar Fardhi adalah benda yang paling
halus yang tidak dapat dibahagi-bahagikan kerana terlalu kecilnya dan Jauhar Basit
adalah sesuatu yang melapangkan kehidupan.

15

Vous aimerez peut-être aussi