Vous êtes sur la page 1sur 30

PANDUAN PENSKORAN

MODUL KOMSAS
PT3

0
PUISI
TRADISIONAL

1
Pantun Empat Kerat (Muafakat)

Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT)

lndah sungguh warna pelangi, Beras segantang sudah disukat,


Tidak luput hingga senja; Lalu disimpan di atas para;
Ke lurah sama diharungi, Andai seluruh masyarakat muafakat,
Usaha bersama membawa bahagia. Negara damai rakyat sejahtera.

Buah salak di dalam kantung, Sawah padi luas terbentang,


Kulitnya keras isinya kelat; Kuning keemasan indahnya maya;
Bulat air kerana pembetung, Percaya-mempercayai asas berpegang,
Bulat manusia kerana muafakat. Barulah muafakat kekal selamanya.

Turun ke paya memetik kangkung, Harum sungguh bunga melati,


Hati-hati terkena getahnya; Hiasan sanggul amat memikat;
Bergotong-royong penduduk sekampung, Bertolak ansur, hormat-menghormati,
Hidup muafakat hidup bahagia. Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

(Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan,


Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan pantun "Pantun Empat Kerat (Muafakat)", apakah faedah-faedah yang akan
diperoleh jika kita mengamalkan sikap bermuafakat. [3 markah]

muafakat membawa kehidupan yang bahagia


muafakat menjadikan negara aman dan damai
muafakat menjadikan hidup rakyat sejahtera

(ii) Banyak nilai yang dapat diperoleh daripada "Pantun Empat Kerat (Muafakat)' Nyatakan
nilai-nilai yang terdapat dalam pantun tersebut. [3 markah]

permuafakatan. Contohnya,permuafakatan dalam kalangan anggota masyarakat akan


membawa kepada kehidupan yang sejahtera.
kerjasama. Contohnya, sikap sentiasa bekerjasama mmudahkan pekerjaan yang
dilakukan.
tolak ansur. Contohnya, rakyat yang mengamalkan sikap bertolak ansur akan menjamin
kedamaian sesebuah negara.

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk melahirkan
masyarakat yang bermuafakat? [4 markah]

melalui pendidikan awal di sekolah.


melalui penubuhan Rukun Tertangga atau persatuan di taman-taman perumahan.
...kempen kesedaran tentang kepentingan muafakat.
menghidupkan amalan kejiranan semula.

2
Pantun Nasihat (Bersatu Hati)

Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)

Gunung Tahan sama didaki, Nyiur muda dibuat pengat,


Sungai Pahang sama direnang; Mari dimakan bulan puasa;
Jikalau semua bersatu hati, Wahai pemuda hendaklah ingat,
Kerja yang payah menjadi senang. Kerana mulut badan binasa.

Melangsir keris pusaka hikmat, Orang berkelah di Tanjung Rhu,


Keris sejarah sejak bahari; Sambil memanggang si ikan sepat;
Kalau gadis ingin selamat, Hendaklah banyak menghadap guru,
Jangan murah menjual diri. Supaya terang jalan makrifat.

Menanam bunga di dalam pasu, Rendang sungguh pohon ara,


Bunga melati, bunga pandan; Tumbuh subur tepi telaga;
Jangan ikut hawa nafsu, Tidak salah berkenal mesra,
Kelak nanti binasa badan. Tatasusila perlu dijaga.

(Dipetik daripada antologi Harga Sebuah


Lukisan,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Berdasarkan pantun tersebut, nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh jika kita


sentiasa menjaga tingkah laku dan tutur kata. [3
markah]

kita terselamat daripada perkara yang tidak baik.


maruah diri kita akan sentiasa terpelihara.
kita juga akan sentiasa disenangi oleh orang lain walau di mana-mana sahaja kita berada.

ii) Jelaskan pengajaran yang diperoleh daripada pantun tersebut. [3 markah]

kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan agar kerja yang payah
menjadi senang.
kita hendaklah bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu demi kebaikan diri
sendiri.
kita hendaklah menjaga adab dan tatasusila dalam pergaulan.

iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk
membentuk sahsiah yang baik dalam diri anak-anak? [4 markah]

...mereka perlu memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak.


mereka perlu menerapkan nilai-nilai murni dan memberikan contoh yang baik kepada
anak-anak.
mereka perlu mendidik anak-anak dengan kasih sayang agar anak-anak sentiasa
mengawal tingkah laku.

3
Pantun Berkait (Bekerja)

Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN BERKAIT (BEKERJA)


Perahu layar mudik ke pangkalan, Tidaklah bimbang barangkan hilang,
Sampai di pangkalan, memunggah barang; Semuanya ada dalam selamat;
Wahai rakan, handai, dan taulan, Bajak, cangkul, tebas, dan tebang,
Bangkit segera kita berjuang. Semuanya dikerja dengan cermat.

Sampai di pangkalan memunggah barang, Semuanya ada dalam selamat,


Barang habis dibawa ke rumah; Boleh disimpan turun-temurun;
Bangkit segera kita berjuang, Dapat dikerjakan dengan cermat,
Hapuskan semangat culas dan lemah. Kerja yang berat tidaklah gerun.

Barang habis dibawa ke rumah, Boleh disimpan turun-temurun,


Tiada satu tinggal di perahu; Itulah tanda barang yang bcrharga;
Hapuskan semangat culas dan lemah, Kerja yang berat tidaklah gerun, Semuanya
Semua kerja mestilah tahu. siap hati pun lega.

Tiada satu tinggal di perahu, Itulah tanda barang yang berharga,


Tidaklah bimbang barangkan hilang; Payah dicari susah mendapat;
Semua kerja mestilah tahu, Semuanya siap hati pun lega,
Bajak, cangkul, tebas, dan tebang. Tiadalah tinggal terbuang penat.

(Dipetik daripada antologi Harga Sebuah


Lukisan,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Berikan maksud rangkap keempat pantun tersebut. [3 markah]

...setiap orang mestilah mengetahui dan menguasai bidang tugas masing-masing.

(ii) Banyak nilai yang dapat diperoleh daripada "Pantun Berkait (Bekerja)".
Nyatakan nilai-nilai yang terdapat dalam pantun tersebut. [3 markah]

kegigihan. Contohnya, setiap pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan membuahkan
hasil yang menguntungkan.
kerajinan. Contohnya, sikap malas perlu dibuang dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
berhati-hati. Contohnya, jika kita berhati-hati, maka kerja yang sukar dapat dilaksanakan
dengan lebih mudah.

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memastikan sesuatu kerja dapat
disiapkan dengan sempurna? [4 markah]

...melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh


berhati-hati ketika melakukan sesuatu pekerjan
melakukan pekerjaan mengikut jadual yang ditetapkan
melaksanakan pekerjaan mengikut arahan yang betul

4
Syair Panduan untuk Para Remaja

Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

Ingat pesanku wahai belia, Meminta jangan meminjam pun jangan,


Jangan berdusta jangan perdaya, Barang dipinjam kerap kehilangan,
Jangan fikir kasihkan kaya, Sahabat peminjam renggang di tangan,
Jangan boros yang sia-sia. Hutang merosakkan mut'ah pandangan.

Jangan mengata jangan mengeji, Jangan biasakan meminta tolong,


Jangan aniaya bengis dan benci, Ke sini tersembah, ke sana terlolong,
Jangan takbur diri dipuji, lkhtiar sendiri bantut bergulung,
Jangan sekali mungkir janji. Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

Judi dan arak jangan biasa, Latihlah diri sifat merdeka,


Lucah dan cabul jangan selesa, Daya sendiri segenap seketika,
Usah bertemu ular yang bisa, Jangan sombongkan asal dan baka,
Lambat bangatnya dapat binasa. Atau kelebihan adik dan kakak.

Jangan meminjam jangan berhutang, Jangan Padalah itu aku khabari,


meminta bantu sementang, Bergantung pada Ingatlah semua, muda jauhari,
orang hendaklah pantang, Kiranya kabul Allah memberi,
Bebas kehidupan sentiasa tatang. Dirimu jadi pemulih negeri.

(Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan,


Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan syair tersebut, apakah keburukan berhutang? [3 markah]

barang yang dihutang atau dipinjam sering hilang


boleh mengakibatkan hubungan persahabatan menjadi renggang
menjejaskan maruah dan memalukan diri

(ii) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam syair tersebut. [3 markah]

anafora. Contohnya, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji.
inversi. Contohnya, Judi dan arak jangan biasa.
aliterasi. Contohnya, Kiranya Kabul Allah memberi (perulangan konsonan k)

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita dilarang bersikap sombong? [4 markah]

...sikap sombong dibenci oleh orang lain.


menyebabkan kita merasakan diri sendiri sentiasa betul dan hebat
tidak didekati sahabat atau sahabat semakin menjauh
menyebabkan seseorang lupa diri

5
Syair Berbuat Jasa

Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawah soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR BERBUATJASA

Buatlah jasa wahai teruna, Jangan menilik balas dan puji,


Hidupmu biar memberi guna, Atau pahalanya dikaji-kaji,
Kamu yang mati jasa tak fana, Rasa demikian tamak dan keji,
Asalkan buahnya elok sempurna. Padalah baiknya tinting dan uji.

Banyakkan khidmat besar dan seni, Pahala dan balas jangan dihitung,
Serahkan kepada Tuhan Rabbani, Ataupun bintang di dada beruntung,
Jasa yang kekal berfaedah murni, Asalkan jasamu padat berdentung,
Umur yang kedua bagi insani. Cukuplah di situ, mulai tergantung.

Hidup manusia jangan percuma, Buatlah baik ayuhai rakan,


Buatlah bakti budi utama, Ke dalam laut kamu campakkan,
Selagi baiknya kekal menjelma. Jikalau tidak dikenal ikan,
Si mati hidup selama-lama. Tuhan tahu iakah bukan.

Buatlah baik sedaya upaya, (Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan,
Hidup berbakti memberi cahaya, Dewan Bahasa dan Pustaka)
Sumbu pelita tidak sia-sia,
Terbakar dirinya menerangi raya.

(i) Berdasarkan rangkap keenam "Syair Berbuat Jasa", apakah perkara-perkara yang perlu
dielakkan apabila seseorang berbuat jasa. [3 markah]

jangan mengharapkan balasan atas kebaikan yang telah dilakukan


jangan mengharapkan pnghargaan atas kebaikan yang telah dilakukan

(ii) Banyak pengajaran yang ingin disampaikan melalui "Syair Berbuat Jasa". Nyatakan dua
pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut. [3 markah]

janganlah mengharapkan balasan, pujian dan sanjungan apabila melakukan sesuatu


kebaikan
kita perlulah sedia berkorban dalam membuat jasa
kita haruslah ikhlas ketika melakukan sesuatu pekerjaan

(iii) Sebagai pelajar, apakah bentuk sumbangan yang boleh anda berikan kepada pihak
sekolah sebagai membalas jasa sekolah? [4 markah]

mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan


sentiasa menjaga nama baik sekolah
mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum
bekerjasama membangunkan kecemerlangan sekolah

6
Syair Li-Attar Ghaib

Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR LI-ATTAR GHIB

Wahai sayangnya akan saudara, Hendaklah kita tunduk tengadah,


Sebab bersama-sama mengembara, Lihat kepada datuk nenek yang sudah-sudah,
Tiada pernah muafakatnya cedera, Adil dan insaf jua berfaedah,
Segala pekerjaan segala perkara. Menaikkan kita pangkat saadah.

Dengan kehendak Tuhan yang mulia, Rakyat seluruhnya hendaklah dipelihara,


Dua orang saudara meninggalkan dunia, Kesenangan hidupnya dikira-kira,
Hendak disusahkan tiada berdaya, Istimewa pula sanak saudara,
Kerana perbuatan Tuhan yang sedia. Jangan sekali diberi cedera.

Melainkan hamba berbanyak sabar, Ilmu yang benar hendaklah dimulia,


Akan perintah Wahid al-Khahar, Kerana ilmu mulia anbia,
lalah Tuhan bersifat Jabbar, Tuntut ilmu jangan sia-sia,
Akan hambanya kecil dan besar. Yang lain itu tinggal di dunia.

Kita pun kelak demikian itu, Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan,


Meninggalkan dunia juga yang tentu, Serta pandang amat-amatkan,
Tidak memilih raja dan ratu, Kematian datuk nenek teladankan,
Semuanya itu pergi ke situ. Kita sepertinya akan didatangkan.

(Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan,


Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkap pertama syair tersebut. [3 markah]

hubungan persaudaraan yang akrab antara adik-beradik


semua pekerjaan dan perkara dilakukan bersama-sama secara muafakat

(ii) Banyak nilai yang dapat diperoleh daripada "Syair Li-Attar Ghib".
Nyatakan nilai-nilai yang terdapat dalam syair tersebut. [3 markah]

keinsafan. Contohnya, perkara yang berlaku terhadap generasi terdahulu wajar dijadikan
pengajaran agar mendatangkan keinsafan kepada diri.
kerajinan. Contohnya, sikap rajin akan memberikan keuntungan kepada diri.
kesabaran. Contohnya, dugaan yang datang dalam hidup perlu ditempuhi dengan penuh
kesabaran.

(iii) Pada pendapat anda, apakah yang akan anda lakukan apabila mendengar berita
kematian saudara-mara anda? [4 markah]

...berdoa kepada Tuhan semoga rohnya diampunkan.


menziarahi jenazah dan kluarganya
memberikan sumbangan dan derma
memberikan kata-kata semangat kepada keluarga yang ditinggalkan

7
SAJAK

8
Fragmen Sebuah Kehidupan

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN


Maka seorang pujangga pun berkata, "adalah dadah Tuhan,
itu musuh utama negara adalah dadah itu perosak bekalkan aku kudrat iman yang tulus
jiwa untuk melewati lorong hidup
adalah dadah itu pembunuh semata-mata." yang penuh onak dan duri
juga gelombang di laut masa depan dewasa
Hari ini, mengejar cita-cita
angkara dadah telah mati seorang negarawan tegar memburu negara jaya.
angkara dadah telah mati seorang seniman angkara
dadah telah mati seorang olahragawan angkara Sahabat segenerasiku,
dadah telah mati seorang jutawan angkara dadah rimba di depan kita masih luas terbentang mari
telah mati seorang sasterawan angkara dadah telah kita pilih jalan lurus ke syurga
mati seorang ilmuwan angkara dadah telah mati bukan lorong hitam ke neraka.
seorang wirawan.
Shamsudin Othman
Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia
kau tidak mengenal anak, bapak, ibu, saudara atau (Dipetik daripada antologi Harga Sebuah
keluarga Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)
kau racun dalam khayal yang tidak terduga seperti
tercatat dalam sejarah
jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka oleh
candu, marijuana, morfin, heroin atau
apa-apa sahaja namamu
kaulah penghancur sebuah tamadun bangsa dan
negara.
(i) Berdasarkan rangkap pertama sajak, apakah pandangan penyajak tentang dadah?
[3 markah]

dadah itu musuh utama negara


dadah itu perosak jiwa
dadah itu pembunuh
(ii) Banyak pengajaran yang ingin disampaikan melalui sajak "Fragmen Sebuah Kehidupan".
Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]

kita hendaklah sedar bahawa dadah itu amat berbahaya kepada semua
kita hendaklah memiliki jati diri yang kuat untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam
dadah
kita hendaklah bermohon kepada Tuhan agar dijauhi daripada gejala dadah

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memerangi
penyalahgunaan dadah? [4 markah]

...penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas


menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada penagih dan pengedar dadah
memberikan pendidikan tentang bahaya najis dadah sejak di bangku sekolah lagi
mengadakan kempen bahaya najis dadah

9
Kata-kata

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

KATA-KATA

Kalau kita dicerca dengan kata Kita merdeka bukan kerana senjata.
jangan kita diam tak terkata. Kita merdeka kerana bijak kata.
Pertahankanlah maruah kita
lawan kata dengan kata. Aduhai anakanda
kalau hidup mahu terbela
Kalau mereka mengherdik dengan kata pandailah mengucap kata.
carilah daya kata.
Kalah kita Hashim Yaacob
jangan kerana putus kata.
(Dipetik daripada antologi Harga Sebuah
Ini martabat bangsa kita Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)
Ini kedaulatan negara kita
kita pelihara
dengan kepantasan kata daripada kepala.

(i) Berdasarkan sajak di atas, apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dalam rangkap
empat sajak tersebut? [3 markah]

negara kita merdeka bukan melalui peperangan tetapi disebabkan kebijaksanaan


pemimimpin negara dalam perundingan.
(ii) Nyatakan contoh nilai-nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]

berani. Contohnya, mempertahankan maruah dengan hujah yang bernas


tidak berputus asa. Contohnya, berusaha untuk menegakkan kebenaran
patritisme. Contohnya, mempertahankan kedaulatan negara dengan kebijaksanaan akal

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah ketua perlu bijak dalam pertuturan?
[4 markah]
supaya arahan yang diberikan jelas
bijak memujuk dan mempengaruhi orang lain
tidak menimbulkan kemarahan orang lain
mengelakkan sebarang tindakan kekejaman fizikal

10
Keusangan Budaya

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

KEUSANGAN BUDAYA

Ketika dulu Kedengaran


kelihatan sang dara bersimpuh ayu irama gamat menodai kedamaian
bersalut songket tenunan Melayu seruling bambu diam keusangan
menganyam segar songket dan batik muram disisihkan

Kelihatan Ayahanda bonda di pondok


sang teruna menebang ara memalu nobat di sisi
berbaju Melayu warisan bangsa melihat sayu sang Sita Dewi
meniup seruling bambu yang usang tidak bermaya lagi.
merdu dan sayu
Roshilawati Razlan
Ketika ini
tiada lagi sang dara ayu (Dipetik daripada antologi Harga Sebuah
tiada juga teruna gagah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)
kini yang ada cuma
tubuh-tubuh lesu
tubuh-tubuh kaku

(i) Berdasarkan petikan sajak di atas, nyatakan contoh kesopanan gadis pada zaman
dahulu. [3 markah]
duduk bersimpuh
memakai songket buatan tempatan

(ii) Berikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]

.remaja zaman dahulu lebih bersopan santun dan bertatasusila


muzik-muzik Barat mempengaruhi budaya tempatan
adat dan budaya silam yang semakin dilupakan

(iii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan nilai-nilai sopan santun
dan tatasusila ini semakin kurang diamalkan lagi? [4 markah]

mudah terpengaruh oleh budaya luar


kurang jati diri
media masa banyak menyiarkan budaya luar
kurang pendedahan terhadap budaya tempatan yang tinggi nilainya

11
Seorang Insan Istimewa

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SEORANG INSAN ISTIMEWA

Dia tidak pernah meminta Seorang insan istimewa


untuk lahir sebegitu rupa anugerah suatu ujian
namun kecilnya diri amanah suatu tuntutan
menyanggah takdir Yang Maha Esa biar sukar mesti disempurnakan
sebuah suratan tertulis sudah luas buana
sebuah kehidupan tetap harus diteruskan. mereka tetap punya ruang
meneruskan kehidupan
Seorang insan istimewa selagi Tuhan mengizinkan.
menapak dalam reda
menggalas payah dalam senyum terpaksa Bantulah, bimbinglah
betapa pun simpati mata memandang seikhlas hati setulus budi
pasti tiada bandingan Tuhan pasti merestui.
dengan derita diri
menempuh cabaran. Natasya Puteri

(Dipetik daripada antologi Harga Sebuah


Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Berdasarkan rangkap ketiga sajak, berikan dua tanggapan penyajak terhadap insan
istimewa. [3 markah]

kehadiran insan istimewa merupakan satu ujian


mereka mempunyai hak untuk hidup
meneruskan kehidupan selagi diizinkan oleh Tuhan

ii) Nyatakan dua ciri sajak yang terdapat dalam sajak Seorang Insan Istemewa.
[3 markah]
berbentuk bebas
terdiri daripada empat rangkap
mempunyai tiga hingga lapan baris serangkap

iii) Pada pendapat anda, apakah bentuk bantuan yang perlu diberikan kepada golongan
istemewa? [4 markah]
bantuan dari segi kewangan
bantuan dari segi hak sama rata seperti orang lain
bantuan dari segi kemudahan asas
memberikan hak keistimewaan untuk mendapatkan pendidikan

12
Rumput

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

RUMPUT
Baru saja hendak mendongak Baru saja tangan hendak menari
aku sudah dipijak datang pemotong rumput
baru saja hendak berbedak lalu dipotongnya jari doa
diserbu debu menutup muka si pemotong rumput
cuaca panas angin kering cepat panjang
ditambah lagi bau busuk asap lori cepat dapat wang!
sesak nafas bagai menunggu mati
mujur embun pagi membersih diri. Nasib rumput di tepi jalan
tak sehijau rumput di padang.

Khadijah Hashim
(Dipetik daripada antologi HargaSebuah
Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) si pemotong rumput


cepat panjang
cepat dapat wang!

Berikan maksud baris-baris di atas. [3 markah]

bagi pemotong rumput, mereka suka rumput cepat panjang


pemotong rumput akan cepat mendapat upah apabila memotong rumput tersebut

(ii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [3markah]

sikap hormat-menghormati sesame insan walaupun terhadap golongan bertaraf rendah


penghargaan kepada orang lain
penindasan terhadap golongan yang bertaraf rendah

(iii) Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang sangat berharga.

Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku kepada manusia sekiranya alam
sekitar terus tercemar? [4 markah]

manusia akan mendapat pelbagai penyakit


manusia sukar mendapatkan sumber makanan yang sihat dan bersih
manusia tidak dapat menikmati keindahan alam
berlaku kehilangan nyawa akibat bencana alam

13
Orang Tua

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan vang berikutnya
dengar, menggunakan ayat anda sendiri.

ORANG TUA

Nampakkah kau Nampakkah kau


wanita tua di tepi jalan darah berlumuran di jalan raya
mukanya comot rambutnya kusut membawa mayat si tua dibiarkan di situ
bersamanya beg usang berjalan ke sana ke dan
mari di bilik mayat pula
tanpa suatu destinasi. tiada siapa datang menuntutnya.

Nampakkah kau Nampakkah ia sepertimu


lelaki tua di hujung jalan mereka juga dicipta oleh-Nya
kemejanya kotor seluamya rabak tetapi bezanya mereka diabaikan
duduk di sudut tangga ditinggalkan
menunggu sisa makanan restoran mamak oleh anak-anak jahil tidak berbudi
untuk mengalas perut yang kosong. nampakkah kau?

Puspa Rani a/p Munusamy

(Dipetik daripada antologi Harga Sebuah


Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan dua gambaran tentang keadaan lelaki tua yang terdapat dalam sajak
tersebut. [3 markah]

lelaki tua berada di hujung jalan


memakai baju kemeja yang kotor dan seluarnya rabak
duduk di sudut tangga
sedang menunggu sisa makanan daripada restoran mamak

(ii) Nyatakan dua unsur bunyi yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]

asonansi. Contohnya, tiada siapa datang menuntutnya (perulangan vokal a)


aliterasi. Contohnya, kemejanya kotor seluarnya rabak (perulangan
konsonan k)

(iii) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang patut dilakukan bagi
membantu lelaki dan wanita tua dalam sajak tersebut? [4 markah]

.menghantar mereka ke rumah kebajikan


.menjadikan mereka sebagai keluarga angkat
.membantu mereka mencari keluarga atau anak-anak mereka
.memberikan bantuan kewangan atau makanan

14
PROSA
TRADISIONAL

15
Hikayat Seri Kelantan

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka tatkala raja, menteri dan pegawai di bawah perintah raja benua Siam itu
mendengarkan titah raja itu, maka sekalian itu pun berlengkap hendak melanggar negeri
Serendah Kebun Bunga itu, hendak mengambil Tuan Puteri Sadung di dalam Kota Jelasin
itu. Maka telah lengkap sekalian perahu-perahu dan alat-alat senjata, setelah cukup
semuanya, lalu belayarlah akan menuju ke negeri Serendah Kebun Bunga, Kota Jelasin itu.
Maka dalam orang ramai-ramai itu, ada seorang Tuk Ca disuruh oleh raja Siam itu kerana
Tuk Ca itu tahu akan ilmu nujum. Maka belayar itu, tiada beberapa lamanya sampailah ke
kuala negeri itu.

Maka lalu dipersembah oranglah kepada Sultan Abdullah, "Perahu kelanggaran dan
orang Siam terlalu banyak, khabar konon hendak menyerang negeri ke bawah duli tuanku
ini." Maka lalu Sultan Abdullah pun berkerahlah sekalian pegawai, hulubalang, pahlawan,
dan rakyat sekalian berhimpun, duduk menyuruh hadir belaka kerana musuh orang Siam
telah datang kepada negeri kita ini. Setelah itu penyuruh daripada raja Siam pun datang
naik menghadap Sultan Abdullah itu meminta Tuan Puteri Sa dung itu.

Maka Sultan Abdullah pun sangatlah murkanya kerana Tuan Puteri Sadung itu
isterinya. Maka lalu Sultan Abdullah berkata, "Aku tiada mahu beri kepada rajamu itu kerana
Tuan Puteri Sa'dung itu isteri beta. Patutlah, orang Siam tiada tahu cara bahasa; anak bini
orang pun hendak ambil buat anak bini kepadanya. Nyah kamu dari sini! Beta tiada mahu
berjumpa mata dengan kamu lagi."

(Dipetik daripada prosa tradisional "Hikayat Seri Kelantan" dalam antologi Harga Sebuah
Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah yang dilakukan oleh menteri dan pegawai setelah dititah oleh Raja Siam?
[3 markah]
...melengkapkan angkatan tentera
belayar ke negeri Serendah Kebun Bunga

(ii)Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas. [3 markah]

raja yang memerintah di benua Siam


ahli nujum yang menjadi kepercayaan masyarakat dahulu
permaisuri raja yang menjadi rebutan

(iii)Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan buruk akibat peperangan? [4 markah]

kematian
dendam dan permusuhan yang berpanjangan
kerosakan harta benda
suasana kehidupan yang tidak aman dan harmoni
masyarakat sentiasa berada dalam ketakutan

16
Hikayat Patani

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kira-kira setengah bulan kemudian, raja sembuh seperti sedia kala. Namun begitu, sekali
lagi baginda telah memungkiri janji, tidak mahu memeluk agama Islam. Buat kali ketiga,
baginda diserang penyakit yang serupa. Kali ini lebih teruk lagi sehingga duduk pun tiada
dapat karar. Sekali lagi Syeikh Said diminta datang ke istana mengubati baginda.

Maka kata Syeikh Said. "Baiklah, biarlah kali ini patik ubati tuanku. Jika tuanku
mungkir lagi, tiadalah patik mahu mengubati tuanku jika ditimpa penyakit ini semula,
walaupun patik dibunuh."

"Baiklah, mana-mana kata tuan itu hamba ikutlah," titah raja.

Tiga hari lamanya Syeikh Said merawat raja. Dua puluh hari kemudian, baginda
sembuh sepenuhnya. Sebulan selepas itu, baginda dan orang-orang besar bermuafakat
untuk memeluk agama Islam.

Pada hari yang dirancangkan, baginda bersemayam di balairung dihadap oleh


menteri, hulubalang, dan sekalian rakyat. Syeikh Said pun datang nienghadap raja diiringi
oleh bentara.

Maka titah baginda, "Adapun hamba memanggil tuan hamba ini, kerana janji hamba
hendak masuk agama Islam itulah."

Syeikh Said sangat sukacita lalu mengucup tangan baginda dan dijunjungnya.
Kemudian, dia mengajarkan raja mengucap dua kalimah syahadat. Maka raja pun kararlah
membawa agama Islam.

(Dipetik daripada "Hikayat Patani" dalam antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa
dan Pustaka)

(i)Bagaimanakah reaksi Syeikh Said apabila raja mengotakan janjinya? [3 markah]


Syeikh Said berasa sangat sukacita
Syeikh Said mengucup tangan baginda dan menjunjunginya
Syeikh Said mengajar raja mengucap dua kalimah syahadah

(ii) Nyatakan persoalan-persoalan yang terdapat dalam petikan prosa tradisional tersebut.
[3 markah]
cara pengislaman seorang raja
ketegasan dalam mengotakan janji
kebolehan mengubati sesuatu penyakit

(iii) Sekiranya anda raja, apakah ganjaran yang akan diberikan kepada Syeikh Said sebagai
upah mengubati penyakit anda? [4 markah]

memberikan wang ganjaran


menawarkan jawatan yang tinggi
menghadiahkan sebidang tanah

17
memberikan penghormatan yang sewajarnya

Hikayat Inderaputera

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sahut Inderaputera, "Nama hamba Inderaputera disebut oleh orang, dan
hambalah anak Raja Bikrama Buspa," seraya diceriterakannya perihal ehwalnya daripada
permulaan datang pada kesudahannya.

Setelah didengar oleh kuda Janggi Gerdana kata-kata itu maka ia pun menundukkan
kepalanya seraya mengikut Inderaputera. Maka Inderaputera pun masuklah ke dalam
perbendaharaan itu mencari pelana kuda itu. Maka dilihat oleh Inderaputera dalam pelana
yang banyak itu ada suatu pelana terlalu indah rupanya bertatahkan ratna mutu manikam
adalah tertulis Janggi Gerdana. Maka diambil oleh Inderaputera pelana itu maka dikenakan
pada kuda itu tiadalah lagi bersalahan. Setelah sudah maka Inderaputera pun naiklah ke
atas kuda Janggi Gerdana itu seraya*dibawanya berkeliling perbendaharaan itu lalu
dilihatnya berbagai-bagai temasya.

Setelah derinikian maka kata Janggi Gerdana, "Ya tuanku, di kepalanya ular Mamdud
itu ada suatu cembul kaca putih. Maka dalam cembul itu ada suatu Bedi Zahar namanya.
Adapun jika ada Bedi Zahar itu dibubuhkan kepada orang mati nescaya hidup semula.
Sebermula jika manusia atau binatang yarg tanggal tulangnya sekalipun nescaya hidup pula
olehnya."

Setelah Inderaputera mendengar kata Janggi Gerdana itu maka ia pun sukacita. Maka
segeralah ia pergi kepada Ular Mamdud itu. Maka dibelahnya kepala ular itu seraya
diambilnya akan gemala di dalaim otsknya lalu diambilnya oleh Inderaputera akan cembul
kaca putih yang ada di pusat ular mamdud itu lalu diambil oleh Inderaputera yang ada berisi
Bedi Zahar itu. Maka lalu Inderaputera pun kembali kepala Janggi Gerdana serta dengan
sukacitanya.
(Dipetik daripada prosa tradisional "Hikayat Inderaputera, antologi Harga Sebuah
Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan prosa tradisional Hikayat Inderaputera, apakah dilakukan oleh kuda
Janggi Gerdana kepada Inderaputera? [3 markah]

menundukkan kepala apabila mendengar kata-kata Inderaputera


memberitahu Inderaputera bahawa di kepala ular Mamdud ada suatu cembul kaca
putih yang berisi Bedi Zahar

(ii) Apakah keistimewaan Bedi Zahar tersebut? [3 markah]

menghidupkan orang yang sudah mati semula


manusia atau binatang yang sudah reput pun nescaya akan hidup semula

(iii)Pada pendapat anda, apakah yang seharusnya dilakukan oleh seseorang itu bagi
mencapai sesuatu yang dihajatinya? [4 markah]
...berusaha dengan bersungguh-sungguh
meminta bantuan orang lain
tidak mudah putus asa
membuat perancangan yang teratur
berdoa dan berserah kepada Tuhan

18
Hikayat Marakarma

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Telah genaplah empat puluh hari empat puluh malam, Maharaja Marakarma dan
isterinya dihias dengan selengkapnya, dinaikkan ke atas perarakan panca persada tujuh
tingkat, dihadap oleh segala raja, dan anak dara yang memegang puan. Kemudian, diarak
berkeliling Mercu Indera tujuh kali. Maharaja Kisna Indera, Mengindera Dewa, Raja
Mengema Lela, dan Raja Dikar Agas Peri pun menunjukkan kesaktian masing-masing,
seperti Maharaja Kisna Indera memanah ke udara, turun hujan bunga rampai. Mengindera
Dewa juga memanah ke udara, turun pula hujan air mawar, panah Raja Mengerna Lela
dapat mengeluarkan cahaya matahari, dan Dikar Agas Peri memanah ke udara, turun hujan
permata ratna mutu manikam.

Segala raja, menteri, dan rakyat sekalian di negeri Mercu Indera menjunjung duli dan
berdoa semoga Sultan Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Cahaya Khairani menjadi raja
di dalam negeri Mercu Indera itu.

(Dipetik daripada "Hikayat Marakarma" dalam antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan
Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan di atas, gambarkan suasana sambutan pertabalan Sultan Maharaja
Marakarma? [3 markah]

...sambutan selama empat puluh hari empat puluh malam


Maharaja Marakarma dan isterinya dihias dengan selengkapnya
baginda dinaikkan ke atas perarakan panca persada tujuh tingkat
baginda diarak keliling Mercu Indera sebanyak tujuh kali

(ii) Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan prosa tradisional
tersebut. [3 markah]

...masyarakat pemerintah. Contohnya, berlaku perkahwinan dalam kalangan anak raja.


masyarakat rakyat biasa. Contohnya, perkahwinan Maharaja Marakarma turut dihadiri
rakyat jelata
masyarakat yang mempunyai kebolehan luar biasa. Contonya, Maharaja Kisna Indera
menunjukkan kesaktiannya semasa majlis perkahwinan Maharaja Marakarma

(iii) Sebagai rakyat, apakah yang akan anda lakukan untuk menunjukkan ketaatan kepada
sultan? [4 markah]

tidak mengingkari atau derhaka akan perintah sultan


sentiasa menjaga nama baik sultan
sentiasa menghormati sultan
sentiasa menyanjung kedaulatan sultan

19
CERPEN

20
Mutiara Bonda
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dalam seminggu, hanya tiga empat hari adik ke sekolah. Cikgunya pun sudah tidak
larat hendak menjengah ke rumah. Kerja sekolahnya saya dan bonda yang akan selesaikan.
Hal ini untuk memastikan adik mahu ke sekolah pada esok harinya. Pemah adik didenda
ketuk ketampi sebanyak 20 kali kerana gagal melangsaikan kerja Matematiknya. Sejak itu
apalagi, adik mulalah berhelah tidak mahu ke sekolah kerana takut akan guru tersebut.
Makin peninglah dan kalutlah bonda meneropong ikhtiar.

Buku rekod kemajuan adik penuh dengan angka-angka merah. Malah adik cukup setia
dengan angka tercorot. Tidak tahulah, adik ini mewarisi kemalasan siapa. Padahal, dua
orang kakak kembar saya ialah puncak kejayaan keluarga saya. Buktinya, Kak Long kini di
Universiti Southwestern, Texas dan Kak Ngah saya di Universiti Monash, Australia.

Sepatutnya, berbusa diplomasi bonda boleh menjadikan adik anak yang soleh, tetapi
kosong lompong. Walaupun bonda tidak pernah membahasakan seculin nihilnya, namun
saya dapat menterjemahkan kekecewaan pada wajah bonda. Yalah, hati seorang ibu, ibarat
gelas. biarpun tidak berkecai namun pasti akan ada retaknya.

Adik tidak sedar akan kelukaan yang pernah mendarah dan mendaging di hati bonda.
Kasihan melihat bonda bersengkang mata menjahit baju upahan, dari sejak bertaburannya
bintang, hinggalah riuh kokokan ayam. Adik, tidak pernah membantu bonda menjengah ke
bendang bergelumang selut. Menoreh getah dalam gelita pagi. Adik tidak pernah rasa
semua itu. Walaupun masih kecil, adik patut ambil tahu tentang kesusahan ini dan
memahaminya. Timbunan kerja itulah yang mengenyangkan perut kami. Kenapalah adik
tidak menghargai pengorbanan bonda?

(Dipetik daripada cerpen "Mutiara Bonda", antologi Harga Sebuah Lukisan,


Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i). Berdasarkan petikan cerpen Mutiara Bonda, berikan alasan yang diberikan oleh adik
untuk tidak hadir ke sekolah. [3 markah]
menyiapkan kerja sekolahtakut kepada guru yang mendendanya

(ii). Nyatakan nilai murni dalam petikan di atas [3 markah]


kasih sayang. Contohnya, ibu sayang akan anak-anaknya
bertanggungjawab. Contohnya,ibu bekerja keras mencari wang untuk menyara keluarga
belas kasihan. Contohnya, kasihan melihat ibu yag bersengkang mata menjahit sehingga
pagi
(iii). Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh seorang murid
supaya lulus cemerlang dalam peperiksaan? [4 markah]
tidak ponteng sekolah
mendengar arahan guru dengan tekun
sering bertanya kepada guru tentang topik yang sukar
mengulang kaji pelajaran

21
menghadiri kelas-kelas tambahan
menyiapkan latihan-latihan yang diberikan oleh guru.

Segala yang Tercinta Ada di Sana

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Walaupun surau ini sangat daif, persekitarannya bersih dan terlihat aman sekali.
Rumput tumbuh menghijau, malah sentiasa terpangkas rapi. Pohon putat di belakang surau
dekat bilik air pula selalu saja melebat pucuknya, manakala daun kaduk tumbuh subur
melitupi tanah sekangkang kera di belakang bilik air. Jadi, kalau terkurang lauk di rumah,
kami akan memetik pucuk putat untuk dibuat ulam, dan daun kaduk pula enak sekali dibuat
kerabu bercampur beras yang ditumbuk lumat serta sedikit kelapa yang dikukur halus.

Surau itu sangat terjaga; lantainya selalu bersapu dan jangan di jari barang sejengkal
pun sawang. Malah kalaupun kami bermain dekat surau ini, tak berani seorang pun berbuat
kotor. "Muliakan rumah Allah supaya kamu beroleh kasih-Nya," pesan Haji Salleh Pumpong.

Dia satu-satunya imam surau; satu-satunya orang di kampung kami yang paling tahu
segala benda yang berkaitan amal ibadat. Dia yang mengetuai solat subuh sampai isyak,
walaupun solat zuhur dan asar hanya kami makmumnya. Bergilirlah azan, berlagulah tak
kira cara Makkah atau Nagore.

(Dipetik daripada cerpen "Segala yang Tercinta Ada di Sana" oleh Zainal Rashid Ahmad
dalam antologi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Gambarkan keadaan surau yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
[3 markah]
...keadaan surau amat daifpersekitarannya bersih dan suasananya aman
rumput tumbuh menghijau dan dijaga rapi

(ii)Nyatakan dua perwatakan Haji Salleh Pumpong yang terdapat dalam petikan cerpen
tersebut. [3 markah]

berpengetahuan luas. Contohnya, Haji Salleh Pumpong dikenal sebagai orang yang
berpengetahuan luas terutamanya tentang amal ibadat
alim. Contohnya, Haji Salleh Pumpong taat akan perintah agama
pembersih. Contohnya, Haji Salleh Pumpong menjaga surau di kamping agar sentiasa
bersih dan kemas

(iii) Surau merupakan rumah ibadat bagi orang-orang Islam.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk menjadikan rumah ibadat agama anda
sebagai tempat yang selesa? [4 markah]

...memastikan keadaan persekitaran dan bahagian dalam tempat ibadah sentiasa bersih
mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan tempat ibadat
menyediakan satu jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan
tempat ibadat

22
menyediakan peraturan kepada semua tetamu yang datang supaya menjaga kebersihan
tempat ibadat

Harga Sebuah Lukisan

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tiga hari Kamal Hijaz berlatih untuk melukis gambar pemandangan di sawah padi dan
gambar pahlawan sedang bertikam. Dia lebih bertekad untuk melukis gambar pemandangan
di sawah padi ketika petani sedang bergotong-royong menuai padi dan pada latarnya
kanak-kanak sedang bermain wau bulan. Di langit, burung layang-layang sedang berlegar-
legar bermain angin.

Hari Sabtu, hari cuti persekolahan. Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa itulah
tempat akan berlangsungnya pertandingan melukis itu. Sudah banyak murid sekolah
menengah lain yang hadir untuk menyertai pertandingan melukis itu. Kamal Hijaz duduk
bersandar pada bangku simen terazo yang terletak berhampiran dengan taman mini
sekolah.

Maryati, kawan sekelasnya, datang bersama-sama Norlela. Mereka berdua amat rapat
dan jarang berenggang. Macam belangkas. Mereka menyandang beg di bahu. Tentu di
dalamnya diisi dengan peralatan melukis serta pek kertas lukisan.

Mereka berdua mula melabuhkan punggung di atas bangku simen di hadapan Kamal
Hijaz.

(Dipetik daripada cerpen "Harga Sebuah Lukisan" oleh Baharudin A. Manan dalam antologi
Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan ciri-ciri lukisan yang ingin dilukis oleh Hijaz. [3 markah]

melukis permandangan di sawah padi ketika petani sedang bergotong-royong menuai


padi
bahagian latarnya terdapat kanak-kanak sedang bermain wau bulan
di langit pula burung layang-layang sedang berlegar-legar bermain angin

(ii) Kemukakan dua nilai yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut. [3 markah]

...kebijaksanaan. Contohnya, Kamal Hijaz merupakan murid yang pintar dan berbakat besar
dalam bidang seni lukis.
kegigihan. Contohnya, Kamal Hijaz gigih berlatih melukis selama tiga hari untuk menyertai
pertandingan.
persahabatan. Contohnya, hubungan persahabatan yang terjalin antara Kamal Hijaz,
Norlela dan Maryati

(iii) Pada pandangan anda, apakah persediaan-persediaan yang perlu dilakukan seseorang
sebelum menyertai sesuatu pertandingan? [4 markah]

bersedia dari segi mental

23
membuat latihan yang secukupnya
merancang stratgi unuk memenangi pertandingan
menyediakan peralatan atau keperluan untuk pertandingan yang secukupnya

Budi Semangkuk Daging

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat anda sendiri.

Puan Ainun memang tidak pernah berminat dengan jualan langsung. Dia juga tidak
pernah membeli sebarang makanan kesihatan sebelum ini. Padanya, makanan yang sihat
ialah makanan seimbang yang disediakan dari dapurnya sendiri. Oleh itu, dia menolak
pelawaan Punita itu. Namun, penolakan itu dibuatnya dengan baik, juga dengan alasan
yang baik. Bagi Puan Ainun, seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyinggung hati jirannya.

"Apakah kerana penolakan itu Punita marah?" bisik Puan Ainun. Puan Ainun
mengeluh. "Masakan! Tapi... oh!" dia jadi bingung. Kalau itulah puncanya, Puan Ainun fikir,
Punita tidak wajar berbuat begitu. Malah, cara Punita meminta anaknya membawa pulang
masakan itu dirasakan oleh Puan Ainun seperti suatu penghinaan.

Patutlah pada dua hari yang lepas, sewaktu dia terserempak dengan Punita di luar
rumah. Punita seperti tergesa-gesa mahu meninggalkannya. Punita cuma melemparkan
secebis senyuman lalu terburu-buru masuk ke dalam keretanya. Dia tidak mahu berbual
walau sepatah dua kata seperti biasa. Rupa-rupanya, ada dendam dalam hati wanita yang
telah berusia tiga puluhan tetapi masih belum berkeluarga itu.

"Tak mengapa! Ada ubi ada batas. Hari ini engkau buat pada aku. Esok lusa, aku
akan buat begitu pada engkau pula," kata Puan Ainun dalam hati. Dia seperti menyimpan
dendam disebabkan perasaannya yang membara itu. Dia kelihatan begitu nekad.

(Dipetik daripada cerpen "Budi Semangkuk Daging", antologi Harga Sebuah


Lukisan,Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan perpen Budi Semangkuk Daging, nyatakan tanggapan Puan Ainun
terhadap akibat kerenggangan hubungan mereka. [3 markah]

menolak pelawaan Punita terhadap jualan langsungnya


Punita tidak sudi menerima pemberiannya dengan mengembalikannya semula
Punita tidak berbual-bual dengannya, hanya tersenyum dan memasuki kereta dengan
tergesa-gesa

(ii) Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas. [3 markah]

kita hendaklah tidak berprasangka buruk kepada rakan-rakan atau jiran tetangga
kita hendaklah memahami adat dan budaya jiran yang berlainan bangsa

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk
menjaga perpaduan sesama jiran tetangga? [4 markah]

24
sering bertegur sapa
meluangkan masa menziarahinya
mengambil berat akan kebajikan jiran tertangga
memahami adat dan budaya jiran tertangga

Mencari Nafas Baharu

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat anda sendiri.

Ana masih teringat lagi akan detik-detik yang begitu mendebarkannya apabila dia ditempatkan
untuk mengajar di Kampung Chat, Hulu Pahang. Ana merupakan salah seorang lulusan sulung
sebuah universiti pendidikan tempatan. Pendedahan terhadap sosiolinguistik, semantik, dan
berbagai-bagai ilmu pendidikan lagi memberikan peluang guru berijazah seperti Ana untuk
menyambung khidmat baktinya dia sebuah sekolah yang terletak di pedalaman.

Kenangan dan pengalaman semasa bersama dengan peserta kursus yang menjalani
penyelidikan sastera rakyat di Kampung Chat, Hulu Pahang telah membulatkan tekad Ana untuk
mencurahkan khidmat baktinya kepada anak-anak bangsa yang dahaga akan ilmu. Keindahan hutan
dara yang menghijau disulami nyanyian unggas dan percikan air jeram semasa menyusuri Sungai
Kuah benar-benar menggamit Ana untuk kembali ke kampung itu suatu hari nanti sebagai tenaga
pengajar.

Penempatan Ana di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat merupakan cabaran yang
begitu besar baginya dalam profesion keguruannya. Tidak ada bahasa yang dapat menggambarkan
perihal perasaan hatinya kala itu, hanya air mata yang mampu menjelaskan segala-gala yang tersurat
dan yang tersirat.

Di dalam bilik darjah yang tidak begitu luas, Ana diamanahkan untuk membimbing murid-murid
tingkatan 3 sebanyak 25 orang. Sebagai guru tingkatan dan guru mata pelajaran, Ana
berkesempatan untuk mengenali Milah secara dekat. Milah anak sulung daripada enam orang adik-
beradik. Dia murid yang rajin dan aktif dalam sukan. Ibunya berkedai runcit secara kecil-kecilan,
manakala ayahnya menangkap ikan sebagai mata pencarian.

Pada suatu pagi Sabtu, Ana seperti biasa mengadakan kelas tambahan untuk murid-
muridnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR. Kelihatan Milah duduk bersendirian
di sebuah bangku panjang di kantin sekolah sambil membuat latihan Bahasa lnggeris.
Rakan-rakan yang lain masih belum kelihatan lagi. Jam baru menunjukkan pukul 7.00 pagi.
Kelas tambahan bermula pada jam 8.00 pagi.
(Dipetik daripada cerpen "Mencari Nafas Baharu", antologi Hatga Sebuah Lukisan,
Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan cerpen Mencari Nafas Baharu, apakah faktor yang mendorong Ana
mengajar di Kampung Chat, Hulu Pahang? [3 markah]
pernah ke sana semasa menjalani penyelidikan sastera
hajatnya untuk berbakti di sebuah sekolah di pedalaman
keindahan alam semula jadi

(ii) Nyatakan latar tempat dalam petikan di atas. [3 markah]


di sebuah universiti tempatan. Contohnya, Ana mendapat pendidikan untuk menjadi guru

25
Kampung Chat, Hulu Pahang. Contohnya, Ana pernah dating ke sini semasa membuat
penyelidikan sastera
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat. Contohnya, Ana menjadi guru tingkatan
dan guru mata pelajaranTingkatan 3

(iii)Pada pendapat anda, jelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi memelihara
keindahan alam sekitar. [4 markah]
menghalang aktiviti pembalakan
mengurangkan aktiviti pembukaan tanah untuk pertanian
kempen memelihara dan memulihara hutan
tindakan undang-undang
diwartakan sebagai hutan simpan

DRAMA

26
Cabaran

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

YAHYA: Orang-orang kita sekarang sedang menghadapi cabaran. Ya, kita sedang
berhadapan dengan cabaran kemajuan ekonomi dan pelajaran! Saudara-saudara,
bagaimana kita harus menghadapi cabaran ini? Adakah cukup dengan berkata-kata saja?
Adakah cukup dengan mendabik dada saja?

FIRDAUS: Kita lttempunyai banyak orang yang sanggup bertungkus-lumus. Yang kita
perlukan sekarang ialah orang-orang yang sedia berjuang tanpa banyak bicara. Berjuang
untuk kemajuan kita.

HANI: Saya rasa kemunduran kita banyak sebabnya. Satu daripadanya ialah orang-orang
kita tidak mempunyai sikap yang serius. Orang-orang kita suka berbual-bual kosong di kedai
kopi. Orang-orang kita mesti belajar berniaga.

HUSIN: Yalah, kemajuan di lapangan perusahaan dan perdagangan amat penting.

ZAINAL: Orang-orang kita cuma kaya cita-cita. Kita tidak berwang, engkau tahu?

Memandang YAHYA.

MARIAH: Itulah aku katakan. Kita mesti belajar berniaga kecil-kecilan dulu, seperti menjual
aiskrim, membeli pisang, dan berniaga barang-barang runcit. Perniagaan ini tidak
memerlukan modal yang banyak.

(Dipetik daripada drama "Cabaran" oleh A. Ghaafar Ibrahim dalam antologi Harga Sebuah
Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan sebab-sebab kemunduran masyarakat seperti yang dinyatakan dalam petikan
drama tersebut? [3 markah]
masyarakat kita tidak mempunyai sikap serius
masyarakat kita suka berboal-bual kosong di kedai kopi
masyarakat kita tidak mahu belajar berniaga
masyarakat kita Cuma kaya cita-cita
(ii) Nyatakan persoalan-persoalan yang terdapat dalam petikan drama tersebut.
[3 markah]

27
...perjuangan untuk memajukan bangsa
sikap dan pemikiran masyarakat yang masih mundur
kepentingan dalam bidang perniagaan

(iii)Selain masalah modal, pada pendapat anda, apakah masalah-masalah lain yang bakal
dihadapi oleh seseorang yang baru hendak memulakan perniagaan? [4 markah]

masalah untuk mendapatkan tempat berniaga


masalah untuk mendapatkan pelanggan dan pekerja
masalah untuk merancang strategi bagi memajukan perniagaan

Sebuah Perjuangan

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

AWANG: (Tercungap-cungap) Pangeran, kita tidak boleh bertahan lebih lama lagi dalam
keadaan begini. Bilangan orang-orang kita yang gugur semakin bertambah. Kubu kita ini
tidak boleh bertahan jika terus-terusan dibedil, Pangeran.

PANGERAN S YAH BANDAR: (Tegas) Biar kita mati berkalang tanah Awang! Menyerah
dan mengaku kalah kepada kompeni durjana itu jangan sekali!

AWANG: (Memujuk) Pangeran, sudah hampir empat bulan kita berperang menentang polis-
polis kompeni itu. Berdayakah kita melawan mereka lagi, Pangeran? Bertahan pun kita
semakin lemah.

PANGERAN SYAHBANDAR: (Mengeluh) Ya, kita, tahu. Tapi....

AWANG: Tapi, apa lagi Pangeran? Ada baiknya kita menyahut saja seruan Gabenor baharu
kompeni itu. Bukankah dia mengajak kita berunding dan menghentikan peperangan?
Daripada kita semua terkorban tanpa warisan, baik kita berdamai, Pangeran.

PANGERAN SYAHBANDAR: (Bersuara lembut) Benar juga katamu itu, Awang. Kita
sememangnya sudah terlalu lemah untuk terus menentang mereka. Tetapi, ini bukan
bermakna kita kalah dalam perjuangan kita Awang. Tidak! Sebaliknya semangat kita
semakin bertambah kental untuk membebaskan tanah tumpah darah kita daripada penjajah
durjana itu.

(Dipetik daripada drama "Sebuah Perjuangan" oleh Ab. Manaf Kamarudin dalam antologi
Harga Sebuah Lukisan, Dewan bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Awang berkata bahawa pasukan mereka tidak mampu bertahan
lagi? [3 markah]

...bilangan orangnya yang terbunuh atau gugur semakin bertambah


kubu mereka tidak boleh bertahan jika terus dibedil oleh musuh

(ii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan drama tersebut [3markah]

28
.., kita hendaklah sanggup berkorban demi mempertahankan negara
kita hendaklah bijak membuat keputusan untuk kepentingan negara
kita hendaklah menyayangi negara dengan sepenuh hati

(ii) Sekiranya anda Pangeran Syahbandar, jelaskan tindakan-tindakan anda untuk


menghadapi situasi seperti yang digambarkan dalam petikan drama tersebut.
[4 markah]
mengajak pihak musuh brbincang atau berunding
meminta bantuan negara luar untuk berdepan dengan musuh
membaa masalah itu kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
mengambil langkah untuk berdamai yang tidak merugikan kedua-dua belah pihak

29

Vous aimerez peut-être aussi