Vous êtes sur la page 1sur 8

Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan

daripada Bahagian D
BAHAGIAN A
(25 markah)

1 Dalam petikan di bawah ini, terdapat empat kesalahan bahasa. Garis empat kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada rauang jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Dalam kalangan peserta pertandingan pakaian seragam pada hari itu, Aminah ialah peserta
yang paling tercantik.
________________________________________________________________________

(ii) Menteri Besar telah menghadap tuanku sultan bagi mendapatkan persetujuan baginda tentang
cadangan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu.
________________________________________________________________________

(iii) Ibu menggunakan pencuci serbuk itu untuk menghilangkan kesan tompokan minyak yang
melekat pada permukaan lantai dapur.
________________________________________________________________________

(iv) Sikap saling menghormati antara satu sama lain kita patut amalkan kerana banyak
mendatangkan faedah.
________________________________________________________________________
(8 markah)

2 Dalam petikan dialog di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
petikan dialog itu semula.

Juruhebah A : Salam sejahtera. Kita bertemu kembali dalam rancangan bual bicara
sukan tanahair. Rancangan ini dipancarkan dari Stesen Radio Bukit
Jalil. Pada pagi ini kita akan menemu bual seorang ahli sukan acara
skuasy yang telah berjaya menerima Anugerah Olahragawati
Kebangsaan pada tahun 2014.

Juruhebah B : Untuk maklumat para pendengar, pra-syarat untuk seseorang ahli


sukan menerima anugerah tersebut, mereka haruslah menempa
pelbagai kejayaan dalam acara sukan yang disertai.

Juruhebah A : Jadi, pada pagi ini kita akan mendengar pandangan daripada atlet
jemputan tentang kreteria untuk menjadi seorang ahli sukan yang
berjaya seperti beliau.

(i) _____________________________________
(ii) _____________________________________
(iii) _____________________________________
(3 markah)

1
3 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat
tersebut. Kemudian tulis subjek dan predikat pada ruang yang disediakan.

(i) Aida dan Farihan membuat tugasan dengan bantuan kakak mereka.
Subjek : _________________________________________________________________
Predikat : _________________________________________________________________

(ii) Pemuda yang tinggal di hujung kampung itu bertugas sebagai pramusaji
Subjek : _________________________________________________________________
Predikat : _________________________________________________________________

(iii) Baik sungguh budak lelaki itu.


Subjek : _________________________________________________________________
Predikat : _________________________________________________________________

(iv) Bersawah dengan cara lama tidak mendatangkan hasil yang banyak.
Subjek : _________________________________________________________________
Predikat : _________________________________________________________________

(v) Kemerdekaan negara kita tuntut daripada penjajah.


Subjek : _________________________________________________________________
Predikat : _________________________________________________________________

(10 markah)

4 Lihat gambar bersiri di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan gambarbersiri tersebut, tulis dua
peribahasa yang sesuai.

(i) _____________________________________________________________________

(ii) _____________________________________________________________________

(4 markah)
2
BAHAGIAN B
(30 markah)
5 Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setibanya di sekolah, semua mata tajam, tertumpu pada bungkusan di tangan Azizah.
Kelibat Azizah yang lewat tiba di pintu pagar diperhatikan oleh Cikgu Zaleha. Dalam tangan
Cikgu Zaleha terdapat sekeping borang yang sangat besar kaitannya dengan Azizah.

Cikgu Zaleha dikerumuni banyak peminat cilik. Azizah di belakang sekali. Secara tradisi,
Murid-murid yang membawa hadiah akan dipersilakan untuk menghulurkan hadiag masing-masing
ke tangan guru mereka di hadapan tapak perhimpunan. Azizah menahan cungkap. Resah menanti
giliran menyuakan hadiah ciptaannya.

Cikguini saja yang saya mampu berikan. Jangan buka sekarang, cikgu. Buka di rumah.
Azizah merayu kepada Cikgu Zaleha. Jemari nakal Cikgu Zaleha mencubit bucu kertas surat khabar
pembalut hadiah daripada Azizah.

Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?


Wajah Cikgu Zaleha yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah lama-lama.
Ingin meneka apa-apa yang tersirat di sebalik perkataan besar itu.

Saya tak mampu, cikgu. Saya belajar buat hadiah ini pun kerana saya tak mampu
membeli dengan wang. Gaji bapa kecil sahaja. Emak taka da gaji tetap. Lurus luahan rasa Azizah.
Cikgu Zaleha memaut bahu kanan Azizah.
(Dipetik daripada cerpen Hadiah,
Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan cerpen, apakah permintaan Azizah daripada Cikgu Zaleha?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

(3 markah)

(ii) Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

(3 markah)

(iii) Setiap murid mestilah menghargai jasa guru mereka.


Berdasarkan pernyataan di atas, apakah perkara-perkara yang perlu anda lakukan untuk
menghargai jasa guru?
___________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(4 markah)
3
6 Baca sajak di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bintang
Suatu malam aku duduk
di halaman rumah
kulihat cantiknya bintang-bintang
menghias langit yang terbentang
aku ingin terbang ke sana
membawa pulang bintang-bintang
tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya

Tetapi kata ibu


itu tidak perlu
ayah sudah ada bintang
begitu juga ibu
rumah sudah bercahaya
begitu juga jiwa mereka
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu

SITI ZALEHA HASHIM

(Dipetik daripada antologi


Bintang Hati,Tingkatan 3
Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan sajak, apakah dua sebab ibu tidak membenarkan aku membawa pulang binatng-
bintang? (3 markah)
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

(ii) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak diatas (3 markah)
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
4
__________________________________________________________________________

(iii) Anak-anak sangat penting dalam kehidupan sesebuah keluarga.


Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu
bapa? (4 markah)
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

7 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.
(i) Komander Tawanan Caucasus karya Ruzaini Yahya
(ii) Hempasan Ombak karya Zailani Taslim
(iii) Chot karya Azizi Haji Abdullah
(iv) Justeru Impian Di Jaring karya Zaid Akhtar

Peleraian merupakan bahagian terakhir dalam binaan plot sesebuah novel. Berdasarkan
pernyataan peleraian yang diberikan di bawah, jelaskan tiga pengajaran yang dapat diperoleh
daripada peleraian tersebut.
(10 markah)

Novel PELERAIAN

Komander Farhani pulang ke rumah, tetapi dia tidak dapat dilihat oleh ahli
Tawanan Caucasus keluarganya. Nasib yang sama berlaku kepada Kim Yong,Wei,
Devnath dan Haikal. Bara memahami masalah mereka kemudian
membawa mereka ke makmal untuk memulihkan kelima-lima sahabat
itu. Selepas itu, apabila mereka pulang, mereka menjadi tumpuan
wartawan dan pihak polis. Mereka akan merahsiakan mengenai
kerajaan kumbang suapaya tidak diapa-apakan oleh manusia. Kim
Yong berjanji akan melepaskan kumbang-kumbang di rumahnya
supaya bebas.

Hempasan Ombak Mukhtar bin Yusof ditangkap kerana mengupah orang membakar
Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein memberi semangat kepada Farid
dan menjelaskan selok-belok perniagaan. Syarikat Farid berkembang
maju. Farida mat berterima kasih kepada Mokhsein yang banyak
membantunya. Sementara itu, Zuraida pula msiah belajar secara
sambilan dalam bidang perniagaan.

5
Chot Chot mati setelah dirodok oleh Alias untuk menyelamatkan Cikgu
Sunan. Cikgu Sunan terselamat dan menyuruh Alias ke sekolah esok
dan dia akan menghantar Alias ke hospital. Cikgu Sunan juga
membiayai pendidikan Alias hingga ke universiti.

Justeru Impian Di Syahir menjalani pembedahan dan berada di hospital Jakarta. Selepas
Jaring itu, dia pulang ke Malaysia dan bersyukur kerana dipanjangkan umur.
Syahir memeluk ibunya dan memberikan pingat kemenangan kepada
ibunya. Abang Long menyatakan rasa bangganya kepada adik
bongsunya itu. Syahir berharap dia akan terus cemerlang dalam sukan
yang diceburinya itu.

BAHAGIAN C
[15 markah]

8 Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis
ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan

BAHAGIAN D
(30 markah)

6
9 Teliti semua soalan karangan yang berkait dengan tema yang diberikan di bawah. Kemudian
pilih satu daripada tiga soalan tersebut dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 180 patah perkataan.

Tema : Aktiviti Kokurikulum

(i) Aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah banyak memberikan manfaat kepada
murid-murid.
Nyatkan faedah-faedah aktiviti kokurikulum kepada murid-murid.

(ii) Anda merupakan ahli pasukan beruniform di sekolah. Baru-baru ini anda telah
mengikut aktiviti perkhemahan.
Ceritakan pengalaman anda semasa mengikuti perkhemahan tersebut.

(iii) Anda diminta menyampaikan syarahan bertajuk Cara-cara Menggalakkan Murid


Sekolah bergiat Aktif dalam Aktiviti Kokurikulum
Tulis teks syarahan itu selengkapnya.

7
KERTAS SOALAN TAMAT

Vous aimerez peut-être aussi