Vous êtes sur la page 1sur 4

AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan


satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat

Saya sakit

Rumah Ali cantik

Ahmad tidak pergi ke


sekolah hari ini.

AYAT MAJMUK
Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu
subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.

Ayat majmuk Kata Ayat tunggal


hubung

Suhaili suka makan dan (a) Suhaili suka


nasi lemak dan mi makan nasi lemak.
sup.
(b) Suhaili suka
makan mi sup.

Rumah yang besar Yang (a) Rumah itu


itu rumah Fazli. besar.

(b) Rumah itu


rumah Fazli.
Dia memberitahu bahawa
(a) Dia
bahawa kakaknya memberitahu.
akan melanjutkan
pelajaran ke luar (b) Kakaknya akan
Negara. melanjutkan
pelajaran ke luar
Negara.

Dia akan balik ke Apabila


(a) Dia akan balik
kampong apabila ke kampung.
ada masa lapang.
(b) Dia ada masa
lapang.

Latihan :
(A) Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat
majmuk.

1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________

2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________

3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon


_____________

4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan


itu. _____________

5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering.


______________
6.Kucing itu mengiau kerana lapar. ______________

7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________

8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________


9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________

10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung


yang diberi supaya menjadi ayat majmuk.

1. Ayah membaca surat khabar.


Ayah menonton televisyen. sambil
________________________________________
2. Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman dan
_________________________________________
3. Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru. untuk
_________________________________________
4. Kasut itu berwarna biru.
Kasut itu sangat mahal. yang
_________________________________________
5. Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan. apabila
_________________________________________
6. Halim kaya.
Halim kedekut. tetapi
_________________________________________
7. Murid itu mengetuk pintu.
Murid itu masuk ke dalam bilik darjah. sebelum
__________________________________________
8. Ibu memarahi adik.
Adik bermain di tepi longkang. kerana
__________________________________________
9. Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.
Asward tidak sihat. walaupun
__________________________________________