Vous êtes sur la page 1sur 3

JURNAL PRAKTIKUM FASA 1

Minggu Praktikum :5

Tarikh : 31 Julai 4 Ogos 2017

Tajuk Jurnal : Masalah pengurusan masa semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas.

1. Isu Yang Difokuskan :

Isu yang telah saya hadapi sepanjang minggu kelima ini adalah saya menghadapi masalah pengurusan masa
yang tepat bagi Kelas 5 (K5) sebagaimana yang telah saya rancang dalam buku Rancangan Pengajaran
Harian. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana masa tidak mencukupi. Hal
ini telah menimbulkan masalah bagi saya untuk mecapai objektif pembelajaran yang telah dirancang.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Isu ini timbul kerana aktiviti yang sedang dilakukan oleh murid memerlukan masa untuk melakukan
pemahaman yang mendalam sesuai dengan tahap mereka. Guru mendapati murid-murid mengambil masa
yang agak lama untuk menyiapkan aktiviti yang sedang dijalankan. Tambahan pula, terdapat sesetengah
murid yang bermain dan bersembang kosong dengan rakan-rakan mereka telah melengahkan lagi masa
yang telah ditetapkan oleh guru.

Kesan daripada isu ini, guru terpaksa mempercepatkan aktiviti pengajaran supaya standard pembelajaran
tidak perlu ditangguhkan. Selain itu, guru juga tidak dapat menyemak jawapan bersama-sama dengan murid
selepas membuat latihan pengukuhan kerana waktu pengajaran telah tamat. Guru tidak dapat membetulkan
kesilapan murid dan melakukan perbincangan bersama-sama dengan murid.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Rashidi & Abdul Razak (1995), guru yang merancang semua aspek dengan teliti akan dapat
menyampaikan pengetahuan atau isi pelajaran dengan berkesan dalam masa yang ditetapkan. Tahap
keberkesanan pengajaran yang tinggi dapat dicapai melalui perancangan mantap dan rapi. Oleh itu, guru
perlu merancang dan memperhalusi semula rancangan mengajar supaya masa yang ditetapkan adalah
mencukupi.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti. Saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :

i. Memperhalusi semula rancangan mengajar.


ii. Memperuntukkan jumlah waktu yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan oleh murid.

5. Tempoh Masa Penyelesaian : 1 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya telah mengambil tindakan susulan iaitu menyemak semula rancangan mengajar dan mengubah
peruntukkan waktu bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan sama ada secara kumpulan atau individu.
Saya juga sentiasa mengingatkan murid tentang masa yang ada dan memantau hasil kerja murid.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan : 7 Ogos 2017

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti
telah memberikan kesan yang positif. Hal ini dapat dilihat apabila saya dapat melakukan perbincangan dan
menyemak jawapan untuk latihan pengukuhan bersama-sama dengan murid.

9. Kesimpulan/Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulannya, saya merasa berpuas hati kerana tindakan susulan saya telah berjaya dilaksanakan. Saya
dapat menyemak jawapan bersama-sama dengan murid dan membetulkan kesalahan murid dalam waktu
pengajaran yang sama selepas aktiviti dijalankan.
10. Rujukan

Rashidi, A. & Abdul Razak, H. (1995). Pengajaran dalam bilik darjah : Kaedah dan Strategi. Selangor :
Masa Enterprise.

Vous aimerez peut-être aussi