Vous êtes sur la page 1sur 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JAWI,


14200 SUNGAI JAWI,
SEBERANG PERAI SELATAN,
PULAU PINANG.

Kod Sekolah : PEA 4005 Tel : 04-5823307 Fax : 04-5823546

Ruj. Kami : SMKJ 100-4/1 ( )


Tarikh : 04hb Ogos 2017
Kepada,
Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan
.
Tuan / Puan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KUTIPAN AKTIVI MERDEKATHON SMK JAWI 2017

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SMK Jawi mengadakan program Aktivitithon 2017
bermula bulan ogos 2017 hingga september 2017. Objektif program ini adalah:

2.1. Mengumpul dana untuk memperbaiki infrastruktur/ kemudahan sekolah dan aktiviti kokurikulum
di sekolah.
2.2. Membentuk keterampilan, keyakinan dan jati diri tinggi dalam kalangan pelajar.
2.3. Meningkatkan penglibatan SMK dan SK sekuruh Pulau Pinang, Kedah dan Perak untuk
menyumbangkan kutipan amal PIBG.

3. Pihak PIBG amat berharap pihak Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dapat membantu dengan memberi
sumbangan derma dengan ikhlas untuk menjayakan program tersebut. Bersama- dama dengan ini
disertakan sekeping kad kutipan Program Merdekathon 2017 SMK Jawi yang benombor __________
untuk perhatian dan tindakan pihak Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan.

4. Sumbangan boleh diberikan samada secara tunai/ kiriman wang, cek atas nama Persatuan Ibu
bapa dan Guru Sek. Men Keb Jawi. Semua kad dan sumbangan / derma hendaklah dikembalikan
kepada Bendahari PIBG SMK Jawi sebelum 24 Ogos 2017. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi
Puan Hajah Fathiyah binti Abu Bakar (Pengetua)- 019 474 9192 dan Encik Mat Rodzi bin Souib- (YDP
PIBG)- 017 523 8039

5. Kerjasama dan keperihatianan dari pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih. Semoga sumbangan yang dihulurkan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

Sekian. Terima kasih

Saya yang menjalankan tugas,

__________________________
(HAJAH FATHIYAH BINTI ABU BAKAR)
Pengetua
SMK Jawi
_____________________________________________________________________________________

Vous aimerez peut-être aussi