Vous êtes sur la page 1sur 16

SEKOLAH

KEBANGSAAN
ULU ENTAIH
JULAU, SARAWAK

KERTAS KERJA
PENUBUHAN KELAB BAHASA
INGGERIS

1
SK ULU ENTAIH

PENUBUHAN KELAB BAHASA INGGERIS

1. PENDAHULUAN
Kegiatan pendidikan di sekolah terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu kurikulum dan
kokurikulum (Laporan Razak, 1956 as cited in Nor Azzam et.al., 2017). Dalam peraturan ini,
program kokurikulum dan sukan disebut sebagai kegiatan kumpulan meliputi aktiviti-aktiviti
seperti kelab mata pelajaran/gabungan, kegiatan kesusasteraan, olahraga dan permainan
serta latihan pemuda. Oleh itu, program kokurikulum dan sukan adalah saling melengkapi
antara kurikulum dan kokurikulum serta bertujuan memperkembangkan tahap kognitif, afektif
dan psikomotor murid bagi mencapai matlamat pendidikan yang terancang dan sempurna
(Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), 1997).
Kegiatan kokurikulum bererti apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari
di bilik darjah. Kokurikulum bukanlah satu konsep yang terpisah daripada kurikulum, tetapi
kokurikulum lahir daripada kurikulum dan membawa makna dimensi pendidikan yang terletak
di luar daripada ruang lingkup pendidikan di bilik darjah (Abdul Alim, 2004)
Bahasa Inggeris merupakan Bahasa kedua di negara Malaysia. Program MBMMBI iaitu
memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasakan Bahasa Inggeris adalah sebuah dasar
kerajaan Malaysia dalam mengembalikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan
meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar (Wong, 2014)

2. Matlamat
1. Program ini akan mendedahkan pelajar kepada penguasaan Bahasa Inggeris dengan
melaksanakan aktiviti yang menyeronokkan.

2. Pelajar akan berpeluang untuk mewakili sekolah dalam pertandingan yang


dipertandingan untuk subjek Bahasa Inggeris.

2
3. Objektif
1. Untuk mencapai dasar kerajaan iaitu MBMMBI.

2. Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam pertandingan-


pertandingan subjek Bahasa Inggeris
3. Mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dalam kelab.

4. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4. Rasional
1. Sekolah ini belum menubuhkan kelab Bahasa Inggeris.

2. Terdapat guru yang berminat dan merupakan guru major Bahasa Inggeris untuk

menjadi guru penasihat kelab ini.

3. Sekolah ini mempunyai pelajar yang berminat untuk menyertai kelab ini.

5. Kumpulan Sasaran

1. Pelajar Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6

6. Ahli Jawatan Kuasa (AJK)

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum
Guru Penasihat : Cik Heinny Ak Selan
Setiausaha : Encik Ahmad Nazri
Bendahari: : Pelajar
AJK : : Pelajar
Ahli: : Pelajar

3
7. Anggaran Perbelanjaan

1. Kertas A4 : RM200
2. Peralatan menulis/mewarna : RM150
3. Peralatan lain-lain yang diperlukan oleh Kelab : RM300

8. Kutipan dana untuk membiayai peralatan

1. Kutipan Derma
2. Memohon penajaan dari pihak tertentu
3. Penjualan penanda buku dll.
4. Memohon peruntukan ko-kurikulum dari pejabat pendidikan.
5. Memohon peruntukan ko-kurikulum sekolah.

9. Aktiviti-aktiviti Kelab

1. Action songs

Aktiviti ini dibimbing oleh guru penasihat. Guru mengajar aksi-aksi dalam lagu
diikuti oleh murid-murid. Kemudian murid-murid akan melakukan aksi sambil
bernyanyi.

2. Poems

Guru mendeklamasikan sajak. Murid-murid diberi tugasan untuk mencipta sajak


dan mempersembahkan sajak tersebut.

3. Games

Pelbagai English Games dijalankan semasa perjumpaan. Misalnya, tongue


twister, charades, postman etc.

4. Drama

Guru mendedahkan aktiviti drama kepada murid-murid. Murid-murid ditugaskan


untuk berlatih drama-drama pendek. Selain itu, murid-murid turut diberi tugasan
untuk menyediakan props drama.

4
5. School trips

Lawatan sambil belajar boleh dianjurkan pada hujung tahun. Lawatan boleh
dijalankan di Pustaka Negeri, kapal Logos Hope dan banyak lagi.

6. Story-telling competition

Pertandingan boleh dianjurkan antara murid-murid di sekolah atau di peringkat


sekolah dan bahagian. Murid-murid didedahkan dengan gaya dan teknik bercerita
dengan betul.

7. Making Craft

Aktiviti ini dijalankan untuk memupuk kreativiti murid-murid untuk mencipta atau
mengubahsuai sesuatu benda.

5
10. PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN/KELAB

(rujukan diperolehi daripada Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum


Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia)

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT


i. Nama Persatuan: English Club, Sekolah Kebangsaan Ulu Entaih

ii. Alamat: Sekolah Kebangsaan Ulu Entaih, Julau, Sarawak.

PERATURAN 2 KEAHLIAN
i. Dibuka kepada murid tahun 3, 4, 5 dan 6 di sekolah ini.

ii. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

iii. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan

mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

PERATURAN 3 GURU PENASIHAT


i. Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

ii. Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan
sesuatu aktiviti.

iii. Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 4 AHLI JAWATANKUASA


i. Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

ii. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak
dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa.

iii. Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6
iv. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.

v. Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat


perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

PERATURAN 5 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

5.1 Pengerusi
i. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
semua mesyuarat

ii. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan
diambil tindakan yang sewajarnya.

iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

5.2 Naib Pengerusi


i. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.

ii. Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

5.3 Setiausaha

i. Menguruskan hal-hal surat menyurat.

ii. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.

iii. Mencatat kehadiran ahli.

iv. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

v. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7
5.4 Penolong Setiausaha
i. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.

ii. Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

5.5 Bendahari
i. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.

ii. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.

iii. Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.

iv. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli


jawatankuasa.

v. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat


Agung.

vi. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

5.6 Penolong Bendahari


i. Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

5.7 Ahli Jawatankuasa


i. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

ii. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

8
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa

5.8 Pemeriksa Kira-Kira


i. Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan
bertangungjawab keatasnya.

ii. Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

PERATURAN 6 KEWANGAN
i. Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa
Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 1.00 seorang sebulan.

ii. Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

iii. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan


besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

iv. Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah,


sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 7 KEHADIRAN/PENYERTAAN
i. Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
sepanjang tahun.

ii. Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum
boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10 AKTIVITI
i. Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.

ii. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

9
PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN
i. Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

ii. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

iii. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN


i. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.

ii. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

Amaran lisan

Amaran bertulis

iii. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada
Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah
muktamad.

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN


i. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

ii. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru
Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

iii. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

iv. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.

10
PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN
i. Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

ii. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tergempar.

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN


i. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.

ii. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

11
11. Penutup

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga ilmu dan pelajaran yang disampaikan dalam penubuhan kelab ini akan memberi
manfaat dan pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid-murid. Oleh itu,
kerjasama daripada semua pihak amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Disediakan oleh,

_____________
(ROZIE KASIM)
Pengerusi,
Kelab Bahasa Inggeris,
Sekolah Kebangsaan Ulu Entaih,
Julau, Sarawak.

Disahkan oleh,

____________________
(JAMPONG ANAK DASI)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Ulu Entaih,
Julau, Sarawak.

12
Lampiran 1

CONTOH SURAT PANGGILAN MESYUARAT


Kepada,
Guru Besar,
Penolong-penolong Kanan,
Guru-guru
Sk Ulu Entaih

Tuan/Puan,

MESYUARAT PENUBUHAN KELAB BAHASA INGGERIS

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan


berikut :

Tarikh : 16 Mac 2017

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1 Perutusan Pengerusi;


3.2 Perlantikan AJK Kelab Bahasa Inggeris;
3.3 Perkara-perkara berbangkit;
3.4 Pembentangan kertas-kertas kerja;
3.5 Hal-hal lain;
3.6 Penutup.

Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

............................
(AHMAD NAZRI)
Setiausaha kelab Bahasa Inggeris
SK Ulu Entaih

13
Lampiran 2

CONTOH MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


BILANGAN 1 TAHUN 2017

Tarikh : 16 Mac

Masa : 2.00 petang- 4.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. Heinny Anak Selan Guru Penasihat (Pengerusi)
2. Jampong Anak Dasi Guru Besar
3. Panggau Rimong Penolong Kanan 1
4. Kennedy Saga Penolong Kanan HEM
5. Nyandang Anak Setia Penolong Kanan Kokurikulum
6. Ahmad Nazri B. Ramli Guru
7. Saufi B. Ismawi Guru
8. Ngelambong Kana Guru
9. Tambo Anak Jepon Guru
10. Elena Lulia Luhat Guru
11. Morni B. Sabki Guru
12. Sim Ming Yan Guru

Urus Setia Mesyuarat :


1. Sim Ming Yan Naib Setiausaha

14
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Ucapan alu-aluan oleh Cik Heinny Ak Selan. Ucapan terima kasih di atas
kehadiran semua guru.

1.2. Beliau menerangkan tujuan mesyuarat pada hari tersebut.

2. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN


2.1 Kertas kerja dibentang.

2.2 Perlantikan AJK Kelab Bahasa Inggeris.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Kewangan yang melibatkan belanjawan Kelab
Tindakan: menjalankan kutipan yuran dan sumbangan daripada PIBG

4. HAL-HAL LAIN
4.1 Keselamatan
4.2 Latihan kebakaran akan diadakan dua kali setiap tahun.
4.3 Pelan kecemasan dan kebakaran diletakkan dalam setiap kelas dan sentiasa
dikemaskini mengikut tahun.
4.4 Murid akan berkumpul di padang sekolah semasa latihan kebakaran
dijalankan

5. PENANGGUHAN
5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Urus Setia
Panitia Bahasa Inggeris
SK Ulu Entaih
Tarikh : 17 Mac 2017 (Tarikh diminitkan)

15
Rujukan

Abdul Alim .(2004). Pengurusan gerak kerja kokurikulum. Kuala Lumpur :Penerbit Oxford.

Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(1997). Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum


Kebangsaan).

Noor Azzam Syah, Noor Azzura & Noor Hassline (2017). Proses Pelaksanaan Pengurusan
Kokurikulum Yang Diamalkan Oleh Kumpulan Pengurusan Kokurikulum (KPP Koku) Di
Sekolah Menegah Harian, Lembah Klang. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik,
5(1), 31-54.

Wong Huey Ling. (2014).Tahap penglibatan pelajar di Sekolah Menengah dalam aktiviti
kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan.(Tesis Sarjana,
Universiti Teknologi Malaysia).

16

Vous aimerez peut-être aussi