Vous êtes sur la page 1sur 3

Assalamualaikum...

Haihhhh...Zahra da setahun sebulan mummy baru nak cerita pasal pemakanan


Zahra...bukan apa sekadar untuk panduan dan perkongsian bersama ibu dan bakal ibu...

Seperti dlm entri sebelum ni pasal pemakanan bayi, mummy dapat info dan banyak
belajar dari group Homemade Solid Food For Your Baby (HSFFYB) dalam FB...dan dari
situ baru mummy tau sebenarnya makanan pejal pertama bayi adalah puri sayur dan
buah bukannya cerelac ataupun bubur nasi...

Sayur dan buah pulak bukan semuanya boleh bagi..ada ikut kategori umur..kalau 6 bulan
tu buah mcm epal, pear, mangga, peach, pisang, avocado. Sayur plak mcm keledek dan
labu..jadualnya ada dalam entry ini...So dlm entry ni mummy akan cerita pasal resipi
dan cara penyimpanan serta ketahanan puri...memang sangat simple dan
senang...Takde alasan utk mummy yg bekerjaya utk sediakan puri buat si manja mereka
sebab mummy pun kerja jugak..Apa yang penting adalah beri yang terbaik dan
berkhasiat untuk baby kita...Oh ye pemberian sayur dan buah yang dipuri adalah untuk
mengenal rasa masin dan manis semulajadi kepada bayi kita..Kuantitinya pun perlu
diberi sedikit sahaja..cukup utk baby belajar makan dan mengenal rasa sebab perut dia
pun kecik lagi..kalau ada demand baru tambah lagi..Ikut umur la 6 bulan bagi sekali je
dlm 1oz, kalau da 7 bulan boleh beri 2 kali..

Resepi
Makanan pejal pertama Zahra adalah puri epal. Caranya adalah basuh sebiji epal bersih
dan kupas kulit..kemudian kukus dan kisar sampai halus...Kukus lebih baik daripada
merebus kerana nutriennya akan kekal, rebus plak nutriennya akan pergi ke air
rebusan..

Lepas kisar, tapis lagi untuk dapatkan tekstur yang betul2 halus bagi elakkan bayi
tercekik..Boleh juga ditambah susu ibu atau susu formula..ini untuk bayi yang susah nak
makan, bila letak susu dia akan makan sebb kenal dgn rasa susu..tp Zahra tak suka pun
letak susu..siap dikisar lebihannya akan disimpan ke dalam bekas ais dan tutup atau
balut bekas tu utk elak bau ayam or ikan dlm freezer meresap ke dalam puri.

Inilah reaksi Zahra bila first time makan puri epal..berkerut2 muka dia maybe sebab
masam kot..dia pun mcm tak suka je epal..Oh ye jangan lupa 4-day rule ye :)
Ini pula puri pear..tp mummy pakai buah lai..kaedahnya sama je..tapi kali ni mummy
dah beli blender+stim Avent memang senang dan cepat je nak memuri...tuang air dlm
tempat yang disediakan, masukkan buah, terbalikkan supaya bahagian yang lubang2
dekat bawah n pusingkan knob stim..bila da stim ia akan berbunyi..mummy akan bukak
skit penutup untuk biarkan sejuk sedikit kemudian tonggengkan dan bolehlah
kisar...kemudian tapis...

Kali ni juga mummy da beli tempat ais yang ada penutup..mmg sgt senang..Ini mummy
beli kat Giant..hasil daripada perkongsian mommies dlm HSFFYB.

Puri mangga pun feveret dia la..yang manis2 semua dia sukalah..

Selain tu mummy pun da buat puri keledek, puri labu, oh ye pisang takyah puri sebb dia
cepat lebam kan..so bila nak makan just lenyek sampai halus..mummy lenyek dlm
penapis so mmg yang halus akan keluar..pisang sangat sesuai kalau travel.
Puri kurma pun mummy ada buat..kurma tu buang biji dan mummy steam, bila dah
lembik mummy blend dan campur sedikit air sebb kurma ni mmg pekatla tekstur puri
dia..kalo nak kurang manis lebihkan air so puri akan cair2 je..

Setel bab resepi yang sgt senang now kita ke bab seterusnya

iaituPenyimpanan. Wah mummy ni da mcm cikgu plak..kalah nurse2 kat


klinik2 tauuu..

Bila dah buat puri banyak-banyak utk stok, puri tu masukkan ke dalam bekas ais dan
ditutup, kemudian masuk dlm freezer..Esoknya bolehlah dikeluarkan puri beku tu dan
transfer ke dalam bekas kedap udara..cara nak keluarkan puri dari bekas ais beli kat
Giant tu sgt snang..mummy letakkan belakang bekas tu kat bawah air yang mengalir
pastu just bengkok2kan je bekas tu..tp hati2 jgn terlebih bengkok kang patah lak...

Bila da simpan dalam bekas or dlm plastik ziplock, labelkan ikut nama puri dan tarikh
dibekukan...Puri ni sama mcm ebm..bila da beku leh tahan 3 bulan, kalo simpan dlm
chiller tahan 2 hari jer..Bekas ais yang da dibasuh bersih tu lehla letak puri lain plak utk
dibekukan..senang kannnnnn...

Banyak mana nak bagi baby makan? Cane nak bagi baby makan? Cane nak cairkan
frozen puree tu...senang je..kaedah yang mummy gunakan ialah ambil sekiub puri yang
hendak dimakan utk esok..contohnya 1 kiub puri epal sebab baru bagi baby makan
sehari sekali..Malam tu mummy akan ambil seketul kiub dan letak dlm taperware
kemudian letak kat bahagian bawah peti ais iaitu dlm chiller..Esoknya puri tu da cair
skit..Mummy akan hantar puri tu pada baby sitter dan bila nak bagi baby makan just
panaskan dlm bottle warmer..senangkannn...sangat senang so takde alasan utk mak2
kat luar sana kata takde masa or malas n nak senang bancuh cerelac je..haih...bagi
sayur dan buah lagi berkhasiat dan sedap...

So rasanya itu saja pasal puri..dlm entry lain mummy akan cerita pasal grains pula dan
tumis-menumis..Selamat mencuba :)