Vous êtes sur la page 1sur 8

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA SHAN TAO

JALAN AUSTRAL 9, KEPAYAN RIDGE,

88200 KOTA KINABALU, SABAH

Kertas Kerja Projek Menghias Kawasan Sekolah

Sempena Hari Kebangsaan

Anjuran Pelajar IPGK Gaya Internship

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shan Tao

Tarikh: 31 Julai 2017 Hingga 25 Ogos 2017

Tempat: SJK (C) Shan Tao

Di Bawah Anjuran Pelajar


IPGK Gaya PISMP BM, TESL & PSV AMBILAN JANUARI 2014
IPG Kampus Gaya
Dengan Bantuan Dan Kerjasama Pihak Sekolah
Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya (Semester 8)

Disediakan oleh : Nama Opsyen


Guok Wei Loon TESL
Tan Meng Keng TESL
Edward Bong Jin Liang Pengajian Bahasa Melayu
Gabriel Wong XiaQing Pengajian Bahasa Melayu
Gan Yin Pendidikan Seni Visual
Teh Vinny Pendidikan Seni Visual

1.0 Nama Program


Projek Menghias Kawasan Sekolah Sempena Hari Kebangsaan

2.0 Pendahuluan
Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk
mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
sedia ada sebagai seorang guru. Pelajar IPGK Gaya dikehendaki merancang,
melaksana dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan
budaya sekolah atau tempat bertugas. Lantaran itu, program menghias kawasan
sekolah sempena hari kebangsaan telah dirancang bagi memenuhi objektif tersebut.

Sehubungan dengan itu, kami pelajar IPGK Gaya dari Institut Pendidikan
Guru Kampus Gaya telah memilih melaksanakan aktiviti ini berkaitan dengan
komuniti sekolah bagi menjayakan Internship yang bermula dari 31 Julai 2017
hingga 25 Ogos 2017 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shan Tao, Kota Kinabalu
Sabah.

Antara cadangan projek yang ingin dilaksanakan ialah Menghias Kawasan


Sekolah sempena Hari Kebangsaan.
3.0 Matlamat
Sekolah merupakan pusat bagi murid-murid untuk menimba ilmu
pengetahuan. Sekolah yang baik ialah sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif,
di mana sekolah yang murid-murid berada selamat, ceria dan sesuai dengan untuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dalam mewujudkan sekolah yang kondusif, pihak sekolah perlu mewujudkan
suasana ceria di sekolah. Pelbagai projek boleh dijalankan untuk menceriakan
kawasan sekolah sempena Hari Kebangsaan.
Menyedari kepentingan keceriaan di sekolah, Pelajar IPGK Gaya Internship
telah bersepakat untuk menghias kawasan sekolah bertemakan Hari Kebangsaan
yang memfokuskan kepada kronologi kejayaan Malaysia dalam menjadi sebuah
negara yang dikagumi oleh dunia. Projek keceriaan sekolah ini bermatlamat untuk
mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria dan
cantik untuk murid-murid iaitu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.0 Objektif
Antara objektif pelaksanaan projek ini adalah untuk :

Pelajar IPGK Gaya menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah


kecemerlangan, akauntabiliti dan intergriti dalam melaksanakan tugas seperti
berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah.
Pelajar IPGK Gaya dapat membimbing dan melatih para murid berinteraksi
sesama sendiri dan berkongsi pengalaman semasa menyediakan dan
mengendalikan projek menghias kawasan sekolah sempena bulan
kebangsaan.
Memberi latihan dan menyediakan pengalaman bagi Pelajar IPGK Gaya dan
murid-murid dalam aspek pengurusan dalam projek menghias kawasan
sekolah sempena bulan kebangsaan.
Pelajar IPGK Gaya merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui
oleh pihak sekolah untuk menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran
bagi memenuhi kehendak program pendidikan semasa.
Pelajar IPGK Gaya memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-
ciri inovasi dan kreativiti melalui aktiviti menghias kawasan sekolah sempena
bulan kebangsaan dengan menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam
sebagai sumbangan terhadap sekolah.
5.0 Rasional
Bagi pihak Pelajar IPGK Gaya, projek keceriaan sekolah ini dapat dijadikan
satu pengalaman baru yang berguna sebagai bekalan ilmu ketika sudah menjadi
guru sebenar kelak. Ia dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan
menarik dan dijadikan sumber perhatian terutamanya murid-murid dan tetamu yang
mengunjungi sekolah.
Selain itu, Pelajar IPGK Gaya juga dapat menunjukkan inisiatif ke arah
meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan. Hasil kerja tangan
Pelajar IPGK Gaya Internship sebagai buah tangan atau kenang-kenangan apabila
Pelajar IPGK Gaya meninggalkan sekolah kelak.

6.0 Kumpulan Sasaran


Pelajar IPGK Gaya akan dibantu oleh pihak pentadbir sekolah, guruguru
yang berpengalaman, staff-staff sokongan dan murid-murid untuk menyempurnakan
program menghias kawasan sekolah sempena bulan kebangsaan.

7.0 Tarikh dan Tempat


Tarikh : 05 Ogos 2017 Hingga 25 Ogos 2014
Tempat : Kawasan Sekolah

8.0 Jawatankuasa Pengelola


8.1 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Encik Goh Teck Seng (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Encik Hong Siang Aun (Guru PK Akademik)
Pn Then Yow Kiew (Guru PK HEM)
Pn Wee Lip Moi @ Agnes (Guru PK Kokurikulum)
Guru Penasihat / Mentor : Pn Yap Su Fuey
Pn Annie Wong Su Yee
Pn Agatha Theodora Lim Yunn Shyuan
Pn Tse Nyen Hong @ Kenny Tse
Pn Law Kiing Foun
Pn Lee Fui Yung
8.2 Jawatankuasa Kerja
AJK Kertas Kerja : Edward Bong Jin Liang (Pelajar IPGK Gaya)
: Gan Yin (Pelajar IPGK Gaya)
AJK Dokumentasi : Teh Vinny (Pelajar IPGK Gaya)
AJK Fotografi : Tan Meng Keng (Pelajar IPGK Gaya)
AJK Perhiasan Mural : Gabriel Wong Xiaqing (Pelajar IPGK Gaya)
AJK Peralatan : Guok Wei Loon (Pelajar IPGK Gaya)

9.0 Jadual Perancangan Program


Berikut merupakan pelan tindakan projek keceriaan sekolah :

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan


Berbincang dengan pihak pentadbir untuk
dapatkan khidmat dan nasihat berkaitan Kerjasama
1 31 Julai 2017 projek yang boleh dilaksanakan daripada
Berbincang dengan guru mentor berkaitan
pihak sekolah
projek yang boleh dilaksanakan.

Pembinaan kertas kerja


Memerhati dan memilih kawasan yang Kerjasama
sesuai untuk dihias. daripada
2 02 Ogos2017
Mencari sumber idea atau ilham yang guru-guru
berkaitan dengan tempat mural. sekolah

Mengenal pasti bahan-bahan yang sesuai


untuk menghias kawasan sekolah.
Menghias kawasan sekolah sempena Hari
Kerjasama
Kebangsaan mengikut tempoh masa yang
3 04 Ogos 2017 daripada
telah ditetapkan.
pihak sekolah
Melukis draft kawasn yang ingin dihiaskan
(rujuk Lampiran 1).

Berbincang dengan guru mentor dan Guru Kerjasama


Besar mengenai draft hiasan yang ingin . dengan Guru
4 05 Ogos 2017 Membaiki draft hiasan yang ingin dihias
Besar dan
yang telah dilukis.
guru mentor
5 03 Ogos 2017 Berbincang dengan guru mentor dan Guru Kerjasama
Besar mengenai draft hiasan kawasan dengan Guru
sekolah yang ingin dihias. Besar dan
Membaiki draft hiasan kawasan sekolah
yang telah dilukis. guru mentor

Kerjasama
Persediaan untuk menghias kawasan
dengan guru-
6 04 Ogos 2017 sekolah dengan bahan yang sedia ada
guru dan
murid-murid
07 Ogos 2017 Kerjasama
Mulakan proses penghiasan sekolah
9 - dengan
11 Ogos 2017 murid-murid
Pelajar IPGK
10 14 Ogos 2017 Refleksi dan pendokumentasian laporan Gaya -
individu

10.0 Jadual Pelaksanaan

Tarikh Masa Perkara

07 Ogos
Membersihkan kawasan bangunan
2017 7.15 am Persediaan menghias kawasan Sekolah
- Mulakan proses penghiasan sekolah.
11 Ogos 1.30 pm
2017

11.0 Anggaran Kos Perbelanjaan


Bil Perkara Unit Jumlah (RM)
1 Tanglung 14 45.00
2 Polysterine 1 7.00
3 Impra board 1 7.50
4 Fishing line 2 2.00
5 Wrapping roll 3 6.00
6 Bendera 10 25.00
JUMLAH 92.50

12.0 Penutup
Diharap melalui projek ini akan dapat mengeratkan kerjasama antara Pelajar
IPGK Gaya dengan guru-guru serta murid-murid di sekolah. Pelajar IPGK Gaya juga
berharap mempelajari sebanyak mungkin sumber ilmu yang ditemui sepanjang
projek dan juga pengalaman yang amat berharga sebagai panduan menjadi guru
suatu masa nanti.
Pihak jawatankuasa juga memohon kerjasama dan tindakan dari pihak
pengurusan sekolah supaya mempertimbangkan permohonan projek ini. Semoga
projek keceriaan sekolah ini dapat meningkatkan lagi kecantikan kawasan sekolah.
Oleh itu, kerjasama dari semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan Oleh, Disediakan Oleh,

.................................................. .................................................
EDWARD BONG JIN LIANG GAN YIN
Pelajar IPGK Gaya IPG Kampus Gaya Pelajar IPGK Gaya IPG Kampus Gaya

Disemak Oleh,

.........................................
( )
Mentor Projek Internship,
Guru SJK (C) SHAN TAO.

13.0 Pengesahan Kertas Kerja


Ulasan Guru Besar

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Bahawasanya dengan sukacitanya saya Meluluskan / Tidak Meluluskan program


dalam kertas kerja ini.

..........................................
( )
Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shan Tao,
Jalan Austral 9, Kepayan Ridge,
88200 Kota Kinabalu, Sabah

15.0
Lampiran

Vous aimerez peut-être aussi