Vous êtes sur la page 1sur 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

HAMID KHAN, TAPAH

KERTAS KERJA CADANGAN

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU AKU NEGARAKU SEMPENA


MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT
SEKOLAH
2017

ANJURAN
KELAB KEBUDAYAAN
PANITIA SIVIK DAN WARGANEGARAAN
PENGENALAN

Lagu patriotik merupakan lambang kepada kedaulatan sebuah negara dan menjadi
simbol kepada suasana corak hidupan masyarakat di negara tersebut. Lagu Aku Negaraku
merupakan lagu patriotik dan seluruh warganegara Malaysia diwajibkan untuk
menghayati lagu Aku Negaraku. Sejajar dengan semangat 1Malaysia, Sekolah Menengah
Kebangsaan Hamid Khan akan melakukan pertandingan lagu patriotik. Lagu ini
dipertandingkan untuk menaikkan semangat cinta akan negara demi membina jati diri
yang unggul.

OBJEKTIF
1) Untuk mendidik pelajar baru supaya dapat menghayati dan mencintai lagu
Kebangsaan dan lagu Patriotik
2) Untuk mendidik pelajar baru supaya melahirkan perasaan muhibbah melalui
penghayatan lagu 1Malaysia, lagu negeri Perak dan lagu Sekolah.
3) Melahirkan pelajar yang berjiwa merdeka dan sayang akan negara tercinta
4) Mewujudkan suasana yang patriotik dan perpaduan dalam kalangan pelajar-
pelajar sekolah
5) Mengembangkan bakat pelajar dalam bidang nyanyian lagu Kebangsaan dan
membina semangat untuk membangunkan negara
6) Memberikan peluang kepada pelajar untuk bersaing sesama rakan dan membawa
semangat kerjasama tanpa mengira bangsa dan agama.

TEMA

2
1MALAYSIA CEMERLANG
MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

ANJURAN
KELAB KEBUDAYAAN DAN PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TARIKH
Tarikh Pelancaran: 14/07/2017

TEMPAT
Dewan Terbuka SMK Hamid Khan

KERJASAMA
Panitia Sivik
Kelab Kebudayaan
Unit Ko-kurikulum
Unit Kaunseling dan Bimbingan (UKB)
Unit Hal Ehwal Pelajar (HEM)
PIBG
Kelab Guru Dan Kakitangan

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

3
Penaung : En. Shaharudin Bin Mohd Daud (Pengetua)

Pengerusi : 1. Pn. Hjh Rosni Bt Md Adris (PK Pentadbiran)


2. En. Fauzi Bin Salleh (PK HEM)
: 3. Pn Nor Halizatun Bt Shamsuddin (PK Ko-Kurikulum)

Setiausaha : En. Mohd Sapian Bin Ahmad

Siaraya/peralatan : 1. En. Mohd Faizal Bin Amir


2. Pelajar Asrama
Juri Penghakiman :
1. En. Rizal Bin Ramli
2. Pn. Sharazat Maimon Bt Hanafiah
3. Pn. Haliza Bt Khalilshah
4. En. Shamsul Bin Jusoh
5. En. Amir Bin Abd Kadir

Buku Program : Cik Yusni Bt Yusof

BENTUK PROGRAM

Para peserta pertandingan terdiri daripada semua pelajar iaitu :


1. Semua kelas tingkatan 1
2. Semua kelas tingkatan 2
3. Semua kelas tingkatan 3
4. Semua kelas tingkatan 4
5. Semua kelas tingkatan 5

PERLAKSANAAN

Pertandingan persembahan peringkat saringan ini akan diadakan pada masa pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Sivik dalam kelas masing-masing untuk murid-murid
Tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Bagi tingkatan 5, Pertandingan akan diadakan pada hari
majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 di Dewan Terbuka SMK Hamid Khan.
ANGGARAN PERBELANJAAN

4
Sumber Kewangan : Peruntukan Panitia Sivik

Bil Perkara Pendapatan Bil Perkara Perbelanjaan


1 Panitia sivik 944.00 1 Hamper johan 300.00
(5 set x RM 60)
2 Hamper johan 150.00
(5 set x RM 30)
3 Banner 94.00
kanopi 400.00
Jumlah Jumlah 944.00

JUMLAH PERBELANJAAN : RM 944.00

PENUTUP

Dengan perlaksanaan program ini adalah diharapkan dapat melahirkan pelajar yang
berjiwa patriotik, bertanggungjawab, sanggup berkorban dan menjadi warganegara yang
seimbang daripada segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek sejajar dengan matlamat
negara dalam membangunkan modal insan yang boleh menyumbangkan kepada
pembangunan negara. Selain itu, pertandingan dapat mengeratkan perpaduan kaum di
sekolah ini selaras dengan konsep 1Malaysia.

1MALAYSIA CEMERLANG
MURID DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Disediakan oleh, Di luluskan oleh,

....................................... .........................................
(Mohd Sapian Bin Ahmad)
Ketua Panitia Sivik

Vous aimerez peut-être aussi