Vous êtes sur la page 1sur 33

SENARAI KANDUNGAN

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 12

2.9 Kesimpulan 23
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan
pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika
itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah
Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu
pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan
Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan
Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana
undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi
kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan,
memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat
menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-
perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."
Fungsi

Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144(1)


Perlembagaan Persekutuan, Fungsi-Fungsi Suruhanjaya adalah meliputi perkara-perkara
berikut:-

1. MELANTIK

2. MENGESAHKAN DALAM PERKHIDMATAN

3. KEMASUKAN KE DALAM JAWATAN BERPENCEN

4. MENAIKKAN PANGKAT

5. MENUKAR

6. MENJALANKAN KAWALAN TATATERTIB


Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:-
"Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan
Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan
oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau
perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke
atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."
Tugas

Tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


adalah sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan persekutuan dan di antaranya
adalah meliputi perkara-perkara berikut:-

PELANTIKAN
Suruhanjaya menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara,
kontrak, tukar sementara dan pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan
anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat pelantikan. Suruhanjaya telah memberi
perwakilan kuasa kepada Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pentadbiran Kerajaan-
kerajaan Negeri yang berkenaan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan
(Kumpulan D JKK).

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN


Suruhanjaya berkuasa mengesahkan anggota Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan,
melanjutkan tempoh percubaan, mengembalikan kakitangan ke jawatan asalnya atau
menamatkan perkhidmatan kerana kegagalan disahkan dalam jawatan. Suruhanjaya juga
memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Pentadbiran
Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk mengesahkan dalam perkhidmatan bagi jawatan-
jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK).

PEMBERIAN TARAF BERPENCEN


Suruhanjaya menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota Perkhidmatan Awam
tidak termasuk anggota Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK) yang telah disahkan dalam
perkhidmatan dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh
diambilkira sebagai perkhidmatan berpencen untuk tempoh tidak kurang daripada 3 tahun.

PERTUKARAN PERKHIDMATAN
Suruhanjaya berkuasa menukar tetap anggota Perkhidmatan Awam dari satu skim
perkhidmatan ke satu perkhidmatan yang lain, dan dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan
yang lain untuk skim perkhidmatan yang sama. Suruhanjaya juga berkuasa menukar tetap
pegawai-pegawai yang dilantik secara tukar sementara dan pinjaman.

KENAIKAN PANGKAT
Suruhanjaya adalah berfungsi sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat bagi kenaikan pangkat ke
jawatan (promotion to post) pegawai-pegawai yang menjadi Ahli Lembaga Kenaikan
Pangkat Perkhidmatan Awam serta kenaikan pangkat dari suatu gred ke suatu gred yang lebih
tinggi (promotion to grade) bagi pegawai-pegawai di dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu.
Selain itu Suruhanjaya juga turut berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat
Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang berkenaan.

KAWALAN TATATERTIB
Suruhanjaya adalah merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tindakan
tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai Kumpulan
Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta sebagai Lembaga
Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam yang berkenaan.
Visi, Misi, Motto, Objektif dan Ikrar

VISI
Menjadi agensi peneraju yang berwibawa, dinamik dan profesional dalam pelantikan dan
urus tadbir perkhidmatan penjawat awam.

MISI
Melantik penjawat awam yang berkualiti dan berintegriti serta menguruskan hal ehwal
perkhidmatan secara cekap dan berkesan ke arah negara yang progresif dan maju.

MOTTO
Mudah, Cepat dan Tepat.

OBJEKTIF
Memastikan fungsi melantik, mengesah, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat,
menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota Perkhidmatan Awam di
bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dilaksanakan dengan
sempurna dan efisyen dalam tempoh yang ditetapkan.

IKRAR
Ikrar Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Kami, seluruh anggota Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berjanji akan:

Mematuhi hasrat dan cita-cita kerajaan;


Berpegang teguh kepada ajaran agama;
Berpegang kepada teras perkhidmatan cemerlang;
Komited kepada pelaksanaan program kualiti;
Melaksanakan kepimpinan melalui teladan;

Serta mengaku akan mencurahkan segala tenaga usaha kami ke arah:

Melaksanakan tugas dengan teratur, berkesan dan berkualiti;


Memberikan perkhidmatan dengan ikhlas dan cepat kepada pelanggan;
Mengamalkan sifat-sifat amanah, hormat, bertanggungjawab dan positif;
Berusaha mempertingkatkan martabat dan kecemerlangan;
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, sepanjang masa.

Akta

Perlembagaan Persekutuan
Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Perlis 1993
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Melaka
(Pindaan) 2003
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Pulau Pinang
1997
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Sembilan 2006
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 2005
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1993
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang
1989
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan 1996
Kaedah-Kaedah (Lembaga Rayuan) (Tatatertib) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
1994
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2005
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1986
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Melaka
1975
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Perlis
1991
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Pulau
Pinang 1989
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri
Sembilan 1996
Kaedah-Kaedah (Lembaga Rayuan) (Kenaikan Pangkat) Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam 1994
Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Perluasan Bidang kuasa) 1959
Piagam Pelanggan

Kami adalah bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan


memuaskan hati pelanggan serta layanan yang adil dan saksama.
Dengan itu kami berjanji:

i. Menawarkan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dalam tempoh 8


minggu daripada tarikh permohonan bagi jawatan yang tidak mensyaratkan ujian khas
dan 16 minggu bagi jawatan yang mensyaratkan ujian khas.

ii. Keputusan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen,


pertukaran perkhidmatan dan urusan perkhidmatan lain disampaikan dalam tempoh 6
minggu daripada tarikh perakuan.

iii. Urusan tindakan tatatertib, kenaikan pangkat serta rayuan tatatertib/rayuan


kenaikan pangkat diselesaikan dalam tempoh 4 minggu, 2 minggu dan 8 minggu selepas
menerima perakuan berserta dokumen/maklumat yang lengkap.
KURIKULUM LATIHAN PEMBANTU PERUBATAN

Program Latihan Pembantu Perubatan dikawal oleh Lembaga Pembantu Perubatan yang
ditubuhkan di bawah Akta 180, Akta Pembantu Perubatan Malaysia dan perlaksanaan
dikelolakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Program latihan ini tertakluk kepada
Peraturan-peraturan Pembantu Perubatan (Pindaan) 1988.

Matlamat kurikulum diploma Pembantu Perubatan ialah untuk menyediakan Penolong


Pegawai Perubatan yang dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan dalam memberikan
perkhidmatan yang berkualiti berpandukan pendekatan promosi, preventif, kuratif dan
rehabilitatif dengan berfokuskan kepada aspek-aspek penjagaan primer, sekunder dan tertier.

Tempoh latihan : 3 tahun (6 semester) meliputi subjek seperti berikut:

Subjek Teras Kurikulum


Sains Perubatan Asas
Sains Perubatan dan Pembedahan
Sains Kesihatan Komuniti
Sains Kejururawatan
Sains Tingkah Laku

Syarat Latihan:
i) Warganegara Malaysia

ii) Umur:
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25
tahun pada tarikh tutup permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan
Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam
perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan:
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Sains/Sains Tulen dan Matematik;
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang
boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hospital Rendah adalah layak
dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan
Penolong Pegawai Perubatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan

Perhatian:
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat diploma akan diperakukan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Perubatan
Gred U29.

IKATAN PERKHIDMATAN
Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan berkhidmat dengan Kerajaan bagi
tempoh 4 tahun.

PROSPEK KERJAYA

A. Latihan Dalam Perkhidmatan

Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan peluang latihan kepada Penolong Pegawai


Perubatan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu.
Sehubungan itu, pelbagai Kursus Pos BAsik/ Pengkhususan ditawarkan kepada Penolong
Pegawai Perubatan yang emmenuhi syarat yang ditetapkan. D antara bidang-bidang tersebut
adalah seperti berikut:

Anestesia
Kecemasan Gastrointestinal Endoscopy
Pengurusan Personel Kesihatan
Penjagaan Kesihatan Primer
Perawatan Geontologi
Perawatan Koronori
Perawatan Oftalmik
Perawatan Onkologi
Perawatan Ortopedik
Perawatan Perioperatif
Perawatan Psikiatri
Perawatan Rapi
Perawatan Renal
Pengurusan Diabetis
Perubatan Sukan
Perawatan Otorinolaringologi
Perubatan orensik
Perawatan Perianestesia Kawalan Infeksi
Rehabilitasi

Penolong Pegawia Perubatan yang dilantik ke dalam Kumpulan Sokongan berhasrat


melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dan institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan layak
mendapat kemudahan cuti kursus sambilan, atau cuti belajar separuh gaji dengan maksimum
dua kali sepanjang tempoh perkhidmatan bagi mengikuti kursus Jangka Panjang
Penolong Pegawai Perubatan yang dilantik ke dalma kumpulan pengurusan dan profesional
boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah di IPTA/ IPTS yang diiktiraf oleh
kerajaan dan layak mendapat cuti bergaji penuh setelah memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan

B. Peluang Kenaikan Pangkat

Kenaikan pangkat bagi Penolong Pegawai Perubatan adalah berasaskn merit dan mengambil
kira perkara-perkara seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(perlantikan, kenaikan pangkat, dan penamatan perkhidmatan) 2005, (P.U.(A)176/2005) iaitu
mengambil kira:
Kecekapan dan prestasi kerja;
Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman;
Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan,
potensi dan kepimpinan; dan
Kegiatan luar dan sumbangan kepada negara dan masyarakat. Di samping itu, untuk
dipertimbangakan kenaikan pangkat, seseorang Penolong Pegawai Perubatan itu perlulah
memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya dan jika terdapat
kekosongan di dalam jawatan kenaikan pangkat. Beliau juga mestilah bebsa daripada
tindakna tatatertib, tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidka
tersenarai sebagai peminjam tegar dan telah mengisytihar harta mengikut peraturan yang
telah ditetapkan.

Penolong Pegawai Perubatan berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke Gred U32 dan
seterusnya ke Gred U36, U42, U44, U48, U52 dan U54. Syarat kenaikan pangkat adalah
seperti yang dinyatakan dalam Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan.
Penolong Pegawai Perubatan di Gred U29, U32 dan U36 yang menunjukkan prestasi yang
cemerlang serta mempunyai ijazah yang berkaitan adalah layak dipertimbang Kenaikan
Pangkta Secara Lantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan ke jawatan Pengajar Gred
U41 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan
berkenaan.

PERLEMBAGAAN BAGI

PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA


FASAL 1 NAMA
(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA
Selepas ini disebut "Pertubuhan".
(2) Takrif Nama:
(3) Bertaraf : Kebangsaan

FASAL 2 TEMPAT URUSAN


1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
ARAS 2, WISMA PEMBANTU PERUBATAN, NO.11, JALAN REKO SENTRAL 9,
REKO SENTRAL
41000 KAJANG
SELANGOR
dan alamat untuk surat-menyurat adalah

ARAS 2, WISMA PEMBANTU PERUBATAN, NO.11, JALAN REKO SENTRAL 9,


REKO SENTRAL
41000 KAJANG
SELANGOR
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh
Jawatankuasa;
2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa
kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT
Tujuan Pertubuhan adalah seperti berikut:
1. Menyediakan keperluan profesional bagi pembantu perubatan dan mereka yang ada
hubungan dengan amalan sains dan kesihatan ke arah membantu dan mengekalkan piawaian
dan etika kerja
2. Menggalakkan perkongsian maklumat dan idea melalui penulisan, teknikal dan aktiviti
sosial yang melibatkan peranan pembantu perubatan berhubung dengan penjagaan kesihatan
primer dan sekunder, perubatan kecemasan, pengkhususan dan kepakaran tertinggi serta
pengurusan klinikal
3. Menggalak dan memantapkan perpaduan bagi kepentingan profesyen pembantu perubatan
dengan mematuhi etika dan tatakelakuan yang profesional.
4. Mempromosikan kemajuan pembantu perubatan sebagai satu profesyen dengan
mengekalkan piawaian latihan, perkhidmatan pembelajaran dan kepentingan profesion di
semua peringkat.
5. Memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mewujud pandangan secara profesional
berhubung dengan masalah perubatan dan kesihatan.
6. Menyuarakan pandangan persatuan kepada kerajaan serta lain-lain pihak berhubung polisi
dan pendirian profesyen pembantu perubatan.

FASAL 4 KEAHLIAN
1. Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:
A. AHLI BIASA

i. Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia

ii. Umur Minima : 18 tahun

iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia

iv. Keturunan :
v. Jantina :

vi. Agama :

vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Keahlian bagi ahli biasa terbuka kepada semua
pembantu perubatan samada berdaftar sementara atau tetap dengan lembaga pembantu
perubatan di bawah akta 180, akta pembantu perubatan(pendaftaran) 1977

B. AHLI BERSEKUTU
Terbuka kepada mereka yang tinggal di luar tempat tinggal 4(1)(a)(iii). mereka tidak boleh
mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan.
C. AHLI KEHORMAT
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberisumbangan
kepada pertubuhan. mereka ditentukan oleh jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran
yuran.

D. AHLI SEUMUR HIDUP


Tiada
E. AHLI REMAJA
Tiada
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan
dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan
permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk
dipertimbangkan. Jawatankuasa Cawangan boleh, mengikut budibicaranya, menolak
sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan menjadi ahli bagi tempat
di mana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh
Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.
3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas
hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama yang ditetapkan diterima
menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.

FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI


1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi
kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Cawangan dan menjelaskan
segala hutangnya.
2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan
cara yang akan mencemar nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya
bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Cawangan.
Sebelum Jawatankuasa Cawangan memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara
bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela
dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat
Agung Cawangan
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
1. Bayaran masuk: RM 10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuloh Sahaja)
2. Yuran
a. Yuran tahunan RM 50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puloh Sahaja)

i. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Cawangan terlebih dahulu di


dalam tempoh 10 hari dari awal tiap-tiap tahun. Jika cawangan belum ditubuhkan,
pembayaran hendaklah disampaikan kepada Bendahari Agung atau kepada Setiausaha
Agung.

b. Yuran seumur hidup (perlu dijelaskan semasa permohonan ahli) RM 0


c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 tahun akan menerima surat
peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha Agung atau Setiausaha Cawangan,
dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.
d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi 3 tahun
dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa Pusat boleh
memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya, dengan syarat mereka
berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
e. Jawatankuasa Pusat mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang
telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh
dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Perwakilan Pertubuhan. Sekiranya ada ahli yang
mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu
akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.
3. Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan.
Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan
jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan Pertubuhan.
4. Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur,
menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.

FASAL 7 MESYUARAT PERWAKILAN


1. Bagi Perlembagaan ini, seorang ahli-terus maknanya ialah seorang ahli pertubuhan yang
tidak menjadi ahli cawangan dan seorang wakil ahli maknanya ialah seorang wakil yang
dilantik oleh ahli-ahli terus.
2. Pentadbiran pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat perwakilan yang mengandungi
wakil-wakil cawangan dan wakil-wakil ahli dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat. Sebarang ahli
pertubuhan, dengan persetujuan Pengerusi boleh hadir di dalam mesyuarat perwakilan tetapi
ia tidak boleh bercakap atau mengundi.
3. Wakil-wakil cawangan hendaklah dipilih tiap-tiap 2 tahun oleh cawangan masingmasing
dan mereka boleh dipilih semula. Sesuatu cawangan berhak memilih 3 wakil bagi 100 ahli
yang pertama atau sebahagian daripada jumlah itu dan 1 wakil lagi bagi tiap-tiap 50 ahli lebih
daripada 100 ahli yang pertama, dengan syarat jumlah wakil bagi sesuatu cawangan tidak
lebih daripada 5.
4. Wakil-wakil ahli hendaklah dipilih tiap-tiap 2 tahun oleh ahli-ahli terus dan mereka boleh
dipilih semula.3 wakil boleh dipilih bagi 100 ahli yang pertama atau sebahagiannya dan
tambahan 1 wakil bagi 50 ahli lebih daripada 100 ahli yang pertama, dengan syarat jumlah
wakil ahli tidak lebih daripada 5.
5. Ahli Jawatankuasa Pusat tidak boleh dipilih menjadi wakil cawangan atau wakil ahliahli.
Ahli Jawatankuasa Pusat dan wakil-wakil yang hadir berkuasa mengundi di dalam mesyuarat
perwakilan.
6. Kuorum untuk mesyuarat perwakilan dianggap cukup jika wakil-wakil yang hadir, tidak
kira jumlahnya berjumlah lebih daripada jumlah wakil bagi setengah (1/2) bilangan
cawangan-cawangan dan lebih daripada setengah (1/2) jumlah wakil ahliahli terus
pertubuhan.
7. Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih
daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat; dan jika kourum tidak cukup
selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan
itu, maka berkuasalah wakil-wakil yang hadir menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi
tidaklah berkuasa meminda Perlembagaan Pertubuhan.
8. Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh 24
bulan daripada tarikh Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan terakhir pada tarikh, masa dan
tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat. Kerja-kerja Mesyuarat DwiTahunan
Perwakilan ialah:

a. Menerima laporan Jawatankuasa Pusat berkenaan perjalanan Pertubuhan yang lalu;

b. Menerima laporan Bendahari Agung dan penyata kewangan yang telah diaudit;

c. Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Pusat dan melantik Juruaudit; dan

d. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

9. Pengumuman awal mengenai Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan yang menyatakan tarikh,


waktu dan tempat, dan panggilan mengemukakan cadangan
untuk perbincangan, cadangan untuk meminda Perlembagaan dan pencalonan untuk
pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat, hendaklah dikirimkan oleh
Setiausaha Agung kepada tiap-tiap Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada 60 hari
sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat, dan pengumuman ini hendaklah
ditunjukkan supaya jelas kelihatan di tempat urusan pertubuhan yang telah didaftarkan. Tiap-
tiap Setiausaha Cawangan hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan
tidak lewat daripada 30 hari setelah menerima pengumuman awal itu.
10. Nama-nama wakil, pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadangan untuk
dibincangkan di dalam Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan hendaklah dihantar oleh
Setiausaha Cawangan atau ahli-ahli secara individu supaya sampai kepada Setiausaha Agung
tidak lewat daripada 40 hari selepas penerimaan pengumuman awal mesyuarat.
11. Setiausaha Agung, jika boleh hendaklah mengadakan mesyuarat ahli-ahli terus tidak
kurang daripada 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat DwiTahunan
Perwakilan, untuk melantik wakil-wakil ahli dengan syarat jika keadaan tempat yang
berjauhan tidak sesuai bagi mengadakan mesyuarat, maka dengan cara melantik wakil-wakil
ahli hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat.
12. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada Setiausaha Cawangan
sekurangkurangnya 7 hari sebelum diadakan Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan satu notis
termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan, cadangan dan pencalonan
untuk pemilihan pegawai-pegawai berserta dengan penyata kewangan Pertubuhan bagi tahun
lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini hendaklah diberikan kepada tiap-tiap
wakil cawangan dan wakil ahli dan salinan dokumen itu boleh diperolehi untuk dibaca oleh
ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan atau di pejabat-pejabat cawangan.

13. Mesyuarat Khas Perwakilan bagi Pertubuhan ini boleh diadakan:

a. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Pusat; atau

b. Atas permintaan dengan bertulis oleh ahli-ahli jawatankuasa bagi dua cawangan atau
lebih atau oleh tidak kurang daripada 20 orang ahli-ahli terus dengan menerangkan
tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.

14. Mesyuarat Khas Perwakilan yang diminta oleh Cawangan-cawangan atau ahli-ahli terus
hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan
permintaan mesyuarat itu.
15. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Khas Perwakilan itu hendaklah diedarkan
kepada semua Setiausaha Cawangan oleh Setiausaha Agung sekurangkurangnya 15 hari
sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat.
16. Fasal 7 (6) dan 7 (7) di dalam Perlembagaan ini berkenaan kourum dan penangguhan
Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan boleh digunakan untuk Mesyuarat Khas Perwakilan,
tetapi dengan syarat jika kourum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah
ditetapkan bagi Mesyuarat Khas Perwakilan itu atas permintaan, maka mesyuarat itu
hendaklah dibatalkan, dan sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Khas
Perwakilan atas permintaan Cawangan-cawangan dengan tujuan yang sama tidaklah boleh
diadakan.
17. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha Cawangan salinan
minit mesyuarat tiap-tiap Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan atau Mesyuarat Khas
Perwakilan dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat.

FASAL 8 JAWATANKUASA PUSAT


1. Satu Jawatankuasa Pusat seperti berikut yang dinamakan pegawai-pegawai Pertubuhan
hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat DwiTahunan
Perwakilan:
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
17 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

2. Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Pusat dan tiap-tiap pegawai yang
menjalankan tugas eksekutif di dalam Pertubuhan ini hendaklah warganegara Malaysia.
3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadangkan serta disokong
dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh wakil-wakil cawangan/ahli di
dalam Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan. Semua pegawai boleh dipilih semula dua tahun
sekali.
4. Fungsi Jawatankuasa Pusat ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian
Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan
mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Perwakilan. Jawatankuasa Pusat
seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan
Mesyuarat Perwakilan dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa
Pusat mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Perwakilan. Jawatankuasa Pusat
hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatan-kegiatannya dalam tahun lalu kepada
tiap-tiap Mesyuarat Perwakilan.
5. Jawatankuasa Pusat hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun
Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawankuasa Pusat 7 hari
terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada 3 orang ahli
Jawatankuasa Pusat bersama-sama, boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat
Jawatankuasa Pusat pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan
ahli-ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan
mencukupkan kourum mesyuarat.
6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusanJawatankuasa Pusat dan
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat tidak dapat diadakan, maka bolehlah Setiausaha Agung
mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pusat secara pengedaran surat sekeliling. Syarat-syarat
mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa
Pusat boleh dianggap sebagai telah diterima:

a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat
pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Pusat;

b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat


mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan

c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang


diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam minit
mesyuarat.
7. Ahli Jawatankuasa Pusat yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pusat tiga
kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan
jawatan.
8. Jika seorang ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon
kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk
memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan
itu, maka berkuasalah Jawatankuasa Pusat melantik ahli Pertubuhan yang lain memenuhkan
kekosongan itu sehingga Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan diadakan.
9. Jawatankuasa Pusat boleh memberi perintah kepada Setiausaha Agung dan pegawai-
pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan
kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan
sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap,
engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Pusat atau kerana sebab-sebab yang difikirkan
boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
10. Jawatankuasa Pusat boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan
memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
11. Jawatankuas Pusat yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan
seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat
maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan
sebagainya kepada Jawatankuasa Pusat baru.

FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI


1. Pengerusi, dalam tempoh memegang jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi semua
Mesyuarat Perwakilan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Pusat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Dia mempunyai undi pemutus dan hendaklah dia
menandatangani minit mesyuarat bila telah diluluskan.
2. Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
3. Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja Pertubuhan mengikut Perlembagaan dan
hendaklah dia menjalankan perintah Mesyuarat Perwakilan dan Jawatankuasa Pusat. Dia
bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan
dokumen Pertubuhan kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha Agung
hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli
mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan,
nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Dia hendaklah hadir di
dalamsemua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
4. Penolong Setiausaha Agung hendaklah menolong Setiausaha Agung menjalankan kerja-
kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Agung.
5. Bendahari Agung adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan.
Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya di atas ketepatan penyata kewangan
Pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.
6. Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa Pusat menjalankan tugas
yang diarahkan olehnya.
FASAL 10 KEWANGAN
1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan ini, wang Pertubuhan boleh
digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan
termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai
dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.
2. Bendahari Agung dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 500
(Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah
itu mestilah dimasukkan di dalam tempoh tujuh hari ke dalam bank yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Pusat. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.
3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Pertubuhan hendaklah
ditandatangan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. Walau
bagaimanapun, Jawatankuasa Pusat berhak melantik sesiapa di antara mereka sebagai
pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan
mana-mana penandatangan tersebut.
4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi
sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa
Pusat, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 50000 (Ringgit Malaysia Lima Puloh Ribu
Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat
Perwakilan terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 5000 (Ringgit Malaysia
Lima Ribu Sahaja) boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha Agung dan
Bendahari Agung.
5. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Agung dan diperiksa
oleh juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 Perlembagaan ini dengan seberapa segeranya
setelah tamat tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedar
untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Tahunan
Perwakilan yang berikutnya. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman
ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan yang berdaftar.
6. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari1
Januari.

FASAL 11 JURUAUDIT
1. Dua orang orang yang bukannya pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat
DwiTahunan Perwakilan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama dua
tahun dan boleh dilantik semula.
2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan dan cawangan-
cawangan bagi setahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangani penyata
kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan dan Mesyuarat
Agung DwiTahunan Cawangan. Mereka juga dikehendaki bila-bila masa oleh Pengerusi
mengaudit penyata kewangan Pertubuhan atau Cawangan-cawangan pada bila-bila masa di
dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Pusat dan
Jawatankuasa Cawangan.

FASAL 12 PENTADBIR HARTA


1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala
surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah
ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu
disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana
perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar
Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.
2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik
tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.

FASAL 13 PEMBUBARAN
1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada
tiga perlima (3/5) jumlah semua wakil cawangan/ahli yang berhak mengundi di dalam suatu
Mesyuarat Perwakilan yang dipanggil khas kerananya.
2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, makasegala
hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut Perlembagaan hendaklah dijelaskan
dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam
Mesyuarat Perwakilan berkenaan.
3. Kenyataan mengenai pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada

FASAL 14 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN 10


1. Jawatankuasa Pusat boleh membenarkan penubuhan cawangan di kawasan yang
mempunyai sekurang-kurangnya 30 ahli Pertubuhan. Penubuhan cawangan hendaklah
dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
2. Jawatankuasa Pusat boleh membubarkan cawangan:

a. Jika bilangan ahli-ahli di dalam tempoh enam bulan berturut-turut kurang daripada
30; atau

b. Jika cawangan tidak mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau keputusan Mesyuarat


Perwakilan atau Jawatankuasa Pusat atau jika Jawatankuasa Pusat mendapatinya bersalah
kerana perbuatannya mencemarkan Pertubuhan.

3. Keputusan membubarkan cawangan hendaklah dengan undi terbanyak di dalam Mesyuarat


Jawatankuasa Pusat, dengan syarat sebelum diambil keputusan membubarkan cawangan atas
sebab yang disebutkan di dalam Fasal 14 (2) (b) di atas, cawangan yang berkenaan hendaklah
diberi suatu notis selama 30 hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab
tuduhan-tuduhan tersebut.
4. Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung. Cawangan tidak
boleh bergerak mulai dari tarikh penerimaan perintah tersebut kecuali untuk urusan
penyelesaian. Sebarang cawangan yang musykil atas perintah pembubaran boleh, dengan
kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agung di dalam tempoh 30 hari daripada tarikh
penerimaan perintah tersebut, membuat rayuan kepada Mesyuarat Perwakilan. Walaupun
rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berkuatkuasa sehingga dibatalkan
tetapi di dalam keadaan yang sedemikian Jawatankuasa Pusat boleh melantik satu
jawatankuasa penjaga daripada ahli-ahli untuk menguruskan halehwal cawangan itu
sementara rayuan tersebut dipertimbangkan.
5. Jika sesuatu cawangan ditutup kerana sebab yang disebutkan dalam fasal 14 (2) (a) di atas,
maka Jawatankuasa Pusat hendaklah memindahkan ahli-ahli yang ada kepada cawangan yang
hampir sekali, dan jika cawangan ditutup kerana sebab di dalam peraturan 14 (2) (b) di atas,
maka ahli-ahli akan terhenti menjadi ahli Pertubuhan.
6. Adalah menjadi kewajipan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi cawangan itu
menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lainnya
yang dimiliki oleh cawangan berserta dengan penyata kewangan cawangan itu daripada
tarikh akhir pengemukaan penyata kewangan itu dibentangkan sehingga tarikh perintah
pembubaran.
7. Jika ahli-ahli sesuatu cawangan memutuskan hendak keluar daripada Pertubuhan, maka
pegawai-pegawai cawangan itu dengan serta merta mestilah menyerahkan kepada Setiausaha
Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lain Pertubuhan dan seterusnya menyedia
dan menyerahkan penyata kewangan kepada Setiausaha Agung seperti di dalam Fasal 14 (6)
di atas.

FASAL 15 MESYUARAT AGUNG CAWANGAN


1. Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan akan diadakan tidak lewat daripada 30 hari
selepas menerima pemberitahu awal mengenai Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan, supaya
pemberitahu mengenai masa, tarikh dan tempat Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan
akan dikeluarkan dengan sewajarnya.
2. Kerja-kerja Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan ialah untuk :

a. Menerima laporan Bendahari Cawangan dan penyata kewangan Cawangan yang telah
diaudit;

b. Memilih wakil-wakil Mesyuarat Perwakilan;

c. Memilih Jawatankuasa Cawangan dan Juruaudit Cawangan;

d. Membincangkan perkara-perkara lain yang akan dibentangkan.

3. Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 21


hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan
pemberitahu awal yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat, panggilan
mengemukakan cadangan untuk perbincangan dan pencalonan untuk pemilihan pegawai
cawangan.
4. Pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadangan untuk perbincangan di dalam
Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan hendaklah disampaikan kepada Setiausaha
Cawangan tidak lewat daripada 7 hari selepas penerimaan pemberitahu awal mesyuarat.
5. Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7
hari sebelum diadakan Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan, satu agenda termasuk
salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan berserta dengan penyata kewangan
cawangan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga boleh
diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan cawangan.
6. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli-ahli cawangan yang berhak
mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa cawangan, mengikut mana yang
kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan bagi
mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi kourum untuk mesyuarat.
7. Jika kourum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih
daripada 7 hari) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Cawangan, dan jika kourum tidak
cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang
ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa
membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
8. Suatu Mesyuarat Agung Khas Cawangan hendaklah diadakan:

a. Atas arahan Jawatankuasa Pusat; atau

b. Apabila Jawatankuasa Cawangan memikirkannya mustahak;

c. Atas permintaan bertulis tidak kurang daripada 1/2 ahli-ahli cawangan yang berhak
mengundi dengan menyatakan tujuan dan sebab untuk mengadakan mesyuarat itu.

9. Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli hendaklah diadakan dalam
tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.
10. Fasal 15 (6) dan 15 (7) di dalam Perlembagaan ini berkenaan kourum dan penangguhan
Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas
Cawangan, tetapi dengan syarat jika kourum tidak mencukupi selepas setengah jam dari
waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli
tersebut, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh
ini Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama
tidaklah boleh diadakan.
11. Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli dan Setiausaha Agung
satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Khas dalam
tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat.

FASAL 16 JAWATANKUASA CAWANGAN


1. Sesuatu Jawatankuasa Cawangan seperti berikut yang dinamakan pegawai-pegawai
Pertubuhan hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan
Cawangan:
Seorang Pengerusi Cawangan;
Seorang Naib Pengerusi Cawangan;
Seorang Setiausaha Cawangan;
Seorang Penolong Setiausaha Cawangan;
Seorang Bendahari Cawangan; dan
4 Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan.
2. Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Cawangan dan tiap-tiap pegawai yang
menjalankan tugas-tugas eksekutif dalam cawangan hendaklah warganegara Malaysia.
3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadang serta disokong dan
pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung
DwiTahunan Cawangan. Semua pegawai boleh dilantik semula dua tahun sekali.
4. Fungsi Jawatankuasa Cawangan ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian
Cawangan mengikut Perlembagaan Pertubuhan dan arahan-arahan Jawatankuasa Pusat dan
Mesyuarat Perwakilan.
5. Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam
setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawankuasa
Cawangan 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi Cawangan dengan bersendirian, atau tidak
kurang daripada 3 orang ahli Jawatankuasa Cawangan bersama-sama, boleh memanggil
supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan pada bila-bila masa. Sekurang-
kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan hendaklah hadir
bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan kourum mesyuarat.
6. Setiausaha Cawangan akan memberi satu salinan minit tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa
Cawangan kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada 30 hari selepas mesyuarat itu
diadakan.

FASAL 17 TUGAS-TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN


1. Pengerusi Cawangan dalam tempoh memegang jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi
semua Mesyuarat Agung Cawangan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Dia mempunyai undi
pemutus dan hendaklah dia menandatangani minit mesyuarat bila telah diluluskan.
2. Naib Pengerusi Cawangan hendaklah memangku jawatan Pengerusi Cawangan semasa
ketiadaannya.
3. Setiausaha Cawangan hendaklah menjalankan kerja-kerja cawangan
mengikutPerlembagaan dan dia hendaklah menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agung
Cawangan dan Jawatankuasa Cawangan. Dia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat
menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Cawangan kecuali buku-buku akaun
dan dokumen kewangan. Setiausaha Cawangan hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang
mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh
lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah
kediaman tiap-tiap ahli. Dia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan
mesyuarat.
4. Penolong Setiausaha Cawangan hendaklah membantu Setiausaha Cawangan dalam
menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu dalam masa ketiadaanya.
5. Bendahari Cawangan adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
Cawangan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya di atas ketepatan penyata
kewangan Cawangan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci
kira-kira.
6. Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan hendaklah membantu Jawatankuasa Cawangan
menjalankan sebarang tugas yang diarah olehnya.
FASAL 18 KEWANGAN CAWANGAN
1. Semua wang yang dikutip di Ibu Pejabat dan Cawangan-cawangan Pertubuhan akan
menjadi aset bersama Pertubuhan.
2. Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan akan menentukan dari masa ke semasa peratusan
kadar yuran yang akan disimpan di Cawangan sebagai kumpulan wang Cawangan dan akan
menetapkan jenis-jenis perbelanjaan yang akan menggunakan wang Cawangan.
3. Tiap-tiap Bendahari Cawangan akan menyampaikan kepada Bendahari Agung sebelum
15hb. tiap-tiap bulan yuran-yuran yang diterima oleh cawangan setelah ditolak peratusan
yang disimpan sebagai kumpulan wang Cawangan.
4. Bendahari Cawangan akan juga menyampaikan kepada Bendahari Agung sebelum 15hb.
tiap-tiap bulan suatu penyata pendapatan dan perbelanjaan serta kunci kirakira Cawangan
bagi bulan lepas.
5. Bendahari Cawangan dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 100
(Ringgit Malaysia Seratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu
mestilah dimasukkan di dalam tempoh tujuh hari ke dalam bank yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Cawangan. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Cawangan.
6. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Cawangan hendaklah
ditandatangan bersama oleh Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari
Cawangan. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Cawangan berhak melantik sesiapa di antara
mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan
semasa ketiadaan manamana penandatangan tersebut.
7. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada
sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa
Cawangan dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu
Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat
Agung Cawangan terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang RM 500 (Ringgit Malaysia
Lima Ratus Sahaja) boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi Cawangan, Setiausaha
Cawangan dan Bendahari Cawangan.
8. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Cawangan dan
diperiksa oleh juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 Perlembagaan ini dengan seberapa
segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah
diedar untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung
DwiTahunan Cawangan yang berikutnya. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk
makluman ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan yang berdaftar.
9. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 1
Januari .
10. Semua wang, buku dan harta-harta lain Pertubuhan yang dipegang oleh manamana
Cawangan yang telah dibubarkan akan dihantarkan dengan segera oleh Setiausaha Cawangan
kepada Setiausaha Agung, bersama-sama dengan penyata kewangan sebagaimana dinyatakan
pada fasal 14 (6) dan 14 (7).

FASAL 19 PERUNTUKAN-PERINTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN


1. Di mana peruntukan khas tiada disebut di dalam Perlembagaan ini bagi perkaraperkara
berhubung dengan pentadbiran Cawangan-cawangan Pertubuhan, Perlembagaan yang
berkenaan mengenai pentadbiran Ibu Pejabat Pertubuhan akan diikuti sejauh mana yang
sesuai.
2. Mesyuarat Perwakilan dan Jawatankuasa Pusat akan memberi arahan kepada Mesyuarat
Agung

FASAL 20 PINDAAN PERLEMBAGAAN


Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Perwakilan.
Permohonan untuk pindaan Perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Perwakilan meluluskan
pindaan itu dan hanya boleh berkuatkuasa mulai daripada tarikh pindaan-pindaan itu
diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 21 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN


1. Dalam tempoh di antara dua Mesyuarat perwakilan, Jawatankuasa Pusat boleh
memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan Jawatankuasa Pusat, jika pelu, boleh
memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan ini.
2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah
dibuat di dalam Mesyuarat Perwakilan, keputusan Jawatankuasa Pusat ke atas ahli-ahli adalah
muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Perwakilan.

FASAL 22 LARANGAN
1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953
adalah dilarang di premis pertubuhan.
2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus mencuba menghalang atau dengan apa cara juga
mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan
kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.
3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau
tidak, atas nama pertubuhan atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa atau ahli tanpa
kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.
4. Faedah seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 tidaklah
boleh diberi oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil daripada
penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan
bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah,
keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu, peruntukan
ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji dan perbelanjaan pentadbiran atau kedua-
duanya kepada manamana ahli atau pekerja Pertubuhan.
6. Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.
FASAL 23 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
1. Bendera
-
Keterangan :
-
2. Lambang

Keterangan :
Lambang Persatuan ialah berbentuk bulat berlantarkan warna biru muda dengan
menunjukkan stetoskop dimana Bulan Sabit berserta Keris dan Ular (simbol profesyen
perubatan) didalamnya dengan disokong oleh dua tangan.
Luar stetoskop ialah 10 batang padi dimana perkataan MEDIC MALAYSIA terletak di
diagfram stetoskop.
Motto Persatuan ialah BAKTI MULIA
3. Lencana
-
Keterangan :
-

Penolong Pegawai Perubatan

Gred: U29, U32, U36, U41


Kumpulan: Pelaksana / Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kem/Jab: Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan
Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KEN

U29 RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00


U32 RM2,331.00 RM6,394.00 RM155.00

U36 RM3,590.00 RM7,605.00 RM180.00

U41 RM2,429.00 RM9,656.00 RM225.00

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
LANTIKAN KE GRED U29

a.

i. Diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh


Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan
Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).

ii. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu


pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

LANTIKAN KE GRED U41

b.

i. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf


oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu
Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).

ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-


kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas :
Penolong Pegawai Perubatan Gred U29

a. Peranan Primer
1.1 Penjagaan Perubatan Primer

i. Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan.

ii. Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu,


kumpulan dan masyarakat.

iii. Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan.

iv. Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari


kakitangan di bawah seliaannya.

v. Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran,


penjagaan pesakit dan kematian.

1.2 Penjagaan Kemalangan dan Kecemasan

vi. Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes
kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya
kepada Pegawai Perubatan.

vii. Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan


mengikut protokol yang telah ditetapkan.

1.3 Pentadbiran

viii. Tugas-tugas penyeliaan kakitangan di bawah jagaannya serta


memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit
Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta Ambulan.

ix. Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di


hospital.
b. Peranan Khusus
2.1 Penjagaan khusus di Unit-unit Khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik,
Kardiologi dan lain-lain.
2.2 Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau
program tertentu.

c. Penolong Pegawai Perubatan Gred U41

i. Memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek


kuratif, pencegahan, promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan di
Malaysia.

ii. Memberi rawatan kuratif, pencegahan serta perkhidmatan bantuan


kecemasan di Pusat-pusat Kesihatan termasuk Dispensari Statik dan Bergerak,
Jabatan Pesakit Luar dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan.

iii. Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes
kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya
kepada pegawai perubatan.
RUJUKAN

http://amas.org.my/v1/index.php/organisasi/9-berita-terkini/11-hakikat-kerjaya-ppp
http://medicaldev.moh.gov.my/v2/iso/corg.pdf
http://www.pppmalaysia.com/index.php?
option=com_content&view=article&id=100&Itemid=577
http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/diploma2/6354

Vous aimerez peut-être aussi