Vous êtes sur la page 1sur 1

Meningkatkan Penguasaan Ejaan Murid Dalam Menulis Imlak

Dengan Menggunakan Kit Papan Ejaan

Edward Bong Jin Liang


Program Ijazah Sarjana Perguruan Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
edwardbong94@gmail.com

Norafidah Binti Noralidin


Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
norafidah.ndin@ipgm.edu.my

Kajian ini bertujuan untuk membantu mengatasi masalah ejaan Bahasa Melayu murid Cina dalam
menulis imlak. Di samping itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Kit Papan
Ejaan dalam membantu murid mengatasi masalah menulis imlak. Reka bentuk kajian ini merupakan
kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian tindakan. Model kajian tindakan yang dipilih ialah
Model Stephen Kemmis dan Mac Taggart . Kajian ini melibatkan 3 orang murid Tahun 3 di sebuah
sekolah di kawasan Kota Kinabalu, Sabah. Peserta kajian terdiri daripada satu orang murid perempuan
dan dua orang murid lelaki. Kajian yang dijalankan ini telah menggunakan enam instrumen. Antaranya
termasuklah ujian awal dan ujian akhir, dokumen murid ,gambar, senarai semak, reflesi murid dan
transkripsi temu bual. Sebanyak tiga kali pemerhatian dijalankan iaitu sebelum semasa dan selepas
pelaksanaan penggunaan alat Kit Papan Ejaan. Data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa penguasaan ejaan Bahasa Melayu peserta kajian yang merupakan Bahasa kedua
oleh mereka dalam menulis imlak telah ditingkatkan selepas penggunaan Kit Papan Ejaan. Kajian ini
turut menunjukkan proses pengajaran berbantukan bahan yang sesuai akan menyeronokkan serta
membantu meningkatkan penguasaan ejaan murid,

Kata Kunci : Ejaan, Ujian Imlak,Kit Papan Ejaan,Murid Cina

Vous aimerez peut-être aussi