Vous êtes sur la page 1sur 10

3.

0 Analisi Kesalahan

3.1 Kesalahan hukum D-M

GAMBAR 1: KEDAI MAKANAN DI PEKAN LINGGI

Hukum D-M digolongkan dalam Frasa Nama. Persoalan yang sering timbul berhubung dengan
hukum D-M adalah yang manakah diterangkan? Dan yang manakah menerangkan? Menurut
Nik Safiah Karim (2011:376) unsur yang diterang adalah unsur inti yang hadir pada kedudukan
kedua . Sebagai contoh, frasa nama sos cili dan cili sos. Sos cili membawa maksud sos
yang dibuat daripada cili dan telah siap diproses. Berbanding cili sos yang membawa maksud
untuk membuat sos. Maka, Restoran dan Katering Miezas ialah betul kerana Restoran dan
katering adalah diterangkan dan Mieza hanya menjadi penerangan yang menerangkan
Restoran dan Katering tersebut.

GAMBAR 2: PEKAN RANTAU, NEGERI SEMBILAN

Pengunaan yang betul ialah pendingin hawa. Hal ini demikian kerana kata pendingin
merupakan unsur yang diterang manakala kata hawa pula merupakan unsur yang menerang.
3.2 Kekeliruan Hukum D-M

GAMBAR 3: PEKAN LINGGI, NEGERI SEMBILAN

Dalam pembentukan frasa nama yang berkaitan dengan Hukum D-M, terdapat beberapa
kekeliruan kerana kebiasaan penggunaan yang diterima pakai dalam pertuturan harian sebagai
frasa yang betul. Hal ini berpunca daripada pemahaman masyarakat (masyarakat memahami
frasa tersebut) terhadap frasa berkenaan, sedangkan hakikatnya dari segi hukum tatabahasa
perkara ini menyalahi hukum pembentukan frasa nama. Salah satu frasa nama yang sering
menimbulkan kekeliruan ialah lain-lain maknan. Sebenarnya, makanan-makanan lain
merupakan frasa yang betul. Makanan telah diterangkan oleh perkataan lain-lain.

3.3 Kesalahan ayat seruan

GAMBAR 4: RUMAH RAKYAT PERMATANG PASIR, LINGGI

Pada banner di atas, terdapat ayat seruan yang mengalami kesalahan dari aspek sintaksisnya.
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk
tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram dan
sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dengan penggunaan simbul ( ! ) yang biasanya
terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak (Nik Safiah Karim
(2011:452)). Berdasarkan huraian ini, jelas menunjukkan bahawa ayat yang terdapat pada
banner di atas ialah bukan ayat seruan. Ayat itu hanya merupakan ayat penyata yang hanya
mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara.

3.4 Pengunaan Bahasa Pasar

GAMBAR 5: PENGKELAN KEMPAS, LINGGI

Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan
melayu. Menurut kamus dewan edisi ke-4 bahasa pasar dimaksudkan Bahasa melayu seperti
digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh
orang melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai
bertutur dalam Bahasa melayu yang betul.

Dalam papan iklan di atas, bahasa yang digunakan adalah bahasa yang berupa campur aduk
antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Sepatutnya, perkataan homestay perlu
digantikan dengan perkataan inap desa yang membawa maksud tempat penginapan.
3.5 Kesalahan ejaan

GAMBAR 6: REMBAU, NEGERI SEMBILAN

Mengikut kamus dewan Edisi Keempat, kereta api bermaksud kenderaan yang terdiri daripada
beberapa buah gerabak yang dirangkaikan dan berjalan di landasan. Manakala, keretapi pula
digolongkan sebagai nama khas. Contohnya, Keretapi Tanah Melayu ( KTM) . Jadi pengunaan
perkataan keretapi di atas adalah salah. Sepatutnya ditulis kereta api.

3.6 Kesalahan pengunaan imbuhan

GAMBAR 7: SILIAU, NEGERI SEMBILAN

Perkataan merbahaya tidak lagi digunakan dalam pengunaan Bahasa Melayu. Perkataan
merbahaya digantikan dengan perkataan berbahaya. Menurut kamus dewan edisi keempat
berbahaya bermaksud boleh mendatangkan bahaya. Kata nama bahaya boleh menerima
imbuhan ber- menjadi berbahaya. Namun begitu, tidak ada imbuhan mer- dalam bahasa
Melayu. Oleh itu, merbahaya adalah salah, walaupun sering digunakan orang. Kata bahaya
boleh menerima apitan meN-...-kan menjadi membahayakan seperti dalam ungkapan Rokok
Membahayakan Kesihatan.

Perkataan marabahaya ialah gabungan kata Melayu lama mara (yang bermaksud
bahaya, bencana atau kesusahan) dengan kata bahaya yang membawa maksud bermacam-
macam bahaya atau bencana. Dengan demikian, marabahaya tidak salah digunakan, tetapi
bentuk ini tidak begitu kerap digunakan.

3.7 Kesalahan pengunaan kata majmuk

GAMBAR 8: KULIM, KEDAH

Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru
yang padu atau sebati maknanya. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai
kata majmuk. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya
sendiri-sendiri. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku
mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan
apabila diperlukan. Papan tanda di atas menunjukkan kata nama majmuk. Sepatutnya, alatulis
perlu ditulis secara terpisah alat tulis. Hal ini kerana alat dan tulis mempunyai makna masing-
masing. Alat bermaksud barang yang diperlukan atau digunakan untuk membuat. Manakala,
tulis pula bermaksud catat kata-kata dan huruf. Jadi, alat tulis bermaksud barang yang
digunakan untuk catat kata-kata dan huruf.
3.8 Kesalahan pengunaan kata sendi di

GAMBAR 9: KUALA SAWAH, RANTAU, NEGERI SEMBILAN

Awalan di-ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif
bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Pada papan tanda di atas
sepatutunya ditulis dibenarkan. Hal ini kerana, benar ialah kata dasar dan apabila
digabungkan dengan awalan di- maka, perkataan tersebut menjadi kata kerja pasif. Jika tidak
digabungkan, di berdiri dalam ayat itu sebagai kata sendi. Jadi, dalam ayat ini. Sepatutnya, di
perlulah berfungsi sebagai imbuhan dan bukan sebagai kata sendi. Pada papan tanda tersebut,
di berfungsi sebagai kata sendi. Perkataan yang betul ialah dibenarkan.

3.9 Kesalahan kata bantu aspek

GAMABAR 10: PEKAN LINGGI, PORT DIKSON

Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa , iaitu sama ada masa lampau, masa
kini, atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, sudah, pernah dan baru. 'Baru'
ialah kata bantu manakala 'baharu' ialah kata adjektif. 'Baru' kalau diterjemahkan ke bahasa
Inggeris membawa maksud just, manakala 'baharu' pula membawa maksud new . Dalam erti
kata lain, 'baru' berkaitan dengan tempoh masa yang belum lama berlalu Jadi, dalam iklan
tersebut sepatutnya baru perlu digantikkan dengan baharu yang bermaksud belum lagi
dilaksanakan.

3.10 Kesalahan pengunaan kata sendi untuk

GAMBAR 11: KAWASAN IPGKRM, SIKAMAT, NEGERI SEMBILAN

Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan berfungsi
sebagai menunjukkan kegunaan untuk sesuatu atau menyatakan maksud bahagian yang
ditentukan atau diperuntukan. Tetapi, dalam ayat tersebut pengunaan untuk tidak sesuai
digunakkan. Sepatutnya, untuk itu perlu digantikan dengan kepada yang berfungsi sebagai
menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. Jadi, pengunaan kata
sendi kepada lebih sesuai digunakan dalam ayat di atas.
4.0 Cadangan cara-cara menaiktaraf penggunaan bahasa

Dalam menuju era globalisasi ini, pencemaran bahasa sering diwar-warkan dalam media massa
mahupun media cetak. Fenomena pencemaran media massa bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan dalam negara kita. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh beberapa individu
yang tidak bertanggungjawab terhadap bahasa di negara kita. Antara ciri pencemaran bahasa
ialah pengutamaan bahasa asing, sama ada dari segi saiz atau warna, penggunaan bahasa
yang tidak menepati tatabahasa Bahasa Melayu, termasuk sistem ejaan, pemilihan kata,
pembentukan kata, pengolahan ayat, dan penggunaan laras, ataupun pencampuradukan
Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Persoalannya kini ialah bagaimanakah kita boleh
mengatasi masalah ini dan siapakah yang harus dipertanggungjawabkan? Sesungguhnya, bagi
mengelakkan masalah pencemaran bahasa ini, tanggungjawab sesebuah kementerian, jabatan
atau agensi adalah sangat penting.

Antara langkah yang boleh diambil oleh kementerian, jabatan atau agensi tersebut ialah
memastikan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan Bahasa Melayu yang baik
dan betul dalam semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan
sekerja dan apabila berurusan dengan pelanggan.Seterusnya,mewajibkan penggunaan Bahasa
Melayu yang baik dan betul dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal
seperti mesyuarat, surat-menyurat, arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan,
dokumen rasmi, kawasan perumahan, premis pemiagaan dan lain-lain.

Dalam masa yang sama, DBP telah berusaha dalam pengembangan dan peningkatan
kualiti bahasa di tempat awam melalui Pantau Tegur Bahasa. Pantau Tegur Bahasa bermaksud
mengesan kesilapan bahasa yang berlaku atau yang dipamerkan di tempat-tempat awam,
seperti di papan iklan atau papan tanda, sama ada di luar bangunan ataupun di dalam
bangunan, yang jika tidak dicegah dengan segera akan mencemarkan maruah Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Bagi memastikan tindakan segera diambil setelah proses
pengenalpastian kesilapan dibuat, pemantau disediakan dengan sehelai borang untuk dipenuhi
dan dipulangkan kepada DBP. Pegawai DBP yang bertanggungjawab akan mengambil
tindakan segera menghubungi syarikat atau agensi yang berkenaan bagi membuat pembetulan.
Selain itu, satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai dibuka bagi merujuk
penggunaan bahasa yang betul untuk mengelakkan pencemaran bahasa kebangsaan terhadap
paparan di tempat umum yang dibuat oleh pihak berkenaan. Kaedah pemantauan yang diguna
pakai oleh pihak DBP adalah dengan menggunakan jaringan kerja sedia ada yang terdiri
daripada 159 munsyi bahasa di seluruh negara untuk melaporkan sebarang paparan awam
yang mencemar bahasa. Tindakan ini akan mengatasi masalah pencemaran Bahasa Melayu ini
daripada berleluasa.

Dari segi pendidikan pula, para guru harus menitikberatkan cara penyampaian Bahasa
Melayu di dalam bilik darjah terutamanya aspek tatabahasa dalam kalangan pelajar sejak di
peringkat sekolah rendah lagi supaya pelajar-pelajar dapat mengetahui kelainan erti perkataan
yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam
lisan dan penulisan, menggunakan frasa yang betul serta menggunakan ayat dengan betul,
tepat dan gramatis. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan Yahya Othman (2005:11) bahawa
rumus tatabahasa yang wujud perlu dipelajari secara beransur-ansur sehingga membentuk
operasi kesatuan rumus yang utuh dan berupaya melakukan operasi membina ayat. Abd. Aziz
Abd. Talib (2000:236) pula menyatakan bahawa pengajaran tatabahasa membolehkan pelajar-
pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran
berkomunikasi ini membantu pelajar menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi
dengan berkesan. Hal ini akan mengelakkan penggunaan Bahasa Melayu yang tercemar dari
segi tatabahasa. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Generasi kini akan
memimpin negara kita pada masa akan datang. Jadi, didikan kepada generasi kini mampu
mengurangkan kesalahan bahasa pada papan iklan di tempat-tempat awam pada masa akan
datang.

Tambahan lagi, guru juga perlu menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan
bahasa yang teratur dan anggapan bahawa Bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu
dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Penguasaan Bahasa Melayu yang
baik dan teratur dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi tidak kira awam atau
swasta juga perlu diberi penekanan. Hal ini kerana merekalah yang akan menentukan sama
ada menggunakan Bahasa Melayu yang tercemar ataupun tidak dalam urusan pentadbiran.
Pencemaran Bahasa Melayu ini juga dapat diatasi dengan menguatkuasakan undang-
undang yang sedia ada di Malaysia. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Menteri
Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa Kabinet telah bersetuju
untuk memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda pencemar bahasa di negara ini. Denda
RM1,000 itu akan dilaksanakan apabila Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan
1996 dipinda dan diluluskan Parlimen . Namun, tumpuan hanya pada papan iklan dan notis
awam. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sharifuddin Ibrahim pula menyatakan bahawa DBKL
sentiasa memantau bagi memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan. Menurutnya, semua pihak
di bawah bidang kuasa DBKL terikat dengan Undang-undang Kecil Wilayah Persekutuan 1982
pindaan 1985 yang mensyaratkan mereka meletakkan Bahasa Melayu lebih jelas dan terang di
papan tanda atau papan iklan, sekali pun jika ada bahasa lain bersamanya.

Tambahan lagi, pucuk pimpinan yang menerajui negara juga berperanan untuk
mengatasi pencemaran bahasa ini daripada berleluasa. Hal ini dapat dilakukan dengan
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua pusat pengajian tinggi tidak
kira awam ataupun swasta untuk semua jurusan. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2000:247),
pucuk pimpinan perlu melancarkan Wawasan Bahasa terhadap pelaksanaan Bahasa Melayu
sepenuhnya di pusat pengajian tinggi sama seperti pelancaran Wawasan 2020. Hal ini akan
mengurangkan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan mahasiswa yang bakal menceburi
alam pekerjaan kerana mereka terdedah dengan penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya
dalam kehidupan mereka.

Kesimpulannya, semua pihak harus` berganding bahu bagi mengatasi masalah ini.
Sama-sama kita menaiktarafkan pengunaan bahasa yang betul pada papan iklan di tempat
awam dan membanggakan negara kita dengan pengunaan bahasa yang betul. Jangan sesekali
memandang remeh pada fenomena ini kerana fenomena ini mampu menjatuhkan maruah
negara kita. Kita perlu berusaha untuk menjaga air muka tanah air kita supaya negara kita
sentiasa dihormati dan dipandang tinggi oleh negara-negara lain.

Vous aimerez peut-être aussi