Vous êtes sur la page 1sur 2

Tazkirah Ringkas : Kelebihan Bersedekah

By DQSMKS | 29/05/2017 | 0

tazkirah

Sedekah adalah suatu amalan yang sangat mulia di sisi Islam. Setiap sedekah yang kita hulurkan, pasti
akan diberikan ganjaran yang tidak terhingga, malah dosa kita juga turut terhapus disebabkan sedekah
itu. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.

(Hadis Riwayat Imam Tirmizi)

Selain itu, sedekah juga akan memberi keberkatan pada harta kita. Dengan adanya keberkatan, harta
yang sedikit seolah-olah dirasakan banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan, harta yang
banyak dirasakan seakan-akan sempit serta tidak mencukupi meskipun memiliki harta yang banyak dan
melimpah ruah. Hayatilah sabda nabi s.a.w yang bermaksud:

Harta tidak akan berkurang dengan sedekah

(Hadis Riwayat Muslim)


Oleh itu, sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, marilah bersama kita meringankan tangan
untuk bersedekah semampu yang mungkin, menyediakan juadah berbuka puasa kepada jiran ataupun
saudara segama kita dan sebagainya. Ingatlah ganjaran yang disebutkan oleh nabi s.a.w yang
bermaksud:

Sesiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang
berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya.

(Hadis Riwayat Imam Ahmad & At-Tirmizi)

Sekian

Dikeluarkan oleh Pejabat Imam

Tazkirah Jumaat 26 Mei 2017/ 29 Syaaban 1438H

Vous aimerez peut-être aussi