Vous êtes sur la page 1sur 26

1.

0PENGENALAN

Maksud pemasaran ialah fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk
mencipta, mengembangkan dan mengekalkan pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi
atau pertukaran barang dan perkhidmatan. Dengan perkataan lain, pemasaran ialah proses
pengkomunikasian nilai suatu barang atau perkhidmatan kepada pengguna. Ianya juga
boleh ditafsirkan sebagai seni menjual produk, tetapi penjualan hanyalah satu bahagian
daripada pemasaran. Istilah pemasaran boleh menggantikan periklanan pengguna
dalam kekalkan keuntungan aktiviti yang dijalannkan.

(https://ms.wikipedia.org/wiki/Pemasaran -maksud pemasaran)

Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen pemasaran yang boleh


dikawal dan berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk menghasilkan
maklum balas yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan
elemen-elemen di dalam campuran pemasaran, firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti
pemasaran untuk mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Ia mengandungi empat
elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan promosi atau dikenali sebagai 4P(
product, price, promotion and place).

(http://pemasaran1puo.blogspot.my/2010/01/unit-3-campuran-pemasaran-produk.html -
maksud campuran pemasaran)

Produk ialah apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian,
pemilikan dan penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan, samada
barangan atau perkhidmatan. Harga pula ialah sejumlah wang yang dikenakan sesuatu
produk.

(http://pemasaran1puo.blogspot.my/2010/01/unit-3-campuran-pemasaran-produk.html -
maksud produk dan harga.)

1
Perkhidmatan ialah kerja yang dilakukan oleh seseorang individu atau
sekumpulan individu yang member manfaat kepada orang lain. Ini termasuklah
memberikan tenaga, kemahiran, kepakaran, dan pengalaman yang beri manfaat kepada
orang lain atau pelanggan.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Perkhidmatan -maksud perkhidmatan.

Syarikat ialah badan atau institusi perusahaan atau perniagaan sah yang
ditubuhkan untuk menyediakan barangan dan/atau perkhidmatan kepada pengguna
.Syarikat paling berpengaruh dalam ekonomi kapitalis , kebanyakannya dimiliki orang
perseorangan atau kumpulan dan dibentuk untuk mendapatkan keuntungan yang akan
meningkatkan kekayaan pemiliknya dan mengembangkan perniagaan daripadanya .

https://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat - maksud syarikat

Aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan melibatkan penawaran barang tidak


Nampak kepada pengguna . Selain itu,perniagaan perkhidmatan juga merujuk pada
aktiviti yang dijalankan di peringkat pemasaran dalam memasarkan produk kepada
pengguna . Jenis aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan adalah , peruncitan ,
pemborongan , kewangan , professional , perhotelan , dan pendidikan .

Buku teks STPM Pengajian Perniagaan Oxford Fajar maksud perniagaan berasaskan
perkhidmatan

Memanah adalah seni, amalan, atau kemahiran melonjakkan anak panah dengan
menggunakan sebuah busur ataupun bow , dari Latin arcus .Dari segi Sejarah , memanah
telah digunakan untuk memburu dan memerangi , manakala dalam zaman moden ,
kegunaan utama memanah adalah untuk penggunaan kompetitif sukan dan aktiviti
rekreasi. Seseorang yang meengambil bahagian dalam sukan memanah yang biasanya
dikenali sebagai archer atau bowman , dan seorang yang gemar atau pakar memanah
boleh dirujuk sebagai satu toxophilite .

Memanah pada masa moden kini telah dibawa hingga ke peringkat olimpik dan
dunia. Saingan memanah melibatkan menembak anak panah pada sasaran untuuk
ketepatan daripada jarak yang ditetapkan . Ini adalah bentuk persaingan memanah yang

2
paling popular dan dipanggil target archery . Satu bentuk yang sangat popular di Eropah
dan Amerika ialah bidang traditional target archery yang anak opanah ditembak pada
sasaran yang biasanya ditetapkanb pada jarak yang pelbagai dalam suasana yang
berhutan . Memanah juga boleh dimainkan oleh orang kurang upaya dan atlit-atlit
ketegori ini ditadbir oleh World Archery(WA)

https://ms.wikipedia.org/wiki/memanah - maksud memanah

Pengkaji telah memilih syarikat Kings Archery Sports Centre (Miri) Sdn. Bhd .
sebagai syarikat pilihaan untuk dikaji. Kings Archery Sports Centre merupakan sebuah
syarikat yang menawarkan perkhidmatan kejurulatihan memanah secara intensif kepada
atlet dan juga menawarkan perkhidmatan memanah sebagai hiburan untuk orang awam .
Syarikat ini telah diasaskan oleh Encik David Ting yang juga merupakan jurulatih
memanah negeri Sarawak dan juga merupakan individu yang bertanggungjawab
memperkenalkan sukan ini di Miri pada tahun 2000 . Syarikat ini mempunyai taktik dan
campuran pemasarannya yang tersendiri bagi memastikan perkembangan syarikat di Miri
sentiasa berkembang .

3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama berkaitan campuran
pemasaran yang diamalkan oleh Kings Archery Sports Centre

1) Mengkaji dan menganalisis campuran produk berdasarkan perbandingan produk


fizikal dan perkhidmatan serta lini produk Kings Archery Sports Centre .
2) Mengkaji dan menganalisis saluran agihan produk yang diamalkan oleh Kings
Archery Sports Centre .
3) Mengkaji dan mengaanalisis faktor yang mempengaruhi penetapan harga dan
kaedah penentuan harga yang diamalkan oleh Kings Archery Sports Centre .
4) Mengkaji dan menganalisis campuran promosi seperti pengiklanan , promosi
jualan dan penghubungan awam yang diamalkan oleh Kings Archery Sports
Centre .

4
3.Latar Belakang Kajian

Kings Archery Sports Centre merupakan satu-satunya agensi yang menawarkan


perkhidmatan kejurulatihan memanah di Miri dan juga satu-satunya organisasi
perniagaan yang membuka peluang kepada orang awam untuk mencuba sukan ini secara
santai . Kings Archery Sports Centre juga merupakan organisasi yang bertanggungjawab
memperkenalkan sukan memanah di Miri pada tahun 2000 . Kings Archery Sports
Centre memfokuskan bidang perkhidmatan kejurulatihannya kepada atlet-atlet bawah
program latihan intensifnya yang terdiri daripada kanak-kanak seawal usia 8 tahun .

Namun begitu , perkhidmatan mereka tidak terhad kepada atlit-atlit ini sahaja .
mereka turut menawarkan perkhidmatan kepada orang awam , iaitu memanah secara asas
ataupun hanyalah sebagai aktiviti untuk hiburan pada bila-bila masa . Perkhidmatan yang
ditawarkan kepada orang awam ini akan dibimbing oleh jurulatih separa professional
yang telah mempunyai pengetahuan asas yang mencukupi dalam bidang sukan memanah
ini untuk membimbing orang awam merasai pengalaman bermain permainan yang
dianggap salah satu sukan elit ini .

Syarikat milikan tunggal yang dimiliki oleh Encik David Ting ini menawarkan
dua produk perkhidmatan utama iaitu perkhidmatan kejurulatihan professional untuk atlit
dan bimbingan asas dalam memanah untuk orang awam . Perkhidmatan kejurulatihan
secara intensif ataupun professional ini ditawarkan untuk atlit-atlit bawah bimbingan
Encik david atau lebih dikenali sebagai Coach David . Latihan bagi atlit-atlit ini diadakan
setiap hari pada waktu petang pada hari persekolahan dan dari pagi hingga petang pada
hujung minggu secara bergilir mengikut kategori ataupun kelas atlit . Bagi perkhidmatan
bimbingan asas pula , terbuka kepada orang awam pada bila-bila masa antara jam 10pagi
hingga 10malam setiap hari .

Bagi saluran pengagihan , Coach David mempunyai dua saluran yang berbeza
tempat . Untuk atlit-atlit bawah bimbingan Coach David dan Coach Lisa , latihan dan
kejurulatihan diadakan di Kampung Sukan yang terletak di Pelita Commercial Centre
untuk outdoor dan di premis perniagaan mereka yang terletak di Permaisuri Mall bagi
latihan indoor. Namun begitu , outdoor shooting range ini dikongsi bersama dengan satu

5
lagi kelab memanah di Miri yang baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2017 iaitu X-Tune
Archery Club . Kedua dua kelab ini menggunakan tapak ini secara bergilir mengfikut
hari yang telah dipersetujui bersama. Tapak ini digunakan untuk latihan outdoor
manakala bagi latihan indoor , mereka bertempat di Kings Archery Sports Centre yang
terletak di Permaisuri Imperial Mall . Kings Archery Sports Centre yang juga merupakan
premis perniagaan ini juga digunakan untuk memperkenalkan sukan ini kepada orang
awam .

Bagi promosi , terdapat dua jenis kaedah promosi yang diaplikasikan . Bagi
perkhidmatan kejurulatihan secara profesional , Coach David mempromosikan
perkhidmatannya melalui perhubungan awam dengan pergi ke sekolah sekolah di
kawasan Miri dan membuat demonstrasi sukan ini dan memberi peluang kepada pelajar-
pelajar sekolah ini mencuba sukan ini sekali gus mengenalpasti bakat dalam
pelajar.Pelajar yang terpilih akan ditawarkan untuk menyertai program latihan intensif
untuk atlit . Semasa program demonstrasi ini dijalankan , kupon untuk mencuba
permainan ini secara percuma di Kings Archery Sports Centre diagihkan kepada pelajar
Hal ini secara tidak langsung dapat mempromosikan Kings Archery Sports Centre
kepada lebih ramai orang awam . Bagi promosi khusus untuk Kings Archery Sports
Centre , pertandingan terbuka untuk orang awam turut diadakan untuk menarik minat
lebih ramai orang awam untuk mencuba permainan ini .

Bagi harga produk perkhidmatan kejurulatihan profesional , harga adalah


berdasarkan tahap seseorang atlit dan dikenakan secara bulanan . Terdapat empat tahap
untuk atlit-atlit ini iaitu beginner , level 1,level 2, dan level 3 . Cas yang berbeza
dikenakan untuk keempat-empat tahap ini . Bagi cas perkhidmatan di Kings Archery
Sports Centre pula , harga adalah berdasarkan pakej . Terdapat dua jenis pakej yang
ditawarkan iaitu Public package dan Members package .

6
4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan
hasil kajian . Pengkaji digalakkan menggunakan data sekunder .

Menurut Webster New World Dictionary,pengertian data adalah things known


atau assumed,yang bererti bahawa data itu sesuatu yang diketahui atau dianggap .
Diketahui ertinya yang sudah terjadi merupakan fakta (bukti) . data dapat memberikan
gambaran tentang suatu keadaan atau persoalan .Data juga didefinisikan sebagai
sekumpulan informasi atau nilai yang diperoleh dari pemerhatian sesuatu objek. Data
yang baik adalah data yang boleh dipercayai kebenarannya (reliable) , dan tepat waktu .
Data terbahagi kepada dua jenis iaitu , data primer dan data sekunder .

Data sekunder merupakan data yang boleh diperoleh atau dikumpulkan maklumat
dari semua sumber yang sudah ada melalui media perantaraan yang diperoleh dan dicatat
oleh pihak lain . Manfaat yang diperoleh dari data sekunder adalah bahawa seorang
peneliti mampu memperoleh informasi lain selain informasi utama . Data sekunder
biasanya diperoleh dari pelbagai sumber misalnya jurnal buku , laporan dan sebagainya .

Pengkaji telah menggunakan kaedah data sekunder bagi memperoleh maklumat


sepanjang menjalankan kajian ini .

Bagi kaedah internet , terdapat beberapa buah laman sesawang telah digunakan
oleh pengkaji misalnya begi mendapatkan maklumat mengenai sukan memanah secara
umumnya dan spesifik melalui https://ms.wikipedia.org/wiki/memanah ,
https://www.lancasterarchery.com , https://hoyt.com/target recurves dan
https;//merlinarchery.co.uk .

Pengkaji juga merujuk internet bagi mencari maksud pemasaran ,produk dan harga di
(http://pemasaran1puo.blogspot.my/2010/01/unit-3-campuran-pemasaran-produk.html ,
https://ms.wikipedia.org/wiki , pula dilayari bagi mencari maksud perkhidmatan dan
syarikat. Laman web http://mziresults.blogspot.my juga telah dilayari bagi mendapatkan
data mengenai SUKMA .

7
Selain daripada internet , pengkaji juga menggunakan buku sebagai rujukan .
Antara buku yang digunakan adalah Buku Teks STPM Penggal 1 Oxford fajar (Mokhtar
Pet) , Buku Pengajian Perniagaan STPM Kertas 946/1 (Teng Yoon Soon) dan Teks
STPM Pengajian Perniagaan (Perniagaan) Penggal 1 (Shanthi Subramaniam )

Bagi mengetahui tentang pencapaian-pencapaian atlit-atlit Kings Archery,


pengkaji telah merujuk surat khabar The Borneo Post . Pengkaji juga dapat mengenal
pasti kaedah promosi Kings Archery melalui keratin akhbar ini .

Akhir sekali , kamus juga telah digunakan bagi mencari maksud-maksud


perkataan dan definisi yang diperlukan .

8
5.0 DAPATAN KAJIAN

Kajian ini membincangkan campuran pemasaran yang diamalkan oleh Kings


Archery Sports Centre . Aktiviti pemasaran dibentuk daripada campuran pemasaran ,
iaitu kombinasi pemboleh ubah yang menentukan strategi pemasaran yang akan
digunakan oleh sesebuah organisasi pemasaran . Melalui pasaran sedia ada , pemasar
akan menggunakan campuran pemasaran untuk mengenal pasti sasaran yang boleh
meembnatu organisasi mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan seterusnya
menguasai keseluruhan pasaran . Campuran pemasaran terdiri daripada empat pemboleh
ubash iaitu produk , promosi , agihan dan harga .

5.1 PRODUK

Produk ialah sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran yang mempunyai ciri-ciri
yang dapat menarik perhatian, dapat dimiliki, digunakan dan mempunyai faedah
psikologi serta faedah fizikal yang boleh memuaskan kehendak pengguna.

(Buku teks STPM Pengajian Perniagaan Oxford Fajar-maksud produk)

Perkhidmatan pula ialah satu bentuk produk yang mengandungi aktiviti, kelebihan
atau kepuasan yang ditawarkan semasa atau selepas jualan dalam bentuk intangible (tidak
boleh disentuh atau dipegang) serta tidak menggambarkan pemilikkan sesuatu.

(Buku teks STPM Pengajian Perniagaan Oxford Fajar-maksud produk perkhidmatan)

9
5.1.1 Klasifikasi Produk

Produk terbahagi kepada dua iaitu produk pengguna dan produk industri. Produk
pengguna boleh diklasifikasikan sebagai barang asas, barang mudah beli, barangan beli
belah, barangan istimewa dan barangan tidak dicari. Produk Industri pula ialah barangan
yang dibeli oleh individu dan organisasi tertentu untuk diproses semula dan digunakan
untuk menjalankan perniagaan. Produk perkhidmatan intangibility pula ialah sesuatu
yang tidak nampak , tidak boleh disentuh,tidak boleh dihidu dan tidak boleh didengar
sebelum pengguna mendapatkannya. Bagi syarikat King,s Archery , syarikat ini
menyediakan perkhidmatan kejurulatihan professional terhadap atlit-atlit muda
khususnya . Syarikat ini menyediakan perkhidmatan kejurulatihan yang diperlukan oleh
atlit-atlit untuk lebih maju dalam sukan memanah dan mencapai tahap yang lebih tinggi
dalam sukan ini hingga ke SukSa , SUKMA ,MSSM dan sebagainya . Hanya terdapat
sebuah sahaja organisasi yang menawarkan perkhidmatan kejurulatihan memanah secara
profesional di Miri iaitu Kelab Memanah X-Tune yang ditubuhkan pada tahun 2017 .
Namun X-Tune Archery bukanlah organisasi perniagaan. Kings Archery menjalankan
aktiviti perkhidmatan kejurulatihan profesioanal bersama atlit di Kampung Sukan
Petronas yang terletak di Pelita Commercial Miri . Tapak ini digunakan secara bergilir
oleh kedua-dua organisasi ini mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi menggunakan
lapangan sasar memanah ini .

Selain daripada perkhidmatan kejurulatihan secara profesional, King;s Archery


juga menyediakan perkhidmatan separa professional yang terbuka kepada orang awam .
King Archery telah membuka sebuah unit lapangan sasaran memanah di Permaisuri
Imperial City Mall yang terletak di tingkat 3 . Pakej-pakej yang ditawarkan terdapat dua
jenis iaitu pakej untuk orang awam mahupun pakej untuk ahli .

10
5.1.2 Lini Produk

Lini produk adalah satu kumpulan produk yang berkait rapat antara satu sama lain
kerana produk-produk berfungsi dengan cara yang sama,dijual kepada kumpulan
pengguna yang sama , dipasarkan melalui saluran yang sama dan berada pada julat harga
yang sama.Syarikat Kings Archery menawarkan produk yang dapat memuaskan
keperluan pelanggan yang terdiri daripada atlit-atlit terutamanya . Bagi perkhidmatan ,
kelebaran dan kedalaman produk boleh dilihat dalam jadual di bawah

Kelebaran Perkhidmatan

Kedal Kejurulatihan profesional Kejurulatihan separa profesional


aman Beginner Public package
produ Level 1 Members package
k Level 2
Level 3
Jadual lini produk jdl 1

Kelebaran produk merujuk kepada penawaran jenis pengkhususan perkhidmatan untuk


kumpulan pengguna . Kedalaman produk pula jenis-jenis perkhidmatan untuk kumpulan
pengguna . Bagi perkhidmatan professional misalnya , terdapat tiga peringkat atlit yang
layak mendapatkan perkhidmatan ini mengikut umur dan pencapaian . Manakala bagi
perkhidmatan separa professional, terdapat dua golongan iaitu orang awam ataupun orang
awam yang mempunyai keahlian syarikat .

(Buku Teks Pengajian Perniagaan STPM , Teng Yoon Soon-lini produk )

11
5.2 Pengagihan

Reka bentuk saluran pengagihan merujuk pada tindakan seseorang pemasar


membentuk pelbagai saluran pengagihan untuk menampungpeningkatan jualan sesuatu
produk atau pembukaan cawangan baharu .Terdapat dua jenis saluran pengagihan iaitu
secara mendatar ataupun menegak . Reka bentuk saluran agihan mendatar menekankan
bilangan ahli yang terlibat dalam sesuatu saluran pengagihan yang terdiri daripada
pengagihan intensif,pengagihan selektif, dan pengagihan eksklusif . Saluran pengagihan
menegak pula , pemasar akan mengedarkan produk dengan menggunakan saluran
pengagihan yang berbeza berdasarkan keperluan dan kehendak pengguna pasaran.
Saluran pengedaran menegak boleh melibatkan penggunaan satau atau lebih orang tengah
untuk mengedarkan sesuatu produk . Saluran pengedaran boleh dibahagikan kepada
saluran terus atau langsung dan saluran tidak terus atau tidak langsung .

(Teks STPM Pengajian Perniagaan (Perniagaan) Penggal 1)

5.2.1 Saluran Pengagihan

Syarikat Kings Archery menggunakan saluran pengagihan menegak. Saluran


pengedaran menegak boleh melibatkan penggunaan satu atau lebih orang tengah untuk
mengedarkan sesuatu produk . Saluran pengedaran boleh dibahagikan kepada saluran
terus atau langsung dan saluran tidak terus atau tidak langsung . Syarikat ini
menggunakan saluran 1 tanpa penggunaan orang tengah .

Saluran 1:Pengeluar > Pengguna

Saluran 2 : Pengeluar > peruncit > Pengguna

Saluran 3 : Pengeluar > pemborong > peruncit > Pengguna

Saluran 4 : Pengeluar > ejen > pemborong > peruncit >


Pengguna

Rajah saluran agihan produk pengguna

12
Bagi perkhidmatan , perkhidmatan kejurulatihan professional dan separa
professional menggunakan saluran terus . Bagi perkhidmatan kejurulatihan professional,
Coach ataupun jurulatih professional akan terus melatih atlit tanpa melalui orang
pertengahan melalui instructor misalnya . Perkhidmatan kejurulatihan separa professional
juaga terus memberi khidmat tunjuk ajar memanah asas kepada orang awam bagi merasa
pengalaman bermain permainan ini .

Jurulatih/Coach atlit/orang awam

Rajah saliran pengagihan 1

Saluran pengedaran boleh dibahagikan kepada saluran terus atau langsung dan saluran
tidak terus atau tidak langsung . Syarikat ini menggunakan saluran 1 tanpa penggunaan
orang tengah .

13
5.3 Harga

Harga ialah nilai yang ditetapkan bagi sesuatu produk dalam pasaran dan harus
dibayar oleh pengguna dengan wang sekiranya pengguna memilih untuk membeli produk
tersebut .Terdapat dua faktor penentuan harga iaitu factor dalaman dan factor luaran .
Faktor dalaman merujuk pada faktor keputusan penentuan harga oleh pemasar. Pemasar
akan menetapkan harga untuk barisan produk yang dihasilkan. Faktor dalaman yang
boleh mempengaruhi keputusan harga adalah objektif penetapan harga,objektif
pemasaran , strategi campuran pemasaran , kos pengurusan pemasaran , dan
pertimbangan organisasi . Bagi factor luaran , perkara yang boleh mempengaruhi adalah
pasaran dan permintaan, harga,kos, dan tawaran pesaing , dan keadaan ekonomi negara
dan dunia .

(Buku Teks STPM Oxford)

5.3.1 Faktor penetapan harga

Faktor dalaman yang mempengaruhi penetapan harga dari segi objektif penentuan
harga , syarikat ini mengenakan harga yang tinggi bagi produk dan perkhidmatan mereka
kerana tidak banyak dalam pasaran bagi mendapatkn keuntungan maksimum . Dari segi
objektif pemasaran , produk perkhidmatan yang berkualiti menyebabkan yuran yang
dikenakan terhadap atlit tinggi .Dari segi pertimbangan organisasi , disebabkan organisasi
ini merupakan organisasi kecil , harga produk dan perkhidmatan ditetapkan oleh pihak
atasan .

Faktor luaran yang mempengaruhgi harga adalah pasaran dan permintaan dan
keadaan ekonomi negara dan dunia . Hal ini kerana , tidak ada organisasi yang
menyediakan perkhidmatan yang sama seperti syarikat ini . Bagi syarikat ini, berdasarkan
analissi pengkaji , syarikat ini mempunyai pasaran monopoli kerana merupakan satu-
satunya organisasi yang menyediakan perkhidmatan ini di miri . Keadaan ekonomi
menyebabkan Kings Archery lebih giat mencari bakat baharu dan menaikkan sedikit
yuran bagi atlit dan cas dikenakan kepada orang awam juga di ubah .

14
5.3.2 Kaedah penentuan harga

Harga yang ditentukan oleh syarikat adalah antara harga yang terlalu rendah
untuk menghasilkan keuntungan dan harga yang terlalu tinggi untuk menghasilkan
permintaan . Syarikat biasanya menentukan harga dengan memilih satu pendekatan harga
yang melibatkan satu atau lebih daripada tiga set faktor , iaitu penentuan harga
berasaskan kos , penentuan harga berasaskan nilai dan penentuan harga berasaskan
persaingan .

Pengkaji mendapati bahawa Kings Archery mempunyai dua set factor dalam
penentuan harga iaitu penentuan harga berasaskan kos dan berasaskan nilai. Penentuan
harga berasaskan kos pula terbahagi kepada dua iaitu berasaskan kos tokokkan dan
berasaskan titik pulang modal dan untung sasaran .

a.Penentuan harga berasaskan tokokkan kos

PRODUK KOS HARGA NILAI PENGGUNA

Melalui kaedah ini , harga sesuatu produk ditentukan dengan menambahkan margin
keuntungan ke atas kos pengeluaran .

b. Penentuan harga berasaskan titik pulang modal dan untung sasaran

TITIK PULANG MODAL(UNIT)= KOS TETAP+UNTUNG SASARAN

HARGA JUALAN-KOS BERUBAH

Pengeluar juga boleh menetapkan untung sasaran yang ingin dicapai . Formula
untuk menghitung titik pulang modal berdasarkan untung sasaran yang telah ditetapkan
adalah seperti di dalam rajah di atas .

15
c. Penentuan harga berasaskan nilai

PENGGUNA NILAI HARGA KOS PRODUK

Pemasar akan menetapkan harga yang berlainan bagi produk yang sama dalam pasaran
yang berlainan dengan mengambil kira persepsi pengguna tanpa mengambil kira kos
pengeluaran .

16
5.4 Promosi

Promosi boleh didefinisikan sebagai satu cara peniaga memberi penerangan ,


menunjukkan dan mempengaruhi pengguna supaya membeli sesuatu produk atau
perkhidmatan . Syarikat-syarikat mesti berusaha lebih daripada menghasilkan produk-
produk yang baik . Mereka mesti memberitahu pengguna mengenai kebaikan-kebaikan
produk mereka dan menempatkan produk mereka dalam minda pengguna .Promosi
mempunyai beberapa tujuan iaitu bagi memperkenalkan produk baharu , mempengaruhi
dan memujuk pengguna , meningkatkan jualan dan keuntungan,mengekalkan imej
produk, dan meluaskan pasaran. Terdapat beberapa elemen dalam campuran promosi
iaitu,pengiklanan , promosi jualan , jualan bersemuka , dan publisisti dan perhubungan
awam .

(Teks STPM Pengajian Perniagaan (Perniagaan) Penggal 1)

17
5.4.1 Promosi syarikat

Syarikat Kings Archery mengamalkan promosi publisisti dan perhubungan


awam.Publisiti merupakan satu komunikasi yang disampaikan kepada pengguna melalui
cerita dan berita yang ada kaitan dengan produk yang dikeluarkan oleh sesebuah
perniagaan melalui media massa seperti media eletronik dan cetak. Misalnya daripada
pencapaian atlit-atlit bawah seliaan Kings Archery di SUKMA . Atlit yang berusia
seawall 14 tahun telah layak menyertai sukan ini bagi mewakili negeri Sarawak di
peringkat sukan yang tinggi ini . Keputusan daripada kejohanan yang berprestij ini sudah
semestinya dapat menunjukkan bahawa atlit kelahiran Kings Archery merupakan atlit
yang berkualiti .Adik Natasha Ting dapatdijadikan contoh menunjukkan bahawa bukan
sahaja atlit-atlit Kings Archery bersedia dari segi fizikal malahan mental . Di usia yang
masih muda , beliau tidak gentar bersaing bersama dengan atlit-atlilt yang jauh lebih
senior . Keputusan SUKMA ini mendapat publisisti yang meluas di Malaysia tidak kira
dari segi letronik mahupun cetak .Kejayaan lain seperti di Sarawak Open juga misalnya
menyaksikan pemanah muda dari Kings Archery mencapai kejayaan .

(mziresults.blogspot.my-keputusan sukma 2016)

(The Borneo Post 2017 novice archers )

Perhubungan awam merujuk pada langkah yang diambil oleh perniagaan untuk
menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat umum termasuklah pihak-pihak
berkepentingan seperti pelanggan,pembekal dan kerajaan. Kings Archery merekrut atlit-
atlit baru sekaligus mengenal pasti bakat-bakat muda dalam bidang memanah ini dengan
membuat demonstrasi ataupun klinik memanah di sekolah-sekolah di sekitar miri tidak
kira sekolah kerajaan mahupun swasta . Melalui cara ini , syarikat ini bukan sahaja dapat
mencari pelapis , bahkan dapat menjalin hubungan baik dengan masyarakat ssekitar .
Semasa klinik mahupun demonstrasi ini dijalankan , kupon yang memperuntukkan
seseorang daapat mencuba memanah sebanyak 10 batang anak panah di Kings Archery
Sports Centre Permaisuri Mall . Perkara ini secara tidak langsung dapat mempromosikan
tempat tersebut kepada lebih ramai orang awam .

18
Bagi mempromosikan indoor range mereka yang terletak di Permaisuri Mall itu ,
novice tournament diadakan secara berkala yang terbuka kepada orang awam . Orang
awam yang mempunyai keahlian diberi keutamaan namun tiada halangan bagi orang
awam yang tidak mempunyai keahlian menyertai pertandingan ini .

(The Borneo Post 2012 52 archers in action at 12th Kings Cup )

19
6.0 RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati Syarikat Kings Archery Sports
Centre melaksanakan campuran pemasaran yang terdiri daripada campuran produk,
saluran agihan , harga , dan promosi .

Dari segi produk , pengkaji mendapati Syarikat Kings Archery mengeluarkan


produk perkhidmatan. Perkhidmatan intangibiliti tidak nampak , tidak boleh
disentuh,tidak boleh dihidu dan tidak boleh didengar sebelum pengguna mendapatkannya
. Perkhidmatan yang disediakan adalah kejurulatihan professional dan kejurulatihan
separa professional . Perkhidmatan kejurulatihan separa profesional yang disediakan oleh
Kings Archery di Permaisuri merupakan satu-satunya yang terdapat di Miri . Oleh itu,
syarikat ini menjadi tumpuan untuk orang awam mencuba sukan ini dan dibimbing oleh
jurulatih separa professional . Bagi kejurulatihan secara professional , Syarikat Kings
Archery menjadi pilihan utama atlit-atlit peringkat sekolah kerana syarikat ini lebih
menumpukan kepada pembangunan atlit muda . Perkhidmatan yang bersesuaian dengan
jadual pelajar menjadikan syarikat ini pilihan utama atlit muda .

Bagi sauran agihan,perkhidmatan kejurulatihan profesional dan separa profesional


menggunakan saluran terus . Bagi perkhidmatan kejurulatihan professional, Coach
ataupun jurulatih professional akan terus melatih atlit tanpa melalui orang pertengahan
melalui instructor misalnya . Perkhidmatan kejurulatihan separa professional juaga terus
memberi khidmat tunjuk ajar memanah asas kepada orang awam bagi merasa
pengalaman bermain permainan ini .

Kaedah dan factor penentuan harga yang diamalkan oleh syarikat ini pula adalah
penentuan harga berasaskan kos dan penentuan berasaskan nilai . Syarikat Kings
Archery merupakan satu-satunya syarikat yang menawarkan perkhidmatan sebegini di
Miri maka merekatidak mempunyai pesaing dalanm bidang ini .

Seterusnya adalah promosi, syarikat Kings Archery menggunakan promosi


publisiti dan perhubungan awam .Publisiti yang diperoleh oleh syarikat ini adalah melalui
penganjuran pertandingan novice di premis perniagaan , pencapaian atlit di peringkat
negeri, kebangsaan dan sebagainya . Bagi perhubungan awam , Kings Archery

20
menjalankan demonstrasi memanah dan klinik memanah dari sekolah ke sekolah di
bahagian Miri bagi mengenalpasti bakat baru dan bakal atlit .

Dengan ini pengkaji berpendapat syarikat ini mampu melebarkan sayapnya ke


peringkat lebih tinggi kerana perkhidmatan yang disediakan berkualiti dan mempunyai
banyak manfaat. Di samping itu , pengkaji berpendapat syarikat ini perlu menambah
variasi perkhidmatan dan sentiasa menjaga kualiti perkhidmatan agar kepercayaan
pengguna terhadap perkhidmatan yang disediakan berterusan .

21
BIBLIOGRAFI

INTERNET

https://ms.wikipedia.org/wiki/memanah - diakses pada 14 Jun 2017

https://www.lancasterarchery.com - diakses pada 14 Jun 2017

https;//merlinarchery.co.uk . - diakses pada 18 Jun 2017

https://hoyt.com/target recurves - diakses pada 18 Jun 2017

http://pemasaran1puo.blogspot.my/2010/01/unit-3 - diakses pada 14 Jun 2017

,https://ms.wikipedia.org/wiki diakses pada 15 Jun 2017

http://mziresults.blogspot.my diakses pada 24 Jun 2017

BUKU

Mokhtar Pet 2013,Buku Teks STPM Penggal 1.

Teng Yoon Soon 1999, Pengajian Perniagaan STPM Kertas 946/1

Shanthi Subramaniam 2016, Teks STPM Pengajian Perniagaan (Perniagaan) Penggal 1

SURAT KHABAR

The Borneo Post , Novice Archers spring surprise at Sarawak Outdoor Archery
Championship 12 Mei 2017

The Borneo Post , 52 Archers in action at 12th Kings Cup dlm The Borneo Post, 25
Ogos 2012 http;//www.theborneopost

KAMUS

Webster New World Dictionary maksud data

22
LAMPIRAN

Foto menunjukkan Coach David memberi penerangan semasa di klinik memanah di


Tenby International School Miri

23
Foto menunjukkan senarai pakej harga bagi perkhidmatan separa profesional

24
Sebahagian daripada atlit Kings Archery selepas perlawanan Sarawak Outdoor Archery
Championship

25
Premis perniagaan atau lebih dikenali sebagai centre Kings Archery .

26

Vous aimerez peut-être aussi