Vous êtes sur la page 1sur 6

http://retibahasa.blogspot.my/2012/09/contoh-karangan-spm.

html

Beberapa tajuk yang perlu diberi perhatian ( TAJUK SELALUNYA


DARIPADA BUKU TEKS):


Isu pendidikan
Pelancongan ( Inap Desa)
Pemeliharaan bangunan bersejarah
Pelaburan dan tabungan
Kenaikan harga barang-barang
Pendatang tanpa izin
Penggunaan bahasa Inggeris
Masalah sosial dalam kalangan remaja
Pencemaran alam
Keselamatan kanak-kanak
Memartabatkan Bahasa Melayu
Kemalangan jalan raya
Perkembangan perhubungan dan komunikasi
Bioteknologi
Semangat kejiranan
Gaya hidup sihat
Hubungan kasih sayang ( Keluarga)
Membaca

Aspek-aspek Yang Dinilai

1. Karangan menepati tema bahan rangsangan.


2. Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi
dikembangkan.
3. Ejaan dan struktur ayat.
4. Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan.
5. Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat.
6. Pendahuluan atau pengenalan.
7. Penutup atau kesimpulan karangan.
8. Tulisan yang jelas.
9. Pemerengganan.
10. Kesantunan bahasa.

1. Kini ibu bapa terlalu mementingkan pencapaian akademik anak-anak


mereka. Oleh hal yang demikian, mereka tidak memberikan galakan
kepada anak-anak dalam aktiviti kokurikulum terutamanya sukan.

Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa menggalakkan anak-


anak menceburi bidang sukan.

Contoh rangka jawapan

Contoh jawapan.

Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita.
Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak
kepada masyarakat dan negara kita. Walau bagaimanapun, ada sehelintir
ibu bapa yang tidak memberi galakkan kepada anak-anak dalam aktiviti
kokurikulum dan hanya menumpukan sepenuh perhatian dalam pencapaian
akademik sahaja.

Anggapan sebegini adalah salah kerana aktiviti kokurikulum banyak


memberikan impak positif kepada pelajar untuk cemerlang dibidang
akademik dan kokurikulum. Sekiranya ibu bapa memberikan galakkan adn
sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan sukan di negara ini
lebih mudah tercapai seperti kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan. Dengan cara itu, negara kita akan dikenali dan digeruni di
peringkat antarabangsa melalui kejayan atlet di bidang sukan.

Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan
memberikan galakkan seperti membelikan peralatan sukan. Sekiranya
anak-anak memilih peralatan sukan yang lengkap an sesuai sudah pastilah
mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Contohnya, ibu bapa perlulah
membelikan baju, kasut, peralatan sukan seperti raket atau kayu hoki dan
sebagainya yang diperlukan oleh anak mereka. Janganlah disediakan
dengan peralatan yang ala kadar sahaja seperti melepaskan batuk di
tangga. Dengan hal demikian, minat anak-anak dalam bidang sukan dapat
dikembangkan seterusnya mereka akan berlatih bersungguh-sungguh untuk
meningkatkan prestai serta melakar kemenangan yang boleh
mengharumkan nama ibu bapa, sekolah, negeri dan juga negara.
Ibu bapa juga berperanan untuk menasehati anak-anak supaya mereka
bergiat cergas dalam kegiatan sukan boleh membentuk anak-anak yang
sihat dan cergas. Di samping itu, anak-anak yang mempunyai bakat yang
besar dan mempunyai potensi untuk maju bolehlah melibatkan diri dengan
lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang. Bakat dan minat
tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan
agar dapat mengharumkan nama negara dipersada dunia. Melentur buluh
biarlah dari rebungnya, begitulah kalau kita hendak menjadikan anak-anak
kita berjaya di bidang sukan, galakkan mereka untuk menceburinya dari
sejak kecil lagi.

Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan


menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan
dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk
bergiat aktif dalam sukan. Mereka juga boleh menemani dan menyaksikan
sendiri anak-anak mereka berlatih atau bertanding. Dengan adanya
dorongan dan sokongandari ibu bapa sudah tentulah akan mendatangkan
kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak mereka dalam usaha untuk
mencipta kejayaan.

Belikan juga anak-anak majalah sukan, atau video yang berkaitan


dengan sukan yang diceburi supaya anak-anak boleh meningkatkan lagi
pengetahuan dalam sukan yang diceburinya. Selain itu, kisah-kisah
kejayaan ahli-ahli sukan idola mereka yang dipaparkan di majalah-majalah
boleh dijadikan pembakar semangat untuk mmereka berusaha dengan lebih
gigih.

Sebagai kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-


anak menceburi bidang sukan amat besar sekali. Hal ini demikian kerana,
galakkan dan dorongan ibu bapa adalah perangsang utama untuk anak-anak
berjaya dalam apa bidang sekalipun. Sehubungan itu, ibu bapa perlulah
diberikan kesedaran dan kefahaman kepentingan anak-anak mereka
menceburi bidang sukan supaya negara dapat melahirkan lebih ramai lagi
jaguh sukan di peringkat dunia. Tidak dinafikan kejayaan dibidang
akademik amat penting, tetapi ianya harus diseimbangkan dengan kejayaan
dibidang kokurikulum juga terutamanya sukan. Yang bulat tak akan datang
bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang, begitu juga dengan
sukan, kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang keras dan paling
penting galakkan dan dorongan ibu bapa.
CONTOH KARANGAN

Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yangmampu meranapkan
peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja.Akhir-akhir ini, berita
mengenai golongan remaja yang terjebak dalam gejalasosial kerap terpampang di
dada akhbar. Isu inimenjadi suatu isu yang hangatdiperkatakan dan sering menjadi
buah mulut orang ramai. Antara penyakit sosialyang dimaksudkan ialah gejala
vandalism, buli dan ponteng. Keutuhan institusi keluargabegitu penting dalam usaha
menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkanseperti batu bata
dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitupenting dalam usaha
menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgakudiadakan secara
besar-besaran. Program ini menekankan kepentingan rumahdiibaratkan sebagai
syurga untuk memastikan keutuhan institusi keluarga.Oleh itu, ibu bapa perlulah
menyahut cabaran bagimenghalang golongan remajadaripada terjebak dalam gejala
sosial.

Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepadaanak-


anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yangpenuh. Ibu bapa
perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilaidan
mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikapsesetengah
ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulahdikikis sama sekali.
Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan danmaterialistik yang ada pada diri
mereka akan menyebabkan mereka terlalusibuk dengan kerja mereka sehingga
mengabaikan anak-anak mereka.Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah
meluangkan masa mereka untukmelakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama
anak-anak mereka. Ibu bapabolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-
destinasi yang menarik dinegara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-
anak diibaratkan sepertikain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.
Sememangnya, ibu bapa perlu mampumengimbangi kepentingan keluarga dan
kerjaya mereka kerana anak-anak merekaamat memerlukan kasih sayang seorang
ayah dan ibu.

Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moralyang


sempurna . Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama
terhadappembentukan mental remaja kerana didikan agama dan moral dapat
menjamin bahawaremaja akan dapat membezakan antara perkara yang baik dengan
yang buruk danseterusnya mendorong remaja mengawal tingkah laku mereka.
Tanggapan sesentengahibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih
daripada menyekolahkan danmenyediakan makan minum anak-anak tidak benar
sama sekali. Mereka jugaharus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat
ajaran agama yang sempurna. Sebagaicontoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa
untuk membekalkan ajaran agamakepadaanak-anak mereka sejak kecil lagi kerana
melentur buluh biarlah darirebungnya. Didikan agama yang dibekalkan kepada
remaja dapat memastikan bahawaanak-anak mereka mempunyai benteng diri yang
kukuh untuk menolak ajakanrakan-rakan untuk melibatkan diri dalam apa-apa
tindakan yang mampu memburukkanimej diri dan merosakkan nama baik sesebuah
keluarga.

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadapkebajikan


anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak merekadi sekolah.
Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untukmenghubungi pihak
sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi olehanak-anak mereka.
Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalamsebarang pertemuan
antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah,guru dan ibu bapa akan dapat
bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yangbermasalah dengan
mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlumemastikan bahawa
nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak merekatidaklah Bagai me
ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya.
Masalahremaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik
daripadamengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-
anak merekadengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta
benda dan wangringgit.

Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepadaanak-anak mereka . Ibu
bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah lakudan pertuturan mereka
kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan olehanak-anak mereka. Malah,
segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru olehanak-anak mereka. Contohnya, ibu
bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokokperlulah bertaubat dan
berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besarakan
terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-
apakelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak
akanmenyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat.
Ibu bapatidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.
Dengan ini,golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa
mereka danseterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu
menghancurkan masadepan mereka.

Kesimpulannya, gejala sosial yang menjadi duri dalam daging perludihapuskan dari
akar umbinya kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.Ibu bapa
perlulah mengambil langkah-langkah yang drastik dan berkesan bagimemastikan
golongan remaja tidak akan menjangkiti sebarang penyakit sosialkerana remajalah
yang akan mencorakkan negara pada masa hadapan. Mereka harusdibimbing agar
akan menjadi modal insan yang berintegriti dan berwawasan.Secara tidak langsung,
impian negara untuk melahirkan golongan yang berminda kelas pertama akan dapat
direalisasikan.

Vous aimerez peut-être aussi