Vous êtes sur la page 1sur 2

PERKAITAN ANTARA FORMAT FAIL DENGAN SAIZ FAIL IMEJ

Aktiviti 1 : Membandingkan Saiz Fail Imej Yang Sama Dalam Pelbagai Format.

1. Lengkapkan jadual berikut berdasarkan hasil yang diperoleh daripada


proses penukaran format fail imej menggunakan perisian IrfanView.

Kualiti Imej
Nama Fail Format Fail Saiz Fail (Sangat Baik / Baik / Sederhana /
Memuaskan / Tidak Memuaskan)
Tulip.jpg 69 KB 5
Joint Photographic
Experts Group (*.jpg)
Mountain.jpg 166 KB 5

Tulip.bmp 577 KB 1
Bitmap (*.bmp)
Mountain.bmp 957 KB 1

Tulip.tif 396 KB 3
Tagged Image File
Format (*.tiff)
Mountain.tif 804 KB 3

Tulip.gif 71 KB 4
Graphics Interchange
Format (*.gif)
Mountain.gif 175 KB 4

Tulip.png 442 KB 2
Portable Network
Mountain.png Graphic (*.png) 862 KB 2

2. Bandingkan saiz kelima-lima imej dan dan susun fail-fail tersebut mengikut urutan saiz fail
secara menurun dengan menyatakan format fail dalam carta alir di bawah.

Bitmap (*.bmp)

Portable Network Graphic (*.png)

Tagged Image File Format (*.tiff)

Graphics Interchange Format (*.gif)

Joint Photographic Experts Group (*.jpg)


3. Sekiranya anda ingin menyimpan imej digital untuk tujuan percetakan, berikan DUA format fail
yang dirasakan paling sesuai dan nyatakan sebabnya.

- Bitmap (*.bmp) / Portable Network Graphic (*.png) / Tagged Image File Format (*.tiff)

- Imej yang hendak dicetak memerlukan kualiti fail yang tinggi agar kualiti imej tidak terjejas
walaupun dimampatkan. Ini kerana industry percetakan kebiasaanya melibatkan
penggunaan dimensi imej yang tinggi seperti penghasilan bunting atau banner untuk
sesebuah program.

- Bagi tujuan percetakan, saiz fail yang besar tidak menjadi masalah kerana kurang melibatkan
aktiviti-aktiviti online yang memerlukan saiz fail yang kecil untuk penjimatan ruang.

4. Sekiranya anda ingin memuat naik imej ke laman dalam Frog VLE, berikan SATU format fail yang
akan dipilih dan nyatakan sebabnya.

- Joint Photographic Experts Group (*.jpg)


- Walaupun imej digital yang ditukar kepada format ini mengalami lossless iaitu proses
menghilangkan data imej, hasilnya masih lagi jelas dan sesuai untuk pengguna online seperti
blogger dan admin laman web. Ini kerana format JPEG mampu menyimpan gambar dengan
jumlah warna yang sangat banyak iaitu sehingga 16.7 juta warna.
- Kelebihan format JPEG yang sangat mempengaruhi pilihan pengguna internet adalah saiznya
yang kecil dan tidak memerlukan ruang storan yang besar. Ini menjimatkan ruang storan
serta memastikan laman web dapat memaparkan imej dengan agak cepat.

5. Walaupun imej digital dalam format ini agak kecil, tidak memerlukan masa pemindahan terima
yang tinggi dan tidak memerlukan ruang storan yang besar namun ianya mempunyai satu
kelemahan di mana ianya tidak boleh digunakan bagi grafik yang mempunyai lebih dari 256
warna. Ini memyebabkan kualiti imej asal yang ditukar kepada format ini akan berkurang.
Nyatakan format imej digital yang dimaksudkan.

- Graphics Interchange Format (*.gif)


- Format ini kurang sesuai untuk menyimpan imej digital biasa kerana ciri-cirinya seperti yang
dinyatakan di atas.

- Walaubagaimanapun, Format GIF sering digunakan untuk menyimpan grafik asas seperti
ikon, butang, garisan atau imej-imej yang berbentuk kartun atau animasi.

6. Selepas memerhati dan membandingkan imej dalam pelbagai jenis format, dapat dirumuskan
bahawa format imej digital telah mempengaruhi saiz imej tersebut. Perbezaan saiz imej juga
telah membezakan kualiti imej dan didapati bahawa fail imej digital yang mempunyai saiz lebih
besar menunjukkan kualiti yang lebih baik. Sekiranya anda diberikan pilihan, pilih satu format
imej yang ingin disimpan. Berikan sebab anda memilih format tersebut dan huraikan.

- Selepas membandingkan imej digital dalam kelima-lima format, saya memilih untuk
menyimpan imej digital saya dalam format Tagged Image File Format kerana saya ingin
menghantar imej digital tersebut melalui e-mel. Saiz fail yang sederhana sesuai digunakan
untuk pelbagai kegunaan. Walaupun fail GIF dan JPG mempunyai saiz fail yang lebih kecil,
tetapi kualiti imejnya nampak kurang daripada format Tagged Image File Format.

Vous aimerez peut-être aussi