Vous êtes sur la page 1sur 14

1.

0 PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun dan ke arah mencapai status
negara maju pada masa akan datang.Hal ini selari dengan perancangan negara iaitu
Wawasan 2020 yang diusul oleh bapa pemodenan Malaysia, Tun Dr.Mahathir
Mohammad. Namun, hal ini akan sukar direalisasikan jika tiada penghayatan sejarah
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pengajaran dalam sejarah dapat dijadikan iktibar
kepada masyarakat agar tidak mengulangi kesilapan-kesilapan masa lalu dan berusaha
memajukan diri dari sebelumnya. Sehubungan itu, sejarah tidak boleh dilupakan kerana
menurut ahli falsafah George Santayana, Mereka yang melupai sejarah pasti akan
mengulanginya". Oleh itu, jelaslah bahawa bertapa pentingnya pendidikan sejarah
dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sehubungan itu, pendidikan Sejarah diperkenalkan dalam sistem pendidikan di


Malaysia.Hal ini kerana terdapat banyak kepentingan sejarah dan sejarah sangat
berhubungkait dengan diri manusia.Menurut Ibnu Khaldun,sejarah adalah catatan
tentang manusia atau peradaban dunia dan tentang perubahan-perubahan yang berlaku
pada tingkah laku manusia. Seperti yang kita ketahui, Malaysia merupakan salah satu
negara yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya. Oleh itu, perpaduan amatlah
penting untuk kemajuan dan kesejahteraan negara. Pekara ini juga selari dengan
matlamat pendidikan Sejarah iaitu bagi memupuk semangat setia negara dan perasaan
bangga rakyat Malaysia. Justeru itu, tidak hairanlah jika pendidikan Sejarah amat
dititikberatkan dalam kurikululum sekolah rendah dan menengah. Buktinya,pendidikan
Sejarah terdapat dalam kurikulum baru sekolah rendah iaitu KSSR dan subjek Sejarah
menjadi subjek wajib LULUS dalam SijilPeperiksaan Menengah (SPM).

Seterusnya, hasrat pembinaan negara bangsa dan perpaduan di Malaysia


berhubung kait dengan pendidikan kurikulum Sejarah di Malaysia. Hal ini kerana,
melalui pembelajaran Sejarah, masyarakat dapat mewujudkan perpaduan, kekitaan
terhadap masyarakat dan negara serta cinta akan tanah air. Oleh hal yang demikian, p
eristiwa 13 Mei 1969 tidak akan terulang kembali dan sekaligus negara kita dapat
membangunkan dan memajukan lagi sosioekonomi negara kita, Malaysia. Pekara ini
juga berkaitrapat dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan untuk memenuhi
aspirasi negara Malaysia dalam pendidikan.

1
2.0 KONSEP SEJARAH

Perkataan Sejarah (History daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud
Pohon. Dari sudut lain pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani
yakni Histories yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian.Mengikut
pandangan "Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan
satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.Mengikut
definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan satu sistem yang
mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang
sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang
mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.

Seterusnya, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberikan Sejarah


sebagai asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu
yang lampau, kisah, riwayat, tambo, tawarikh dan kajian atau pengetahuan mengenai
peristiwa yang telah berlaku. Sejarah dalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui
masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan
manusia memperkayakan pengetahuan supaya waktu sekarang dan akan datang
menjadi lebih cerah. Jadi, tidak hairanlah jika pendidikan Sejarah telah diperkenalkan
dalam kurikulum di sekolah-sekolah luar negara mahupun Malaysia .

3.0 PERKEMBANGAN MATA PELAJARAN SEJARAH DALAM SISTEM


PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Mata pelajaran sejarah diajar sejak pentadbiran British di Malaysia. Usaha merangka
satu dasar pendidikan kebangsaan bermula sejak pembentukan Jawatankuasa
Perhubungan Kaum (CLC) pada 1949. CLC yang dianggotai wakil pelbagai kaum
termasuk UMNO dan MCA bertujuan mengurangkan konflik antara kaum disamping
menentukan hala tuju negara. Namun ia tidak bersifat matapelajaran induk selaras
dengan dasar pendidikan British yang membiarkan sistem persekolahan berkembang
mengikut aliran berasaskan kausehingga mencetuskan kelas berbeza di kalangan
penduduk Tanah Melayu. Sediktit perubahan terhadap pendidikan sejarah di Tanah

2
Melayu hanya berlaku pada 1918 (JEBAT 36 (2009) 90-106 96) susulan pengenalan
matapelajaran Tawarikh di peringkat sekolah dan maktab.

Pendidikan Sejarah di negara ini di mulai dengan mata pelajaran Tawarikh pada
1956 dan berlanjutan sehingga 1978. Sebenarnya, pendidikan sejarah telah pun melalui
satu tempoh yang sangat panjang dalam sistem pendidikan di Malaysia. Setelah
itu,pada mata pelajaran Tawarikh ditukar kepada mata pelajaran Sejarah sehingga
sekarang.Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menambahbaikan
kurikulum dan sukatan mata pelajaran Sejarah dalam tempoh masa 22 tahun yang lalu.
Matlamat asal mata pelajaran Sejarah ialah untuk memastikan setiap murid dapat
memupuk dan memperkukuh semangat setia perpaduan dan kekitaan bangsa serta
negara Malaysia selain mewujudkan ingatan bersama terhadap peristiwa sejarah
sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

Pada tahun 1989, mata pelajaran Sejarah telah dijadikan sebagai mata pelajaran
wajib dipelajari dan diambil dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
serta Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila Kurikulum Baru Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) mula diperkenalkan secara berperingkat ketika itu.Manakala di
peringkat pendidikan rendah, mata pelajaran ini diajar secaramerentas kurikulum dalam
mata pelajaran Kajian Tempatan ketika murid-murid di Tahap Dua iaitu Tahun 4, 5 dan 6
dan diuji secara Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR).Selain itu, untuk
memastikan generasi muda dapat dibentuk dan didedahkan dengan pengetahuan
sejarah di peringkat awal persekolahan lagi, kementerian telah memutuskan supaya
mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah akan diperkenalkan mulai 2014 di
Tahap 2, Tahun 4 secara berperingkat-peringkat. Manakala untuk melihat pencapaian
murid terhadap mata pelajaran ini, murid-murid akan dinilai melalui Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) sepenuhnya.

Di peringkat pengajian tinggi pula umpamanya kemasukan hampir ke semua


kursus yang ditawarkan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), calon-calon
mestilah memiliki sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran ini di peringkat SPM. Mata
pelajaran juga wajib diikuti oleh semua guru-guru pra perkhidmatan dalam kursus
persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuklah calon-calon ambilan

3
khas lepasan UEC. Langkah kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai
mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2013 juga merupakan
satu langkah yang tepat dan selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
agar modal insan yang dilahirkan mempunyai ilmu pengetahuan, bertanggungjawab,
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu untuk memberikan sumbangan
kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta negara.

Hal ini menunjukkan bahawa mata pelajaran ini amat penting bagi memastikan
modal insan yang dilahirkan melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan tidak buta sejarah,
menghargai, menyayangi, patriotik dan seterusnya memahami bagaimana terbentuknya
sesebuah negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

4.0 MATLAMAT PENDIDIKAN SEJARAH

Matlamat pendidikan Sejarah adalah bagi memupuk semangat setia negara dan
perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Melalui pengetahuan dan penghayatan
sejarah negara tanah air,pelajar akan dapaat memahami keadaan masyarakat
kepentingan mewujudkan perpaduan; kekitaan terhadap masyarakat dan negara-
sebagai satu unit tunggal. Ia mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai
rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan memperkukuh perasaan tanah air . Melalui
matlamat pendidikan Sejarah ini dapat kita simpulkan bahawa terdapat banyak
kepentingan mata pelajaran Sejarah dalam diri,masyarakat mahupun negara. Justeru
itu, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah-sekolah dapat merealisasikan
matlamat ini.

4.1 Memupuk Semangat Setia Negara

Semangat setia negara dapat dipupuk dalam kalangan murid melalui mata pelajaran
Sejarah. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanah air dan dengan itu
akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah
negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan
menjual maruah negara seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga

4
asing. Semangat ini timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa
dan negara kita, serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita.Oleh
itu, sikap membakar dan mengubah

Semangat setia akan negara dapat dipupuk melalui pendidikan Sejarah kerana
dengan mengetahui sejarah, murid pasti akan menghargai perjuangan yang dilakukan
oleh pemimpin-pemimpin terdahulu yang penuh dengan pengorbanan. Justeru itu,
mereka akan sedar bahawa untuk mendapatkan kemerdekaan,banyak liku-liku yang
harus dilalui. Lebih sukar di negara majmuk seperti Malaysia. Jika generasi muda hari
ini tidak memahami sejarah pembentukan negara, apa yang telah bina akan runtuh dan
musnah. Meruntuhkan sesuatu amat mudah tetapi untuk membina atau membentuk
sesuatu itu yang sukar. negara merdeka Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-
orang Melayu untuk menerima golongan imigran Cina dan India.

Pemahaman terhadap kontrak sosial ini amat penting untuk memacu Malaysia
sebagai negara maju. Kegagalan memahami kontrak sosial ini mampu mendatangkan
impak negatif kepada negara. Namun begitu dengan memiliki pengetahuan sejarah,
rakyat Malaysia dapat memahami situasi ini dan akan menjadi bangsa yang bersyukur
seterusnya akan mengukuhkan lagi semangat setia kepada negara.

4.2Kepentingan Memupuk Perpaduan

Orang cerdik pandai selalu berkata, sejarah adalah guru terbaik untuk mendidik manusia
menjadikan sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan. Sejarah adalah
kebijaksanaan silam yang boleh dimanfaatkan untuk membina masa depan. Akibat tidak
memahami sejarah, ada sesetengah pihak menafikan banyak perkara yang terkandung
dalam Perlembagaan Persekutuan. Kewujudan Perlembagaan Persekutuan itu satu
sejarah besar negara ini. Malah kerana tidak menghayati sejarah juga membuatkan
sesetengah pihak menganggap sesuatu isu yang melibatkan kaum terkeluar daripada
kerangka sejarahnya. Mereka tidak melihat sejarah sebagai asas untuk memberi dan
menerima dalam sesuatu perkara. Maka asas perpaduan di negara berbilang kaum
seperti Malaysia adalah memahami, menghayati dan memanfaatkan sejarah.

5
Pendidikan sejarah telah dijadikan wahana utama dalam sistem pendidikan di
Malaysia untuk mencapai matlamat di atas. Malah, cabaran pertama yang digariskan
dalam gagasan negara adalah ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang
mempunyai matlamat yang sama. Ia perlu menjadi bangsa yang aman dengan
integrasi wilayah dan etnik, hidup dalam harmoni, adil, saksama ke arah bangsa
Malaysia yang taat dan setia kepada Negara. Masyarakat yang bersatu padu,
berintegrasi, mengamalkan toleransi serta beridentiti nasional menjadi tonggak utama
Dasar Wawasan Negara bagi membina bangsa Malaysia yang progresif dan makmur
serta hidup dalam harmoni (Haminah binti Suhaibo:2010).

Peristiwa pergaduhan kaum 13 Mei 1969 merupakan satu pengajaran besar


kepada kita bahawa pentingnya semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk
seperti di Malaysia. A.Aziz Deraman (2000) menjelas peristiwa ini banyak memberi
pengajaran kepada kita. Kita selama ini rupa-rupanya gagal menyatupadukan rakyat .
Ahli sejarawan George Santayana ada menyatakan sesiapa yang melupakan sejarah,
pasti akan mengulanginya kembali. Justeru itu, jika kita tidak mengetahui sejarah
peristiwa ini, sudah pasti ia akan berulang kambali.

4.3 Faham Tentang Keadaan Masyarakat

Pendudukan Inggeris selama 171 tahun (1786-1957) ke atas Tanah Melayu telah
mengubah landskap komposisi penduduk Negara ini. Dasar Inggeris membawa masuk
tenaga kerja dari India dan China untuk membantu mereka memeras kekayaan bumi
Tanah Melayu, terutama dalam sektor perladangan dan perlombongan, telah
menjadikan Negara ini sebuah Negara yang berbilang bangsa (Chamil Wariya 2007).
Oleh hal itu, setiap kaum di negara ini hendaklah mempunyai sikap toleransi antara satu
sama lain dan faham tentang keadaan masyarakat di sini.

Keadaan masyarakat di sini bermaksud budaya, agama , dan adat resam


sesuatu masyrakat tersebut. Sejarah banyak menjelaskan kepada kita tentang cara dan
sebab-sebab wujudnya masyarakat majmuk di negara ini. Oleh itu, sikap iri hati
terhadap keistimewaan suatu kaum itu harus hilang dalam diri seseorang itu. Setiap
invidu itu harus menghormati adat resam dan kepercayaan kaum lain agar tidak berlaku

6
pertelingkahan kaum lagi dan boleh mendorong kepada kemunduran negara. Justeru
itu, di sini dapat saya jelaskan bahawa melalui mata pelajaran Sejarah, murid-murid
dapat memahami keadaan masyarakat .

4.4 Rujukan Kesedaran Kebangsaan

Matlamat pendidikan Sejarah adalah untuk menjadikan sejarah sebagai rujukan


kesedaran kebangsaan. Hal ini demikian kerana, setiap peristiwa sejarah memberi
implikasi dan iktibar kepada generasi akan datang yang untuk menghayati setiap
peristiwa sejarah masa lampau. Masyarakat menyedari bahawa semangat kebangsaan
harus wujud dalam diri setiap kaum yang hidup dalam satu negara yang merdeka.
Selaras dengan pembentukan wawasan negara bangsa, pendidikan Sejarah berperanan
sebagai alat sosialisasi politik bagi membina kesedaran baru dan membangkitkan imej
baru negara Malaysia sebagai sebuah Negara bangsa.

Peristiwa sejarah adalah peristiwa yang berlaku semalam secara amnya. Oleh
itu, peristiwa sejarah yang berlaku hendaklah dijadikan sebagai satu elemen untuk
memperbaiki diri. Sebagai contohnya, jika semalam seseorang itu telah melakukan
kesilapan, sudah pasti pada hari lain dia akan tidak mengulanginya lagi. Pekara ini juga
sama seperti kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin negara terdahulu
dijadikan sebagai pengajaran kepada pemimpin pada masa akan datang dan sekarang
agar tidak mengulangi kesilapan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa matlamat
pendidikan Sejarah akan terlaksana melalui pembelajaran sejarah dapat dijadikan
rujukan kesedaran kebangsaan..

4.5 Pembinaan Negara Bangsa

Sejarah boleh digunakan sebagai asas pembinaan bangsa melalui proses-proses


membentuk kesinambungan, perpaduan, negara bangsa, mengorak perubahan sosial,
ekonomi bangsa dan negara serta sumber inspirasi. Proses kesinambungan ini dapat
diperolehi melalui sejarah serta membolehkan pembinaan negara bangsa dicapai hasil
penelitian terhadap kewujudan atau pembentukan masyarakat.

7
Melalui pendidikan sejarah juga, nilai kesetiaan dapat dipupuk dan ditanamkan
sebagai satu nilai hidup yang penting bagi membina dan meningkatkan komitmen
generasi muda kepada negara dan bangsa. Nilai kesetiaan ini akan dapat
mengukuhkan ketahanan negara dan mendorong semangat sanggup berkorban dan
berbakti kepada bangsa dan negara. Pendidikan sejarah juga berfungsi menerapkan
nilai kewarganegaraan dan membentuk generasi muda menjadi warganegara yang
berguna kepada bangsa dan negara. Pekara ini penting untuk pembinaan negara dan
bangsa.

5.0 KEPENTINGAN MATA PELAJARAN SEJARAH

5.1 Pembinaan Masyarakat Yang Berintegriti

Antaranya ialah melahirkan masyarakat yang berintegriti. Maksud integriti mengikut


Kamus Dwibahasa (DBP),1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan;
keutuhan. maksud itu, kita dapat simpulkan bahawa, integriti adalah sifat jati diri yang
merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang
kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan sebagainya. Jati diri
dapat dipupuk melalui mata pelajaran Sejarah kerana sejarah akan membawa kita ke
arah mengenal tentang asal usul banggsa dan negara kita. Hal ini kerana,menurut
Muhd Yusuf Ibrahim,sejarah ialah catatan atau rekod mengenai sesuatu peristiwa yang
berlaku pada suatu masa yang lalu. Maksudnya di sini melalui pendidikan
Sejarah,sudah semestinya masyarakat dapat mengenal identiti dan jati diri masing-
masing dengan mengetahui pekara yang terjadi pada masa lampau.

seseorang insan itu juga tertarik mendampingkan dirinya dengan pengalaman hidupnya
kerana pengetahuan masa lalu yang akan didapatinya itu membolehkan ia mengenal
dirinya.
(Muhd Yusuf Ibrahim,JEBAT 22(1994)25-48)

Jati diri amatlah penting dan perlu ada dalam diri seseorang tersebut agar tidak
mudah dipengaruhi dengan benda-benda negatif. Tanpa pengetahuan sejarah
terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan Tanah Melayu

8
dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Mereka ini tidak
menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah warganegara yang tidak
bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan budaya. Tidak hairanlah jika akan lahir rakyat
Malaysia yang tamak haloba dalam mencapai matlamat hidup tanpa mempedulikan
halal-haram dari aspek undang-undang dan memcampakkan kontrak sosial negara
ketepi demi mencapai cita-cita mereka.

Hargailah apa yang telah kita kecapi hari ini. Presiden Amerika Syarikat ke-44,
Barack Hussin Obama dalam ucapan sulung sebagai presiden mengungkapkan:
Sejarah akan menilai kita dengan apa yang kita bina dan bukan dengan apa yang kita
runtuhkan.Oleh itu,jelaslah bahawa mata pelajaran Sejarah memberi impak kepada nilai
integriti,iaitu mempunyai jati diri yang teguh dalam sesebuah masyarakat.

5.2 Pembinaan Suatu Masyarakat Yang Bersatu

Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah


negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa
pendidikan merupakan agen perubahan memainkan peranan yang penting dalam
memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda atau pelajar. Oleh itu,
pendidikan sering kali dianggap sebagai teras utama ke arah perpaduan nasional dan
pemupukan kesetiaan dalam kalangan rakyatnya. Justeru itu, pendidikan Sejarah
merupakan salah satu aspek yang dapat mendorong dan menyumbang pembinaan
suatu masyarakat yang bersatu.

Negara kita didiami oleh rakyat berbilang kaum, dengan kaum terbesar Melayu,
Cina, dan India. Kepelbagaian kaum dengan anutan agama yang berbeza dan corak
budaya seharian yang berlainan tidak menjadi masalah untuk berkomunikasi, saling
mengerti, bertolak ansur, dan berdaya saing untuk memaknakan kemerdekaan tanah air.
Kecuali peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969, sepanjang waktu melalui kehidupan
dengan aman dan damai. Hal ini berpunca mereka mengerti asal usul mereka, hak masing-
masing, dan peranan yang perlu dimainkan di dalam negara ini. Semuanya dirakamkan
dalam mata pelajaran Sejarah.

9
Orang Melayu sedar, sebahagian daripada mereka dari Kepulauan Indonesia, orang
Cina mengerti mereka dari Tanah Besar China, dan orang India juga faham mereka dari
negara India. Pengertian yang diperoleh menerusi mata pelajaran Sejarah menjadikan
mereka dapat mengelakkan rasa rendah diri bagi menghadapi cabaran globalisasi yang
melanda seluruh dunia ketika ini agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan
menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat
Malaysia tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu
bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat
yang sama iaitu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju.

Masyarakat yang bersatu padu, berintegrasi, mengamalkan toleransi serta


beridentiti nasional menjadi tonggak utama Dasar Wawasan Negara bagi membina
bangsa Malaysia yang progresif dan makmur serta hidup dalam harmoni (Haminah binti
Suhaibo:2010).Perpaduan teras kejayaan Tuntasnya,dalam proses pembinaan suatu
masyarakat yang bersatu ,iaitu melalui perpaduan,maka pendidikan Sejarah amatlah
penting untuk melaksanakan hasrat ini.

5.3 Pembinaan Masyarakat Yang Demokratik

Seterusnya,pendidikan Sejarah juga dapat memupuk nilai demokratik.Dalam membina


negara bangsa yang maju, demokrasi amatlah dititikberatkan.Menurut Shaik Mohd. Noor
Alam S.M. Hussain (1993) terlalu banyak pengertian telah diberikan oleh ahli kaji politik
dan sosiologi sehinggakan istilah demokrasi menimbulkan lebih banyak kekeliruan
daripada menampilkan suatu kepastian pengertian yang perlu ada pada sesuatu doktrin
yang boleh dijadikan asas serta penentuan bukan sahaja bagi pembentukan kerajaan
tetapi juga sebagai satu rangka budaya pentadbiran sesebuah negara. Melalui
penjelasan ini, jelaslah demokrasi dalam sesebuah negara amatlah penting.
Sehubungan itu, nilai demokratik dapat diterap dalam masyarakat melalui pendidikan
Sejarah.

Sejarah tentang penubuhan negara Malaysia adalah berkait dengan sisitem demokrasi.
Sebagai buktinya, sebelum negara mencapai kemerdekaan,beberapa pilihan raya telah
diadakan bagi memilih kerajaan yang akan mentadbir. Contohnya, selepas

10
peristiwa Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran
tentera dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme di kalangan rakyat Tanah Melayu
ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan
kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui pilihan raya yang
diadakan untuk memilih kerajaan iaitu melalui demokrasi. Tanpa memmpelajari
Sejarah, sudah pasti kita tidak akan mengetahui tentang sistem demokrasi di negara ini.
Tambahan pula, sistem ini telah banyak membantu rakyat yang berbilang kaum di
Malaysia agar bersatu dan mempunyai kuasa memilih rakyat serta adil.

Demokrasi ini pada asalnya merupakan satu bentuk aliran pemikiran berpolitik
yang mana diguna pakai di bangsa Yunani sejak sebelum kelahiran Nabi Isa AS.
Mereka menggunakan sistem demokrasi ini sebagai satu sistem dalam membentuk
kesatuan dalam kalangan rakyat apabila sistem ini berjaya mengumpulkan seluruh
rakyat untuk memilih ketua mereka. Dengan wujudnya sistem ini, ia menolak sistem
diktator iaitu pemerintahan yang ditentukan oleh kerajaan tanpa ada ruang oleh rakyat
untuk memilih. - kitab Qadhaya Fiqhiyyah Muasorah,tahun 4, Universiti Al-Azhar,
Kaherah m/s 8.Dan sehingga kini, Malaysia yang mengadakan pilihanraya bagi rakyat
memilih wakil-wakil mereka sebagai pemerintah. Justeru itu, nilai demokratik harus ada
dalam diri semua rakyat Malaysia jika ingin mencapai Wawasan 2020 negara.

5.4 Pembinaan Masyarakat Yang Progresif

Pengetahuan dalam sejarah dapat membantu sesebuah masyarakat itu untuk


memajukan diri,seterusnya melahirkan masyarakat yang progresif. Hal ini
kerana,dengan mengetahui sejarah masa lampau, sesebuah masyarakat itu akan
mengetahui tentang kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh masyarakat sebelum ini
dan seterusnya memajukan diri. Justeru itu, melalui pembelajaran Sejarah, masyarakat
dapat mengambil iktibar daripada peristiwa lalu. Peristiwa Francis Light yang telah
mengambil Pulau Pinang telah mengajar kita untuk tidak terlalu bergantung kepada
negara luar dalam menyelesaikan sesuatu masalah negara. Setiap masalah pasti ada
jalan penyelesaiannya dan sebagai warganegara bertuah ini kita mesti berusaha
menyelesaikannya sendiri. Sesungguhnya melalui pembelajaran sejarah, seseorang itu
tidak akan mengulangi kesilapan lalu,seperti kata Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr.

11
Mahathir Muhamad, mereka yang tidak mempelajari sejarah, berkemungkinan untuk
mengulangi kesilapan lalu.

Masyarakat yang progresif adalah masyarakat yang berusaha untuk memajukan


dirinya.Sebagai contohnya,peredaran zaman Paelotik ke zaman Logam telah
menunjukkan bukti bahawa masyarakat zaman itu mempunyai semangat untuk
memajukan diri dan tidak terus hidup sebagai manusia gua .Peristiwa kronologi sejarah
ini boleh dijadikan sebagai pembelajaran dan pengajaran kepada masyrakat bahawa
tidak kira pada zaman apa-apa pun kita,sikap untuk memajukan diri itu perlu ada .
Lebih-lebih lagi masyarakat kini hidup dalam zaman teknologi maklumat dan semakin
moden.Jadi, tidak sukar bagi mereka untuk memajukan diri.

Umpamanya, menurut R.G Collingwood , untuk menuju ke depan sesbuah


masyarakat perlu kepada sejarah. Masa depan yang akan sukar dilalui oleh sesebuah
masyrakat atau seseorang individu itu sukar untuk diramal,jadi sejarah diperlukan untuk
menjadi panduan supaya perjalanan menuju hari depan itu terarah. Oleh itu,melalui
pejelasan yang diberikan jelaslah bahawa, pembinaan masyarakat yang progresif perlu
ada pendidikan dan pengetahuan tentang sejarah.

5.5 Pembinaan Masyarakat Yang Berdisiplin

Pendidikan Sejarah dapat membina sahsiah masyarakat yang berdisiplin.Disiplin yang


dimaksudkan disini adalah merangkumi semua nilai-nilai dan tingkah laku masyarakat
dalam pembinaan negara bangsa yang maju. Sejarah memberi kita pelbagai
pengajaran yang boleh dijadikan sebagai pedoman hidup kita dan hal ini boleh dijadikan
sebagai iktibar dalam hidup kita untuk menjadi masyarakat yang berdisiplin. Pembinaan
moral dan akhlak juga menjadi salah satu tingkah laku yang penting dan boleh
diterapkan dalam pendidikan Sejarah. Isu kempralan dan akhlak ini dapat dijadikan
iktibar dan pengajaran kepada generasi dalam pendidikan Sejarah. Soal kemoralan
dan akhlak ini dapat dikupas melalaui isu kepimpinana, perjuanagan dan dasar.
Sebagai contohnya, dasar yang dibuat oleh pemerintah kulit putih terhadap orang kulit
hitam dalam dasar Aparteid.

12
Menurut Prawirosentono (1999: 31) mengemukakan bahawa secara
umum disiplin adalah taat kepada hukum dan peraturan yang berlaku. Oleh itu, sebagai
warganegara Malaysia yang baik, masyarakat kena patuh dan taat kepada undang-
undang dan perlembagaan negara. Disiplin itu perlu ada pada setiap rakyat Malaysia
untuk memajukan negara dan menjaga keselamatan negara. Justeru itu, sikap si tali
barut Kitul boleh dijadikan pengajaran sebagai asas pembentukan masyrakat yang
berdisiplin. Sikap Kitul yang menjadi pengkhianat negara pada ketika itu boleh dijadikan
penghayatan sejarah bahawa bertapa pentingnya sikap taat dan setia kepada negara.

6.0 RUMUSAN

13
Ringkasnya, sejarah adalah amat berguna kepada masyarakat dan negara. Oleh sebab
itu, tidak hairanllah jika mata pelajaran menjadi subjek yang diutamakan dalam
pendidikan di negara ini. Seringkali wujud tanggapan bahawa sejarah tidak ada apa-apa
kegunaan dalam kehidupan manusia. Ia dianggap tidak boleh digunakan secara praktikal dalam
kehidupan seharian dibandingkan dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain seperti sains, teknologi,
perakaunan dan sebagainya.Menurut Rogers (1987), tiada sesiapa pun yang boleh terlepas
daripada masa lampau. Beliau menjelaskan bahawa sejarah memberi pemahaman dengan
mendalam mengenai pengalaman dan peristiwa lalu yang berkesinambungan dengan masa kini..
Prof. Wang Gangwu (1964) menyatakan secara jelas kepentingan pendidikan sejarah dengan
menyatakan pengajaran sejarah adalah bidang penting untuk generasi muda dan bangsa moden
di dunia ini.

Selaras dengan tujuan merealisasikan matlamat pendidikan Sejarah,sebagai


warganegara Malaysia, kita perlu mempelajari sejarah perkembangan negara agar kita
mempunyai pengetahuan dan memahami betapa sukarnya pemimpin terdahulu
membina negara ini. Di samping itu, pengetahuan tentang sejarah perkembangan
negara juga menyedarkan kita betapa pemimpin-pemimpin kita bertungkus-lumus
meneruskan perjuangan ke arah kestabilan ekonomi dan politik negara ini. Kita juga
dapat melihat betapa pentingnya pengetahuan sejarah perkembangan negara dalam
pembinaan negara. Kita tidak akan bertanya apa yang negara dapat berikan kepada
kita, tetapi kita akan berusaha keras agar kita dapat bersama-sama menyumbang ke
arah pembinaan dan pembangunan negara seiring dengan hasrat kerajaan. Ini
menunjukkan bahawa mata pelajaran ini amat penting bagi memastikan modal insan
yang dilahirkan melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan tidak buta sejarah, menghargai,
menyayangi, patriotik dan seterusnya memahami bagaimana terbentuknya sesebuah
negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

14

Vous aimerez peut-être aussi