Vous êtes sur la page 1sur 6

SPPE 3232 02

ASAS KAWALAN
ELEKTRIK / ELEKTRONIK

SPPR
2017/2018
SEMESTER I

LAPORAN 1 : PENDAWAIAN PANEL


BIL NAME NO MATRIX
01 NURUL SYAFIQAH BINTI ALI A14PP00
02 NOR IZLAIKHA BINTI CHE AZIZ A15PP0078

DR HANIFAH BINTI JAMBARI


TAJUK : PENDAWAIAN PANEL

TUJUAN:

Pelajar pelajar mesti boleh :

1. Membuat penyurihan di atas papan panel


2. Membuat tamatan kabel pada panel
3. Membuat penyambungan kabel pada panel
4. Mengikat kabel pada panel

TEORI ASAS KAWALAN MOTOR

Kawalan Motor

Kawalan motor adalah satu sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa peralatan
yang bertujuan untuk mengawal pergerakan motor sama ada 1 fasa atau 3 fasa.

Fungsi Sistem Kawalan Motor.

Menghidup dan mematikan sesebuah motor elektrik sama ada 1 fasa atau 3 fasa.
Mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah berlaku keputusan bekalan. ( No-
volt coil atau No-volt release )
Meminimakan arus mula bagi sesebuah motor elektrik seperti Penghidup Bintang-
Delta,Penghidup Alatubah-Auto dan Penghidup Rotor Berperintang.
Mengelakkan motor daripada terbakar atau rosak dengan adanya komponen dalam
sistem yamg mengawalnya.
Menghidupkan motor secara berperingkat.
Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara kawalan
jauh.

Kebaikan menggurangkan arus mula

Kurang tindakan daya mekanikal keatas gelung


kurang kejutan mekanikal keatas bingkai motor, aci (shaft) dan penghantaran dalam
motor.
Menyebabkan motor berpusing secara berperingkat peringkat dengan beban.
Mengurangkan susutan voltan talian.
Mengurangkan gangguan terhadap sistem bekalan
\
Keburukan menggurangkan arus mula

Mengurangkan daya kilas.


Kos meningkat dalam menyediakan alat-alat bagi sistem penghidup.
Keperluan penyelanggaran meningkat.
Alat-alat terlalu rumit.

Peralatan :

No Alatan Tangan Fungsi


1. pelayar gabung

memusingkan dawai yang telah diikat pada kabel di


papan panel
2. Pemotong Kabel

Memotong kabel dan membuang penebat pada kabel.

3. Playar muncung
tirus

Menarik dawai pada kabel


Membengkokkan kabel kepada 90 darjah
5. Skru Driver flat

Mengetat skru jenis - ketika membuat tamatan.


6. Skru Driver Philip

Mengetatkan skru jenis + ketika membuat tamatan


7. Penukul

Memukul serta meluruskan kabel.

8. Pemotong kabel

Memotong penebat kabel

9. Pena penguji

Mengetatkan skru pada penyambung

10. Dawai
Dawai untuk mengikat kabel di papan panel
Langkah keselamatan kerja
1. Elakkan memakai pakaian yang longgar dan aksesori yang labuh kerana ia mudah
tersangkut dan boleh menyebabkan kemalangan.
2. Memakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan.
3. Mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan.
4. Ikat rambut dengan kemas dan pakai skaf supaya rambut tidak mengganggu
penglihatan semasa melakukan kerja.
5. Tidak membawa makanan dan minuman ke dalam bengkel
6. Tempat kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja
dijalankan dengan baik dan lancar.
7. Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan
besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.
8. Setiap alatan perlulah digunakan dengan betul.
9. Jangan menggunakan peralatan yang rosak atau alat yang telah diubahsuai.
10. Pastikan menggunakan peralatan dengan mengetahui cara penggunaanya.
11. Pastikan menggunakan peralatan dan alat yang telah disahkan oleh SIRIM atau
Suruhan Tenaga.

Contoh pemakaian semasa didalam bengkel


Langkah kerja:
1. Pelajar harus mengikut arahan yang telah diberikan oleh pengajar.
2. Mengambil peralatan tangan serta papan panel pendawaian dan beberapa kelengkapan
seperti 2 jenis skru penyambungan, untuk melakukan pendawaian pada papan panel.
3. Melakukan penyurihan dan menandakan di atas papan panel. Saiz penyurihan tidak
mempunyai pengukuran yang tepat tetapi pendawaian hendak bersaiz bersesuaian
dengan papan panel.
4. Dengan menggunakan peralatan yang sesuai, hendaklah melakukam tamatan pada
panel. Pastikan saiz penyambung mempunyai saiz yang betul sama ada besar atau
kecil.
5. Pelajar dikehendaki menyusun semula kabel mengikut gambarajah yang diberi pada
kertas kerja 1. Pastikan warna serta cara sambungan seperti dalam gambarajah pada
kertas kerja 1.
6. Kabel yang telah dipasang heendaklah di ikat dengan menggunakan dawai.
Penggunaan dawai ini bagi memastikan pendawaian yang dilakukan lebih kemas dan
cantik.
7. Kemaskan kabel dan pendawaian panel supaya kelihatan kemas dan cantik.

Vous aimerez peut-être aussi