Vous êtes sur la page 1sur 9

TEMA 2 TRENDA DAN ISU-ISU PENDIDIKAN

1) Konsep Pendemokrasian Pendidikan;

Peluang sama rata indvidu mendapat pendidikan dan kemudahan

Individu diberi peluang yang sama untuk memilih sekolah tanpa mengira status ekonomi, sosial,
keistimewaan, jantina, kaum, agama atau latar belakangnya

2) Kepentingan;

Membasmi buta huruf dalam kalangan penduduk negara kurang maju

3) Rasional;

Merapatkan jurang akademik kerana ketidaksamaan peluang pendidikan

4) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik:

Perbezaan Kelas Sosial:

Kajian Pierre Bourdieu (1930) mendapati:

-pencapaian individu dipengaruhi oleh latar belakang keluarganya.

-terdapat ketidaksamaan kelas sosial

Kajian B. Bernstein (1925-2000)

-wujud dua jenis bahasa bahasa awam dan bahasa formal

Kajian McClelland (1990)

-habitus dan modal budaya menentukan pencapaian seseorang dan meluaskan jurang ketidaksamaan.

Hubungan Modal Budaya dengan Sekolah Malaysia

Menurut perspektif konflik:

-sekolah mengekalkan ketidaksamaan


-proses reproduksi masih mengikut pengagihan modal budaya penjajah.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK:

Perbezaan Sosialisasi dan bahasa:

Menurut George H.Mead (1863-1931):

-membezakan komunikasi bukan simbolik (gerak isyarat) dan komunikasi simbolik (idea/konsep).

-penguasaan bahasa membolehkan manusia mengorganisasikan dan menyimpan

tanggapan/pemahaman sosial.

-memindahkan konsep-konsep

Menurut kajian Bourdieu (1930) :

-sekolah memindahkan ketidaksamaan sosial dari satu generasi ke satu generasi.

-habitus-habitus individu mengandungi modal budaya yang berbeza antara kelas sosial.

~sistem pendidikan mengekalkan status quo hierarki sosial dalam masyarakat.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK:

Perbezaan Lokasi Bandar dan Luar Bandar:

Corak pendidikan semasa penjajahan;

-setakat peringkat sekolah rendah.

-pendidikan hanya terhad untuk anak-anak sultan/pembesar.

-tujuan penubuhan MPSI melatih bakal guru mengajar seni pertanian,kraf tangan dan sains r/tangga.

Menurut Teori Konflik

-punca stratifikasi sosial berlaku kerana jurang ekonomi.

Untuk mengatasinya kerajaan telah melaksanakan:


~RMK (1971-1975)

-mengeratkan perpaduan kaum

-menyediakan peluang pekerjaan

~DEB:

-membasmi kemiskinan

-menyusun semula masyarakat dengan

mengadakan reformasi masyarakat.

-rancangan pelajaran dan latihan

5) Program Kesaksamaan Pendidikan

A .Murid daripada keluarga yang kurang beruntung modal budaya.

-kemiskinan mengurangkan peluang pendidikan

B.Program Pendidikan Imbuhan (1975-1980)

-bahan-bahan pelajaran khas untuk murid-murid l/bandar.

b.Ciri-ciri Pendidikan Imbuhan

c.Perbezaan antara Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan

Pendidikan pemulihan

Pendidikan Imbuhan

6).Projek Inspire

Tujuan:

-mengkaji, mengembang dan mencuba teori-teori pendidikan untuk sekolah luar bandar.

-membantu PPK melaksanakan program pemulihan dan pengayaan dalam KBSR.

7) Pendidikan Inklusif untuk Murid Istimewa


setiap individu s/a normal, pintar-cerdas/cacat, berhak diberi peluang pendidikan.

kanak-kanak cacat yang mempunyai potensi belajar ditempatkan di dalam kelas biasa.

kanak-kanak cacat yang tidak dapat mengikuti kurikulum biasa ditempatkan di dalam kelas KKBP.

terdapat tujuh kategori kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas:

8) Akta Pendidikan 1996: Pindaan tahun 2002

Pendidikan wajib untuk semua kanak-kanak yang telah cukup umur persekolahan

Pindaan Akta 1996 mewajibkan semua ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka supaya masuk
sekolah rendah tahun satu.

9) Implikasi:

Pendemokrasian pendidikan dapat dilaksanakan

Kanak-kanak tidak ketinggalan dalam pendidikan yang disediakan.

Melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan

Memastikan setiap rakyat dapat pendidikan yang sempurna.

10) Pendemokrasian Pendidikan;

n Peluang yg sama bagi setiap individu mendapat pendidikan dan kemudahan yg disediakan. Ia meliputi
hak individu memilih jenis sekolah yg difikir sesuai utk menuntut ilmu pendidikan.

n Proses mendemokrasikan pendidikan bermaksud setiap individu diberi peluang yg sama utk
mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah utk belajar tanpa mengira staus sosial, ekonomi,
jantina, kaum, agama dan latar belakang.

n Rasional dan Kepentingan:- 1988 UNESCO melancarkan Projek APPEAL (Asia Pacific Programme of
Education for All) utk merapatkan jurang pencapaian akademik kerana ketidaksamaan peluang dlm
pendidikan.

11) Program Pendidikan Imbuhan;

n Muncul selepas perang dunia kedua akibat dari ketidaksamaan peluang pendidikan antara golongan
atasan dan bawahan.

n Di Malaysia terutamanya bagi sekolah rendah mula dilaksanakan pada 1975 1980.
n Pendidikan Imbuhan menitikberatkan:

1. Tindakan awal diambil bagi mengesan punca masalah.

2. Penentuan objektif-objektif yg nyata.

3. Rancangan p&p disusun dgn rapi bagi mengatasi serta mencegah masalah pembelajaran.

4. Pengubahsuaian kurikulum, bahan pelajaran, kaedah dan strategi p&p.

5. Penglibatan ibu bapa dlm aktiviti sekolah & projek pembangunan komuniti.

6. Kordinasi dgn agensi luar yg boleh beri sumbangan (kesihatan, makanan dsbnya).

12) Ciri-ciri Pendidkkan Imbuhan;

Rancangan pembelajaran disediakan bagi yg menghadapi masalah kekurangan kemudahan


sosioekonomi.

Rancangan pembelajaran utk semua mp mengikut perkembangan kgnitif pelajar.

Skop kajian meliputi pedagogi dlm bilik darjah serta sosioekonomi dan politik diluar.

Selain p&p juga meliputi program makanan, kemudahan & kewangan.

Bantuan diberi kpd semua drpd golongan bawahan di peringkat pra sekolah, sek rendah serta ibu bapa
mereka.

13) Objektif Utama Merapatkan Jurang Dlm Pendidikan

Perbezaan Pend. Pemulihan dgn Imbuhan

n Pend. Pemulihan

aktiviti p&p khas utk menolong pelajar yg menghadapi masalah pembelajaran dlm kelas.

Aktiviti biasanya dijalankan dlm tempoh masa yg pendek iaitu selepas pengajaran kemahiran asas.

n Pend. Imbuhan

Usaha mengatasi kelemahan pembelajaran

Usah mencegah dari berlakunya sebarang masalah pembelajaran di peringkat awal lagi.

Skop lebih luas meliputi unsur sosioekonomi dan politik diluar bilik darjah.

14) Projek InSPIRE (Integted System of Programmed Instruction for the Rural Environment)
n Ditubuhkan pada Ogos 1977 oleh Pusat Pengajian Pendidikan USM dgn dua tujuan:-

Mengkaji, mengembang dan mencuba teori-teori pendidikan bagi mempertingkatkan keerkesanan


p&p SR diluar bandar.

Membantu PPK, KPM melaksanakan program pemulihan dan pengayaan dalam KBSR.

n Mula beroperasi 1983 dgn bahan aktiviti pemulihan dan pengayaan utk matematik & bahasa sebagai
percubaan. Hasilnya beberapa set lembaran kerja dapat dihasilkan dan digunakan dlm bilik darjah.

5.1 Pendemokrasian Pendidikan dan Kesamaan Peluang

Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang yang sama untuk semua kanak-kanak
mendapatkan pelajaran. Zaman kolonial dahulu, pendidikan tidak dapat dinikmati secara global oleh
setiap individu. Pada hari ini semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik dan gender, telah diberi
peluang untuk medapat pendidikan yang serupa. Kesamaan peluang disini memberi maksud pendidikan
yang formal yang dipelajari dengan kurikulum yang sama.

Peruntukan yang seimbang diperlukan untuk mengimbangi ledakan pendidikan di Malaysia kerana
setiap bangsa di negara kita mulai sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan kepada generasi mereka.
Oleh itu langkah yang terbaik untuk menangani masalah kesesakan bilik darjah di negara kita ialah
kerajaaan perlu untuk menambah lagi bilangan bilik darjah dan seimbangkan jumlah untuk setiap kelas
di bandar-bandar ataupun di desa. Dengan ini pendidikan yang sebaik yang kita ingin lahirkan pada
generasi ini akan tercapai objektifnya.

6.0 Rumusan Dan Cadangan Tentang Isu

Daripada apa yang telah dibincangkan tadi, peranan bilik darjah sebagai

tempat tercapainya maksud ilmu memainkan peranan yang paling penting walaupun kini munculnya
zaman siber yang begitu mementingkan penggunaan penggunaan komputer sebagai alat penyampaian
ilmu terkini. Untuk menghasilkan suatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bilik darjah harus
mempunyai suatu suasana yang tenteram selaras dengan jiwa manusia dan tatacara untuk menimba
ilmu. Justeru, pihak yang bertanggungjawab haruslah peka dalam menyediakan infrasrtuktur dalam bilik
darjah dan pembuat polisi pula haruslah menentukan kaedah penetapan yang perlu dalam meletakkan
para pelajar agar kesesakan tidak berlaku dan pembelajaran yang lebih efisien dapat dicanang selaras
dengan keinginan Perdana Menteri kita yang menginginkan sebuah masyarakat yang berilmu
pengetahuan secara realistik.

Punca kewujudan permasalahan ini sebenarnya boleh di atasi dengan pihak atasan membina banyak
lagi kelas dan sekolah agar kesesakan bilik darjah dapat di atasi sebaiknya. Selain itu agihan pelajar perlu
untuk setiap sekolah dalam daerah-daerah atau negeri-negeri seluruhnya. Dengan ini masalah yang
berbangkit akan dapat di atasi dan ini menyebabkan wujudnya sebuah bilik darjah yang dapat
melahirkan pelajar yang cemerlang seperti yang kita lihat pada negara maju masa kini.

Permasalahan seperti ini sepatutnya di atasi dengan kadar segera agar para pelajar khususnya dapat
menumpukan aktiviti pembelajaran sepenuhnya dengan tumpuan maksima dan para pendidik juga
dapat menyalurkan sumber ilmu dengan keadaan yang selesa serta mempu untuk menyelesaikan
pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar.

Selain daripada itu, pendekatan bilik darjah perlu diubah tambah bagi memastikan keselesaan dalam
bilik darjah di atasi selari dengan kehendak masyarakat yang berfungsi dalam sebuah kelas. Apa yang
paling penting ialah hasil yang akan di dapati pada akhirnya membawa input yang besar kepada generasi
penentu negara pada masa akan datang.

Pendidikan formal di Malaysia dilaksanakan dengan berpandu kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Kaedah ini memerlukan setiap sekolah mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan oleh pihak
kementerian. Dalam sistem tersebut menyatakan perlunya sekolah berfungsi sepenuhnya secara
langsung atau tidak langsung untuk membantu para pelajar menggunakan fungsi keinteletualan dan
fungsi sosial dalam bilik darjah agar dapat menarik minat pelajar dalam proses pembelajaran. Apa yang
penting tujuan dan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu harus dimulakan
melalui sesi pembelajaran di bilik darjah yang lebih efisien dan fungsional.

3.

Demokrasi Pendidikan Dasar yang berkaitan dengan keadilan untuk semua pelajar memperoleh
prasarana dan infrastruktur,keselesaan, keselamatan dan sumber tenaga kerja yang berkualiti

Pendemokrasian Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan supaya setiap


individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahan yang
disediakan. Dengan kata lain, di bawah proses mendemokrasikan pendidikan , setiap individu diberi
peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa
mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum , agama atau latar belakangnya.

Kepentingan pendekmokrasian pendidikan jelas diperlihatkan apabila ia dapat membasmi masalah buta
huruf dalam kalangan penduduk dalam negara-negara kurang maju, keadaan ini dibuktikan dengan
pelaksanaan sistem pendidikan melalui pendemokrasian yang memberi pendidikan kepada semua
masyarakat di luar bandar. Selain itu, pendemokrasian pendidikan juga dapat merapatkan jurang
pencapaian akademik kerana ketidaksamaan peluang dalam pendidikan. Jurang pencapaian akademik
dipengaruhi oleh perbezaan kelas sosial, perbezaan sosialisasi bahasa dan perbezaan lokasi dan luar
bandar.

Mengikut kajian Pierre Bourdieu (1930), ahli sosiologi pendidikan dari Perancis, pencapaian
persekolahan seseorang individu adalah berkait rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya,
dan tahap pendidikan ibu bapa adalah lebih banyak mempengaruhi pencapaian persekolahan anak
mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat. Isu ini juga dapat meningkatkan
keprihatinan masyarakat terhadap pendidikan serta perkembangan terkini dan seterusnya menimbulkan
minat mereka terhadap pendidikan secara amnya dan khususnya terhadap pendidikan anak-anak
mereka.

Maka, tidak akan wujud lagi alasan tidak menghantar anak-anak ke sekolah disebabkan desakan hidup.
Seterusnya, pendemokrasian pendidikan turut memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan
pendidikan untuk masa depan diri serta kepentingannya dalam menentukan kelangsungan atau
kesinambungan kegemilangan negara.

Slogan satu Malaysia mempunyai kesinambungan dengan pendemokrasian pendidikan ini. satu
Malaysia mendahulukan rakyat dalam segala aspek tidak mengira kaum dan bangsa terutamanya
dalam pendidikan. Sistem pendidikan selama ini tidak pernah mengabaikan mana-mana golongan
masyarakat sama ada golongan buta, cacat pendengaran dan bisu serta kanak-kanak down syndrome
juga mendapat pendidikan dalam negara.

Oleh sebab itu, kewujudan institusi pendidikan swasta dan pelbagai jenis sekolah iaitu SK, SKJ(C), SKJ(T)
dan sebagainya merupakan sebahagian daripada agenda pendemokrasian pendidikan. Tidak cukup
dengan itu, langkah sokongan untuk memantapkan lagi pelaksanaan agenda pendemokrasian
pendidikan dalam aspek ini iaitu bantuan buku-buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT),
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan dan lain-
lain agensi bagi mereka yang layak bertujuan agar kemiskinan tidak dijadikan alasan seseorang itu tidak
mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Hal ini jelas memperlihatkan langkah kerajaan untuk membangunkan pendidikan dalam kalangan rakyat
supaya tidak ada lagi golongan yang hilang dalam arus pendidikan terutamanya generasi yang akan
menjadi peneraju pucuk pimpinan kelak.

Oleh sebab itu, pendekatan, pelaksanaan dan amalan pendemokrasian pendidikan haruslah dinilai
dengan membuat perbandingan dengan negara-negara yang lebih maju agar hasrat kerajaan untuk
membentuk sistem pendidikan bertaraf dunia akan terlaksana.

Vous aimerez peut-être aussi