Vous êtes sur la page 1sur 4

ADAB-ADAB BERHARI RAYA

Adab Berhari Raya EidulFitri


Tidak ada hari yang perlu dan sunnat untuk kita zahirkan kegembiraan melainkan kedua
hari raya. Ini terbukti melalui hadis Anas bin Malek ra iaitu katanya,

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya
yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu.
Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari
(raya) yang menjadi medan permainan kamu semua pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi:
Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu
hari raya Eidil Adha dan Eidil Fitri.
(Hadis Riwayat al-Nasaai)

Takbir Raya

Dituntut bagi kita untuk bertakbir Raya bermula tenggelam matahari akhir Ramadhan
sehingga imam selesai berkhutbah raya. Firman Allah swt,

Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan
Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjukNya kepada kamu dan supaya
kamu bersyukur. (Surah al-Baqarah : 185)

Biasanya pada malam raya Eidil Fitri ini kebanyakkan kita terlupa dan lalai kerana terlalu
gembira pulang ke kampong berkumpul ahli keluarga yang jauh sedangkan malam
tersebut adalah malam Lailatul Jaezah (Malam Kurnian Hadiah) .Amalan bertakbir ini
tersangat dituntut untuk kita amalkan.Malah ianya lebih utama ketika itu dari zikir-zikir
yang lain. Amalan bertakbir ini kekadang hilang begitu sahaja. Jika ada pun ianya hanya
sesudah solat Insyak berjemaah di masjid atau surau. Jika tidak ke masjid atau ke surau
maka takbir ini luput begitu sahaja.

Solat Malam Dan Solat Fardhu Berjemaah


Seringkali solat fardhu berjemaah kita tinggalkan kerana kesibukkan dengan ahli
keluarga. Isteri akan sibuk di dapur menyediakan masakan terakhir untuk Hari Raya
besoknya. Suami pula sibuk melayan anak-anak bermain bunga api di luar. Anak
perempuan yang sulung sibuk dengan Facebook di depan komputernya. Anak lelaki yang
kedua pula sibuk dengan H/phone tebarunya sms dengan kawan-kawannya. Dua anak
kecil lagi asyik di depah T.V menonton program Hari Raya. Itu untuk orang biasa, namun
kita akan dapati imam masjid pula akan sibuk dengan kutipan zakat untuk kali
terakhirpada malam tersebut. Bilal pula sibuk melayani menantu dan cucu di halaman
rumah.

Mandi Eidil Fitri

kita juga disunatkan mandi Eidil Fitri. Ianya sama seperti mandi-mandi sunat yang lain
dan juga sama dengan mandi-mandi wajib. Yang membezkannya dengan mandi-mandi
yang lain terletak di atas niatnya sahaja. Dikatakan bahawa baginda akan mandi sebelum
berangkat untuk menunaikan solat Eidil Fitri. Ini sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn
Qayyim.

Sebenarnya tidak perlu bagi kita menunggu sesudah Solat Suboh baru mandi Sunat Eidil
Fitri. Malah kata sesetengah ulama dibolehkan kita mandi apabila sudah sepertiga malam.
Kata mereka lagi ianya sekitar tujuh atau lapan jam selepas terbenam matahari. Jika kita
kira ianya sekitar pukul tiga pagi. Ia juga adalah pandangan Imam Syafie sebegaimana
yang dicatikan oleh Dr Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya.

Makan Sebelum Solat Eidil Fitri

Disunnahkan untuk kita menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan Solat Eidil
Fitri. Ini bersesuaian bahawa Hari Raya Eidil Fitri ini adalah hari untuk kita berbuka bagi
sebulan berpuasa. Di riwayatkan bahawa Rasulullah saw akan mengabil tamar untuk
makan sebelum ke tempat solat Eidil Fitri. Baginda akan mengambil kadar bilangan
ghasal (Ganjil) 1 atau tiga atau lima. Sebagaimana hadis yang berbunyi Hua yakkulu
tamraat witaran.

Berpakaian Indah
Imam Syafie menyebut di dalam Kitab al-Umm:
"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari
raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Eidil adha dan Eidil fitri) dan tempat diadakan
majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan
memakai wangi-wangian."

Berjalan Kaki Menuju Ke Masjid

Nabi saw menganjurkan pergi ke masjid untuk solat Eidil Fitri degan berjalan kaki jika
kadar jauhnya tidak memberatkan. Malah menjadi sunat pergi mengikuti jalan yang lain
dan pulang mengikuti yang berbeza.

Lafaz Ucapan Hari Raya


Ucapan lafaz hari raya yang lebih tepat dan menuruti sunnah adalah sebagaimana yang
di ceritakan olehLafaz ucapan hari raya seperti Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
sudah menjadi sinonim bagi Umat Islam di Malaysia. Namun, cara dan lafaz yang lebih
bertepatan dan menuruti sunnah Baginda ialah berdasarkan apa yang diceritakan oleh al-
Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair katanya:

Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka
mengucapkan kepada sebahagian yang lain dengan ucapan Taqabbalullah minna
waminka (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).

Vous aimerez peut-être aussi