Vous êtes sur la page 1sur 7

PELBAGAI teori diperkenalkan oleh para penyelidik.

Hingga tahun 1940-an, kajian


mengenai kepimpinan didasarkan pada teori sifat. Antara tahun 1940-an hingga 1960-an pula
muncul teori kepimpinan tingkah laku. Antara tahun 1960-an hingga tahun 1970-an
berkembang pula kajian-kajian kepimpinan yang mendasarkan pada teori kemungkinan dan
teori-teori lain juga mulai muncul. Pada tahun 1971, Teori Kepimpinan Laluan Matlamat atau
Path Goal Theory diperkenalkan.

Teori Kepimpinan Laluan Matlamat atau Path Goal Theory diperkenalkan oleh Martin G.
Evans dan Robert J. House. Teori ini disebut sebagai Teori Laluan Matlamat kerana teori ini
memberi fokus kepada pcnghuraian mengenai bagaimana pemimpin mempengaruhi
pengikutnya dari segi tujuan kerja, tujuan pengembangan diri dan jalan bagi mencapai tujuan.
Teori ini mencadangkan, tingkah laku pemimpin seharusnya dilihat sebagai suatu tindakan
yang boleh memotivasikan pekerja. Seorang pemimpin perlu menguatkan hubungan antara
gaya kepimpinannya dengan perwatakan pekerja dan agenda tugas sebuah organisasi.

Dengan ini, pemimpin memahami bahawa pekerja boleh dimotivasi sama ada dalam keadaan
merasa berkemampuan bagi mencapai suatu tugas yang diberikan ataupun mereka boleh
menjangkakan hasil kerja yang disiapkan atau percaya mengenai aspek penghargaan yang
diberikan berkaitan hasilnya. Justeru, adalah menjadi cabaran kepada seorang pemimpin
menggunakan gaya kepimpinan terbaik bagi menemukan titik keperluan motivasi pekerja.
Pemimpin perlu menyediakan elemen-elemen yang difikirkan boleh mengisi keperluan pekerja
bagi mencapai matlamat organlsasi.

Maka, Teori Path Goal atau Teori Laluan Matlamat sebenarnya mencadangkan panduan
kepada pemimpin dalam pentadbiran dan institusi pendidikan dalam menentukan tingkah laku
mereka berdasarkan penilaiannya mengenai suatu situasi di tempat kerja. Oleh yang
sedemikian, bagi menggunakan teori ini, seorang pentadbir menjalankan tugasnya sebagai
pemimpin dan hendaklah bersifat tegas, adil dan konsisten dalam membuat sebarang keputusan
mengenai kakitangan atau pekerjanya.

Latar Belakang Teori Laluan Matlamat

Penyelidikan mengenai Path Goal atau Teori Laluan Matlamat ini menyokong Teori
Kontigensi Fielder. Martin G. Evans dan Robert J. House bersama-sama membentuk Teori
Laluan Matlamat. Teori ini adalah berdasarkan Teori Motivasi Harapan. Menurut teori ini,
motivasi individu boleh meningkatkan usahanya apabila individu itu mempercayai
peningkatan dalam usaha membenarkannya bekerja dengan baik bagi menyiapkan suatu tugas
dengan sempurna.

Pelopor teori ini menyatakan, pemimpin boleh mendapat prestasi kerja kumpulan yang
memuaskan apabila setiap pekerjanya diberitahu mengenai perkara yang perlu dilakukan. Hal
ini adalah bagi mendapatkan ganjaran selaras dengan prestasi cemerlang dan juga bagi
mengurangkan batasan ke arah pen-capaian prestasi yang cekap. Ini bermakna, pemimpin
hendaklah bertindak seolah-olah dia membantu kakitangan atau pekerjanya mencapai
kepuasan disamping menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.

Teori laluan matlamat ini menyatakan, motivasi individu bergantung kepada jangkaan
mereka pada ganjaran dan nilai yang diberikan kepada para pekerja. Teori ini juga
mencadangkan, gaya kepimpinan seorang pengurus atau pemimpin mempengaruhi bentuk
ganjaran yang disediakan kepada subordinat dan persepsi para pekerja mengenai cara yang
terbaik bagi memperolehnya.

Secara ringkasnya, teori ini mencadangkan, pemimpin perlu membentuk matlamat yang
jelas kepada subordinat supaya dapat menerangkan mengenai kepentingan matlamat kepada
mereka dan juga kepada organisasi itu sendiri. Oleh itu, pemimpin yang mementingkan
subordinat tidak hanya menawarkan gaji dan kenaikan pangkat sahaja tetapi juga memerlukan
sokongan, galakan dan pengiktirafan. Sebaliknya, bagi pengurus yang berorientasikan tugas,
prestasi tertentu ditetapkan bagi mendapatkan pengiktirafan. Teori ini mencadangkan, perkara
ini memerlukan pihak atasan, pengurus atau pemimpin supaya mempunyai gaya kepimpinan
seperti berkarisma, mempunyai matlamat yang jelas dan sebagainya dalam memenuhi
kehendak dan kepuasan pekerja bawahannya. Secara tidak langsung, kesan kepada perlakuan
pemimpin ini meningkatkan motivasi setiap pekerjanya dengan segera. Namun demikian,
sekiranya pemimpin menitikberatkan kebajikan dan keperluan pekerja-pekerja bawahannya.
Tidak memfokuskan kepada ganjaran atau kenaikan gaji sahaja tetapi juga memberikan
sokongan, galakan kerja dan penghormatan boleh meningkatkan lagi tahap kecekapan tugas.

Gaya Kepimpinan Teori Laluan Matlamat.

Mengikut Teori Laluan Matlamat, walaupun terdapat pelbagai gaya kepimpinan yang boleh
dipilih menjadi sebahagian daripada Teori Laluan Matlamat (Path Goal Theory), tetapi teori
ini memilih cuma empat jenis gaya kepimpinan.

Kepimpinan Mengarah

Gaya kepimpinan ini sama dengan kepimpinan autoritarian iaitu pekerja mengetahui apa
yang diharapkan oleh majikan daripada mereka. Ini bermakna pemimpin memberitahu
pekerjanya mengenai kehendak mereka ke atas suatu kerja atau hasil kerja. Mereka juga
menyatakan mengenai jangka masa suatu kerja itu perlu dilaksanakan dan memberi sedikit
sebanyak bimbingan yang spesifik cara menyelesaikan tugasan yang dinyatakan. Kesemua
arahan tertentu diberikan oleh pemimpin. Tidak ada penglibatan kakitangan dalam membuat
sebarang keputusan.
Gaya ini dikaitkan dengan cara menyampaikan atau memberi penjelasan kepada pekerja.
Pemimpin memberi arahan mengenai tugas dengan menyertakan harapannya berkaitan tugas
itu. Pemimpin juga turut memberi tips mengenai cara mana tugas iti boleh disempurnakan dan
juga memperuntukkan tempoh masa tertentu bagi menyelesaikannya. Arahan yang baik
disampaikan kepada pekerja secara spesifik supaya pekerja mendapat gambaran awal dan
kefahaman yang jelas semasa memulakan tugasan yang diberikan.

Sebagai contohnya, dalam pentadbiran sebuah sekolah, pengetua mungkin


menggunakan gaya ini sekiranya beliau berpendapat, hendak lebih berkuasa di sekolahnya dan
mengganggap boleh mengarah dan setiap kakitangan di bawahnya perlu mengikut arahannya.
Pengetua itu memaklumkan kepada guru-guru serta kakitangannya suatu yang diharapkan
olehnya. Misalnya, pengetua itu hendak menjadikan sekolahnya nombor satu dari segi
akademik dan kokurikulum pada peringkat daerah. Oleh yang sedemikian, pengetua
memberikan arahan dan cara yang dikehendakinya dan yang perlu dilaksanakan oleh semua
kakitangannya kearah pencapaian matlamat itu. Pengetua itu mungkin mahukan lebih banyak
kelas tambahan diadakan bagi setiap mata pelajaran. Setiap guru perlu menurut arahan
pengetua itu dan melaksanakannya.

Walau bagaimanapun, cara pentadbiran ini tidak harus dijalankan oleh pengetua setiap masa
dan ia perlu bergantung kepada kepada situasi dan kehendak setiap kakitangannya.
Kadangkala, cara pentadbiran seperti ini menyebabkan ia diterima oleh pekeija atau pengikut
namun mereka berasa diri mereka dikongkong dan tiada kebebasan bagi mereka dalam aspek
pemberian pendapat dan pandangan sendiri. Oleh yang demikian, pemimpin terutamanya
pengetua perlulah menggunakan ke-bijaksanaan dalam membuat keputusan cara menggunakan
gaya kepimpinan ini.

Kepimpinan Menyokong

Gaya kepimpinan ini menggalakkan pemimpin bersifat mesra, ramah dan mudah
ditemui bagi membincangkan sesuatu serta mengambil kira hal ehwal pekerja. Pemimpin
bersifat peramah dan meitumpukan perhatian kepada keperluan para pengikutnya. Pemimpin
juga membuat pertimbangan kepada keperluan subordinat, mengambil berat pada
kesejahteraan mereka dan mencipta iklim organisasi yang menyenangkan. Sikap menyokong
yang ada pada pemimpin memberi kepuasan kepada pekerjanya terutama sekali semasa dalam
keadaan yang tertekan.

Sebagai contoh, situasi untuk gaya kepimpinan ini wujud sekiranya pengetua sekolah
berasa kakitangannya tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Pengetua perlu
mewujudkan perhubungan yang baik dengan kakitangannya dan memenuhi keperluan mereka.
Sehubungan dengan itu, pengetua itu lebih bersedia berbincang dengan kakitangannya
mengenai masalah yang dihadapi oleh mereka dan cuba menyelesaikannya bagi memenuhi
keperluan. Pengetua juga bersifat peramah supaya kakitangannya tidak berasa tertekan dan
dapat berhubung serta berkomunikasi dengan baik dengannya. Selain daripada itu, sikap
pengetua yang sedia mendengar segala masalah yang dihadapi oleh kakitangannya dan sifat
terbukanya disenangi oleh mereka dan berasa pengetua mereka boleh didekati. Manakala, sifat
pengetua yang memberikan layanan yang saksama kepada semua kakitangannya tanpa mengira
status juga lebih diminati oleh mereka.
Kepimpinan Partisipatif atau Berorientasikan Penyertaan

Menurut Teori Laluan Matlamat, gaya kepimpinan ini pula merujuk kepada pemimpin
yang mengalu-alukan penyertaan pekerja bagi berkongsi dalam membuat suatu keputusan.
Pemimpin membuka ruang untuk rundingan kepada pekerja supaya mereka dapat
menyumbang idea serta pandangan. Begitu juga dengan peluang meningkatkan cadangan
dalam suatu keputusan berdasarkan persetujuan organisasi. Gaya kepimpinan ini sesuai
digunakan apabila mengetahui pengikutnya tidak menurut arahan dan langkah-langkah kerja
yang betul dan mereka kekurangan ilmu membuat keputusan. Selain daripada itu, gaya ini juga
sesuai apabila pekerja-pekerja adalah mahir dan nasihat serta tunjuk ajar mereka diperlukan.
Dengan itu, pekerja-pekerja diharap boleh memberikan nasihat serta tunjuk ajar apabila
diperlukan.

Situasi yang boleh menyebabkan pemimpin menggunakan gaya kepimpinan ini adalah
apabila pemimpin berasa pengikut-pengikutnya tidak membuat tugasan atau kerja dengan cara
yang betul kerana mereka cuai atau kekurangan pengalaman. Sebagai contoh, pengetua yang
berasa usaha sebilangan guru dalam pengajaran bahasa Inggeris kurang berkesan atau usaha
meningkatkan keputusan peperiksaan mata pelajaran ini sering kali gagal. Pengetua itu boleh
menggunakan gaya kepimpinan ini.

Pengetua boleh mengadakan mesyuarat bersama dengan guru-guru mata pelajaran bahasa
Inggeris dan membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah itu.
Pengetua itu perlu memberikan cadangan yang bemas mengikut pengalamannya serta meminta
pendapat dan cadangan daripada guru-guru. Pengetua mengambil kira pendapat guru-gurunya
supaya suatu keputusan bersama dapat dibuat. Beliau tidak mengambil keputusan berdasarkan
cadangannya sahaja tetapi mendapatkan pendapat guru-gurunya juga. Bukan itu sahaja,
kemungkinan pengetua boleh menjanjikan ganjaran kepada guru-gurunya supaya mereka
berusaha dengan lebih tekun lagi bagi mendapatkan keputusan peperiksaan yang lebih
meningkat.

Kepimpinan Berorientasikan Kejayaan atau Berorientasikan Pencapaian

Ketua membentuk matlamat yang mencabar untuk kakitangan dan menunjukkan rasa penuh
yakin kepada kebolehan mereka bagi menyempurnakannya pada tahap yang sangat baik.
Kepimpinan dengan gaya ini memberi cabaran kepada pekerja bagi melaksanakan tugasan pada
peringkat tertinggi kemampuan mereka. Pemimpin sentiasa mencari peningkatan dan
pencapaian yang berkesinambungan. Melalui langkah menyatakan, keyakinan yang tinggi
pekerja mempunyai kemampuan untuk mencapai matlamat bagi cabaran itu. Gaya kepimpinan
ini sesuai digunakan oleh pemimpin apabila mengetahui para pengikutnya kekurangan cabaran
kerja dan melalui gaya ini pekerja-pekerja dapat menyelesaikan kerja yang mencabar.

Sebagai contoh, dalam sekolah apabila pengetua merasakan guru-gurunya berkebolehan


melakukan kerja-kerja atau tugasan yang lebih mencabar tetapi kerja yang dilakukan oleh
mereka tidak mencabar. Oleh itu, pengetua menggunakan gaya kepimpinan ini. Pengetua
menetapkan matlamatnya yang baru. Sebagai contohnya, mendapat peratus kelulusan 100%
bagi mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan matematik dalam peperiksaan
peringkat sekolah dan peringkat awam. Justeru, pengetua memaklumkan kepada semua guru
matlamat barunya itu. Kemudian, dia memberikan keyakinan yang tinggi kepada mereka, yang
mereka boleh melaksanakannya walaupun diberi tanggungjawab yang lebih kepada mereka.
Seterusnya, pengetua memaklumkan hasratnya yang inginkan kemajuan secara berterusan
daripada mereka.

Secara kesimpulannya, Teori Laluan Matlamat ini sebenarnya tidak mengongkong


pemimpin menggunakan hanya satu gaya kepimpinan sahaja. Ia terbuka kepada penggunaan
pelbagai gaya kepimpinan mengikut kesesuaian situasi yang dialami oleh pemimpin.
Walaupun teori ini mempunyai empat jenis gaya kepimpinan tetapi ia lebih tertumpu kepada
pemberian motivasi kepada pekerja supaya mereka lebih bersemangat melaksanakan tugas
dengan sempurna. Motivasi pekerja perlu diperbaharui dari masa ke semasa supaya pencapaian
tugasan dalam organisasi terus menlngkat dan berkesinambungan. Kecemerlangan dalam
pembangunan pentadbiran sebagai contohnya sebuah sekolah terhasil melalui kecemerlangan
modal insan dalam setiap organisasi. Oleh yang sedemikian, setiap organisasi atau pusat
pendidikan perlulah dilengkapkan dengan pengetahuan mengenai gaya kepimpinan. Ini adalah
supaya persekitaran kerja yang kondusif dapat diwujudkan. Pencapaian dalam tugasan
organisasi juga lebih meningkat dengan pe-mantauan serta keprihatinan para pemimpin yang
ada dalam organisasi

Kelemahan Teori Laluan Matlamat

Walaupun Teori Laluan Matlamat mempunyal kekuatan, namun ia masih mempunyai


beberapa kelemahan seperti berikut:

Kompleks

Teori Laluan Matlamat adalah kompleks dan mempunyai pelbagai aspek kepimpinan, dan
apabila ia salah diinterpretasikan hanya membingungkan pengamalnya. Sebagai contoh, teori
Ini meramalkan empat jenis kepimpinan iaitu kepimpinan mengarah, menyokong, penyertaan
dan berorientasikan kejayaan adalah sesuai bagi tugasan yang mempunyai pelbngai jenis
struktur; pelbagai jenis penjelasan matlamat atau objektif; pekerja yang mempunyai pelbagai
jenis kecerdasan dan organisasi dengan kepelbagaian dalam kuasa atau autoriti formal. Secara
ringkasnya, kesemua faktor di atas adalah dijangka dalam pemimpin yang berkesan.
Memandangkan teori ini mempunyai skop yang luas dan mengandungi pelbagai andaian, maka
adalah sukar untuk dilaksanakan secara optima dalam peningkatan proses kepimpinan dalam
konteks sebuah organisasi.

Kurang mendapat sambutan

Kelemahan teori laluan maklumat yang berikutnya, kurang mendapat sambutan daripada
para penyelidik empirikal yang menguji kesahihannya. Sebagai contoh, segelintir penyelidik
teori ini menyokong ramalan bahawa arah kepimpinan adalah positif apabila pekerja puas hati
dan tugasan pula adalah tidak diketahui. Akan tetapi, terdapat beberapa penyelidik yang gagal
membuktikan kesahihan ramalan itu. Dengan itu, menjadikan teori ini kurang mendapat
sambutan daripada para penyelidik yang unggul dalam bidang ini.

Selain daripada itu, bukan semua aspek dalam teori ini diberi penekanan atau perhatian yang
sama oleh para penyelidik. Terdapat ramai penyelidik yang memberi perhatian kepada
pendekatan kepimpinan jenis mengarah dan menyokong, manakala hanya segelintir sahaja
yang mengutamakan kepimpinan jenis penyertaan dan berorientasikan kejayaan. Sementara
itu, perolehan daripada teori laluan inaklumat tidak menunjukkan banyak perubahan dalam
kepimpinan kerana hasil penyelidikan terkini tidak membuktikan kesahihan serta memberi
gnmbaran yang menyeluruh mengena teori ini.

Perhubungan antara teori tingkah laku kepimpinan dan teori motivasi pekerja

Satu lagi kelemahan Teori Laluan Matlamat, ia gagal menunjukkan perhubungan atau
perkaitan antara teori tingkah laku kepimpinan dan teori motivasi pekerja. Walaupun teori ini
adalah unik atas dasar harapan, namun ia masih dikritik kerana ia tidak menerangkan secara
eksplisit bagaimana kepimpinan boleh dikait-knn dengan dasar-dasar motivasi itu. Selanjutnya,
prinsip teori harapan mencadangkan, subordinat hanya bermotivasi apabila mereka menyedari
bahawa mereka oclalah serba boleh dalam segala tugasan serta mempunyai kepercayaan yang
mereka menerima ganjaran positif apabila selesainya tugasan itu. Akan tetapi, Teori Laluan
Matlamat tidak menyatakan bagaimana pemimpin dapat memotivasikan subordinatnya supaya
mempunyai keupayaan serba boleh di samping memenangi kepercayaan mereka pada diri
sendiri. Contohnya, teori ini tidak menyatakan bagaimana kepimpinan mengarah semasa
tugasan yang tidak diketahui boleh me-ningkatkan motivasi subordinatnya. Dalam cara yang
sama, ia tidak menyatakan bagaimana kepimpinan menyokong boleh membantu meningkatkan
motivasi subordinat semasa tugasan yang menjemukan atau membosankan.

Hasil praktikal

Akhir sekali, Teori Laluan Matlamat menunjukkan kebimbangan hasil dari praktikalnya.
Teori ini mencadangkan kepentingan pemimpin memberi latihan, bantuan dan mengarahkan
subordinat membantu subordinat untuk mentafsir dan menjelaskan gol dan juga membantu
subordinat menghadapi rintangan dalam usaha mencapai matlamat mereka. Hasilnya,
pendekatan ini mengakui kepimpinan sebagai peristiwa sehala. Justeru, potensi tahap
kesukaran dalam kepimpinan bantuan jenis ini adalah memudahkan subordinat bekerjasama
dengan pemimpin mereka dalam menyelesaikan tugasan mereka.

Kesimpulannya, Teori Laluan Matlamat mengakibatkan para pemimpin terpaksa memikul


tanggungjawab yang berat, manakala tanggungjawab subordinat adalah ringan. Jadi, mengikut
peredaran masa, kepimpinan jenis ini adalah tidak produktif kerana ia menggalakkan
tanggungan yang terpaksa dipikul oleh pemimpin dan gagal mempamerkan keupayaan
subordinat dengan se-penuhnya.

Kesimpulan

Secara umumnya, Teori Laluan Matlamat dibangunkan bagi memberi tunjuk ajar kepada
para pemimpin supaya membantu subordinat menjadi produktif dan berpuas had dengan tugas
mereka. Walaupun, ia adalah terlalu berorientasikan pemimpin dan kurang memberi perhatian
pada subordinat, namun ia masih satu plan kontigensi atau luar jangkaan kerana keberkesannya
bergantung kepada hubungan antara tingkah laku pemimpin dan ciri-ciri subordinat dan tugas.

Oleh itu, teori ini perlu diketahui oleh setiap pemimpin bagi menjadi seorang pemimpin yang
efektif atau berkesan. Dia perlu membantu subordinatnya mencapai matlamat masing-masing
dan melakukan tugas mereka sampai memenuhi kejayaan walaupun mereka terpaksa
menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai kejayaan serta kecemerlangan.

Vous aimerez peut-être aussi