Vous êtes sur la page 1sur 2

Penyataan Profesional Sebelum Praktikum

Fasa 2
Tugas seorang yang bergelar guru hakikatnya merupakan suatu cabaran kepada diri
saya sendiri. Hal ini demikian kerana guru adalah individu yang bertanggungjawab untuk
menyampaikan ilmu dan hikmah kepada murid murid. Tugas guru adalah mulia dan
dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat kita.

Sepanjang menjalani praktikum 2 pada kali ini, saya amat mengharapkan dapat
mengukirkan pengalaman yang bermakna di SK Alor Peroi, Besut terutama daripada guru
pembimbing, En. Zailani bin Zakaria dan juga guru guru Matematik serta RBT memandangkan
saya akan mengajar subjek major dan elektif 2 pada praktikum kali ini. Selain itu, saya akan
menimba ilmu pengetahuan daripada pensyarah pembimbing subjek major, Pn. Wan
Haspinah bte Wan Hussin dan juga pensyarah elektif 2 iaitu Puan Rosliza binti Awang. Ilmu
tidak akan diperolehi melainkan kita mencarinya sendiri.

Saya telah menggariskan beberapa matlamat yang ingin dicapai dalam praktikum kali
kedua ini. Saya akan cuba meningkatkan kemahiran komunikasi dan bersosial dengan warga
SK Alor Peroi. Kemahiran ini tidak akan dapat diasah kecuali dengan latihan dan pelaksanaan.
Apa yang paling penting, kemahiran menyampaikan ilmu dan konsep dalam pengajaran dan
pembelajaran mestilah sentiasa ada penambahbaikan.

Selain itu, saya juga berharap agar semua teori teori pengajaran dan pembelajaran
yang telah dipelajari sepanjang berada di IPGKSM akan berguna dan dapat digunakan secara
praktikal. Teori yang dipelajari memudahkan saya menentukan apakah aktiviti yang sesuai
untuk murid dan pendekatan apakah yang paling sesuai digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran kelas tertentu. Setiap kelas mempunyai murid yang berlainan gaya
pembelajaran dan tahap kecerdasan. Oleh itu, saya akan cuba untuk mengintegrasikan
beberapa teori dalam suatu pengajaran contohnya teori humanis dan behavioris supaya saya
dapat mengawal kelas dengan baik. Saya juga ingin mempelajari budaya kerja yang positif dan
budaya pergaulan antara guru guru yang rapat dan mesra. Saya berharap agar dapat
menjalinkan hubungan mesra dengan guru guru tetap SK Alor Peroi.

Vous aimerez peut-être aussi