Vous êtes sur la page 1sur 9

Assalamualaikumwarahmatuallahiwab

arakatuh dan salam sejahtera saya


ucapkan kepada guru bahasa melayu
kelas 4A2, Puan Nor Faizah binti
Kasimdan rakan-rakan sekelas yang
saya sanjungi sekalian. Dalam hidup
saya dan anda semua, banyak perkara
yang boleh kita pilih kecuali satu
perkara iaitu asal usul kita. Kerana
disinilah kita bermula, kita
menumpahkan taat setia dan
semuanya tentang pengorbanan
kepada keluarga. Maka hari ini, saya
mengajak anda semua, untuk sama-
sama mula percaya betapa, keluarga
bahagia, masyarakat sejahtera.
Saudara dan saudari,
Keluarga bahagia ialah apabila
ibu,ayah dan adik beradik hidup dalam
keadaan penuh ceria, bersulamkan
rasa kasih dan sayang. Masyarakat
sejahtera pula, merujuk kepada
komuniti manusia yang sihat
fikirannya, erat ukhuwwahnya dan
matang tindakannya. Tuntasnya,
keluarga bahagia masyarakat
sejahtera berkehendakkan kita untuk
mentafsir daripada hati kepada hati
tentang harga yang dimiliki oleh
keluarga dalam melahirkan
masyarakat yang sejahtera. Justeru,
saya akan cerakinkan pidato ini,
kepada tiga perspektif utama.
Pertama, keluarga, asal usul kita.
Kedua, dimanakah letaknya bahagia
sebuah keluarga. Dan ketiga,
kemanakah haluan masyarakat kita.
Saudara dan saudari,
Sudah sekian lama kita didendangkan
dengan pelbagai konsep keluarga
bahagia. Keluarga sakinah, baiti
jannati, rumahku syurgaku, syurga
ditelapak kaki ibu! Namakan apa
sahaja konsep keluarga bahagia. Saya
pasti, kita semua sudah
mendengarnya. Namun persoalannya,
berapa ramai daripada kita yang
benar-benar faham dan
menterjemahkannya dalam
kehidupan? Jika benar kita
memahaminya, mengapa setiap 15
minit, stau pasangan islam bercerai di
Malaysia! Jika benar kita
memahaminya, mengapa setiap 5 hari,
seorang bayi kecil dibuang tanpa rasa
berdosa! Dan, jika benar kita
memahaminya, mengapa setiap hari,
dua orang remaja kita lari dari rumah?
Semua perkara ini berlaku kerana kita
tidak pernah faham tentang apa yang
kita dengar, tentang apa yang kita
ungkapkan. Sesungguhnya, falsafah
disebalik nama dan ungkapan
keluarga, bukan hanya tentang
menghalalkan hubungan antara lelaki
dan wanita. Bukan juga soal
menambah zuriat semata-mata. Tetapi,
lebih daripada itu. Keluarga bahagia
adalah soal kebergantungan setiap
entitinya.
Saudara dan saudari,
Agama mengajar kita betapa baik
buruknya seseorang manusia dan
bangsa adalah bergantung kepada
warna hatinya. Dan warna hati ini,
ditentukan menerusi didikan ibu bapa
dan keluarganya. Maka, lakarkanlah
dengan nilai murni, corakkan dengan
budi pekerti, dan warnakan dengan
sahsiah terpuji. Kemuliaan hati ini,
mungkin tidak boleh kita baca, tetapi
boleh kita rasa dengan jiwa. Waktu kita
dilahirkan, ibu berdepan kesakitan
tiada tandingan. Namun, semua rasa
sakit, perit dan derita itu bukan apa-
apa. Kerana saat menatap wajah kita,
di situ ibu jumpa makna bahagia. Saat
melihat kita membesar dengan
sempurna, hasil penat lelahnya
berkerja. Itulah erti bahagia untuk
ayah. Dan bagi adik beradik, hidup
tidak akan lengkap kalau tidak
bertengkar dan bertikam lidah. Kerana
di situlah kita belajar beralah, kita
mengenal sucinya sebuah hubungan
darah.
Dunia juga telah membuktikan, Hellen
Keller yang dilahirkan pekak, buta dan
bisu, atau Michael Oher yang
berketurunan Afrika, atau Riced
Brenson, seorang kanak-kanak
disleksia. Mereka semua takkan
membesar menjadi sumber inspirasi
dan tokoh dunia, tanpa pengorbanan
keluarga yang berhati suci, yang
menerima mereka seadanya. Di
sebalik warna kulit yang berbeza, di
sebalik jasad yang tidak sempurna,
dan disebalik sejarah hidup yang hina,
rasa syukur dan ikhlas sebuah
keluarga, membawa mereka semua
merasa erti bahagia.
Kisah ini kisah mereka. Bagaimana
dengan kita? Ramai yang menikmati
hidup di rumah besar tapi yang mereka
rasa hanya kosong, dan ramai yang
hidup di rumah kecil, tapi mereka
temui syurga di dalamnya. Ingatlah,
menikmati sebuah kebahagiaan
tidaklah begitu mahal, Kerana
harganya cumalah kasih sayang, masa
bersama dan kesudian berkongsi rasa.
Kita semua mampu membayarnya..
Saudara dan saudari,
Tuhan merakamkan kisah keluarga
Imran dalam kitab suci Al-Quran.
Kenapa?
Kerana keluarga Imran adalah
keluarga contoh yang merasa risau
akan zuriat mereka. Bukan risau soal
makan, minum dan tempat berteduh.
Bukan juga soal pakaian dan hiburan.
Tapi keluarga Imran risaukan nasib
zuriatnya, andai mereka gagal
dibentuk menjadi sebenar-benar insan.
Dalam kitab sejarah Ennels, karya
Tesites, kisah masyarakat Rom Purba
telah dinukilkan. Pada tahun ke
seratus, hidup atau mati seorang anak
kecil, bergantung pada belas ihsan
seorang ayah. Bagi wanita berada,
yang mereka dahulukan adalah
kemewahan, dan anak-anak
diserahkan pada hamba yang paling
hina. Lebih dahsyat, seks rambang
dan arak adalah kelaziman buat
seorang anak lelaki. Waktu itu rasa
hormat pada orang tua, juga telah
mati. Tidak hairanlah, anak muda
berpaling tadah saat Juliyes Sizer
menyeberangi Rubikon untuk
menjajah. Sebuah kerajaan akhirnya
rebah.
Lalu yang runtuh, yang rosak itu apa?
Istitusi keluarga,
Yang lebur, yang hancur yang terkubur
itu apa? Sahsiah rakyatnya,
Dan yang goyah, yang parah, yang
rebah dan musnah itu apa? Sebuah
empayar dan negara. Betapa keluarga
bukan hanya soal pengorbanan kita
sesama saudara, tetapi soal
tanggungjawab kita, untuk membina
sebuah masyarakat, dan negara yang
sejahtera. Maka sama-samalah kita
cari makna bahagia kerana jelaslah,
hanya keluarga sakinah menjadi
penentu kesejahteraan ummah.
Sebelum mengakhiri pidato ini,
Saya menyeru kepada anda semua,
untuk sama-sama kita mencari makna
bahagia dan sama-sama kita
menjalankan dasar keluarga negara.
Saudara saudari, keluarga bahagia
bukan sahaja terletak pada diri kita,
tetapi ia adalah terpulang kepada kita
semua andai kita sayangkan negara
kita. Marilah kita bangunkan negara
dan membangunkan keluarga kita
keluarga sakinah pembanggunan
umah pasti berjaya sekian
assalamualaikum.

Vous aimerez peut-être aussi