Vous êtes sur la page 1sur 6

TAJUK:

TUGASAN 2

NAMA:
PEARLY TOH SWEE LING
A148550

PENSYARAH:
EN. NASSRUL NASIR

KURSUS:
LMCR1602 SOSIALISASI SUKAN DAN GAYA HIDUP
SET 2
Penyertaan dalam pelbagai aktiviti sememangnya penting dan tidak dapat dielakkan dalam
kehidupan seseorang terutamanya sebagai mahasiswa universiti. Aktiviti-aktiviti yang selalu
disertai akan seterusnya menjadi gaya hidup. Oleh itu, mahasiswa universiti perlu bijak untuk
membezakan aktiviti yang positif daripada yang negatif agar tidak terjerumus dalam perkara yang
tidak membawa kebaikan.

Aktiviti pertama yang saya sertai pada tahun ini (2016) ialah Alumrun MD UKM 2016
iaitu sebuah maraton yang dijalankan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan sekitar
Bandar Tasik Pemaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Melalui aktiviti ini, para peserta dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat iaitu bersenam,
berjoging dan berlari. Ketiga-tiga aktiviti ini sesuai untuk mengekalkan dan meningkatkan daya
ketahanan kardiovaskular badan. Selain itu, sifat berdaya saing dapat ditingkatkan lagi melalui
aktitiviti ini kerana terdapatnya ganjaran jikalau menang tempat pertama sehingga ke-sepuluh.
Secara tidak langsung, aktiviti sebegini dapat memupuk minat orang ramai terhadap sukan larian
dan seterusnya, melibatkan diri dalam half-marathon dan full-marathon pada masa yang akan
datang. Pada masa yang sama, hubungan silatuhrahim dapat dieratkan lagi sesama ahli keluarga
dan rakan tauladan serta antara pelajar dan pensyarah kerana aktiviti ini. Hal ini kerana program
ini terbuka kepada semua warga fakulti perubatan iaitu pensyarah, doktor, konsultan, staf dan
pelajar serta orang awam. Ramai peserta turut membawa anak-anak kecil mereka berlari bersama.
Walaubagaimanapun, aktiviti sebegini turut membawa kesan negatif kerana kebanyakan para
peserta yang menyertai tidak mengamalkan budaya bersenam yang konsisten. Mereka merasakan
bahawa menyertai maraton sekali sekala sudah mencukupi. Kelemahan program ini juga adalah
disebabkan oleh jualan makanan gerai yang terdapat di kawasan pelepasan. Oleh itu, para peserta
secara tidak langsung telah membeli dan makan makanan yang tidak sihat sebelum atau selepas
larian.
Pada pendapat saya, aktiviti sebegini harus dikekalkan kerana nilai-nilai positifnya lebih
daripada yang negatif. Adalah lebih baik jikalau program ini membuat penambahbaikan dari segi
acara sampingan iaitu jualan makanan-makanan berkhasiat seperti protin, jus buah-buahan,
sandwich dan salad. Di samping itu, boleh juga mengadakan pendedahan kepada aktiviti atau
senaman terbaru seperti zumba, piloxing, caboco dan sebagainya. Hal ini akan dapat menarik
perhatian semua golongan masyarakat untuk mempraktikkan gaya hidup sihat jikalau mereka tidak
berapa menggemari larian dan berjoging.

Aktiviti kedua yang saya sertai juga ramai tetapi jumlahnya lebih kecil; hanya dalam 30
orang sahaja. Aktiviti ini dinamakan Project H.O.P.E : Projek Hero di mana kami mengumpulkan
dana untuk menyediakan makan malam, makanan kering dan kit kebersihan untuk diberikan
kepada gelandangan.

Nilai positif yang boleh diambil daripada Projek Hero ini ialah nilai kesukarelawanan yang
ditanam dalam diri para mahasiswa. Hal ini amatlah penting kerana majikan-majikan di luar sana
tidak melihat keputusan peperiksaan dan nilai PNGK semata-mata. Kini, ramai sedang mencari
graduan yang mempunyai nilai tambah dalam diri mereka terutamanya nilai kesukarelawan.
Tambahan pula, program ini sejajar dengan domain pertama yang dititikberatkan oleh UKM iaitu
kesukarelawanan di bawah bidang kuasa HEJIM di samping mencapai Bidang Keberhasilan UKM
yang pertama (KRA 1) Graduan Beraspirasi Kebangsaan, Kompeten, Berdaya Saing dan
Inovatif. Nilai negatif yang terdapat dapat program ini adalah pengurusan masa yang kurang baik
oleh ahli-ahli organisasi sebelum dan semasa program dijalankan di mana ramai yang tidak
menepati waktu lalu masa disia-siakan begitu sahaja.

Pada pendapat saya, aktiviti kesukarelawanan sebegini harus dan wajib ditambahbaik dari
pelbagai segi. Hal ini kerana sudah terdapat ramai NGO memberi pertolongan dari segi pemberian
makan malam setiap hari sehinggakan terdapatnya pembaziran. Kedua, pemberian makanan
berkemungkinan besar membenarkan para gelandangan yang mampu bekerja (bukan warga tua
atau kanak-kanak) untuk tidak berusaha kerana mereka beranggapan bahawa mereka boleh survive
dengan bantuan NGO yang konsisten. Penambaikan boleh dilakukan dari segi pemberian kelas-
kelas soft skills dan tuisyen untuk kanak-kanak dan remaja di samping kelas sukan atau seni
mempertahankan diri untuk golongan yang lebih muda mempelajari sesuatu yang boleh membantu
mereka untuk hidup lebihi baik. Selain itu, pihak NGO boleh turut kerjasama dengan kerajaan
untuk membantu para gelandangan ini mempersiapkan diri untuk mencari perkejaan.

Aktiviti ketiga yang dijalankan ialah berjogging di Tasik Cempaka bersama-sama kawan
rapat. Saya cuba melakukan akitiviti ini di sini sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dan
kemudiannya, kami akan menjamu selera di restoran berdekatan bersama.

Nilai positif yang boleh didapati daripada aktiviti ini ialah yang pertamanya pengamalan
gaya hidup sihat iaitu berjogging dan beriadah serta kedua, mengeratkan silatuhrahim antara rakan-
rakan. Hal ini adalah kerana joging merupakan sukan yang paling mudah tetapi paling efektif untuk
meningkatkan stamina seseorang. Permandangan dan udara segar memberi ketenangan yang
berbeza jikalau aktiviti ini dilakukan di stadium UKM. Hubungan erat antara rakan-rakan
diperkukuhkan lagi apabila dapat berkumpul bersama untuk menceritakan masalah dan bergelak
bersama mengenai kejadian yang berlaku kepada diri sendiri dalam minggu tersebut. Nilai negatif
daripada aktiviti berjoging ialah tidak ingin mencuba sukan-sukan lain yang mencabar kekuatan
fizikal diri.

Pada pendapat saya, aktiviti ini harus dikekalkan kerana ianya merupakan aktiviti sukan
yang mudah dijalankan pada bila-bila waktu yang terluang. Ianya bagus untuk mengeluarkan peluh
dan meningkatkan stamina walaupun ianya berintensiti rendah. Selain itu, berjoging tidak bahaya
dan tidak memerlukan pengawasan orang yang lebih berpengalaman atau profesional apabila
melakukannya,
LAMPIRAN

AKTIVITI 1

JENIS AKTIVITI : MARATON


NAMA PROGRAM : ALUMRUN MD UKM 2016
TEMPAT : HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

AKTIVITI 2

JENIS AKTIVITI : PROGRAM BERSAMA GELANDANGAN


NAMA PROGRAM : PROJECT H.O.P.E: PROJEK HERO
TEMPAT : JALAN HANG LEKIU
AKTIVITI 3

JENIS AKTIVITI : BERJOGING


TEMPAT : TASIK CEMPAKA, BANDAR BARU BANGI

Vous aimerez peut-être aussi