Vous êtes sur la page 1sur 8

Malam Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2012 6 November 2012

Masa CUE ANN 1

1950 Ketibaan VIP Hadirin sekalian, dipohon kerjasama hadirin


utk mengambil tempat duduk masing2, majlis
akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

Sebelum majlis dimulakan ada beberapa


perkara yang perlu diberi perhatian:

1. Semasa pengumuman perarakan masuk


Yg Berbahagia Madam Ong Chong
Swen dibuat, dipohon kerjasama hadirin
utk berdiri dan seterusnya menyanyikan
lagu Negaraku.

2. Diminta hadirin mematikan telefon


bimbit atau menukar telefon bimbit anda
ke mod senyap untuk kelancaran majlis.

3. Diminta kerjasama para ibu bapa untuk


menghadkan pergerakan keluar masuk
dewan untuk mengelakkan sebarang
gangguan sepanjang majlis pada hari ini
berlangsung.

4. Para hadirin dibolehkan menjamu selera


di set buffet selepas ucapan Perasmian
oleh Yang Berbahagia Madam Ong
Chong Swen.

MENGUMUMKAN KETIBAAN

Yang Berbahgia Madam Ong Chong Swen


Penyelaras Parlimen Kelana Jaya diiringi oleh
Yang Berusaha Cik Noor Zilah Binti Mohd.
Rejab masuk ke dalam dewan.

Hadirin dipohon berdiri.

Masa CUE ANN 2

2015 Lagu Negara ku Lagu Negara ku dimainkan.....


dimainkan

Para tetamu Hadirin dipersilakan duduk.


Malam Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2012 6 November 2012

jemputan dan
hadirin dijemput
duduk

Masa CUE ANN 3


Mega berarak indah berbalam,
0940 Setelah semua Dipuput bayu ke pohon ara;
hadirin berada di Pemanis kalam selamat datang,
tempat duduk Awal Bismillah pembuka bicara.
.
Hari ini menugal jagung,
Hari esok memetik peria;
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,


salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1
Malaysia.

Yang Berbahagia Madam Ong Chong Swen,


Penyelaras Parlimen Kelana Jaya.

Yang Berusaha Cik NoorZilah Binti Mohd. Rejab


Guru Besar SK Dato Onn Jaafar

Yang Dihormati Dr. Abd. Razak Bin Zainuddin


Pengerusi PIBG SK Dato Onn Jaafar

Barisan Guru-Guru Penolong Kanan, Barisan Ahli


Jawatankuasa PIBG, Para guru, murid-murid, tuan-
tuan puan-puan hadirin dan hadirat yang dihormati
sekalian.
Malam Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2012 6 November 2012

Masa CUE ANN 4


Biji selasih boleh dimakan,
0945 Setelah semua Menjadi perisa sedap terperi;
hadirin berada di Selamat datang kami ucapkan,
tempat duduk Semoga majlis tambah berseri.

Majlis terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi


penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran
Madam Ong Chong Swen Penyelaras Parlimen
Kelana Jaya serta para penerima anugerah
kecemerlangan SK Dato Onn Jaafar 2012. Majlis
juga mengucapkan selamat datang kepada semua
para tetamu jemputan tuan-tuan dan puan-puan
serta hadirin yang dimuliakan.

Masa CUE ANN 5


Lebat kemiri pohonnya rendah,
Bacaan doa Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis pada hari ini, dipersilakan


Al-Fadhil Ustaz Fauzan Bin Ab. Samad untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

Selepas bacaan Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


doa dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi

Masa CUE ANN 6


Ucapan Alu- Hadirin Hadirat Sekalian,
Aluan Pengerusi
Majlis Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat
illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya
dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis
Anugerah Kecemerlangan SK Dato Onn Jaafar
Tahun 2012.

Untuk makluman hadirin sekalian, Acara ini tiap-tiap tahun


diadakan untuk meraikan murid-murid yang telah berjaya
mendapat mendapat keputusan yang cemerlangan
sepanjang tahun.
Malam Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2012 6 November 2012

Masa CUE ANN 7


Untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis dengan
Ucapan Guru sukacitanya mempersila Cik Noor Zilah Bt. Mohd.
Besar Rejab, Guru Besar SK Dato Onn Jaafar untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan beliau.

Selesai Ucapan Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan


sebentar tadi.

Masa CUE ANN 8


Hadirin yang dihormati,
Ucapan
Perasmian VIP Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan
bangsa,
Di sini ada ibu bapa yang prihatin penuh jiwa,
Di sini ada pendidik yang tidak kenal erti putus asa,
Di sini ada Guru Besar yang berjasa,
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.

Bagi meneruskan lagi majlis pada pagi ini, Majlis


menjemput dan mempersila Yang Berbahagia
Madam Ong Chong Swen, Penyelaras Parlimen
Kelana Jaya untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya Merasmikan Majlis Anugerah
Kecemerlangan SK Dato Onn Jaafar 2012. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Masa CUE ANN 9


Setelah selesai Demikianlah tadi ucapan perasmian daripada Yang
ucapan VIP Berbahagia Madam Ong Chong Swen,
Penyelaras Parlimen Kelana Jaya. Majlis
merakamkan setinggin-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih
Malam Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2012 6 November 2012

Vibrante Music Hadirin yang dihormati sekalian,

Lebat rumbia di Sungai Kedah,


Sayang senduduk di tepi muara;
Juadah istimewa terhidang sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Marilah sama-sama kita hayati bunyi gesekan biola


Vibrante Music sambil menjamu selera. Majlis
akan diteruskan sambil tuan puan menikmati
hidangan. Terimalah persembahan pembuka tirai
Vibrante Music.

Masa CUE ANN 10

Setelah Power Hadirin sekalian,


Point
Berikan tepukan untuk persembahan yang begitu
mengasyikkan oleh Vibrante Music.

Masa CUE ANN 11


Konvo Hadirin sekalian,
Prasekolah
Majlis diteruskan dengan Konvokesyen dan
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pra
Sekolah. Para ibu bapa bolehla bersedia untuk
sama-sama naik ke atas pentas.

Dengan ini, majlis sekali lagi mempersilakan Yang


Berbahagia Madam Ong Chon Swen diiringi
oleh Puan Guru Besar Cik Noor Zilah Binti
Mohd. Rejab untuk menyempurnakan majlis.

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala


Cenderahati hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Cik
Noor Zilah Binti Mohd. Rejab untuk menyampaikan
cenderamata kepada tetamu jemputan. Sudi
apalah kiranya tuan menerima cenderahati yang
tidak seberapa daripada pihak kami. Budimu tuan
diiringi ucapan terima kasih.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


Selesai Yang Berusaha Cik Noor Zilah Binti Mohd. Rejab
Cenderahati atas kesudian beliau menyampaikan cenderamata
itu tadi.
Malam Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2012 6 November 2012

Seterusnya, majlis menjemput Yang Dihormati Dr.


Abd. Razak Bin Zainuddin YDP PIBG SK DATO
ONN JAAFAR untuk menyampaikan anugerah
kepada para penerima Anugerah Kecemerlangan
Akademik Tahun 1 hingga Tahun 3.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Dihormati Dr. Abd. Razak Bin Zainuddin atas
kesudian beliau menyampaikan anugerah kepada
para penerima anugerah.

Masa CUE ANN 12


Tarian Balqis
Hadirin sekalian,
Sebagai halwa mata dan telinga marilah sama-
sama kita saksikan Persembahan Tarian Balqis.
Dipersilakan.

Masa CUE ANN 13


Berikan tepukan sekali lagi kepada anak-anak cilik
Selesai Tarian pra sekolah SK Dato Onn Jaafar 2012.
Balqis
Majlis merakamkan ribuan terima kasih. Untuk
makluman semua, Persembahan tarian itu tadi
adalah di bawah bimbingan Pn. Rofidah Binti
Zakaria.

Kecemerlangan Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara


Akademik Tahun Penyempaian Anugerah Kecemerlangan Akademik
4-6 kepada murid Tahun 4-Tahun 6. Bagi
menyempurnakan majlis, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Yang Berusaha En. Mazli
Bin Bojo GPK Tadbir dan Kurikulum untuk
menyampaikan anugerah kepada para penerima
anugerah.

Selesai Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Kecemerlangan Yang Berusaha En. Mazli Bin Bojo atas kesudian
Akademik Tahun beliau menyampaikan anugerah kepada para
4-6 penerima anugerah.
Malam Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2012 6 November 2012

Masa CUE ANN 14


Hadirin sekalian,
Kita berhenti rehat seketika dan marilah sama-
sama kita saksikan persembahan Bicara Berirama
oleh murid-murid Tahun 4.

Itulah tadi persembahan Bicara Berirama. Berikan


tepukan yang gemuruh.Untuk makluman semua,
Persembahan itu tadi adalah di bawah bimbingan
Pn. Rohashimah Bt. Mamat.
Anugerah Lonjakan Akademik Tahun1 Tahun 6
Tuan Haji Abd. Rashid B. Mat Saman

Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran


Tahun 3 hingga Tahun 6
Puan Salmah Binti Buang
Hadirin sekalian,

Marilah sama-sama halakan pandangan ke atas


pentas untuk saksikan persembahan terakhir kita
Terima Kasih Guruku.

Untuk makluman semua persembahan ini


menggabungkan kesemua murid Tahun1 hingga
Tahun 6 dan di bawah bimbingan Puan Lee dan
Puan Katherine Vayal.

Terima kasih daun keladi,


Tahun depan buat persembahan lagi.
Kini tibalah kita ke acara kemuncak iaitu
Penyampaian Anugerah Khas. Bagi
menyempurnakan majlis, pihak majlis menjemput
dan mempersila Yang BerusahaCik Noor Zilah
Binti Mohd. Rejab Guru Besar SK Dato Onn Jaafar
naik ke atas pentas.
Malam Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2012 6 November 2012

Masa CUE ANN 15


Penutup Kini, tibalah kita ke penghujung acara.

Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu


nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit
kesempatan waktu untuk menyampaikan jutaan
terima kasih kepada para tetamu jemputan dan
semua pihak yang telah hadir dalam menjayakan
acara Majlis Penyampaian Anugerah
Kecemerlangan ini.

Di atas dahan pohon tempua


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua lagi

Marilah sama-sama kita berdiri dan menyanyikan


lagu 1 Malaysia. Sekian,
Wabilahi.......Assalamualaikum warahmatullah
w.b.t. Terima kasih

Vous aimerez peut-être aussi