Vous êtes sur la page 1sur 3

TUGASAN 7

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL


TAJUK : POSTER
PRODUK : POSTER SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

SITUASI
Sekolah anda akan meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53.
Banyak poster perlu digantung untuk mewujudkan suasana sambutan dan
menjadi daya penggerak menaikkan semangat cinta akan negara.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu poster yang
bertemakan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.

Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul folio.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis poster.


2. Koleksi gambar berkaitan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia sebagai
sumber ilham.
3. Lukisan ilustrasi berkaitan dengan tema.
4. Lakaran olahan ilustrasi.
5. Kajian muka taip untuk kapsyen.
6. Kajian reka letak ilustrasi dan kapsyen.
7. Kajian warna pada reka letak poster yang dipilih.
8. Lukisan sebenar poster.
9. Lukisan persembahan menunjukkan fungsi poster dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, hasil rekaan poster hendaklah mengikut spesifikasi


berikut:

Bahan : Kertas / Kad manila / Kad ivory


Bilangan warna : Bebas
Ukuran : 56 cm 76 cm
Teknik : Catan
Kapsyen : Bersesuaian dengan tema

Nota:
1. Poster hendaklah dibingkaikan.
1. Contoh gambar poster dari majalah, suratkhabar, internet dan foto
poster yang diambil di persekitaran anda.

2. Gambar Hari Kemerdekaan - dari majalah, suratkhabar, buku sejarah


dan foto Hari Kemerdekan yang diambil sendiri.

3. Lukisan ilustrasi Hari Kemerdekaan dari pengalaman anda sendiri atau


foto yang yang diambil sendiri. ( Media warna basah- cat air /cat poster
atau media kering pensil warna/ warna pastel.

4. Lakaran olahan ilustrasi teknik pensil olahan dari gambar yang dipilih
sumber idea.

5. Pilih 6 jenis mukataip untuk kapsyen boleh dicetak dengan


menggunakan komputer atau tekapan dari tulisan yang telah dipilih. Pilih
satu sahaja untuk kerja akhir.

6. Gabungkan rekaletak ilustrasi dan kapsyen terpilih- buat 3 contoh.


Daripada tiga pilih satu yang terbaik untuk final.

7. Pilihan final buat 4 kajian warna.

8. Pilihan Akhir buat lukisan poster mengikut saiz sebenar ( 56 m X 76 sm).

9. Lukis persembahan poster dalam situasi sebenar ( di gantung di premis


perniagaan)

10. Lukis alat dan bahan yang digunakan serta lebelkan dan senaraikan alat-
alat dan bahan.

11. Lukis proses perkembangan dan teknik penghasilan karya serta catatkan
mengikut urutan. Lukisan gambar tangan disertakan.

Vous aimerez peut-être aussi