Vous êtes sur la page 1sur 5

1.

0 Pengenalan

Semangat patriotisme sangat penting ditanamkan di kalangan rakyat Malaysia memandangkan


rakyatnya yang berbilang kaum. Ini kerana kekuatan sesebuah Negara itu terletak pada jati
diri rakyatnya. Sebagai sebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan dan berdaulat
seharusnya Malaysia mempunyai identitinya yang tersendiri sebagai mencerminkan rakyat
Malaysia yang pelbagai kaum. Oleh itu jati diri rakyat Malaysia perlu dibangunkan supaya
hasrat kerajaan untuk membina bangsa yang berjaya seiring dengan era globalisasi. Maka
guru merupakan orang pertama yang perlu ditanamkan semangat patriotisme ini dan dibina
jati dirinya supaya dapat membimbing dan membentuk jati diri murid.

Patriotisme merupakan ungkapan yang sering kita dengar apabila menjelang hari
kemerdekaan. Ia adalah semangat cintakan dan taatkan Negara yang dapat dilihat melalui
tindakan, perlakuan dan tingkahlaku seseorang. Patriotisme berperanan penting dalam
pembentukan rakyat Malaysia kerana semangat kenegaraan yang ditunjukkan melangkaui
batas-batas agama, bahasa, budaya dan bangsa rakyat Malaysia. Perasaan cinta dan taat setia
yang tidak berbelah bagi sanggup dicurahkan demi untuk mempertahankan kedaulatan dan
maruah Negara daripada seseatu yang mengancam keselamatan Negara.

Jati diri secara amnya membawa maksud rangkuman nilai, budaya, bahasa, pegangan,
fahaman dan pandangan seseorang individu. Dengannya dapat membentuk watak dan sifat
peribadi, cara berfikir, cara hidup seterusnya penampilan diri yang melambangkan tradisi dan
jati diri seseorang. Jati diri juga merupakan unsur-unsur kehidupan yang mencerminkan
lahiriah individu atau masyarakat yang mempunyai sifat-sifat keutuhan yang dibanggakan,
sebagai penguat jiwa, penggerak semangat dan penguat secara kabatinannya.

Dalam islam konsep jati diri dirujuk kepada siapa aku, dari mana aku dan ke manakah
aku. Selebihnya dalam mencari jati diri terus merujuk kepada Allah kerana di situlah akan
menemui jawapannya kerana manusia adalah makhluk Allah yang berasal dari tanah dan
diberikan ruh olehNya selain dilengkapi dengan potensi hati, akal dan jasad.yang
menyebabkan kedudukan manusia lebih tinggi dari makhluk yang lain. Islam juga tidak lari
dari mengidentitikan jati diri sebagai bakat, potensi dan keunikan yang ada dalam diri
manusia.

1
2.0 Jati Diri Guru Dan Kesannya Pada Sekolah

Sememangnya jati diri yang ada pada guru memberi kesan terhadap pihak sekolah sama ada
kesan yang baik atau kesan yang tidak baik. Berdasarkan petikan, sememangnya guru perlu di
tingkatkan jati dirinya dan semangat patriotisme serta menyuntik semangat perpaduan
dikalangan mereka. Ini kerana daripada gurulah semangat patriotisme dapat diserapkan di
kalangan murid seterusnya masyarakat Malaysia. Hari ini jika kita lihat ramai dikalangan guru
yang bersikap individualistik atau mementingkan diri di mana sikap ini sangat tidak sesuai
dan tidak sepatutnya dimiliki oleh seorang guru. Gaya hidup sebegini yang berpenghujung
dengan sikap materialistik boleh menyebabkan kerjaya sebagai seorang guru dipandang
rendah oleh masyarakat. Guru dilihat hanya menunaikan tanggungjawab sebagai pengajar
tetapi tidak membimbing atau mendidik. Oleh kerana itu ada segelintir pelajar yang kita lihat
tidak berjaya untuk dibangunkan nilai-nilai yang baik dalam dirinya. Sikap ini tidak sejajar
dengan islam.

Permasalah seperti inilah yang perlu diselesaikan dengan mengadakan program untuk
membina jati diri guru dan menyemarakkan lagi semangat patriotik . Selain itu Dalam hidup
bermasyarakat islam mengajar untuk hidup secara harmonis, saling menghargai dan tolong
menolong. Cara hidup beginilah yang harus ditekankan dan diamalkan oleh para guru kerana
gaya hidup begini dapat membina jati diri guru melalui sikap saling tolong menolong, saling
menghargai dan mempercayai antara satu sama lain.

Sesebuah Negara akan mencapai kemajuan sekiranya warganegaranya berakhlak luhur


dan mempunyai peradaban yang baik. Sahsiah dan akhlak yang baik dapat membantu jati diri
guru yang baik seterusnya dapat melahirkan generasi yang baik kerana mereka adalah pewaris
masa depan yang bakal memimpin dan mencorakkan masa depan negara dari pelbagai aspek.
Sebagai seorang guru komitmen dan tanggungjawab terhadap tugasan bukan sahaja untuk diri
sendiri tetapi melibatkan gaya hidup, ilmu pengetahuan dan diri sendiri dan masyarakat
umumnya.

Memiliki peribadi mulia menjadikan guru sebagai role model atau pun ikutan yang
baik dikalangan anak didiknya . Guru yang baik merupakan guru yang mempunyai sifat-sifat
dan ciri-ciri sahsiah yang unggul. Sifat penyayang, berkarisma dan adil yang ditonjolkan oleh
seorang guru dapat membina jati diri guru dalam kerjayanya. Sifat ini dapat memberi kesan
yang baik sekiranya dapat dipamerkan melalui pelbagai gaya keterampilan guru tersebut

2
seterusnya dapat menarik perhatian murid terutamanya dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.

3.0 Peranan Pentadbir Sekolah Dalam Membina Jati Diri Guru

Dalam menangani masalah membina jati diri guru dan semangat patriotisme, pihak sekolah
perlu menangani masalah ini dengan segera kerana ianya boleh memberi kesan sama ada
kepada murid, pihak sekolah seterusnya masyarakat. Pihak sekolah boleh mengadakan
program atau menghantar gurunya menyertai program-program kerjaya kerana program
tersebut merupakan satu usaha yng terancang, teratur secara formal bagi memenuhi keperluan
kerjaya individu dan organisasi terutamanya para guru dan pihak sekolah. Melalui program ini
para guru akan didedahkan dengan matlamat kerjayanya dan bagaimana laluan yang harus
ditempuhi seperti kemampuan, pengalaman, halangan atau kekangan untuk mencapai
matlamat tersebut. Selain itu para guru juga akan didedahkan dengan bimbingan kerjaya,
aktiviti-aktiviti latihan yang direka bentuk untuk dipadankan antara minat dan kemampuan
guru dengan peluang yang disediakan oleh pihak jabatan.

Selain itu bagi melatih guru-guru yang telah berkhidmat empat atau lima tahun
perkhidmatan ini, pihak sekolah boleh mengadakan proses sosialisasi dengan para guru bagi
mewujudkan piawai, sikap, nilai dan tingkahlaku guru tersebut menepati sebagaimana yang
diharapkan dan digariskan oleh pihak sekolah. Dalam proses sosialisasi ini pihak sekolah
boleh menekankan mengenai visi, misi dan matlamat sekolah, amalan kerja berpasukan yang
baik untuk perpaduan, hubungan interpersonal serta penekanan tanggungjawab terhadap
kerjaya.

Seterusnya pihak sekolah boleh menanam jati diri guru dengan mengadakan program
pembangunan guru seperti program pembangunan staf untuk memperbaiki prestasi kerjaya
guru semasa atau masa hadapan. Dalam latihan tersebut pelbagai perkara boleh dilaksanakan
kepada para guru terutamanya aktiviti yang boleh membina jati diri guru dan meningkatkan
semangat patriotism seperti menghayati sejarah Negara, Rukun Negara, Perlembagaan
Malaysia dan Dasar-Dasar Malaysia. Daripada program atau latihan yang dilaksanakan boleh
dinilai pencapaian guru melalui latihan tersebut dimana adakah objektif pihak sekolah
tercapai dengan memberikan latihan atau dihantar berkursus dapat membina jati diri guru?
Atau adakah para guru yang menjalani latihan memahami apa yang disampaikan dalam
latihan atau program atau kursus yang dihadirinya.

3
Selain itu dalam menanam atau membina jati diri guru, pihak sekolah perlu memberi
dorongan dan galakkan kepada guru dalam program-program yang yang dikendalikan oleh
para guru seperti program hari kemerdekaan serta program-program yang melibat murid
seperti motivasi atau seminar peperiksaan. Ini kerana segala kerjasama yang diberikan
menjadi suntikan dan semangat untuk para guru meningkatkan kerjaya seterusnya tidak lokek
untuk menyumbang dan berkorban tenaga dan masa demi untuk kecemerlangan sekolah. Dari
sini dapat dilihat keyakinan, usaha, semangat dan kerjasama dapat dipupuk dan dibentuk
untuk membina jati diri guru. Dan daripada jati diri ini semangat patriotisme boleh
dibangkitkan melalui jalinan ukhwah bukan sahaja sesama guru bahkan murid dan kakitangan
sekolah. Perkara seperti ini memberi kesan yang positif terhadap pihak sekolah dalam
melahirkan pelajar yang cemerlang akademik, murni akhlak dan menjadi rakyat yang
gemilang dan terbilang sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan melalui falsafah
pendidikan negara.

4
4.0 Kesimpulan

Jati diri dan semangat patriotisme bagi seorang guru perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa
sesuai mengikut peredaran zaman. Bersesuaian dengan tugas guru itu sendiri yang
bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu selain tugasnya mendidik anak bangsa supaya
berjaya. Dalam membina jati diri dan semangat patriotisme, guru perlu mengikuti kursus,
latihan atau program yang berkaitan dengan perkara tersebut. Pelbagai pendekatan yang boleh
dilaksanakan dalam program jati diri dan semangat patriotism ini antaranya adalah
menerapkan elemen kenegaraan seperti menghayati Rukun Negara, Perlembagaan
Persekutuan Dan Dasar-Dasar Negara. Dengan aktiviti seperti ini diharapkan dapat memberi
kefahaman yang jelas kepada guru berhubung dengan jati diri guru dan semangat patriotism
seterusnya dapat menerapkannya kepada murid dimana perlu ditekankan semangat ini tidak
hanya berlaku menjelang kemerdekaan tetapi ia perlu berterusan.

5.0 Penutup

Pelbagai usaha boleh dilakukan dalam menyemarakkan semangat patriotism dikalangan guru
serta membina jati diri mereka. Menerusi program-program yang bakal diadakan seperti
Program Guru Pembina Negara Bangsa beberapa aspek perlu ditekankan seperti penghayatan
terhadap sejarah kemerdekaan, rukun Negara,perlembagaan Malaysia, dasar-dasar yang
dilaksanakan di Malaysia seterusnya memberi kesedaran berkenaan dengan isu-isu semasa
dan penerapan serta peningkatan nilai-nilai murni di mana aspek inilah yang akan membantu
membina jati diri guru seterusnya menyemarakan semula semangat patriotisme di kalangan
mereka. Walaupun Malaysia telah lama mencapai kemerdekaan tidak bermakna semangat
patriotisme tidak penting dan terkubur begitu sahaja. Semangat ini perlu disemai dan tersemat
di dalam sanubari rakyat Malaysia dan dihayati sebaik mungkin. Guru merupakan orang yang
dapat menanamkan dan menyemarakkan semangat ini kerana sahsiah yang dimilikinya dan
orang yang bertanggungjawab mendidik anak bangsa.

Vous aimerez peut-être aussi