Vous êtes sur la page 1sur 4

AMALAN TERBAIK KAUNSELING WPKL 2015: PROGRAM

ZOOM

B
Hari minggu saya yang agak stress menyiapkan bahan untuk pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling
Kebangsaan Wakil WPKL bersama power point untuk persembahan. Ini kerana pada awalnya sekolah
saya hanya memasuki pertandingan Pengurusan Terbaik Kaunseling hingga terpilih ke peringkat
mewakili WPKL. Namun inilah dinamakan rezeki apabila satu komponen program dalam Pengurusan
Terbaik Kaunseling telah diminta oleh pegawai kaunseling JPWPKL untuk ditarik sebagai satu amalan
terbaik kaunseling dan dipertandingkan di bawah kategori Amalan Terbaik Kaunseling bagi mewakili
WPKL. Pada mulanya saya menolak dengan baik kerana tidak mampu menyiapkan dalam masa 2 hari
untuk disiapkan lainlah jika 2 minggu, namun memang dikatakan rezeki apabila pegawai kaunseling
JPWPKL menghubungi BPSH dan dimaklumkan boleh menghantar bahan sewaktu pertandingan iaitu
2 minggu lagi...huhu maka takkanlah nak menolak lagi. Walaupun masa yang diberi ialah dua minggu
tapi pengumpulan data, penulisan ilmiah dan penyediaan power point memang menuntut komitmen
saya maklumlah amalan program ini dari komponen markah 10 sahaja dalam pertandingan pengurusan
perkhidmatan kaunseling menjadi 100 markah apabila ditarik ke pertandingan amalan kaunseling
terbaik. Artikel ini sebenarnya dipenuhi dengan carta dan gambar-gambar yang tidak lekat apabila
dicopy paste begitu sahaja.

ABSTRAK

Projek . Zoom In merupakan program bagi meningkatkan kehadiran murid ke sekolah


bagi tahun 2015. Menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling berbanding
hukuman disiplin untuk menarik murid hadir ke sekolah. Berdasarkan teori Maslow
mengenai motivasi manusia akan meningkat jika dihargai dan diberikan pengiktirafan
disamping keperluan kasih sayang maka aktiviti . Zoom In yang dijalankan. . Zoom
In yang dijalankan ialah . Zoom In Kelas, . Zoom In Guru Tingkatan, . Zoom In Ibu
Bapa dan . Zoom In Murid. Melalui projek . Zoom In Kelas dan . Zoom InGuru
Tingkatan, insentif berupa sijil penghargaan dan hadiah iringan diberikan kepada
murid dan guru. Manakala melalui . Zoom In Murid, murid rasa dihargai dan disayangi
kerana diambil berat melalui pendekatan hati ke hati manakala bagi . Zoom In Ibu
Bapa, konsultasi ibu bapa melalui talian kasih dan cakna meningkatkan keberkesanan
komunikasi bagi memantau perkembangan murid. Melalui perlaksanaan program
. Zoom In, ia berjaya meningkatkan kehadiran murid ke sekolah sebanyak 88 peratus
berbanding 82 peratus sahaja. Melalui nilai tambah aktiviti lawatan dwibulanan pada
sasaran kelas tingkatan 5 yang akan menghadapi SPM pada tahun ini, semua kelas
kecuali 5K5 berjaya meningkatkan kehadiran murid di tingkatan lima berbanding corak
kehadiran murid tingkatan lima tahun lepas yang merundum. Begitu juga pada nilai
tambah program .Zoom In Murid Program Minda Sihat pada 5 kelas terakhir Tingkatan
4 berjaya melonjakkan kehadiran murid berbanding tahun lepas.

B AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING


1.0 IDEA / INOVASI

Unit Hal Ehwal Murid akan mengadakan pelbagai program pada tahun
2015 bagi menjayakan misi sekolah iaitu berusaha dengan penuh iltizam untuk
melestarikan pendidikan berkualiti untuk membangun potensi individu sebagai modal
insan cemerlang negara dan mencapai visi sekolah untuk melahirkan insan terdidik
untuk kesejahteraan negara masa hadapan. Dengan ini, pelbagai program dirangka
untuk menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah setiap hari agar pelajar tidak
termasuk dalam golongan pelajar keciciran dari sekolah dan seterusnya terjebak
dalam gejala sosial yang tidak sihat dan merugikan usia yang sepatutnya di bangku
sekolah lagi. .
Dalam Surat Siaran KPM Bil 12 tahun 2012: Perekayasaan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling,di Sekolah bertarikh 16 April 2012 oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menegaskan bahawa guru bimbingan dan kaunseling
memberi keutamaan kepada program dan aktiviti yang berfokus kepada
pembangunan dan pengembangan sahsiah murid, peningkatan disiplin murid,
pendidikan kerjaya murid dan psikososial dan kesejahteraan mental murid. Antara
intervensi yang dirancang oleh Unit Bimbingan Kaunseling untuk fokus peningkatan
disiplin murid ialah program . Zoom In. Intervensi yang dirancang untuk meningkatkan
kehadiran murid ke sekolah dan mencegah gejala ponteng sekolah yang melibatkan
4 sasaran utama iaitu . Zoom InKelas, . Zoom In Guru Tingkatan, . Zoom In Murid
melalui aktiviti Hati Ke Hati dan . Zoom In Ibu Bapa melalui Talian Kasih. Program ini
dijalankan kepada semua murid dari peralihan hingga ke Tingkatan Lima di SMK
Cheras. Walaubagaimanapun aktiviti . Zoom In dengan aktiviti tambahan dijalankan
pada murid tingkatan 5 dan tingkatan 4 dari kelas pertengahan hingga ke kelas
kemahiran. Ini kerana tingkatan 5 dan tingkatan 4 dari kelas-kelas terlibat merupakan
penyumbang kepada kehadiran murid ke sekolah yang rendah.
Berdasarkan teori motivasi pendidikan iaitu motivasi merupakan
satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam
kelompok kumpulan, motivasi merupakan penggerak kepada kejayaan kumpulan.
Dengan adanya motivasi, wujud kerjasama antara satu sama lain. Ia juga berlaku
apabila keperluan manusia dipenuhi dan diberikan ganjaran. Berdasarkan teori
Maslow, motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi,
bakat dan kreativiti individu. Persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam
mencapai kemahuan itu. Keperluan untuk mendapatkan hubungan yang mesra dan
kasih sayang juga diperlukan. Dalam konteks pendidikan, guru perlu memmberi
tunjuk ajar dengan menasihati atau mengadakan sesi kaunseling untuk
mengeratkan hubungan yang baik. Dengan cara ini, murid akan merasa diterima,
dihormati, serta dihargai oleh anggota lain dalam komuniti kecil dan mereka
mempunyai keanggotaan dalam komuniti itu untuk meningkatkan motivasi.

1.1 Objektif

1) Agar dapat mengenal pasti kelas yang menyumbang kepada peratus kehadiran
murid yang rendah untuk diambil tindakan segera.
2) Agar dapat membantu guru kelas untuk memotivasikan murid dalam kelas yang
mempunyai peratus kehadiran murid 80 peratus ke bawah dalam bulan tertentu untuk
hadir ke sekolah
3)Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai peratus
kehadiran yang paling tinggi dan mencecah lebih 90% setiap bulan.
4) Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai
perubahan peratus kehadiran murid yang lebih baik setiap bulan.
5) Agar dapat mengenal pasti murid yang perlu menjalani intervensi dengan guru
kaunseling dan konsultasi keibubapaan dengan murid tersebut.

1.2 Keperluan Semasa


Memandangkan pada tahun lepas kehadiran murid ke sekolah sekitar
82% sahaja, maka kami mensasarkan kehadiran murid ke sekolah
pada tahun ini ialah 85% dan ke atas melalui program . Zoom In

1.3 Praktikal
Program . Zoom In ini sangat praktikal dijalankan oleh mana mana
sekolah walaupun sekolah di pedalaman mahu pun di bandar besar. Ia
juga praktikal diadakan di sekolah berasrama penuh hinggalah ke
sekolah menengah harian biasa.

2.0 KREATIVITI INOVASI

2.1 Penyelesaian Masalah


Projek . Zoom In ini memberikan pihak sekolah strategi penyelesaian masalah bagi
meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah melalui pendekatan psikologi dan
kaunseling. Strategi disasarkan kepada sasaran tertentu dengan program tertentu
bagi meningkatkan impak kehadiran murid ke sekolah. Impaknya pihak sekolah
berjaya meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah pada Januari hingga
September 2015 dengan 88 peratus berbanding pada Januari hingga September
2014 dengan hanya 82 peratus.

2.1.1 . Zoom In Murid


Strategi :Pendekatan Hati Ke Hati
Objektif : Menjalankan intervensi kepada murid yang menerima
surat amaran ponteng sekolah untuk membantu mereka
menangani masalah.

Penyelesaian Masalah:
Guru dapat meneroka masalah murid dengan lebih
terperinci untuk mendapatkan bantuan kepada murid
yang memerlukan dan membimbing mengenai permasalahan
murid.

2.1.2 . Zoom In Kelas


Strategi : Anugerah . Zoom In Cemerlang, . Zoom InLonjakan dan . Zoom
In Harapan
Objektif : Meningkatkan motivasi murid untuk ke sekolah
dan seterusnya menggalakkan kawan sekelas untuk hadir ke
sekolah bagi meningkatkan peratus kehadiran murid dalam
kelas melalui intensif sijil, hadiah dan lawatan.
Penyelesaian Masalah:
Murid akan sentiasa memotivasikan kawan-kawan untuk
hadir ke sekolah bagi mendapatkan intensif.

2.1.3 . Zoom In Guru Tingkatan


Strategi : Anugerah . Zoom In Cemerlang, . Zoom InLonjakan dan . Zoom In
Harapan
Objektif : Meningkatkan motivasi guru tingkatan sendiri
sebagai mentor untuk menggalakkan murid ke sekolah melalui
insentif sijil anugerah khas untuk guru tersebut setiap kali
murid kelasnya menerima anugerah kelas.
Penyelesaian Masalah:
Guru yang berasa dihargai dengan penyampaian
sijil anugerah di tapak perhimpunan akan bermotivasi
mendekati murid- muridnya dengan lebih berkesan kerana ingin
mengenal pasti masalah murid di dalam kelasnya yang tidak hadir
ke sekolah dan menjalinkan rapportyang baik dengan
ibubapa.

2.1.4 . Zoom In Ibu Bapa


Strategi : Talian Kasih dan Cakna
Objektif : Meningkatkan hubungan komunikasi dengan ibu bapa
bagi kes murid tegar ponteng dan menziarahi ke rumah
murid jika tidak dapat menghubungi melalui telefon dan surat.
Penyelesaian Masalah:
Dapat menjalankan aktiviti konsultasi keibubapaan
melalui hubungan yang dibina.

Vous aimerez peut-être aussi