Vous êtes sur la page 1sur 9

iv.

Membuat dan menulis refleksi kendiri berdasarkan pembelajaran yang anda


lalui sepanjang melaksanakan projek ini.

REFLEKSI

Saya berasa amat bersyukur kepada tuhan yang telah memberi


kesempatan ruang, peluang serta ilham yang tidak pernah kering untuk
menyiapkan kerja kursus Geometri telah berjaya disempurnakan . Ucapan
terima kasih kepada pensyarah yang terlibat iaitu Cik Teoh Sooi Kim di atas
tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan dalam mata pelajaran ini serta
tidak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Pelaksanaan tugasan ini antara lain menjadi rentetan kepada pelajaran


yang lampau di mana umum sedia maklum kami dikehendaki untuk
melaksanakan 3 tugasan yang merangkumi topik- topik dalam geometri.

Refleksi Tugasan 1

Tugasan yang pertama yang perlu dilaksanakan ialah merangkumi


tajuk Teselasi Satah. Saya dikehendaki untuk menghasilkan s a t u rekaan
teselasi dengan menggunakan GSP Geometers Sketchpad ( Jenis Escher ).
Antara kekuatan yang saya dapat lihat sewaktu proses menyelesaikan
tugasan yang pertama ini kefahaman yang jelas tentang teselasi satah
yang telah diajar oleh pensyarah dan diaplikasikan untuk membuat rekaan
baru ini. Selain daripada itu saya ada merujuk laman web yang berkenaan
tentang teselasi dan belajar tentang membuat teselasi dengan menggunakan
perisian GSP.
Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya lihat
sewaktu pelaksanaan kerja kursus ini ialah kesukaran untuk mencari
idea tentang idea untuk rekaan yang kedua iaitu secara manual dengan
menggunakan kaedah Escher. Saya mengambil masa yang lama untuk
mencari corak yang sesuai untuk digunakan.

Oleh yang demikian, masalah ini mendorong saya untuk fokus melihat
persekitaran di sekeliling saya. Saya mencari kelainan dengan
menggabungkan corak binatang iaitu zirafah dan manusia yang sedang
berlari. S a y a perlu lebih kreatif untuk menghasilkan corak yang menarik.
Secara peribadi, saya berpendapat bahawa tugasan pertama memberi
manfaat kepada saya. Dengan membuat rekaan teselasi ini, saya akan
menjadi lebih kreatif untuk membuat alat bantu mengajar, Selain daripada
itu, sekiranya saya perlu menjadi seorang guru pendidikan seni kelak, saya
mempunyai bahan pengajaran yang menyeronokkan bagi murid. Ini kerana
selain murid belajar seni akan tetapi secara tidak langsung murid juga turut
mengaplikasikan konsep matematik dalam seni tanpa mereka sedari.

Refleksi Tugasan 2

Tugasan yang kedua pula merangkumi tajuk Pepejal Platonik dan


Pepejal Archimedes. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara ind ivid u . S a y a
perlu membuat se jenis pepejal iaitu pepejal Archimedes. Pembinaan pepejal
ini amat mencabar .Saya terpaksa membuat pelan ,akhirnya siap
separuh jalan. Saya terpaksa mencari di laman -laman web kerana
sudah kesuntukan masa. Akhirnya saya menjumpai ,seterusnya
mencetak.Walaupun kesuntukan masa, akhirnya saya dapat juga
membina prototaip pepejal Archimedes.
Antara kelebihan yang saya dapat lihat dalam menyiapkan tugasan ini
ialah pengorbanan yang tidak berbelah bagi dari semua ahli keluarga kerana
sanggup mengorbankan masa berkualiti bersama demi untuk menyiapkan
tugasan ini. Selain daripada itu, saya juga tidak mudah berputus asa untuk
menyiapkan tugasan ini kerana untuk menyiapkan pepejal tersebut dengan
mounting board yang mempunyai struktur kertas yang tebal menyukarkan lagi
proses untuk melipat kertas tersebut.

Saya juga banyak melakukan kaedah cuba jaya dalam membuat


pepejal A r c h i m e d e s yang mempunyai banyak bucu yang sukar untuk
dibentuk. Justeru itu, saya dapat merumuskan bahawa tugasan ini sangat
menguji kesabaran saya dalam pembuatannya. Saya juga berpendapat
bahawa dengan adanya pepejal yang ada dalam bentuk maujud ini
dapat dijadikan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan untuk guru-
guru. Dari segi aspek geometri pula, pepejal merupakan objek yang ada di
persekitaran kita. Tanpa kita sedari, terdapat unsur- unsur matematik dalam
pepejal- pepejal yang berikut. Oleh alasan yang sedemikian, sebagai guru kita
perlu menerapkan nilai-nilai matematik dalam diri murid- murid.

Refleksi Tugasan 3

Pembentangan refleksi tugasan ketiga merangkumi tajuk Pembinaan


Model Geometri. Setiap individu dikehendaki untuk 1 rekaan kad ucapan
dengan menggunakan teknik asas pop-up. Tugasan pada kali ini memerlukan
saya berfikiran secara kreatif dalam membina kad yang mempunyai teknik-
teknik asas pop- up. Kelebihan yang saya dapat lihat melalui tugasan ini
ialah kemudahan-kemudahan yang ada di beberapa laman web seperti tutorial
berkenaan cara-cara membuat kad yang menarik yang mengandungi unsur-
unsur pop-up.
Sebagai contoh, saya telah mengambil idea untuk membuat kad pop-up
daripada laman Youtube iaitu Ka ta gam i. Dengan kemudahan-
kemudahan seperti ini, memudahkan kami untuk mendapat idea dalam
membuat kad yang menarik dan cantik. Manakala kelemahan yang saya
dapati dalam membina kad pop-up ini ialah kekeliruan dalam
menggunakan teknik pop-up. Seperti mana kad yang saya telah bina, pada
awalnya saya dapati kad ini tidak terdiri dalam beberapa teknik pop-up. Akan
tetapi, mujurlah rakan-rakan saya yang lain meyakinkan saya bahawa kad yang
saya bina ini menggunakan teknik angle fold.

Saya akui bahawa tindakan saya membina kad secara melulu tanpa
mengenal pasti jenis teknik pop-up yang ada merupakan satu kelemahan
saya yang ketara. K esimpulannya, saya dapati bahawa tugasan ini sangat
menarik kerana saya boleh mengaplikasikan pengetahuan membina kad
yang menarik yang sedia ada ini untuk kegunaan saya pada masa akan
datang. Sebagai contoh ialah saya boleh menghadiahkan kad-kad pop-up ini
kepada setiap pelajar menjelang ulang tahun mereka. Hal ini akan
memberikan kegembiraan kepada mereka dan semangat untuk mereka
untuk terus belajar di dalam kelas saya.

Akhir kata , alah bisa tenggal biasa adalah pepatah yang boleh
dipegang sehingga sekarang. Sesuatu yang sukar, jika kita lakukan dengan
berulang-kali akan menjadi senang akhirnya.Saya boleh katakan, kerja kursus
ini adalah yang paling mencabar sepanjang menjadi PPG kohort 2 ini.Saya
berharap peruntukan masa hampir selama 10 hari untuk menyiapkannya
dapat memberi sesuatu yang cukup bermakna dalam hidup saya.

Vous aimerez peut-être aussi