Vous êtes sur la page 1sur 5

Arahan untuk soalan 25, 26, 27.

Rajah dibawah menunjukkan fasa-fasa dalam pembangunan projek pengaturcaraan komputer.

A. Analisis masalah

B. Rekabentuk aturcara

C. Pengekodan

D. Pengujian dan Penyapijatan

E. Dokumentasi

Berdasarkan fasa-fasa pembangunan di atas jawab soalan-soalan berikut.


25. Pada fasa ini pengaturcara akan menyediakan maklumat mengenai program yang
dibangunkan untuk memudahkan penyelenggaraan.
26. Pengaturcara membina algoritma seperti carta alir dan pseudokod untuk membantu
proses membina aturcara komputer.
27. Pengaturcara akan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti visual basic, JAVA
atau C++ untuk melaksanakan tugas.

Arahan untuk Soalan 28, 29, 30.


Nyatakan sama ada pernyataan berikut BENAR atau PALSU.

28. Papan ceria dapat memberikan suatu gambaran visual kepada pengaturcara dan
membolehkan menjalankan tugas mengatur cara dengan lebih teratur.
29. Struktur hieraki dalam laman sesawang mempunyai model pengemudian atas
kebawah. Bermula dengan laman utama, pengunjung dipautkan ke laman laman lain.
Pengunjung ada pilihan untuk ke laman-laman seterusnya tanpa kembali ke laman
utama.
30. Tag HTML boleh ditulis dalam huruf besar atau huruf kecil seperti <HTML> atau
<head>.
BAHAGIAN B

ARAHAN : Bahagian ini mengandungi 4 soalan. Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan
anda pada ruangan yang disediakan.

31. Jadual dibawah menunjukkan bilangan pelajar lelaki dan perempuan bagi tingkatan 1.
Anda ditugaskan membahagikan pelajar-pelajar tersebut kepada 4 buah rumah sukan
yang berlainan iaitu Hijau, Kuning, Merah dan Biru.

Tingkatan Tingkatan Tingkatan Tingkatan Tingkatan 1D


1A 1B 1C
Bil Pelajar L P L P L P L P
13 23 16 20 15 21 16 16

Syarat pembelian ahli rumah sukan ialah setiap pelajar lelaki dan perempuan mesti diagihkan
Sama banyak bagi setiap rumah sukan.
a) Berapakah bilangan pelajar perempuan dari tingkatan 1B berada dalam rumah Biru.

[1 markah]

b) Berapakah bilangan pelajar lelaki dalam setiap rumah sukan.


[2 markah]

c) Berapakah bilangan pelajar dalam setiap rumah sukan.


[2 markah]
32. Rajah dibawah menunjukkan 3 jenis sumber audio digital.

[A] [B] [C]

a) Nyatakan kedalaman bit untuk imej. [B]

[1 markah]

b) Nyatakan kedalaman bit dan jenis saluran untuk imej. [A]


[2 markah]

c) Di antara ketiga-tiga imej di atas, yang manakah mempunyai kedalaman bit yang paling
tinggi dan nyatakan kadar kedalaman bit tersebut. [C]

[2 markah]
33. Rajah di bawah menunjukkan satu pseudokod aturcara komputer

MULA

MASUKKAN markah

JIKA markah > 39

CETAK Lulus

JIKA TIDAK

CETAK Gagal

TAMAT JIKA

TAMAT

Berdasarkan pseudokod di atas, jawab soalan-soalan berikut.


a) Namakan satu pemboleh ubah yang digunakan.

[1 markah]

b) Namakan struktur kawalan yang sesuai dengan pseudokod di atas.


[2 markah]

c) Jika dimasukkan markah melebihi 100, maka satu ralat akan di paparkan, namakan
jenis ralat tersebut.
[2 markah]
34. Rajah di bawah menunjukkan satu paparan laman sesawang.

Berdasarkan rajah di atas, jawab soalan-soalan berikut.


a) Berikan nama untuk elemen A dan B dalam rajah di atas.

[2 markah]

b) Nyatakan fungsi B
[3 markah]

Vous aimerez peut-être aussi