Vous êtes sur la page 1sur 2

Penerapan Kemahiran Insaniah (Soft Skill) Dalam Pendidikan Teknik Vokasional (PTV)

Sebagai Persiapan Melahirkan Tenaga Kerja yang Mampan

Hasimah binti Mohammad Ali


GB170046
Semester 1 Sesi 2017/2018

Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional (FPTV)


Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Prof. Dr. Noraini Kaprawi

Penyataan Masalah
Isu pengangguran yang berlaku dalam kalangan graduan bukanlah merupakan isu yang asing
dalam negara kita, Malaysia. Masalah ini merupakan masalah global yang terpaksa dihadapi oleh semua
negara termasuklah Malaysia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabnagsa
(ILO, 2011), jumlah pengangguran dunia kekal pada kadar 6.2% (205 juta) dalam tahun 2010 berbanding
dengan 6.3% dalam tahun 2009. Jumlah penggangguran ini dilihat jauh lebih tinggi berbanding dengan
kadar 5.6% pada tahun 2007.
Malaysia juga tidak terkecuali daripada merasa bahang kesan daripada isu global ini. Mengikut
statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian pengajian Tinggi (KPT), sebanyak 27% daripada siswazah
institusi pengajian tinggi tempatan masih menganggur dalam tempoh enam bulan selepas tamat
pengajian. Pada tahun 2010 pula, terdapat hampir 32 000 orang graduan masih menganggur. Menurut
KPT (2008) dalam laporan pengesanan graduan, graduan diploma dalam bidang teknikal adalah kedua
tertinggi yang menganggur iaitu sebanyak 32.9% bagi graduan IPTA dan untuk pelajar diploma dalam
bidang teknikal di politeknik mencatat bilangan graduan yang menganggur sebanyak 66.6%
Isu pengangguran ini tidak boleh dipadang mudah oleh sesebuah negara. Hal ini kerana ia
memberi kesan jangka masa panjang bukan sahaja kepada individu malahan juga kepada sosial dan
juga sosio-politik negara. Peningkatan pengangguran di sesebuah negara akan meningkatkan kadar
kematian, penyakit berkaitan dengan jantung, bunuh diri dan kes jenayah (Brenner 1979). Pengangguran
yang berlaku dalam negara juga merupakan satu pembazitran sumber kepada negara kerana kos
pendidikan dan latihan yang tinggi ditanggung oleh kerajaan (Yusoff et.al., 2008).
Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya masalah pengangguran dalam
kalangan graduan. Antara faktornya ialah sikap memilih pekerjaan serta kekurangan penguasaan
kemahiran insaniah yang tidak memenuhi kehendak industri dan pasaran pekerjaan (Kamsah, 2004;
Hassan , 2002; Junaidi 2006). Elsen, Jasinowski & Kleinert (2005) dalam laporan 2005 Skill Gap
mendapati hampir separuh majikan menyatakan pekerja sedia ada kurang mempunyai etika kerja dan
kemahiran mengurus diri seperti kehadiran dan tidak menepati masa. Selain itu, 46% majikan
melaporkan pekerja mereka kurang kemahiran menyelesaikan masalah. Kenyataan ini turut disokong
oleh Mustapa 2007. Beliau menyatakan bahawa kegagalan siswazah mendapat pekerjaan adalah
disebabkan mereka tidak mempunyai kemahiran insaniah yang diperlukan oleh majikan. Di samping itu,
menurut ucapan Dato Sri Dr Hj shafiee bin Afdal , kebanyakan majikan mengeluh mengenai graduan
tempatan yang kekurangan kemahiran insaniah seperti keyakinan diri, kreativiti dan kerja berpasukan
(Berita Harian, 2006, Februari 12).
Mustafa, Mohd Nor, Suradin & Ahad (2010); Abu, Kamsah & Razzaly (2008); Yusoff, Ismail &
Sidin (2008) dan Ibrahim (2004) menyatakan bahawa pencapaian akademik dan kelulusan dalam bidang
tertentu semata-mata masih belum menjamin seseorang graduan untuk diambil bekerja. Lantaran itu,
kemahiran-kemahiran bukan teknikal seperti kemahiran generik, soft skill atau kemahiran employability
perlu dikuasai oleh pelajar yang bakal menempuhi alam pekerjaan (Ibrahm, Mastor, Mohd Salleh &
Sulaiman, 2010).
Berdasarkan penyataan masalah yang diutarakan, pengkaji ingin mengkaji aspek kemahiran
insaniah (soft skill) yang diterapkan oleh kerajaan dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasiol (PTV)
dan sejauh mana kemahiran ini dapat membantu mahasiswa dalam memperolehi peluang pekerjaan
selepas tamat tempoh pengajian.

Persoalan
1. Apakah kemahiran insaniah (soft skill) yang diterapkan oleh kerajaan dalam bidang Pendidikan
Teknik Vokasional (PTV)?
2. Bagaimanakah kemahiran insaniah (soft skill) yang diterapkan dalam PTV dapat membantu pelajar
Kojel Vokasional (KV) dalam bidang pekerjaan?
3. Sejauh manakah kemahiran insaniah yang diterapkan dalam PTV dapat melahirkan tenaga kerja
yang mampan?

Vous aimerez peut-être aussi