Vous êtes sur la page 1sur 4

SKK SJK(T) MENTAKB

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU

BIL.2/ 2017

Tarikh : 15 JUN 2017


Hari : Rabu
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SJKT Mentakab

Kehadiran:

1. En. James a/l Pichapillai - Guru Besar ( Penasihat )


2. Pn Ruzana bt Kassim - Ketua Panitia Bahasa Melayu
3. Pn. Katijah bt Abdullah - Setiausaha
4. Pn. Meenalonjany
5. Pn. Rafidah bt Abd, Rahman
6. En.Selvendran
7. En.Tarabi bin Ghani

Tidak hadir:

1. UCAPAN KETUA PANITIA: PN.RUZANA BT KASSIM


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran mereka ke
mesyuarat pertama pada hari ini.

1.2 Pengerusi turut mengalukan kedatangan Guru Besar kerana sudi hadir dan mengharapkan
guru-guru BM memberikan kerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam subjek Bahasa
Melayu terutamanya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ).

2. UCAPAN GURU BESAR ( PENASIHAT ) : EN.JAMES A/L PICHAPILLAI


2.1 Penasihat mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru dan meminta guru-guru
mendidik dari hati dengan penuh integriti.
2.2 Mesyuarat ini diadakan seperti yang telah diarahkan bagi membincangkan kemajuan anak-
anak murid dari tahun 1 hingga tahun 6 khasnya peperiksaan UPSR Panitia bagi Tahun
2017.
2.3 Beliau menekankan bahawa Bahasa Melayu merupakan subjek utama dan murid perlu
menguasainya.
2.4 Guru-guru turut diingatkan untuk sentiasa cakna dengan standard kurikulum yang baharu
serta menguasai kemahiran KBAT dan MBMMBI selaras dengan dasar kerajaan.
2.5 Beliau mengharapkan agar keputusan UPSR pada tahun ini memberikan pencapaian yang
lebih baik berbanding tahun lepas.
2.6 Beliau juga menekankan kecemerlangan prestasi Bahasa Melayu dari tahun 1 hingga tahun
5 dalam ujian.

3. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Pencadang : Pn.Rafidah bt Abd. Rahman


Penyokong : En.Tarabi

4. PERKARA BERBANGKIT
-

5. PEMBENTANGAN ANALISIS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAGI


TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6

6.1 Guru-guru subjek BM membentangkan analisis peperiksaan pertengahan tahun mengikut


kelas. (Rujuk Lampiran 1)
Tahun 1V - Pn.Meenalonjany
Tahun 1K - Pn.Rafidah
Tahun 2V En.Tarabi
Tahun 2K Pn.Rafidah
Tahun 3V Pn.Ruzana
Tahun 3K En.Selvendran
Tahun 3B Pn.Meenalonjany
Tahun 4V Pn.Katijah
Tahun 4K- Pn.Ruzana
Tahun 5V Pn.Ruzana
Tahun 5K Pn.Katijah
Tahun 6V - Pn.Ruzana
Tahun 6K Pn.Katijah
Tahun 6B Pn.Meenalonjany

6.2 Guru tahun 1K Pn.Meenalonjany memberitahu Bahasa pencapaian kelas beliau agak tidak
memuaskan disebabkan oleh pemarkahan bagi soalan tidak seimbang. Beliau memberitahu
bahawa apabila murid tidak mdapat menjawab soalan tersebut dengan betul, maka murida
akan dapat kosong markah.

6.3 Penasihat memberitahu mesyuarat bahawa guru-guru haruslah memeriksa kualiti kertas
soalan dan menyelaraskan pemarkahan sebelum peperiksaan dijalankan.

6.4 Pn.Ruzana membentangkan analisis ujian bagi tahun 4 Kambar. Beliau memberitahu
mesyuarat mengenai masalah yang dihadapi iaitu buat masa kini tiada guru BM bagi tahun
4 Kambar kerana guru sebelum ini telah pun pencen. Kelas tersebut terpaksa diberikan
kepada Pn.Ruzana dan Pn.Katijah.
6.5 Pn.Ruzana juga menyatakan bahawa terdapat ramai murid yang tidak menguasai
kemahiran membaca dan memohon penasihat agar mengatasi masalah kekurangan guru.

Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

7. LINUS- PN.MEENALONJANY

7.1 LINUS

- Penyelaras LINUS sekolah Pn.Meenalonjany membentangkan laporan saringan 1 tahun


1, 2 dan 3.

- Murid LINUS yang tidak menguasai K1-K2 (pemulihan) dijalankan program intervensi
bagi mencapai konstuk K1 K2

- Pn.Meena menyatakan bahawa murid yang masih belum mencapai kontuk ini akan
dirujuk kepada pakar perubahan.

Tindakan: Semua guru LINUS

8. HAL-HAL LAIN

8.1 Pn.Ruzana memaklumkan semua guru tentang Pelancaran Bulan Bahasa Melayu dan
NILAM.

Tindakan: Semua guru-guru Bahasa Melayu

8.2 Guru Besar, Encik James mencadangkan agar Unit Kokurikulum Persatuan Bahasa Melayu
digabungkan dengan unit lain bagi meramaikan murid-murid Tahun 6 yang melibatkan diri
memandangkan subjek Bahasa Melayu merupakan Subjek penting dalam UPSR.

Tindakan: GPK Kokurikulum

8.3 Guru Besar juga meminta guru-guru kelas memastikan sudut mata pelajaran lebih ceria dan
kreatif. Selain itu perlu wujudkan suasana kelas yang kondusif. Pastikan juga bahan-bahan
Bahasa Melayu menepati MBMMBI.

8.4 Guru Besar meminta panitia merekod pembelian dan penerimaan bahan bantu mengajar.

Tindakan: Ketua Panitia/ Su Panitia

8.5 Setiausaha panitia diingatkan untuk melengkapkan fail panitia Bahasa Melayu.
Tindakan: SU Panitia

9. PENUTUP

Akhir sekali pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua guru
dalam menjayakan mesyuarat kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.. ..
(PN.KATIJAH BT ABDULLAH) (PN.RUZANA BT KASSIM)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu
SKK SJK(TAMIL) MENTAKAB SKK SJK(TAMIL) MENTAKAB

Disahkan oleh,

..
(EN.JAMES A/L PICHAPILLAI)
Guru Besar,
SKK SJK (TAMIL) MENTAB

Vous aimerez peut-être aussi