Vous êtes sur la page 1sur 13

Amalan Tahun Baru

Ang pau
Secara tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina,
oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah
satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.
Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah
wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka
ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian. Oleh sebab
angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati,
maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap
bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau.
Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

Pasar Tahun Baru


Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini
biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan
sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau
sebagai hiasan rumah.

Bunga api
Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan
letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula,
kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat
pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas
merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila
dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya
berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai
boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan
menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.
Larangan mercun
Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru,
namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya laporan
mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat
kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan
pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan
sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab-sebab
keselamatan.

Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar,


namun Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-
undangnya tidak selalu dikuatukasakan. Di kawasan luar bandar pula, mercun masih
digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun.

Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu, kerajaan
kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan
bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina. Pertunjukan
seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China.

Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah
berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain. Ini
dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan yang
mengorbankan nyawa dua orang. serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba
menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari
1972. Bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada
musim perayaan. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam
hari pertama Tahun Baru Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga
Pelancongan Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan
oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak
boleh dijual secara komersial.

Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura.
Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun
dari Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka.

Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun
Baru Cina, terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukan kaum
Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di beberapa kawasan
metropolitan seperti Jakarta and Medan, di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup
memuaskan.

Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan mercun
setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun dibakar di
Chatham Square, Chinatown.
Pakaian
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana
dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang
memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun
baru.

Shou Sui
Shou Sui berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan
malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang
akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia
ibu bapa.

Simbol
Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan
budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak
menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang
berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi
sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian
dengan aksara (f), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering
kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina (do), atau "terbalik", berbunyi
sama dengan (do), atau "tiba". Maka, f do melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan
dan kemakmuran.

Bunga
Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika
pasaran tahun baru.

Hiasan Bunga Maksud


Bunga plum melambangkan tuah

Kumkuat melambangkan kemakmuran

Narcissus melambangkan kemakmuran

Bunga kekwa melambangkan panjang umur

Buluh tumbuhan digunakan sepanjang tahun

Bunga matahari bermaksud tahun yang elok

Ikon dan hiasan


Ikon Makna Ilustrasi

Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian


berhias yang memaparkan ikan juga dapat dilihat.
Ikan Ikan melambangkan lebihan atau simpanan
tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki
tahun.

Yuanbao emas melambangkan wang dan/atau


kemewahan. Jongkong berbentuk Yuanbao ini
Jongkong Yuanbao
merupakan perantara pertukaran piawaian di China
zaman silam.

Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya


berbeza daripada tanglung yang digunakan
ketika Perayaan Kuih Bulan. Tanglung ini berwarna
merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-
Tanglung
tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun
Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-
terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz
dan bentuknya.
Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan
Tahun Baru. Poster kaligrafi
Perhiasan Cina memaparkan peribahasa Cina. Hiasan-hiasan
lain termasuk gambar Tahun Baru, simpul Cina,
keratan kertas dan gurindam.

Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru


Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang
yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan
Tarian singa serta wajah singa yang menari dengan agresif
sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa
juga dipamerkan pada upacara pembukaan
perniagaan orang Cina.

Cai Shen merupakan dewa kekayaan yang


Cai Shen disembah orang agar memperoleh tuah dan berkat
pada malam Tahun Baru dalam kepercayaan Cina.

Balik kampung
Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar,
apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina
seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak
saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: , Cina
Ringkas: ) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat
Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung,
maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk
perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.

Rumah terbuka
Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan
pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong
asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini
dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.
Bagaimana Menyambut Hari Wesak

Pada hari Wesak, umat Buddhis diharapkan berhimpun di Vihara sebelum terbitnya fajar untuk
menaikkan bendera Buddhis dan menyanyi lagu agama demi memberi hormat kepada Tiratana -
iaitu Buddha, Dhamma (Ajarannya) serta Sangha (para siswanya). Pengikut agama Buddha boleh
membawa pemberian yang ringkas seperti bunga, lilin dan colok dan mempersembahkannya di kaki
Guru mereka yang agung. Persembahan simbolik ini mengingatkan kita bahawa seperti juga bunga
yang cantik akan layu di dalam masa yang pendek dan lilin dan colok akan habis membakar dengan
cepatnya, hidup ini juga menghadapl pereputan dan disintegrasi.

Umat Buddhis diajar menjauhkan diri darlpada membunuh sebarang makhluk hidup. Mereka
digalakkan menjamu makanan vegetarian pada hari tersebut. Di setengah negara, terutamanya di Sri
Lanka, dua hari diperuntukkan untuk merayakan hari Wesak dan semua kedai minuman keras dan
rumah sembelih ditutup atas warta kerajaan. Ribuan burung dan binatang juga dibebaskan sebagai
tanda simbolik memberikan kebebasan kepada mereka yang di dalam tawanan. Walau
bagaimanapun, kita tidak digalakkan membebaskan burung di dalam bandar yang penuh sesak
kerana melalui tindakan ini, kita akan menyebabkan kerumitan kepada burung yang sedang keliru itu
dan ia tidak dapat terbang jauh setelah sekian lama berada di dalam tawanan. Peniaga burung yang
tidak bertimbangrasa akan menangkap semula burung itu untuk dijual semula kepada pengikut
agama Buddha yang baik hati. Sekiranya burung itu dibebaskan di kawasan luar bandar, burung itu
akan mencapai kebebasan yang sebenarnya.

Sesetengah Buddhis akan memakai pakaian putih yang ringkas dan berada sepanjang hari di vihara
dengan membaharui keazaman mereka untuk mengikuti Sila. Wesak juga adalah hari untuk
bermeditasi dan mengikuti Lapan Peraturan Hidup. Seseorang Buddhis yang taat akan berazam
mengikuti Panca Sila (Lima Peraturan Hidup) untuk memahami cara menjalani hidup yang mulia yang
berlandaskan Ajaran Buddha. Walau bagaimanapun pada hari yang istimewa,terutamanya pada hari
bulan baru dan hari bulan purnama, mereka mengikuti beberapa peraturan tambahan untuk melatih
diri mereka mempraktikkan kesusilaan, kesederhanaan dan sifat merendahkan diri.
DEEPAVALI LAMBANG KEJAYAAN KEBAIKAN MELAWAN KEJAHATAN

Sungguh asing jika kita melihat Deepavali tanpa pelita kerana perayaan itu sendiri mempunyai
maksud Pesta Cahaya. Antara sebab mengapa perayaan ini diraikan dengan pelita yang dipasang
adalah sebagai simbolik penganut Hindu yang melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi
kejahatan berdasarkan lagenda yang diturunkan kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan
Dewa Krishnan.

Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan
dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka
merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan
hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada
membuat kejahatan sesama manusia.

Oleh kerana itu, pelita dipasang dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan
kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Pelita yang
dipasang sedikit sebanyak turut memeriahkan lagi perayaan tersebut.

1.KOLAM MENJADI PENYERI RUMAH

Kebanyakan penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan 'kolam' atau 'rangoli' iaitu
hiasan lantai yang diperbuat daripada beras di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan
rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.
Kemahiran membuat 'kolam' ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah,
tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya
bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak
hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia.
Hiasan 'kolam' ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi. Dewa Kekayaan yang
dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan 'kolam' di pintu masuk
rumah mereka.

2.MAKANAN SEDAP PADA HARI DEEPAVALI

Manisan merupakan identiti masyarakat India. manisan ini bukan sahaja diminati oleh kaum India
tetapi juga masyarakat lain di negara ini. Dalam masyarkat India, manisan sering menjadi acara
pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaaan.Mereka percaya ia mampu
membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif daan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah
juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan.

Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum India yang terkenal seperti halwa dan
laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali.
Antaranya ialah 'Aloogobi' iaiu campuran ubi kentang dan kobis bunga 'paneer' campuran masala
bersama yourgat dan kari dhal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti muruku
,adirasam dan payasam. Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih
tradisional orang India.
3.TEMPOH SAMBUTAN DEEPAVALI BERBEZA MENGIKUT TEMPAT

Perayaan Hari Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil 9antara
bulan Oktober dan November). Masyarakat di selatan India meraikannya selama tiga hari berturut-
turut berbanding lima hari di sebelah utara negara itu. Di Malaysia, perayaan Deepavali disambut
sehari sahaja namun ia terpulang kepada individu untuk mengadakan rumah terbuka sebanyak mana
hari yang mereka mahukan. Namun begitu, masyarakat India yang tinggal di kawasan ladang dan
estet menyambut perayaan Deepavali ini lebih lama dalam suasana kampung.

4.PENGANUT HINDU MANDI MINYAK BIJAN UNTUK MENYUCIKAN DIRI

Pada pagi perayaan, Hari Deepavali, seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum
mtahari terbit. Seawal pukul 3 pagi penganut agama Hindu akan memasang pelita atau lampu di
sekitar kawasan rumah. Seluruh keluarga juga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam
dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit.
Penganut Hindu menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk meyucikan badan dan
semangat. Ia adalah tanda simbolik sebagai penyucian diri. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas
kepala setiap ahli keluarga oleh mereka. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai
Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas
mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk
menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang.

5.AMALAN BERKUNJUNG MENGUNJUNG TURUT DIAMALKAN MASYARAKAT HINDU

Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat masih lagi diteruskan selama hari selepas. Hari
Deepavali untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim di kalangan mereka. Sesetengah penganut
agama Hindu akan mengadakan sambutan perayaan secara besar-besaran dengan menganjurkan
rumah terbuka untuk menjamu sanak-saudara dan rakan-rakan mereka yang bukan beragama
Hindu. Rumah terbuka tersebut amat meriah dengan pelbagai makanan tradisional yang sungguh
lazat seperti nasi beriani, kari ayam, kurma, tosai, murukku, achi murukku, omapodi dan manisan
seperti laddu dan neiurundai disediakan untuk para tetamu yang hadir.

Amalan memberi wang iaitu angpau kepada kanak-kanak juga semakin popular pada Hari Deepavali.
Duit ini selalunya diberi oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit pelbagai rupa
bentuk dan warna. Amalan ini akan memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Deepavali.

Mungkin ada diantara anda yang kurang memahami tentang sambutan Hari Deepavali. Disebabkan
itulah entri ini dikeluarkan bagi memberi lebih kefahaman kepada masyarakat tentang budaya
masyarakat India di Malaysia yang kebanyakannya beragama Hindu dan menyambut Hari Deepavali.
Kata orang ''Perbezaan dirai, kemeriahan dikongsi'', biar pengetahuan ini memupuk sikap saling
hormat-menghormati.
Hari Thaipusam () merupakan perayaan yang disambut oleh penganut yang
beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali
sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' yakni jatuh pada bulan
kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang,

Tujuan dan objektif sambutan ini sentiasa menjadi tanda tanya kaum-kaum lain. Oleh sebab itu, saya
ingin berkongsi maklumat bahawa Hari Thaipusam merupakan hari menunaikannazar dan menebus
dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Bukan semua
penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan
jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Biasanya, murid yang akan menduduki peperiksaan, wanita yang berhajat untuk mengandung tetapi
belum mendapat kurniaan Ilahi, lelaki yang meminta nazar semoga ibu bapanya selamat daripada
pembedahan waima sakit merupakan antara faktor utama penganut Hindu memohon nazar.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga kerana susu itu dianggap paling
suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi
susu ini akan dihias dengan pelbagai corak, warna, daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di
atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Walau bagaimanapun, bukan semua penganut
Hindu membawa belanga berisi susu ini. Hal ini demikian kerana pembawaan belanga bukanlah
kewajipan dalam meraikan kebesaran Tuhan Murugan.

thaipusam

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala yang
botak itu dengan warna kuning daripada kunyit. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada
disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Amalan ini merupakan satu bentuk melepaskan atau
membayar nazar atau melupakan sesuatu peristiwa yang sedih dan menanti hari-hari yang baik yang
bakal menjelma.

Pelbagai cara "menyeksa diri" dilakukan bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya
ialah berjalan di ataskasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil
hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga dalam kalangan
pembazar nazar atau peminta ampun yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke
kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belalang mereka dengan
puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sentimeter. Perayaan ini bukan sahaja melibatkan penganut
agama Hindu di Malaysia, malah pelancong asing dari seantero dunia. Mata pancing itu disangkut
dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik
oleh para pembantu.

Boleh dikatakan semua pembayar nazar berada dalam keadaan separuh sedar kerana telah
menggunakan bahan-bahan tertentu. Ada juga yang percaya, dewa yang memberi "kuasa" kepada
mereka untuk berbuat demikian dan mereka seolah-olah jalan terumbang-ambing dan berada dalam
keadaan separuh sedar. Amalan ini amat dipandang berat dalam perayaan ini. Sebenarnya, Agama
Hindu berasal dari India dan dibawa ke Malaysia oleh buruh-buruh ladang pada zaman penjajahan
Britishseawal 1786 di Pulau Pinang. Perayaan Thaipusam pada zaman dahulu disambut di ladang,
kuil-kuil Hindu yang dibina dengan pembiayaan beberapa orang penganut Hindu yang
berkemampuan. Oleh hal yang demikian saiznya tidaklah begitu besar. Di Malaysia, antara kuil yang
bersaiz besar terletak di Sungai Petani, Georgetown, Teluk Intan, Hutan Melintang ,Seremban, Johor
Baharu , Kuala Lumpur dan lain-lain.
breaking coconut in temple

Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia jika dibandingkan dengan di India, Hal ini berlaku
demikian kerana di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Mengikut
kajian, Thaipusam dapat menyatupadukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar
yang berkumpul di beberapa buah kuil Hindu yang besar sahaja. Selain disambut di Malaysia, negara
lain seperti Singapore, Afrika Selatan, Sri Lanka dan lain-lain juga meraikannya.

Sambutan yang juga dipanggil "Kartikeya Thaipusam" yang juga untuk memohan keberkatan dewa
Shiva dan Parvati ini juga dikenali sebagai "Kartikeya, Subramaniam, Sanmukha, Shadanana, Skanda
and Guha". Kejayaan melawan anasir jahat merupakan kunci utama perayaan ini disambut. Oleh itu,
semua rakyat yang diam di Malaysia haruslah bersyukur dengan Malaysia yang hanya merupakan
negara kecil tetapi berbilang kaum dan agama. Kita dapat hidup aman dan damai atas payung
kedaulatan yang dikurniakan oleh-Nya.

Intihanya, Salam Thaipusam saya ucapkan kepada semua guru dan pelajar yang menyambutnya.
Kepada yang tidak menyambut Thaipusam tetapi mendapat cuti pada keesokan hari, isilah cuti ini
dengan membuat perkara yang baik supaya diberkati Tuhan. Manusia punya asa, Tuhan punya
kuasa.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, "kavadi" (seperti yang ditunjukkan di
dalam gambar di atas) akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini
diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan
dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-
bungaan. Pembawa kavadi ini lazimnya terdiri daripada lelaki, perempuan, tua, muda dan kanak-
kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung pada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi
akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi
dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa,
pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
AMALAN TRADISI SAMBUTAN HARI KRISMAS (NATAL)

Di seluruh dunia, sambutan Krismas diraikan dalam pelbagai bentuk, dicerminkan oleh kepelbagaian
budaya dan tradisi sesebuah negara. Negara-negara yang hangat menyambut Krismas walaupun
bilangan penduduk Kristian yang kecil seperti Jepun, telah menerima kebanyakan aspek-aspek
sekular dalam sambutan Krismas seperti bertukar hadiah, hiasan lampu dan pokok Krismas.

Tradisi Gereja

Sambutan Hari Krismas sangat penting bagi gereja, iaitu sewaktu untuk mengadakan upacara atau
majlis sambutan istimewa. Berikut ialah cara-cara Krismas disambut di gereja.

Paparan kelahiran Jesus Christ

Kebanyakan gereja mengamalkan adat memaparkan babak kelahiran Jesus. Dimulai oleh St.
Francis dari Asissi pada abad ke-13, tradisi yang berasal dari Itali ini diperluaskan ke banyak negara
lain.Babak kelahiran ini dipaparkan dalam bentuk patung sebesar saiz manusia, ataupun sekecil
kotak mancis, diperbuat dari pelbagai bahan termasuk kayu, tembikar, kertas, kain, jerami, dan
logam yang berwarna-warni.

Lingkaran Kedatangan

Lingkaran Kedatangan (Advent wreath) ialah selingkaran daun-daun pain, ivy dan holi, dengan lima
batang lilin di dalamnya yang digantung di dalam gereja. Lilin-lilin ini dinyalakan pada setiap Ahad
pada musim Kedatangan, dan lilin di tengah dinyalakan pada pagi Hari Krismas. Gereja selalu dihiasi
dengan dahan dan daun hijau, di samping juga dimasukkan pohon Krismas.

Pembacaan kitab

Pada hari Krismas, diadakan sesi pembacaan kitab yang menceritakan kisah kelahiran Jesus yang
terkandung di dalam kitab Bible, di samping bacaan-bacaan suci lain yang mengisahkan tentang
bahaya kerakusan hawa nafsu manusia, dan mengenai datangnya Penyelamat (Messiah) yang telah
dijanjikan oleh Tuhan kepada bangsa manusia.

Karol

Kebanyakan gereja juga mengamalkan upacara nyanyian karol yang dipersembahkan di dalam
suasana nyalaan lilin, kebanyakannya melibatkan nyanyian atau bacaan suci Bible oleh koir dan juga
para penganut yang taat.
Kristian

Puasa dalam agama Kristian

Memandangkan amalan berpuasa juga telah diamalkan oleh agama-agama sebelum zaman
kedatangan Jesus, amalan berpuasa juga dilakukan oleh Jesus dan Nabi-nabi terdahulu. Hal ini
banyak direkodkan dalam Bible (Perjanjian Lama), dalam satu laporan Jesus didakwa berkata:

Dan apabila kamu berpuasa, janganlah muram mukamu seperti orang munafik. Mereka mengubah
air mukanya, supaya orang melihat bahawa mereka sedang berpuasa. Aku berkata kepadamu:
Sesungguhnya mereka sudah mendapat upahnya.Tetapi kalau kalian berpuasa, cucilah mukamu dan
sisirlah rambutmu, supaya tak ada yang tahu bahwa kalian berpuasa, kecuali Bapamu yang tidak
kelihatan itu saja. Dia melihat perbuatanmu yang tersembunyi itu dan akan memberi upah
kepadamu."(Mathew 6:16)

Bilakah mereka berpuasa?

Dalam agama Kristian waktu berpuasa tidak ditetapkan secara spesifik oleh agama, contohnya
mazhab Kristen Protestan tidak mewajibkan untuk berpuasa, sedangkan Kristen Katolik mewajibkan
untuk berpuasa pada waktu-waktu tertentu.

Amalan berpuasa dalam agama Kristian pada masa ini telah mengalami perubahan apabila tidak ada
pengkhususan terhadap amalan berpuasa apabila ia dianggap perbuatan sukarela. Ada mazhab
Kristian yang menganggap Bible hanya memperkenalkan puasa sebagai sesuatu yang baik, berguna
dan digalakkan. Namun tradisi pernah membuktikan penganut Kristian (Katolik) berpuasa selama 40
hari bermula dari Ash Wednesday sehingga hari Easter. Mereka juga berpuasa pada hari Good
Friday, Rogetion Days, Ember Day dan hari-hari lain secara sukarela.

Bagaimana mereka berpuasa?

Perbezaan ini berpunca daripada kefahaman bahawa terdapat perbezaan jelas antara amalan
berpuasa yang tercatat dalam kitab Perjanjian Lama dan kitab Perjanjian Baru di dalam Bible yakni
perbezaan tujuan berpuasa sebelum kedatangan dan selepas kedatangan Jesus. Justeru amalan
berpuasa dalam agama Kristian boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk mengikut mazhab Kristian
yang ada, baik dengan menahan diri dari makan dan minum, hanya memakan daging, hanya
memakan sayur dan air putih, berpuasa dengan tidak bersuara dan juga berpuasa sehingga 40 hari
40 malam lamanya. Berikut disertakan contoh-contoh berpuasa seperti mana yang dilaporkan di
dalam Bible:

a) Puasa hanya dengan tidak memakan yang lain seperti hanya makan sayur dan minum air putih
(Daniel 10:3)
b) Puasa dalan rangka berkabung selama 21 hari atau 3 minggu (Daniel 10:2)
c) Puasa untuk mendengar suara Tuhan (Acts 13:2-3)
d) Puasa tanpa makan dan minum (Matthew 11:18)
e) Puasa 3 hari 3 malam tidak makan dan tidak minum (Est 4:16)
f) Puasa tidak makan dan semalaman berbaring di tanah (2 Sam 12:16)
g) Puasa selama 3 hari 3 malam tidak makan, tidak minum dan tidak melihat ( Acts 9:9, Yunus 1:17)
h) Puasa 7 hari 7 malam tidak bersuara (2:13)
i) Puasa selama 40 hari 40 malam (Exodus 24:16, Exodus 34:28, 1 Kings 19:8, Jonah 3:4-5,
Matthew 4:2)
Tadau Kaamatan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan
"Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu untuk
menghormati semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-
Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai
menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan
Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad
Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai
pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan
kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung,
mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil
Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan
segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat
juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis
arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada
daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau
"tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai
dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai
tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai
ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang
diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan
"Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Hari Gawai
Perayaan Hari Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat
Dayak Sarawak dan yuKalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta
selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di
Sarawak ada 25 kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban (atau dikenali Dayak Laut
dahulunya) yang merupakan majoriti, Bidayuh (Dayak Darat), Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah
dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar
perayaan ini sebagai Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan
menandakan permulaan musim penanaman padi yang baru..
Selepas menuai, beras sudah tentunya banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara
(Tuhan) orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban babi dan ayam terutamanya dan
ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara.
Oleh itu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak.
Pesta Gawai disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada jendela
waktu ini, pelbagai jenis gawai boleh diadakan mengikut kehendak dan tujuan masing-masing.
Bagi mereka yang tiada gawai tradisi tertentu atau telah memeluk agama baru, mereka meraikan
Gawai Dayak yang bersifat umum dan boleh diraikan oleh mana-mana orang berketurunan
Dayak tanpa mengira agama, sama ada untuk menandakan penghasilan musim menuai dan
menyambut kedatangan tahun baru untuk musim penanaman padi yang baru.
Sebelum begawai, seseorang Dayak boleh mengadakan upacara-upacara penyembahan yang
kecil seperti bedara mata di dalam biliknya sendiri atau bedara mansau di ruai biliknya manakala
begawai di tanju dipanggil Sandau Ari. Enchaboh Arong diraikan untuk menyambut perolehan
kepala manusia pada zaman dahulu atau pendapatan barang lain pada zaman sekarang.

Vous aimerez peut-être aussi