Vous êtes sur la page 1sur 1

Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran bahasa yang perlu

dipelajari dan dikuasai oleh pelajar dan bagi sesiapa sahaja yang berminat
mempelajari bahasa Arab. Penguasaan kemahiran ini merupakan salah satu
aspek penting yang menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran bahasa
kedua atau bahasa asing. Penggunaan teknik pengajaran yang sesuai akan
memudahkan kefahaman pelajar untuk menguasai kemahiran membaca ini.
Salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini ialah melalui
penggunaan Internet. Menurut Kamarul Shukri (2010) mendapati penggunaan
teknologi dalam proses pembelajaran menjadi lebih berkesan, cekap dan
menunjukkan pencapaian positif sekiranya berada dalam pengajaran dan
pembelajaran yang betul. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui
skop penggunaan Internet di kalangan guru. Kajian ini juga bertujuan untuk
mendapatkan maklum balas daripada guru-guru yang mengajar bahasa Arab.
Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Pengkaji menggunakan tinjauan dan bagi
tujuan pengumpulan data, borang soal-selidik diedarkan kepada subjek kajian
yang dipilih dan seterusnya data ini dianalisis secara deskriptif. Kajian ini
melibatkan seramai 10 orang guru Bahasa Arab dari sekolah menengah
kebangsaan agama (SMKA) di Malaysia iaitu SMKA Al-Irsyad.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI ICT DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB DI SEKOLAH MENENGAH


KEBANGSAAN AGAMA

Vous aimerez peut-être aussi