Vous êtes sur la page 1sur 2

FAKTA-FAKTA MENGENAI DEMAM DENGGI

1.Apa itu demam denggi ?


Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui
gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di
serata dunia setiap tahun.

2. Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap


demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan
nyamuk seperti:

Demam panas
Sakit kepala
Sakit tulang belakang
Sakit sendi-sendi
Loya dan muntah-muntah
Sakit biji mata
Ruam

3. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?


Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi
berdarah yang boleh membawa maut. Demam denggi berdarah
mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:

Mudah lebam
Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga
membawa maut
4. Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami
tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah
mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan
dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan
ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

5. Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :


a. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk

Membuang bekas yang boleh menakung air


Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup
Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-
kurangnya seminggu sekali
Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik

b. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk


c. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan
nyamuk seperti

Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup


Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada
gigitan nyamuk
Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar
panjang sewaktu keluar rumah
Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di
kawasan tertutup

Vous aimerez peut-être aussi